7

Romance Completed 23717

AMMAR menutup bonet kereta lalu memanjangkan leher, menjenguk jiran 'singa' yang telah dikenalinya seminggu yang lalu. Kelihatan, rumah tersebut gelap gelita dan sunyi sepi. Hanya kereta Vios berwarna kelabu tersandar di beranda rumah. Peliknya, tidak nampak bayangan si penghuninya. Agak-agak dia, kemungkinan mereka keluar makan.
Ammar mengutip plastik yang berisi sampah di atas lantai lalu mengatur langkah ke luar rumah. Plastik sampah dibuang ke dalam tong sampah. Tidak lama kemudian, dua buah kereta mula memasuki ruang beranda rumah Rania. Dia bertindak sebagai pemerhati. Dilihatnya Rania keluar dari kereta Nissan Almera yang berwarna putih. Dia mengerut dahi. Ehhhh, tu kereta Luq. Tapi mana Luq? Kemudian, seorang lelaki pula menapak keluar dari kereta Toyota Vios berwarna hitam. Dia tidak mengenali lelaki tersebut. Tetapi melihatkan cara percakapan mereka yang agak mesra, dia agak lelaki itu adalah kekasih Rania. Oo, si singa tu dah ada kekasih!

" Terima kasih Yusuff. Sebab temankan saya balik" Rania tersenyum manis.

" Sama-sama. Dah jadi tanggungjawab saya jugak. Awak kan jiran saya. Jiran dengan jiran kenalah saling menjaga kan?" Yusuff sudah bersandar di pintu kereta Luqman.
" Ohhh tanggungjawab sebagai jiran" Rania bernada kecewa. Dia inginkan lebih daripada itu. Kakinya menguis-nguis lantai simen.
" Kalau awak nak lebih dari tu, saya boleh berikan" Rania angkat wajah, memandang tepat ke anak mata milik Yusuff. Dilihatnya Yusuff juga tidak berkedip memandangnya.

"Apa maksud awak?" Rania inginkan kepastian. Dia tahu, jauh di lubuk hati Yusuff, lelaki itu memendam sesuatu. Tetapi untuk diluah atau dibicarakan, lelaki itu seolah-olah takut, seperti ada sesuatu yang menghadangnya. Jika benar Yusuff menghulur rasa cinta, sudah pastinya dia menyambut penuh ikhlas.
Yusuff terdiam tidak berkutik. Ingin dia luahkan rasa hati yang sekian lama terpendam, namun dia takut. Mampukah Rania menerima lelaki seperti dia? Dia tidak punya siapa-siapa, harta apatah lagi. Keluarga juga tiada di sisi. Yang ada pun, hanyalah samar-samar, sukar untuk dia suluh cahaya kebenaran tersebut. Tetapi hati, kepingin didampingi dan mendampingi. Dia tidak pernah jatuh cinta, merindu dan setia dalam perhubungan, jauh sekali untuk dirasai. Dan Rania, adalah gadis pertama yang membuat hatinya berkocak hebat. Justeru, apakah yang harus dilakukannya? Berdiam diri dan membiarkan Rania direbut lelaki lain? Atau memperjuangkan perasaannya meski Rania tidak merasakan getaran yang sama? Arghhhhhh! Bingung memikirkan semua itu. Payah jugak jatuh cinta rupanya.
"Dah lewat malam ni. Awak masuklah. Lagipun, rumah awak ni sunyi. Hanie tak balik ke?" Yusuff tukar topik, risau ditanya bertubi-tubi oleh gadis itu sementelah dia tidak punya sebarang jawapannya buat masa sekarang.
Rania mengeluh. Lelaki ini bijak mengelak!
" Hanie tak balik. Dia stay rumah sepupu dia. Ada hal katanya" jawab Rania acuh tak acuh. Dia bergerak ke hadapan, memberi ruang untuk dia bernafas. Sesak rasanya berdekatan terlalu hampir dengan Yusuff, lagi-lagi dengan keadaan mereka yang agak tegang saat itu.
Rania mengatur langkah menuju ke pintu rumah. Kunci rumah digapai lalu dicucukkan ke dalam pusat tombol. Seketika, pintu terbuka luas. Rania ingin pamit tanpa sempat menyapa Yusuff namun tidak disangka lelaki itu terlebih dahulu menarik lengannya. Dia terkesima.
Mata mereka bertaut. Menatap wajah tenang dan mata redup Yusuff benar-benar membuatkan dia di luar kawalan. Dia tergoda, dan Yusuff, penggoda yang berani!
" Rania. Saya..." Yusuff berjeda seketika. Nafas dihela dalam-dalam lalu dilepas perlahan. Dadanya berombak kencang. Mata Rania memberikan dia semangat tetapi pada masa yang ketakutan itu tetap beraja di sanubari. Namun dia harus membuang rasa takut itu agar Rania dapat dimiliki. Biarlah Rania membencinya atau mengelak darinya atau tidak mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya. Yang penting, semuanya terbongkar malam itu.
" Saya tak tahu apa yang awak rasa sepanjang kita berkawan. Tapi jujur dari hati saya, saya selesa dengan awak. Awak wanita pertama yang hadir dalam hidup saya selepas arwah ibu. Saya... Nia. Saya sukakan awak. Saya dah jatuh cinta dengan awak!" Yusuff menghela nafas setelah meluahkan perasaannya. Lega apabila berjaya melepaskan bebanan yang terbuku di hati.
Rania terpinga-pinga. Sungguh tidak menyangka keberanian Yusuff sejauh itu. Fikirnya, Yusuff akan terus menerus mendiamkan diri, membiarkan ketakutan menguasai dirinya. Dia tersenyum. Perasaannya berbalas setelah hampir tiga tahun dia meletakkan harapan tinggi pada lelaki itu.
" Nia. Don't just keep yourself silent. You made me blush! "
Rania tersenyum. Dia melepas lembut pegangan Yusuff padanya.
" Sejak bila?" Rania memeluk tubuh. Wajahnya bertukar serius memandang wajah Yusuff.
" Errrr, can't we talk this over tomorrow morning? Saya tak boleh nak explain sekarang. Otak saya tepu!"
Rania tergelak dengan reaksi Yusuff. Dia hanya mengangguk kepala, faham akan keadaan lelaki itu. Lelaki introvert jatuh cinta dengan gadis kecoh seperti dia! Tidak dapat dia bayangkan dunianya selepas ini.
" Okay. I'll give you time to think. But make sure it's something fresh, so that I can buy your words!" Rania mengerdip mata.
Yusuff menarik nafas lega. Dia tersenyum lantas mengangguk kepala. Sekurang-kurangnya, dia masih punya masa untuk mengatur ayat yang akan diberikan kepada Rania. Atau tak keterlaluan untuk dia simpulkan, dia sedang berusaha untuk mengorat Rania!
Setelah pamit diri dan menitipkan beberapa pesanan kepada Rania yang tinggal sendirian malam itu, dia menuju ke keretanya lalu membelok ke sebelah. Memarkir kereta di beranda rumah. Kereta milik Luqman yang digunakan oleh Rania sebentar tadi akan diambil pagi esok.

YUSUFF memusing tombol pintu lalu bergerak masuk ke dalam ruangan itu. Dia terkejut melihat seorang lelaki duduk di sofa sambil menonton televisyen. Dahinya mengerut. Wajah lelaki itu seolah-olah pernah dia lihat. Sambil-sambil berfikir, dia tidak sedar lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.
" Ammar. Kau mesti Yusuff kan?"
Yusuff terpinga-pinga. Ammar? Nama itu seperti pernah singgah di cuping telinganya.
" Luq tak bagitau ke pasal aku menyewa jugak di sini? " soal Ammar apabila dilihatnya Yusuff hanya membatukan diri. Lebih memeranjatkan lagi apabila lelaki itu seperti terkejut melihat kehadiran dia di situ.Itu jelas menunjukkan bahawa perpindahan dia ke situ tidak pernah dikhabarkan kepada Yusuff sama sekali.
" Ohhhh dia lupa nak bagitau kot. Kita tak pernah jumpa kan sebelum ni? Lagipun, aku selalu dapat shift pagi. Masa aku dah balik malam, tak jumpa korang. Kalau dapat shift malam, pagi pulak untuk aku tidur. Sorry" terang Yusuff. Otaknya masih ligat memikirkan wajah yang dilihatnya agak hampir sama dengan dirinya itu.
" Just drop that subject! Kau balik sorang ke? Luq mana?" Ammar ralit memerhatikan wajah Yusuff. Kenapa wajah dia nak hampir sama dengan aku?
" Dia keluar dengan Ika. Kejap lagi balik kot. Aku ganggu kau ke tadi?"
Mereka sudah melabuh duduk di sofa, bertentangan masing-masing.
" Ohhh Ika. Lupak pulak kawan sorang tu dah ada yang punya" Sempat dia tergelak kecil. " Takdelah kau ganggu. Saja tengok movie ni. Bosan takde buat apa-apa. Kau dari mana tadi? Dengan jiran sebelah?" Ammar pasang spy! Cuba untuk mencari tahu keberadaan mereka sekaligus hubungan yang terjalin antara mereka berdua.

" Jiran sebelah?" Yusuff mengerut dahi.

" Rania, I meant. Aku nampak korang berdua tadi masa aku nak buang sampah. Nampak mesra" tukas Ammar. Sempat juga dia mengintip mereka berdua, namun hanya untuk beberapa minit. Tidak tahan berdiri lama, menyaksikan drama mereka, dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah saja. Malas pula hendak ambil tahu!
Yusuff mengetap bibir. Kaki skodeng rupanya dia ni!
" Kau orang bercinta eaa?" Ammar serkap jarang.
Yusuff tergelak. " Ehhhh kau ni! Ingatkan kaki skodeng je, rupanya kaki penyibuk jugak ye?"
Ammar ketawa. Senang dengan sindiran Yusuff. Dilihatnya Yusuff bangkit lalu berganjak ke bilik, meninggalkan dia keseorangan di situ.
" Betul ke dia orang bercinta? Atau hanya teman tapi mesra? " Ammar mula curiga. " Ehhh apasal aku nak sibuk pulak?"

Ammar menghempas tubuh ke sofa lalu melelapkan mata di situ. Seketika, wajah manis Rania bermain-main di ruang minda. Membuatkan tidurnya lena dan terbuai dalam seraut wajah manis itu.
" Rania"

YUSUFF menghela nafas. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Kemudian, dilepaskan perlahan-lahan agar nafasnya teratur. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru dilihat, dia mengucap panjang berkali-kali. Tanpa dipinta, air matanya jatuh membasahi pipi.
Kotak terakhir peninggalan arwah ibu dibiarkan terbuka di atas katil. Sekeping foto digapai. Wajah itu ditilik sedalam-dalamnya. Ammar! Patut saja dia seperti pernah melihat wajah itu. Rupa-rupanya itulah antara wajah yang arwah ibu tinggalkan untuk dia.
" Bu. Yusuff dah jumpa dia bu. Yusuff dah jumpa dia. Yusuff janji akan kotakan janji Yusuff pada ibu. Yusuff janji bu. Yusuff janji"

Air mata yang mengalir diseka perlahan. Sungguh indah perancangan Allah. Dia berniat untuk mencari kebenaran yang belum sepenuhnya memunculkan diri, namun tanpa sedar kebenaran itu menghampiri dengan sendiri. Dia sudah ketemu apa yang dicari selama ini, pastinya jalannya lebih sukar untuk merungkai penuh kebenaran tersebut. Namun dia percaya pada janji Allah. Setelah turunnya hujan, akan hadirnya sebuah pelangi. Ya, dia akan tetap sabar menunggu detik itu.
" Bu. Doakan Yusuff"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience