17

Romance Completed 23717

KEINDAHAN alam ciptaan Allah bukan lagi rahsia. Pokok-pokok yang menghijau dan bunyi kicauan sang burung di dada langit membuktikan kehebatan Yang Maha Esa. Sungguh, Dia tidak mencipta sesuatu melainkan terselindung keindahan dan kecantikannya tersendiri.
" Abang. Buat apa tu? Mona dah siapkan kuih jala ni. Abang minat kan?" Ramona mendekati si suami sambil di tangannya membawa dulang yang berisi air kopi dan kuih jala. Tajuddin membimbing Ramona untuk duduk di sebelahnya. Melihatkan sang isteri yang kini sedang sarat mengandung, hatinya diselubungi bahagia. Usia perkahwinan mereka baru menganjak ke 11 bulan. Syukur pada Yang Esa kerana seawal 4 bulan usia perkahwinan mereka, Ramona disahkan mengandung. Dan dia, adalah insan yang paling bahagia di muka bumi ini. Kebahagiaan Tajuddin berlimpat ganda apabila perniagaannya membuahkan hasil. Dua rezeki pada masa yang sama.
" Sedap! Pandai isteri abang masak. Ni buat abang makin sayang ni" puji Tajuddin ikhlas. Tangan Ramona digapai lalu dibawa ke bibir.
" Manis erk mulut papa kan sayang?" Ramona mengusap-usap perutnya yang kini sudah mencecah usia 7 bulan. Tajuddin tersenyum lalu mendekati Ramona. Duduk bersimpuh di hadapan sang isteri lalu membelai manja perut Ramona.
" Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu dan papa. Papa janji, papa akan sayang ibu dan anak papa ni sampai bila-bila. Dan terima kasih jugak sayang. Sebab hadir dalam hidup abang dan hadiahkan kurnia yang takde tolak bandingnya di dunia ini. I love both of you" Luah Tajuddin seraya memeluk Ramona. Ubun-ubun sang isteri dikucup lama.

" MONAAAAA!!" Datuk Taj tersedar dari lena. Wajahnya berpeluh-peluh. Bibirnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kaca mata di atas meja digapai lalu dipakaikan segera. Dia bangkit dari katilnya lantas menapak ke balkoni. Jam di dinding sempat dikerling. Sudah pukul 5 petang. Dia terlelap rupanya.
Dari ruangan balkoni, dia mendengar suara riuh-rendah dari beranda rumah. Diperhatikan gelagat dua manusia yang sedang berseronok di atas buaian kecil di tepi pancutan air terjun. Dia tersenyum. Dulu, itulah tempat kegemaran Ramona. Jika ada kelapangan atau sekiranya wanita itu merajuk, di situlah destinasi wajibnya. Datuk Taj tergelak sendiri. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Dia gagal melindungi isteri sendiri. Dia tewas dalam memperjuangkan kehidupan keluarganya.
Dua tahun sejak berpisah dari Ramona, dia berkahwin dengan Fazlin. Namun bukan atas dasar cinta. Dia berkahwin atas dasar business. Juga kerana mahu menyelamatkan maruah keluarga Fazlin. Demi mencapai kemegahan dunia, dia tutupkan mata untuk mengahwini wanita itu. Hasil dari perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sebaliknya sebelum berkahwin dengan Fazlin, wanita itu telah bunting hasil dari hubungannya dengan bekas teman lelaki. Hazmani Daim. Anak kandung Fazlin dengan lelaki lain. Tetapi bukan anak kandungnya. Meskipun tiada rasa cinta pada Fazlin, namun dia tetap melayan wanita itu sebaik mungkin. Dia juga menyayangi Daim seperti anak sendiri. Namun Daim dan Ammar tak pernah sebulu.
Ammar adalah anak kandungnya. Anak dia hasil dari perkahwinannya dengan Ramona. Anak pertama mereka diberi nama Amran. Setelah Amran berusia empat tahun, dan Ammar pula baru menjejak ke usia 3 bulan, mereka dipisahkan oleh fitnah dari mamanya sendiri, iaitu Puan Sri Zaimah. Kononnya, Ramona menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Dan dia, percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Kerana terlalu percayakan ibu sendiri, anak dan isteri menjadi mangsa. Dia menceraikan Ramona dengan memberikan pampasan berupa wang dan sebuah rumah. Namun Ramona menolak dengan meminta kedua-dua anaknya dibawa bersama. Puan Sri Zaimah enggan melepaskan Ammar kerana anak itu begitu sempurna di matanya. Sedangkan Amran cacat penglihatan. Dia tidak mahu ada keturunan cacat dalam keluarganya. Ramona dipisahkan dari Ammar.
" Abanggg..." jerit Fazlin dari bawah. Datuk Taj tersentak lantas menyeka air matanya. Dia memandang Fazlin dan Daim silih berganti.
" Papa buat apa tu? Turunlah sini. Ni mama buatkan nasi goreng" pelawa Daim.
Datuk Taj mengangguk lantas menuruni anak tangga untuk menyertai mereka.

"SAYA tiba-tiba terfikir pasal Ammar. Dia ada bagitau saya sesuatu tadi" Kata-kata Rania membuatkan kening Yusuff bertaut. Mereka sudah sampai di hadapan rumah Rania. Brek tangan segera ditarik.
" Bagitau apa? Sejak bila awak boleh fikir pasal dia ni? Hmmm musykil" Ada nada cemburu di situ. Rania tergelak.
" Cemburu ke tu?"
" Yelah! Ammar tu sempurna tau tak?"
Rania mencebik. " Tak tahu! Yang saya tahu, Ammar tu berlagak dan angkuh. Sempurna part mana pulak ye?"
Yusuff tergelak. Rania ni saja tau! Pandai naikkan darah orang, lepas tu pandai pujuk balik. Tak jadilah nak merajuk lama-lama!
" Okay-okay! Back to basic. Apa yang Am bagitau awak?" Yusuff tidak sabar hendak tahu.
" Dia ada bagitau saya pasal dia hilang dua staff sekaligus. Yang sorang tu setiausaha dia. Yang sorang tu, tak sure lah.."
" Aah. Baru saya ingat. Dia ada bagitau pasal Encik Gihan yang berhenti kerja. Kalau tak silap, bahagian financial" cantas Yusuff.
" Ohh that means awak boleh isi peluang tu untuk kenal Am lebih dekat. Dan cuba korek-korek rahsia pasal keluarga dia. Pasal...papa awak berdua" Di hujung ayat itu, suara Rania sedikit mengecil. Dia risau seandainya Yusuff terasa atau hilang mood apabila nama papa mulai dikaitkan. Setahu dia, Yusuff memang tidak suka jika isu itu dibangkitkan.
Yusuff membatukan diri. Apabila soal papa menjadi topik utama, dia mulai hilang arah. Meskipun dia tidak pernah melihat waja papa, tapi mereka pernah berkongsi hidup selama 4 tahun. Tetapi lelaki itu juga kejam. Membuang dia dan ibu tanpa usul periksa. Mampukah dia untuk menghadapi semua itu?
" Rania. I'm not ready" keluh Yusuff seraya menggenggam tangan Rania. Setiapa kali dia resah atau berasa takut, Ranialah tempat dia berkongsi segalanya.
" But until when? Hmmm?" Yusuff dilihatnya sudah menundukkan wajah. Genggaman lelaki itu semakin erat. Rania mengangkat wajah Yusuff agar memandangnya.
" Lambat-laun, awak kena jugak hadap benda ni. With or without me! Sampai bila nak takut? Perasaan takut ni akan buat semua plan kita hancur. Awak nak ke? Awak cakap, awak nak kabulkan permintaan arwah ibu. Inilah masanya. Face your fear! " Rania menyuntik semangat ke dalam diri Yusuff. Lelaki itu kelihatan lemah apabila nama papanya disebut-sebut. Dan Rania tidak mahu itu terus-terusan berlaku. Yusuff harus berhadapan dengan perasaan itu. Dan berjuang untuk haknya, juga hak ibu.
" Nia.."
Pandangan mereka bersatu. Dan untuk kali ini, Rania tidak menundukkan wajah. Bahkan, dia menitipkan kekuatan itu melalui sinar matanya.
" Awak nak semua ni berakhir dengan cepat kan? Inilah masanya!" Rania bersuara lagi.
" Awak rasa saya boleh?" Yusuff inginkan kepastian.
" Heii!! Bakal suami saya ni bukan calang-calang orang tau?! Kalau hati saya yang terkukuh rapi ni awak boleh runtuhkan, tembok ego papa awak tu, awak tak boleh musnahkan? Come on abang"
Yusuff memandang wajah Rania. Abang?
" Saya salah dengar ke?"
" Tak. Awak tak salah dengar" Rania menafikan.
Yusuff terkebil-kebil.
" Saya akan panggil awak 'abang' but as soon as you finish your job and get me your bachelor! Faham?"
Yusuff mengangguk, mengerti akan kata-kata Rania itu.

AZIAH melepaskan lelah dan menghenyakkan punggung ke sofa setelah seharian mencari kerja. Penat tak terkata! Wajahnya lesu.
" Hoiii! Punyalah penat usaha aku kumpul duit semata-mata nak beli sofa empuk ni. Kau main hempuk macam tu je?" bebel Hanie sambil mencerlung memandang Aziah.
Aziah sudah menegakkan badan, duduk bersila mengadap Rania dan Hanie. Dia memukul-mukul bahu dengan penumbuknya.
Dilihatnya Rania tersengih di hadapan handphone. Entah apa yang menjadi bahan jenaka sampaikan keadaan sekeliling pun dia tidak perasan!
" Aku penatlah!" keluh Aziah.
" Kau dari mana?" Soal Rania pula. Sesekali, dia mencuri pandang ke arah Aziah.
" Balik dari cari kerja. Takde sorang pun nak hire aku!"
Hanie mengangkat kening. "Apasal pulak?"
" Dorang cakap, sijil aku terlalu tinggi nak menepati position yang dorang sediakan. Dorang tak berani nak gaji aku!"
" Yelah. Sijil kau kan iktiraf dari luar negara. Kalau setakat nak mintak kerja kerani dengan kelulusan kau, memanglah dorang tak berani! " Hanie meluahkan pendapat.
" Apasal pulak?"
" Takut kau demand sangat, atau takut kau rasa tak puas hati dengan gaji dan sijil kau tu. Faham?!" terang Hanie lagi.
" Habis tu, takkan aku nak duduk kat rumah je? Takde buat apa-apa? Weiiiii, aku bosanlahhhhh" jerit Aziah.
" Yeeee, aku faham kebosanan kau. Tapi tak perlulah nak jerit bagai! Nanti orang ingat kita orang dera kau pulak. Tak pasal-pasal masuk news! Conteng arang ke muka mak bapak. Aku dahlah belum kawen, nanti muka aku masuk berita, tak berani orang nak masuk meminang. Alamatnya, membujanglah seumur hidup!" keluh Hanie panjang lebar.
" Kau boleh tak jangan nak berangan sampai ke situ?! Semaklahh!" gerutu Rania pula. Drama tak habis-habis minah ni!
" Aku gurau jelah" Suara Hanie mendatar.
Tiba-tiba, Rania teringat sesuatu. " Ehh kejap! Zia, kau ambik jurusan kesetiausahaan kan?"
Aziah mengangguk lemah. Kudratnya sudah hilang entah ke mana. Kalau tak dapat kerja lagi, memburuklah dia di rumah. Bukan dia tidak mahu bekerja di luar negara, tetapi dia lebih suka berkhidmat di negara sendiri. Lagipula, ada matlamat yang harus dia selesaikan!
" Apa kata kau cuba mintak kerja dekat... " Rania berjeda. Dia mencuba mengingati nama syarikat tempat Ammar bekerja.
Aziah menyegarkan mata. Semangatnya mulai bergabung apabila Rania menyuarakan idea.
" Alaa.. apa nama syarikat tu? Ahhhh... Sanjana R Company"
" Ehhh tu kan tempat Ammar kerja?" tukas Hanie pula.
Demi mendengarkan nama Ammar, semangat Aziah semakin mendekat.
" Yes. Sebab setiausaha Ammar bercuti 4 bulan. Sementara kau nak cari kerja, kau cuba nasib kat situ. Manalah tahu kau dapat? Lagipun Ammar sekarang tengah usaha nak cari pengganti Kak Murni" cadang Rania lagi.Kesian jugak melihat wajah kusut Ammar tadi pagi. Tapi lebih kasihan akan nasib Aziah!
" Ohhh.. kalau macam tu, aku boleh cubalah. Nama dia Ammar kan?" Aziah menyetujui cadangan Rania.
Rania mengangguk pantas. " Ammar Yazid"
Aziah kaget. Betul! Dia tidak salah orang. Inilah peluang yang ditunggu-tunggunya. Sekian lama mencari, akhirnya peluang datang bergolek. Bukan satu, tapi dua peluang sekaligus!

"HAH???!!! Kau dah gila Suff?" Luqman terkejut dengan keputusan drastik yang diambil oleh Yusuff. Barusan tadi, Yusuff memberitahu ingin berhenti kerja dan cuba beralih ke bidang perniagaan. Katanya, dia berminat untuk menyertai Ammar dan mengganti tempat Encik Gihan yang berhenti kerja tempoh hari. Itu bukan masalah bagi dia. Tetapi yang menjadi permasalahannya sekarang, kenapa dan bagaimana Yusuff boleh berubah minat sedangkan selama ini hidupnya hanya diabadikan di dalam ruangan dapur dan bersama kuali periuk semua? Sukar untuk diterima akal!
Yusuff sudah menghantar punggung ke kerusi. Sebiji karipap digapai lalu dimasukkan ke dalam mulut. Dia tahu, dan dia juga sedar dia sudah membuat keputusan yang tidak akan diapprove oleh sahabat baiknya itu. Tetapi setelah menimbang-tara akan baik buruknya, ditambah pula dengan nasihat yang telah Rania berikan, dia yakin dengan keputusan dia kali ini. Lagipun, dia kasihan melihat nasib Ammar yang seakan sudah jatuh ditimpa tangga itu. Baginya tidak salah dia menghulur tangan untuk membantu.
Pagi yang sejuk. Tapi tidak sesejuk hati Luqman saat ini. Dia menentang sekeras-kerasnya akan hasrat Yusuff itu. Mereka sudah bersama-sama dalam bidang ini hampir 4 tahun. Men's Kitchen hasil gabungan mereka telah dikenali serata tempat. Terlalu banyak usaha dan jatuh bangun yang telah mereka tempuhi selama ini. Masakan hanya kerana nasib yang menimpa Ammar, hati Yusuff berubah sebegitu sekali?
" Aku tahu, keputusan aku ni secara tiba-tiba. Tapi aku dah fikirkan masak-masak, Luq. Please hormat keputusan aku" Yusuff separuh merintih.
Luqman menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak mampu untuk menerima kejutan ini. Apalagi daripad Yusuff sendiri.
" Any reason?" Nada suara Luqman sudah mendatar. Dia juga sudah mendaratkan punggung di kerusi. Cuba bertenang dan berfikir di luar amarah.
Ini yang Yusuff stress! Setiap kali ditanya mengenai alasan atau punca dia berpaling, lidahnya pasti kelu. Bukan dia tidak mahu memberitahu kebenaran, cuma masanya belum sesuai untuk dia bertindak.
" Aku ada sebab aku tersendiri. Aku akan bagitau kau, tapi bukan sekarang. Kalau kau betul-betul kawan aku, sahabat aku, kau akan hormat keputusan aku. Please Luq. Ini soal hidup dan mati aku. It has something to do with my mom"
Luqman kehilangan kata-kata. Yusuff sudah bermain pendekatan psikologi dengannya. Jika melibatkan soal ibu, dialah manusia yang paling lemah. Wajah mengharap Yusuff dipandang sekilas. Jika itu yang Yusuff inginkan, siapalah dia yang hendak menghalang?
Luqman bangkit dari duduknya. Bahu Yusuff ditepuk beberapa kali sebelum dia menghilang di sebalik pintu simen itu.
Yusuff melepaskan keluhan. Keputusan yang sukar untuk dibuat. Namun dia sudah tekad. Inilah jalan hidupnya. Dan inilah yang bisa dia fikirkan buat masa sekarang.

" LUQ!!" Rania memanggil di sebalik tembok penghadang itu. Luqman yang sedang menghisap vapenya pantas berpaling.
" Apa?!" Jawabnya acuh tak acuh.
Rania berubah riak. " Ehh kau ni! Pagi-pagi ni tak baik tau bermasam muka. Hilang seri" tukas Rania berbaur gurauan.
Luqman bangkit dari duduk lantas menapak ke dalam rumah. Dia stress dengan Yusuff, Rania pulak sengaja cari pasal!!
Rania terkesima. Sikap Luqman sebentar tadi benar-benar telah mengecilkan hatinya. Salah apa dia jika sekadar hendak bergurau? Lagipula, sudah lama dia tidak menyapa sahabat yang satu itu. Rindu!
" Nia.."
Saat suara garau itu menyapa gegendang telinga, Rania tersenyum manja. Hilang sedikit gelisahnya tadi tatkala terpandangkan wajah Yusuff yang kini sedang berdiri di hadapannya. Hanya tembok batu itu yang memisahkan jarak mereka.
" Awak. Luq tu kenapa?" tanya Rania ingin tahu.
Yusuff menjongket bahu. " Marahkan saya kot" Tercetus keluhan Yusuff.
Rania mengerut dahi. " Aikkk?? Marah kenapa? Awak gaduh dengan dia ke?"
Yusuff memandang wajah Rania. Tanpa berselindung, dia menceritakan segala-galanya kepada Rania. Amarahnya juga semakin mengecut tatkala semua bebanan masalahnya dikongsikan bersama Rania.
" Hmmm. Luq ada hak untuk marah. Sebab dia manusia biasa kan? Wajar untuk marah, kecewa apa semua. Normallah tu. Tapi lepas beberapa ketika, percayalah. Everything will back to normal. I know him" Rania berusaha menenangkan hati Yusuff yang sedang berkocak hebat saat ini.
" Tapi kalau dia terus marah? Dan tak nak tegur saya terus macam mana?" Yusuff memuntahkan kebimbangan untuk kemungkinan tersebut.
Rania menarik nafas dalam-dalam. "Well, itu masalah dia. Kalau awak dah mintak maaf tapi dia masih beku macam tu, let him be. Awak buat semua ni bukan sia-sia kan? Awak buat semua ni untuk arwah ibu. Anggap jelah ini dugaan pertama untuk awak. Chaiyokk" Rania meniupkan semangat buat sang kekasih.
Yusuff tersenyum. Rania memang penawar untuk setiap kesakitannya. Kata-kata ransangan dan nasihat daripada gadis itulah yang menguatkan dia sehingga ke saat ini.
" Thanks sayang. I'll remember that!"
Rania mengerdipkan matanya. Dia jadi teringat sesuatu.
" Am mana? Semalam saya ada berbincang dengan Aziah. Pasal position Kak Murni. Thought of it, so I guess Aziah is the best candidate for the position!" usul Rania tanpa ragu-ragu.
" Ohh baru saya ingat pasal tu. So Aziah setujulah?"
Rania mengangguk laju.
" Am tak balik. Maybe dia tertidur di office or balik rumah papa dia. Esoklah suruh Aziah jumpa Am. Rasanya Am okay kot. Sebab dia tak jumpa lagi calon yang sesuai untuk position tu" cadang Yusuff pula.
Rania hanya mengangguk, setuju dengan cadangan Yusuff. " Nanti awak bekerja dengan dialah kan? Kalau Am ambik awak dengan Zia?"
Yusuff hanya mengangguk.
" So awak akan jumpa dia selalu"
" Ammar? Of course" sahut Yusuff riang. Memang itu niatnya. Mendekati Ammar, seterusnya menjejaki kasih sayang papa yang hilang selama puluhan tahun.
" No. I meant, Aziah!"
Wajah Rania cemberut.
" Kalau jumpa dia hari-hari pun, bukan seronok namanya. Lainlah kalau jumpa awak hari-hari"Yusuff melebarkan senyumannya.
" Yelah tu!"
Yusuff tergelak. " Lately ni selalu nak cemburu je, selalu takde mood je. Bendera jepun ke sayang?" usik Yusuff.
Wajah Rania kemerahan. Yusuff bijak meneka kondisinya. " Eeeeee, gatallll!" luah Rania sepatah lantas menapak ke dalam rumah. Makin dilayan, makin menjadi-jadi miang keladi si Yusuff itu. Sebelum dia memalukan diri dengan melayan usikan nakal Yusuff yang entah apa-apa entah itu, ada baiknya dia memikirkan usaha seterusnya untuk membantu lelaki kesayangannya itu.

"SO you are Aziah? Am I right?" Walaupun sudah diberitahu oleh Rania malam tadi mengenai Aziah dan hasratnya yang ingin menabur bakti ke dalam Sanjana R Company, Ammar inginkan kepastian semula.
Aziah mengangguk laju. " Aziah Natrah Randell Abdullah. My full name. Tapi lebih selesa disapa dengan nama Aziah"
Ammar mengangguk beberapa kali. Fail- fail dan sijil maklumat Aziah ditilik. Dia tersenyum sengih tatkala membaca kelayakan Aziah. Benar seperti yang diceritakan oleh Rania. Aziah bukan sembarangan gadis. Dia berpendidikan tinggi, selain sangat elegan dengan penampilannya. Aziah juga cantik dan berkulit cerah. Tinggi lampai dan memiliki mata yang bundar. Aset yang lengkap untuk menjadi seorang model! Tapi menurut hatinya, wajah pan-Asian yang dimiliki oleh Rania lebih menarik berbanding wajah bujur sirih Aziah.
" Higher qualification, I supposed! Ada rupa. Cantik" puji Ammar ikhlas. Aziah tersenyum manja, senang menerima pujian tersebut.
" But why Sanjana R? You ada banyak choices. Untuk wajah seperti awak, I think being a model is a good pick up!"
Aziah menarik nafas dalam-dalam. Dia harus bertenang menghadapi situasi seperti ini. Sebelum dia ke sini, awal-awal lagi Rania sudah berpesan akan kecerewetan dan keangkuhan Ammar dalam menilai sesuatu. Jadi, dia harus bertenang dan jangan cepat melatah! Itu yang Rania bekalkan pada dia sejak dari semalam.
" Being a model might be someone's choice, but not me! Having a pretty face or good-looking body is not a choice, but it's gifted. And I'm proud to be one!" Aziah menjawab penuh yakin. Dia tahu, dia harus bijak mengawal kata-kata agar tidak semudahnya dibuli oleh lelaki yang sedang duduk di hadapannya saat ini.
Ammar kaget. Jawapan yang agak berani dan kedengaran angkuh bagi dia.
" Why Sanjana R? Well, firstly. Sebab I ada joined kesetiausahaan course before. In Italy. And as you can see, I have the qualification. Secondly, because of passion. I prefer low-job than higher paid because I like to chase after my desire. Thirdly, reason yang tak masuk akal. Saya ada pergi banyak tempat yang perlukan vacancy but sadly, they rejected me because of my qualification! And, here I am. Walaupun Encik Ammar ambik saya for only 4 months because of Murni, I am okay with that. At least, ada something yang I boleh belajar before I go with another plan"terang Aziah lagi. Jawapan yang memang dia alami sebelum ini.
Ammar menyimpul senyum. Agak berpuas hati dengan penjelasan Aziah. " Tapi dekat luar negara banyak tempat yang akan terima you kerja. Kenapa tak kerja di sana?"
" Well, walaupun saya mix blood, which famili saya lebih memilih untuk tinggal di luar negara, but it's different with me! Saya nak berbakti untuk negara saya. Saya bertekak Melayu, that thing you should remember! So, adakah saya menjawab semua persoalan Encik Ammar? Dan merungkai setiap satu kekeliruan yang Encik Ammar rasa?"
Ammar tersenyum. Hebat! " I have nothing to say. So since that you really want to be here, so I amused! Awak boleh start kerja mulai esok"
Aziah tersenyum riang. " Terima kasih Encik Ammar! Saya akan berbakti bersama Encik!"
Ammar mengangguk.

"KITA ada occasion apa ni weyy?" tanya Hanie ingin tahu. Dia berbisik ke telinga Rania kerana bunyi bising di sekeliling membuatkan pendengarannya terhad.
" Kita nak celebrate 3 orang sekaligus!" sahut Yusuff yang duduk bersebelahan dengan Rania. Hanie mengerut dahi. Dia kurang mengerti maksud kata-kata Yusuff.
Tidak lama kemudian, muncul Ammar dan Aziah serentak. Ammar mengambil posisi berhadapan dengan Rania. Manakala Aziah melabuhkan duduk di hadapan Hanie.
Pelbagai jenis hidangan dan lauk-pauk sedia terhidang di atas meja. Sebelum kehadiran Ammar dan Aziah, Rania sudah pun memesan hidangan tersebut.
" Luq mana? Aku tak nampak dia pun" Ammar baru tersedar ketiadaan Luqman. Rania dan Yusuff saling berpandangan.
" Dia ada hal dengan Ika. So tak dapat nak join" Rania menyelamatkan keadaan. Tiba-tiba teringatkan Zulaikha, jadi itu alasan yang kukuh untuk meyakinkan Ammar.
Ammar hanya mengangguk. " Okay, let's get started! Makanan dah sejuk. Perut dah lapar!"
" Eippp.. kejap. Celebration malam ni untuk Yusuff dan Aziah sebab mereka diterima bekerja di Sanjana R. Dan ini jugak untuk Ammar sebab dah berjaya cari dua pekerja gantian untuk menggantikan staff dia yang berhenti kerja. Sekaligus, mengurangkan beban di kepala pasal kerja. Okay tak ucapan aku?"
Hanie tergelak mendengar kata-kata Rania. Namun dia tumpang gembira bagi pihak mereka bertiga di atas kejayaan itu.
" Semua dah selesai bercakap? So boleh kita start makan?" Ammar separuh merengek.
" Belum lagi" potong Yusuff.
Ammar menggerutu. " Apa lagi? Aku dah lapar ni!"
" Kita baca doa makan dulu. Lepas tu baru boleh makan!" arah Yusuff lalu menadah tangan. Dia mengambil tugasan untuk membaca doa malam itu.

" DAH cuba bercakap dengan Luqman?" tanya Rania sebaik tiba di sebelah Yusuff. Mereka yang lain sedang sibuk menyanyi dan berseronok. Hanya Rania dan Yusuff yang tidak mahu campur tangan dalam urusan mereka.
Yusuff menggeleng kepala. Apabila mengenangkan sikap dingin Luqman padanya, dia menjadi sedih tiba-tiba. " Dia cuba mengelak dari saya. Kalau saya ke dapur, dia ke ruang tamu. Kalau saya di ruang tamu, dia akan masuk bilik. Terperap sampai berjam-jam. Nak berjumpa dengan dia pun susah, apatah lagi nak bercakap. Dia tak memberi ruang untuk saya"
Rania mengerti. Terdengar keluhan dari bibir lelaki itu.
"Lambat-laun dia akan faham. Awak kena sabar okay?"
Yusuff mengangguk. Jari-jemari Rania diraih lalu digenggam erat. " Salah ke apa yang saya buat ni?"
" Awak tak buat salah langsung. Awak cuba nak betulkan kesilapan lalu dan cuba nak dapatkan hak awak semula kan? Takde kata salah dalam setiap perjuangan kita. Yang salahnya, bila kita berjuang tapi menganggap itu keputusan yang salah. Awak faham kan?"
Melihatkan Yusuff menjawab dengan anggukan, Rania menambah lagi. "Awak boleh sedih sebab dah ambik keputusan ni. Tapi jangan pernah menyesal dan meragui pilihan awak"
Yusuff terdiam mendengarkan kata-kata ransangan daripada Rania. Dia tidak pernah menyesal dengan pilihan ini, jauh sekali untuk meraguinya. Dia hanya perlukan kekuatan untuk terus berjuang di jalan ini. Dia tidak mahu bersendirian.
" Hey babe! You have me, don't you? Kita harungi sama-sama okay?" Rania membalas genggaman Yusuff.
" Thanks sayang. A word will never enough for you. But, I'll do the best to patch the things up!" Tangan Rania dibawa ke bibir lalu dikucup manja.
" Tapi awak tak kisah kan kalau lepas ni saya agak rapat dengan Ammar? Saya kena dapatkan kepercayaan dia"
Yusuff memandang wajah Rania. Salah satu rancangan yang dia tidak suka dan tidak pernah merestuinya! Tapi itu juga satu-satunya jalan mudah untuk terus mendapatkan Ammar dan meraih kepercayaannya. Dia tidak risaukan Rania kerana dia tahu Rania tidak akan mengkhianatinya. Yang membimbangkan dia cumalah Ammar. Dia tahu, Ammar menaruh rasa pada Rania. Dan dia tahu, Ammar akan melakukan apa sahaja untuk menghasilkan keinginannya.
" Can I trust you?"
" 100%! A promise is always a promise" Rania mengangguk lalu menyuakan jari kelingkingnya pada Yusuff.
Semoga semuanya baik-baik sahaja! Doa Yusuff dala hati. Jari kelingking Rania disambut dan disatukan dengan jarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience