15

Romance Completed 23717

SETELAH memaklumkan kepada Rania mengenai kerjanya yang harus mengganti Anuar yang cuti mengejut, Yusuff segera menelefon Luqman untuk meminta pertolongan. Kebetulan hari itu Luqman cuti.
" Assalamualaikum Luq. Kau free tak ni?"
" Waalaikummussalam. Free je. Cuti kan? Kenapa Suff?"
" Aku nak mintak tolong sikit boleh?"
" Haaa apa dia?"
" Boleh tolong ambikkan Rania tak? Aku tak dapat sebab nak kena back up Anuar ni. Dia ambik MC. Aku suruh dia tumpang Hanie tapi dia ambik cuti halfday sebab nak jemput sepupu dia dari airport. Aku teringatkan kau, tu sebab nak mintak tolong kau. Boleh tak?"
Luqman mengerutkan dahi. Ambik Rania? Rania tak drive ke? Luqman menapak ke pintu lalu memanjangkan leher ke sebelah. Toyota Vios milik Rania tersadai di halaman rumah. Dia sempat melihat kereta Hanie memasuki perkarangan rumah. Kemudian, seorang perempuan berbaju kurung menapak keluar dari kereta, diikuti Hanie. Ohh, itu agaknya sepupu Hanie. Dia sempat mengukir kepada kedua-dua gadis itu.
" Nia tadi pergi kerja dengan kau ke? Tapi kenapa korang pergi bersama? Biasanya Nia dengan Hanie. Tak pun, dia drive sorang" Luqman mula dipancing kemusykilan. Dia kini sudah melabuh punggung ke sofa.

Yusuff kehilangan kata-kata. Aduiiii! Apasal aku tak terfikir pasal ni tadi?

" Korang sembunyikan apa-apa ke ni? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?" Luqman mengasak dengan soalan yang tidak mungkin Yusuff mampu jawab.

Melihatkan Yusuff yang senyap tanpa sebarang kata-kata, Luqman memutuskan untuk tidak bertanya lagi. Mungkin bukan rezekinya untuk tahu lebih lagi. Dia yakin, suatu hari nanti Yusuff sendiri yang akan membuka cerita.

" Nia habis kelas pukul berapa?"
Yusuff tersentak dengan pertanyaan Luqman. Lega hatinya apabila Luqman berhenti menyoalnya.

" Dalam pukul 4.30"

" Nanti aku ambik dia"

" Thanks bro. Aku call dia, bagitau yang kau ambik dia" Selesai mematikan panggilan, Yusuff menelefon Rania pula dan menjelaskan duduk perkara sebenar. Tidak lama kemudian, mereka berpisah di hujung talian. Baru sahaja dia hendak menyimpan handphone, panggilan daripada Luqman berbunyi. Belum sempat dia menjawab, handphonenya tiba-tiba padam.

" Laaa, lowbat pulak. Aduii, apasal lah aku lupa nak caj?" Yusuff sempat mengomel, mengutuk kealpaan sendiri.

" APASAL voicemail pulak? Aduhh" Luqman menggaru-garu kepalanya. Dia terlupa akan temujanjinya dengan Zulaikha sekejap lagi. Niatnya hendak menelefon Yusuff dan mengkhabarkan akan berita itu terbatal apabila hanya voicemail yang kedengaran di hujung talian. Dia mencuba mendail nombor Rania. Hampa. Gadis itu tidak mengangkat panggilannya. Dia mencuba lagi, namun masih gagal.
"Apa aku nak buat ni?" Luqman menggigit bibir. Takkan nak suruh Hanie ambik pulak? Nanti apa kata sepupu dia? Macam mana erkk?
Setelah agak lama berfikir, Luqman mendapat satu idea. Ada seseorang yang bisa membantunya saat ini. Ammar!!

TADIKA CHEMPAKA. Inilah tempat yang Luqman maksudkan tadi. Kenapa sunyi sepi je? Ammar menilik keadan sekeliling. Lengang tanpa ada sebarang suara dan bunyi.
" Betul ke tempat ni? Kenapa sunyi je ni? Luq nak kenakan aku ke apa ni?"

Sesudah memarkir kereta tidak jauh dari bangunan berwarna merah itu, Ammar menapak laju mendapatkan Rania. Dia melihat pintu pagar tidak berkunci. Ammar mengerutkan dahi. Nia ni lupa nak kunci ke atau sengaja tak nak kunci? Dengan perlahan-lahan, dia memasuki perkarangan rumah dan menjenguk ke dalam. Tiada sesiapa. Pintu terbuka luas. Nak mengundang pencuri masuklah si Nia ni!!

Ammar menapak masuk ke dalam rumah sambil memerhati sekitarnya. Tampak ceria dengan warna biru langit dan kuning cerah. Di setiap dinding, terdapat beberapa helai kertas yang ditampal di situ. Dia tersenyum sendiri melihat pelbagai rupa dan corak lukisan yang dihasilkan di atas kertas itu. Comel!!!
Terleka seketika dengan keadaan sekeliling, dia tidak sedar langkahnya yang semakin tersasar. " Ouchhhh!" Ammar terjerit kecil apabila sebuah pasu separas lututnya pecah akibat pelanggaran sebentar tadi.
Rania terkejut dengan bunyi itu. Dia memandang jam di dinding. 4.20! Mana ada budak lagi masa ni!! Mak bapak mana yang ambik anak dia time-time macam ni?! Rania menelan liur kerana mulai risau dengan keselamatan sendiri. Pintu pejabatnya terkuak sedikit, memberi peluang untuk dia mengintip akan bunyi itu.
Dia tersentap. Siapa lelaki yang sedang membelakngkan dia? Pakai kot, seluar panjang, kasut? Tu pakaian office! Rania sudah ketakutan. Dia mula membayangkan yang aneh-aneh.
" Zaman sekarang ni, orang boleh menyamar macam-macam untuk menculik atau mencuri. Eeee serammmm aku!!"

Rania melilau sekeliling, mencuba mencari apa-apa objek yang boleh digunakan sebagai senjata. Namun hampa yang bertandang apabila tidak ada satu pun yang boleh digunakan. Rania mencapai sebuah buku di atas meja. " Ni pun bolehlah. Nanti kau ye? Aku lenyek-lenyek kau dengan buku ni!"

Rania menapak keluar perlahan-lahan lalu berdiri di belakang lelaki itu. Tanpa melengahkan masa, dia menghempuk belakang lelaki itu dengan buku. Teraduh-aduh lelaki tersebut menahan kesakitan.

" Rania!!" Dia menjerit lalu merampas buku tersebut dari tangan Rania.

Rania terkedu. Ammar???

" Awak???!"

SEUSAI mengunci pintu pagar, mereka beriringan menuju ke kereta. Rania menggigit bibir dan sedikit segan apabila diberitahu mengenai ketiadaan Luqman. Rasa bersalahnya meluap-luap. Aduhhh!
" Awak memang sambut tetamu dengan hempuk, lenyek atau serang dulu ke?" sindir Ammar. Mereka sudah sampai ke parkir kereta. Ammar menyandarkan tubuhnya ke pintu kereta, sengaja mahu mengambil kesempatan tersebut untuk berdua lebih lama dengan Rania. Seingat dia, mereka tak pernah berkenal atau bercakap seperti sekarang. Dikerlingnya bekas makanan yang dijinjit Rania dari tadi. Setahu dia, itulah bekas makanan yang menjadi topik perbualan Yusuff dengan Luqman pagi tadi. Someone?? Rania ke someone yang Yusuff maksudkan???

Wajah Rania terasa panas. Dia tahu, dua kali pertemuan mereka tidak pernah bermula dengan kemanisan. Dan untuk kali yang ketiga ini juga seperti itu. Dia terlalu mencurigai Ammar. Tetapi bukan juga salah dia. Dia seorang perempuan. Wajar untuk mempunyai perasaan takut pada waktu-waktu tertentu, contohnya seperti tadi.

" Sorry", ungkap Rania sepatah.

" Sorry? Macam tak ikhlas je?" duga Ammar sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya.

Rania menghela nafas dalam-dalam. Kemudian, dilepaskan perlahan-lahan. Dia mengambil posisi bersebelahan dengan Ammar yang agak terkejut dengan perlakuannya.

" Saya nak mintak maaf untuk pertemuan yang pertama ketika kita di dalam bas. Saya tak tahu awak nak selamatkan saya dari dicabul lelaki lain. Saya nak mintak maaf untuk pertemuan kali kedua ketika awak di luar rumah saya dan cuba untuk mengejar kucing yang curi ikan awak, which saya memang tak tahu langsung masa tu. And sorry untuk kali ketiga ni sebab dah pukul awak dengan buku sedangkan awak nak jemput saya, which saya tak tahu jugak because no one informed me about it! Saya... saya betul-betul mintak maaf!" Luah Rania panjang lebar. Intonasinya sedikit mengendur dan nadanya kedengaran lembut. Dia sedar kesalahan yang dilakukannya.

Ammar tersenyum ceria. " Okay, forgiveness accepted!" Rania mengecilkan mata memandang Ammar di sebelah. Dia kemudiannya berdiri di hadapan lelaki itu.

" Panjang lebar saya mintak maaf, awak balas dengan 3 patah perkataan je?!"

Ammar menahan gelak melihat reaksi Rania saat itu. " Okaylah tu 3 patah perkataan. Kalau 3 patah huruf, awak boleh terima ke? Kalau saya jawab, iye. Haaaa.. awak boleh terima tak?"
Rania menggigit bibir. Wajahnya masam mencuka. Sengaja nak kenakan aku! " Tapi awak pun kena mintak maaf dengan saya jugak!" Rania tidak mahu mengalah.

Ammar merenung Rania dalam-dalam. Dah kenapa pulak?!

" Atas sebab apa ye?"

" Sebab sikap awak tu dah takutkan saya, tahu tak? Dahlah saya seorang je kat situ. Saya ni perempuan, kalau apa-apa jadi kat saya macam mana? Awak nak bertanggungjawab ke?" Ammar tergelak kecil. Banyak drama pulak perempuan ni!

" Yelah-yelah. Saya pun nak mintak maaf sebab dah takutkan awak, yang pertama masa kat dalam bas. Saya tak sempat nak jelaskan apa-apa, sebab masa tu awak dah terjerit terpekik. Saya panik tahu tak? Yang kedua, masa saya mengendap ke rumah awak tapi bukan mengendap awak tau? Saya mengendap kucing masa tu. Dan mintak maaf untuk tadi sebab masuk tanpa beri salam dan tak maklumkan awak. Dan, saya sanggup bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada awak"
Rania terkesima dengan kata-kata Ammar. Melebih pulak dia ni! Hmm, takpelah!!
" Dan lagi satu, Luq ada called awak. Dia nak bagitau yang saya akan ambik awak. Masalahnya awak tak angkat phone. Banyak kali kot dia cuba nak contact awak" Mendengarkan saja kata-kata Ammar, Rania segera mengeluarkan handphone dari dalam tas tangannya. Seketika, dia menjengah ke ruang screen handphonenya. Ada enam misscalls dari Luqman.
Rania tersengih. Sedar akan kesilapan sendiri.
" Sorry, phone saya silent mode!
Ammar tergelak dengan riak wajah Rania yang kelihatan comel itu. " So, problem solved! Takde salah siapa-siapa kan?"
" Aah.. masalah selesai!"
" Okay, jom balik!"

"NIA, aku nak kenalkan kau dengan sepupu aku, Aziah" Hanie memperkenalkan Aziah kepada Rania. Mereka bersalaman.
" Zia, ni lah kawan aku paling baik, paling cerdik, paling cantik, paling rajin, tapi paling garang! Kalah singa tau?!"
" Ayat depan tu aku suka. Tapi part last tu aku kurang berkenanlah" balas Rania berbaur gurauan. Aziah ketawa. Terhibur dengan olahan mereka berdua.

" Haaa Zia. Aku pun nak kenalkan kau dengan kawan aku yang paling kuat membebel, paling sengal, paling menyampah, suka serkap jarang dengan org, dan informasi yang paling penting. Dia suka kat jiran sebelah" balas Rania diiringi gelak tawanya.

" Heyyy Nia!!" Hanie sedikit marah. Nada suaranya sudah meninggi. Aziah kaget. Jiran sebelah?

" Kau jangan nak dengar cakap Rania ni. Otak dia ni bukan boleh pakai sangat!" gerutu Hanie. Menyampah pula dengan sikap Rania saat ini. Sekarang siapa yang suka serkap jarang? Dia atau Rania? Bila masa pulak aku mengaku suka dengan Ammar? Setakat memuji kesempurnaan wajah yang dia ada, itu tak bermaksud dia jatuh hati pada Ammar. Rania ni memang gila!
" Jiran sebelah tu siapa erk?" Aziah sekadar mengumpan. Kalau berita itu tidak benar, kenapa Hanie kelihatan resah dan marah?
" Yusuff.." Belum pun sempat Rania hendak memasukkan jarum, Hanie terlebih dahulu mencantas dengan mengaitkan nama Yusuff. Wajah Rania kemerahan.
" Kekasih rahsia Rania" Hanie separuh berbisik. Aziah menyimpul senyum. Ada-ada je dorang ni!
" Jiran sebelah kita ada 3 orang bujang. Luqman, Yusuff dan Ammar. Luqman ni kau tak boleh kacau tau? Sebab dia dah bertunang and tunang dia garang sangat-sangat! Mengalahkan garang Rania!"

Rania mencelikkan mata. " Ammar pun kau tak boleh kacau sebab Hanie dah cop dulu" balas Rania, tidak mahu mengalah.

"Yusuff pun kau tak boleh cop sebab Rania dah potong line dulu!" sahut Hanie pula. Aziah menepuk dahi. Dua-dua dah besar, tapi perangai macam budak-budak!!

" Aku tak kisahlah pasal dorang semua tu. Yang aku tahu, aku nak tidur sebab jam dah pukul 9. Aku mengantuk dan penat sangat-sangat. Kau orang, kalau nak gaduh, sambung esok boleh? Goodnight girls!!" Aziah menaiki anak tangga menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik Rania.

Rania dan Hanie saling berpandangan. Seketika kemudian, mereka tergelak dengan olahan mereka sendiri.

" Aku ada buat puding tadi. Kau nak tak?" pelawa Rania. Tidak seronok rasanya kalau puding itu dihabiskan seorang diri. Sesudah balik dari kerja tadi, dia sempat membuat sedikit puding sebagai pencuci mulut. Niatnya mahu mengajak Hanie menemaninya membuat puding, tetapi gadis itu keluar bersama Aziah. Disebabkan itu juga, dia dan Aziah terpaksa berkenalan pada jam sebegini. Sangat tak romantik!

" Pudinggggg.. naklahh! Nak bangunkan Zia tak?"

" Tak payahlah. Dia kan penat. Kita tinggal sikit untuk dia"

Hanie mengangguk lalu membontoti langkah Rania ke dapur. Puding buatan Rania Raudhah sedang menanti untuk dinikmati!!

"KENAPA awak nak jumpa malam-malam ni sayang? Is there something urgent?" tanya Yusuff sebaik sahaja mendekati Rania yang menunggunya di hadapan pintu pagar. Dia menerima WhatsApp dari Rania yang berhajat untuk bertemu dengannya di hadapan rumah. Risaukan Rania, dia terus bersetuju tanpa bertanya apa-apa.

" Hmmmm..." Rania mengetap bibir. Kedua-dua tangannya disembunyikan di belakang.

" Laaa, kenapa ni?" Suara lembut Yusuff menembusi gegendang telinga Rania. Dia mencengkam lembut lengan kanan Rania untuk melihat objek yang disembunyikan di belakangnya.

" Takde. Saya nak bagi ni kat awak. Nah" Rania menyerahkan sebuah kontena bersaiz sederhana kecil kepada Yusuff.

" Apa ni?" tanya Yusuff. Kontena tersebut bertukar tangan.

" A small gift from a girl who has a big heart for you!!" Yusuff tergelak dengan idiom Rania tersebut.

" Puding? Cocktail? Cake?" Yusuff cuba meneka walhal dia sudah pun mengetahui isi kandungannya. Bau yang kuat itu sudah cukup membuatkan Yusuff yakin akan tekaannya.

" Tekalah"

" Okay. Kalau saya dapat teka, apa yang saya dapat sebagai balasan?"

" Awak nak hadiah ke?"

" Mestilah! Susah tau nak teka-teka ni! Dahlah malam-malam gelap ni, dengan otak tak berapa nak berfungsi ni, mana boleh main free! I want something in return" Yusuff senyum nakal.

Rania menelan liur. " Awak nak apa?"
Yusuff mendekatkan tubuhnya ke sisi Rania. Menunduk sedikit kerana ingin menggapai ketinggian Rania yang separas bahunya. Kemudian, wajahnya didekatkan ke wajah Rania.

" A kiss? In both cheeks?"
Rania sudah kemerahan. Dia menolak sedikit tubuh Yusuff. Eeee, dia ni memang lahhhhh!!!

" Eeeee awak ni gatallah!! Suka main goda-goda" tukas Rania. Nadanya sedikit meninggi. Risau jika Yusuff bertindak di luar kawalan lagi. Tetapi lebih risau jika dia yang hilang pertimbangan!

Yusuff mengekek sambil memegang perutnya. Dia tahu, Rania takut apabila dibangkitkan perbualan seperti itu. Masakan dia mahu meladeni Rania seperti itu lagi. Satu kesilapan sudah cukup buat dia resah. Lagipula, dia sudah mengukir janji untuk tidak memperlakukan Rania seperti itu selagi akadnya belum terlaksana. Perlahan-lahan, dia menjarakkan tubuhnya sedikit dari Rania.

" Alaaa, saya gurau jelah. Saya tahu batas saya. Saya takkan ulangi lagi benda yang sama. Sorry sayang.."

" Suka tau..."Rania sudah mengomel. Mereka berbual-bual, sempat juga bergelak tawa. Rania menceritakan soal Ammar petang tadi. Termasuklah hal yang berkaitan Aziah, housemate baru dia.

" Yusuff berbual dengan siapa tu?" Ammar mengintip melalui jendela. Begitu galak Yusuff berbual dan ketawa, sehingga tidak sedar dirinya diintip. Rania??? Dia melihat wajah Rania di sebalik bayang-bayang pokok. Walaupun tidak berapa jelas, namun dia yakin itu Rania. Pony tail gadis itu sudah mampu buat dia mengecam Rania dari jauh.

" Rania kot. Aku tak sure sangat. Yusuff tu perahsia. Kau nampak je kita orang ni rapat, tapi tak banyak hal dia yang aku tahu" sampuk Luqman yang sedang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen. Sudah sebati dengan sikap perahsia Yusuff, oleh sebab itu, dia jarang hendak ambik tahu atau bertanya. Kecuali jika Yusuff sendiri yang bercerita.
Ammar mengerut dahi. Dia melabuh punggung ke sofa, bertentangan dengan Luqman. Cerita yang disiarkan tidak menarik minatnya langsung meskipun sudah berkali-kali dia mendengar hilai tawa Luqman.
" Kenapa Yusuff tu perahsia sangat? Takkan satu benda pasal dia pun kau tak tahu?" Ammar cuba mencungkil rahsia.

Luqman terdiam sejenak. Berupaya memikirkan sesuatu. " Tak banyaklah yang aku tahu. Macam yang aku cakap tadi, dia tu perahsia. Yang aku tahu cuma, dia anak yatim piatu. Ibu dia meninggal enam tahun yang lepas, masa tu umur dia 28 tahun. Dia takde sapa-sapa sampailah dia jumpa aku, Rania.. "

" Ayah dia?"
Luqman menjongket bahu. " Dia tak pernah cerita pasal ayah dia. Not even a word. Aku pun tak naklah tanya. Takut dia terasa ke, kecik hati ke. Kau, kalau nak tanya dia apa-apa, kau tanya je. Tapi, jangan sebut pasal ayah dia"

" Kenapa pulak?"

" Hishhh kau ni! Dia tak sukalah kalau orang tanya pasal ayah dia. Dia cuma pernah cerita dengan Rania je. Aku pun tak berani nak tanya Rania. Rania tu nampak je garang, tapi rahsia orang, dia pandai simpan tau?!"

Ammar terdiam. Terlalu perahsia rupanya si Yusuff tu. Tak terbuka dengan sesiapa tapi dengan Rania??
" Kau tahu tak? Masa aku ambik Rania tadi, aku ada tertengok bekas makanan yang sama macam Yusuff bawak tadi" Ammar tiba-tiba teringat akan hal itu. Masih menjadi tanda tanya.

Luqman mengangkat kening. " Bekas makanan?"
" Aku agak-agak, mungkin someone yang dia maksudkan itu Rania. Sebab bekas makanan tu memang sama dengan yang dia bawak. Kau rasa dorang ada apa-apa ke?" Ammar mula menyiasat.
" Biarlah. Kalau dorang bercinta sekalipun, bagus jugak. Kena sangatlah dorang tu. Yang sorang tu pendiam, yang sorang lagi kuat cakap. Saling melengkapilah tu"
Ammar diburu resah. Kalau benar seperti yang diduga Luqman, bermakna dia terlambat langkah. Dia juga tertarik pada Rania kerana sikap bersahaja dan happy go lucky gadis tersebut. Tetapi selagi belum ada apa-apa pengesahan dari mulut Rania atau Yusuff mengenai hubungan mereka, selagi itu dia masih punya peluang. Rania!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience