SETELAH menjelaskan segala-galanya kepada Ammar tentang keadaan Rania, akhirnya Ammar mengambil keputusan untuk menuruti kehendak Yusuff, walaupun pada masa yang sama dia keliru dengan sikap Yusuff yang terlalu mengambil berat akan Rania.
Ketika di dalam kereta, wajah Yusuff juga serius. Dia tidak banyak bercakap, lebih rela membiarkan DJ radio mengambil alih berceloteh di corong radio.
Kereta yang dipandu Yusuff membelok ke kiri lalu berhenti di hadapan sebuah bengkel kereta. Tidak banyak pelanggan pada masa itu. Namun, keadaan tetap riuh apabila seorang lelaki bertubuh rendah dan agak sedikit gemuk menjerit kepada salah seorang pekerjanya. Dalam keriuhan itu, dia dapat melihat wajah Rania yang sedang lena dalam tidur. Gadis itu hanya beralaskan tas tangan dan sedang tidur di atas meja kayu. Dia tampak keletihan.
"Kau nak stay dalam kereta ke?" teguran Yusuff menyentakkan lamunan Ammar. Dia terkejut apabila pintu keretanya sudah terkuak luas. Tanpa berlengah, dia menapak keluar dari kereta.
"Tu kereta kau. Rania, aku bawak balik" kata Yusuff sambil menunjukkan ke arah parkir kereta, tidak jauh dari tempat Rania merehatkan diri. Ammar membuang pandang ke arah itu.
" Nia's car?" Kalau Rania balik dengan Yusuff, bagaimana pula dengan kereta gadis itu?
Yusuff tersenyum kelat. "Kereta Nia belum siap. Tu, dorang still service kereta dia" Yusuff menunjukkan ke arah Ah Choi, pemilik bengkel kereta tersebut yang sedang sibuk memeriksa kerosakan pada kereta Rania.
Ammar mengangguk. "Kalau macam tu, takpelah. Aku balik office je. Kau hantar Nia balik?"
Yusuff mengangguk pantas.
"Okay. Kunci kereta aku??" Ammar sudah mengajukan tangannya. Yusuff segera menyelok poket seluarnya lantas menyerahkan kunci kepada Ammar.
"Mana kau dapat?" Ammar sudah dipaut kekeliruan. Yang memandu keretanya ialah Rania, bagaimana pula kuncinya ada pada Yusuff?
"Tadi aku ambik dari atas meja tempat Nia tidur tu" jawab Yusuff sambil tersenyum kelat.
"Ohhh. Okay then. Aku gerak dululah. Kau dengan Nia elok-elok" Sempat dia memberi pesanan sebelum meninggalkan Yusuff di situ.
" Aku tahu macam mana nak jaga Nia" ucap Yusuff lantas menapak ke arah Ah Choi.
"Tauke, ini kereta agak-agak bila boleh siap?"
Ah Choi mengelap peluh di dahi dengan lengannya yang sudah kotor dengan minyak hitam.
"Aiyoo, ini kereta manyak kasi susah bo. Itu hari sudah bikin, ini hari datang lagi. Wa sudah pening" keluh Ah Choi seraya berdiri menghadap Yusuff.
"Apa rosak kali ni?"
"Wa tadak pasti bo. Tapi ini spark plug, ini tangki minyak hitam, ini belting, ayoyo... manyak mau kasi tukar. Wa kasi siap-siap dulu, nanti sudah siap, wa call sama itu amoi cantik" takuk Ah Choi sambil tersengih.
Yusuff mengerut dahi. "Siapa amoi cantik?"
"Itu lu punya bini laaa..."
Yusuff tergelak apabila mendengar kata-kata Ah Choi tersebut. Amoi cantik!!
"Okay-okay. Tapi itu amoi cantik wa punya bini. Lu tak boleh kacau" sahut Yusuff pula. Dia geli hati mendengar gelaran yang diberikannya pada Rania.
Ah Choi sudah menggeleng kepala. "Wa tadak berani. Itu amoi cantik, cun sama lu.. wa mahu sambung kerja. Lu angkut lu punya bini balik. Wa punya costumer sama wa punya pekerja semua kasi pandang sama itu amoi cantik. Lu balik sana" ujar Ah Choi lalu menyambung kembali pekerjaannha yang sempat terbantut tadi.
Yusuff tergelak kecil lalu mengatur langkah mendekati Rania. Bahu Rania digoncang lembut.
"Sayang..."
"Hmmmm..."
Rania tidak bergerak, hanya sepatah saja perkataan yang keluar dari bibirnya.
"Sayang, kita balik. Jangan tidur sini" Rania masih tidak berganjak.
"Sayang, kalau tak bangun sekarang, saya kiss pipi ni.."
Demi mendengarkan ugutan tersebut, Rania terus mencelikkan mata. Dia mengangkat kepala tetapi tergesel pula dengan dahi Yusuff.
"Ouchhh!!" Yusuff sempat mengaduh. Kuat jugak hentakan kepala Rania. Dah macam besi!
"Sorry..." ucap Rania cemas.Dia memegang dahi Yusuff lalu memicitnya lembut.
"Bangun pun. Ingatkan nak bagi saya peluang tadi" ujar Yusuff sambil tersengih.
"Peluang apa?" Rania blurr. Tangannya sudah dijauhkan dari dahi Yusuff.
"Peluang nak bagi kiss!" Yusuff mengerdipkan mata sambil tersenyum nakal.
Rania menolak tubuh Yusuff. "Eee gatalll!!!"
Yusuff tergelak seraya bangkit dari duduknya. Dia menghulur tangan kepada Rania.
"Kita balik jom. Dah lewat ni"
Rania menyambut huluran tangan Yusuff lantas berdiri menyaingi lelaki itu.
" Mana kereta Ammar?" tanya Rania apabila mereka sudah sampai di parkir kereta. Dia sempat melilau sekeliling, namun bayang-bayang Ammar tiada di situ.
"Tauke, kita orang balik dulu" Yusuff sempat pamit lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Ah Choi membalas dengan mengangkat tangannya.
" Ammar dah balik. Tadi, kita orang sama-sama pergi sini. Dia balik bawak kereta dia. Saya balik, bawak amoi cantik" jawab Yusuff apabila Rania sudah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tanpa membuang masa, dia terus memecut meninggalkan bengkel kereta tersebut.
" Amoi cantik? Siapa? Ohhh, dah pandai cari amoi cantik ye? Baru je sebulan kerja dengan Ammar, dah pandai terikut-ikut perangai dia. Menyampahnya!" gerutu Rania. Nadanya berbaur cemburu. Jika berani Yusuff mempermainkannya, akan dia libas dengan segala ilmu mempertahankan diri yang pernah dia pelajari suatu masa dulu, seperti masa dia menewaskan Luqman beberapa hari lepas!
Yusuff melepas tawa sambil mencuit pipi Rania. Dia tahu, Rania diburu rasa cemburu. Dia sengaja menggunakan gelaran itu apabila teringatkan Ah Choi.
"Main-mainlah!" omel Rania. Dia sudah berpeluk tubuh dan menyandarkan badan ke dada kerusi.
Yusuff mengeluarkan telefon bimbitnya dari dashboard kereta lalu diserahkan kepada Rania. Mulanya, Rania teragak-agak hendak menyambut huluran Yusuff tetapi melihatkan Yusuff yang bersungguh-sungguh itu, dia paksakan diri juga.
"On the phone"
Rania akur pada arahan Yusuff. Di screen handphone itu, dia melihat fotonya yang sedang tersenyum.
"Itulah amoi cantik saya" ujar Yusuff apabila dilihatnya Rania kelihatan blurr.
"Penguat semangat saya. Peneman tidur saya. Kekasih hati saya. Kalau saya sedih atau rasa bersendiri, saya mesti pandang gambar tu. Bila saya tengok dia senyum, automatik semua masalah saya hilang"
Rania menyimpul senyum. Cemburunya lesap, diganti dengan perasaan bahagia. Ohh hati! Lelaki ini selalu membuatnya angau!
" Mengada kann?!!" Rania menampar lembut lengan Yusuff. Lelaki itu sedang ketawa.
"Sweet tak bakal hubby awak ni? Untung tau dapat saya? Dahlah pandai masak, pandai ambik hati, hensem, baik pulak tu..."
"Pandai memuji diri sendiri lagi..." cantas Rania sebelum sempat Yusuff habiskan ayatnya. Kata-kata Rania mengundang tawa di bibir Yusuff. Jari-jemari Rania diraih lalu dibawa ke bibir. Andai sahaja Rania tahu, dia sudah terjatuh sayang pada wanita itu. Sudah terlanjur mencintai dan menginginkannya. Dan dia, terlalu ingin memiliki Rania, membina hidup bersama dan mempunyai keluarga yang sempurna.
LUQMAN dan Zulaikha mendekati dua insan yang sedang rancak berbual di halaman rumah Rania. Kehadiran mereka tidak disedari sehinggalah Luqman bertindak mengejutkan mereka dengan bertepuk tangan.
Rania dan Yusuff masing-masing menoleh ke arah suara itu. Rania ingin berlalu, namun tangannya sempat ditarik oleh Yusuff.
"He knows about us"
Rania terkesima. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu. Sudah sehabis baik dia dan Yusuff menyembunyikan hubungan mereka, namun dapat juga dihidu oleh Luqman.
"Lovebirds ni! Memang tak boleh jauh!" usik Luqman. Dia sempat mengerling ke arah tangan Yusuff yang sudah bersatu dengan Rania.
Sedia maklum akan jelingan Luqman, Yusuff pantas melepaskan tangan Rania.
"Korang dating kat depan rumah ke?" usik Luqman lagi. Zulaikha sudah tersenyum riang. Hubungan cinta yang terjalin di antara Yusuff dan Rania membuatkan dia benafas lega kerana selepas ini dia tidak akan mencemburui Rania dan berfikir yang bukan-bukan lagi.
"Ehh apa pulak dating! Kita orang bercakap jelah!!" sangkal Rania. Mukanya mula terasa panas dengan usikan Luqman, apalagi ketika Zulaikha ada bersama.
"Tak payah nak malu lah Nia. Dulu, aku dengan Luq pun macam tu. Kan B?" Cerita Zulaikha tanpa selindung. Dia sudah memeluk lengan Luqman sambil tersenyum manja.
"Pandai ea, kau simpan rahsia? Senyap-senyap bercinta dengan jiran sebelah. Kenapa nak rahsiakan?" tukas Luqman. Sedikit berkecil hati kerana Rania sudah pandai berahsia dengannya. Kalau dulu, dialah orang pertama yang akan mengetahui semua rahsia Rania kerana gadis itu tidak pernah berahsia dengannya. Tetapi sekarang, dia jatuh tempat kedua, mungkin juga ketiga kerana Rania sudah menggantinya dengan Yusuff.
"Sorry Luq. Takde niat nak rahsiakan dari kau. Tapi aku dengan Yusuff belum ready nak hebohkan. Kita orang ingat, dah jumpa waktu yang sesuai baru nak war-warkan. Tapi kau dah kantoikan dulu"
"Nasib dah tahu sekarang. Kalau aku tahu nanti-nanti, silap-silap haribulan, korang datang bawak kad jemputan!" tukas Luqman lagi.
"Macam mana kau tahu?" tanya Yusuff pula.
"Aku pernah nampak korang berpegangan tangan. Dan, aku ada terdengar kau on the phone dengan Nia. Sambil sebut nama Nia, sayang.. Lepas tu, bila tengok korang semakin hari semakin rapat, syak wasangka aku rupa-rupanya betul!"
"Pandai erkk kau? Kau intip aku dengan Nia ke?"
Luqman tergelak. Dia bukannya mengintip tetapi Allah dah tunjukkan kebenaran pada dia.
"Apapun, aku tumpang gembira untuk korang. Harap-harap korang cepat kawen sebelum aku dengan Ika!" usik Luqman lagi.
Wajah Rania dan Yusuff sudah kemerahan menahan malu. Masing-masing hanya tergelak, tidak mahu terlalu melayan akan usikan Luqman tersebut. Pun begitu, hati sentiasa berdoa yang terbaik untuk hubungan mereka. Semoga dipermudahkan!
SEJAK dia menerima tugasan untuk menguruskan projek terbaru, masanya lebih banyak diluangkan bersama PC berbanding dengan Rania. Kali ini, Aziah disertakan dalam projek tersebut. Masa yang ada lebih banyak dia habiskan dengan Aziah. Dia dan Rania hanya sempat berbual melalui telefon, itupun hanya untuk beberapa minit.
"Cuba tengok lanskap ni. Okay tak? Kalau you matchkan with these colours, I think it will make a perfect combination!" usul Aziah sambil mengajukan beberapa katalog warna kepada Yusuff. Projek kali ini melibatkan lima belas unit kondo, di mana mereka harus menyiapkan lakaran dan design mengikut kreativiti mereka.
"Hmmm, not too bad! Pandai kau pilih colour. Target kita kali ni adalah semua lapisan umur. Maksudnya, semua peringkat umur boleh terima konsep ni. Kau bayangkan, kalau kelima belas kondo terjual, berapa dah kita untung?"
" That is why the choices are important! Once kau salah buat pilihan, everything is ruined! Hmm.. aku harap Datuk suka. Ini projek kita yang pertama" sahut Aziah lalu menghirup kopi yang sempat dia beli tengah hari tadi. Dia tahu, Datuk Taj seorang yang sangat cerewet apabila berkaitan kerja. Dia tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi sementelah ini adalah percubaan pertamanya tetapi dia juga tidak mahu memandang remeh akan projek itu. Sekali kesilapan, mereka bakal mengalami kerugian yang bukan sedikit jumlahnya.
"Shittt!" dengus Aziah apabila kopi yang diminumnya tertumpah ke atas t-shirtnya yang berwarna putih. Yusuff menoleh lalu mendekati Aziah.
"So careless!" omel Yusuff lalu mencabut beberapa helai tisu dan diserahkan kepada Aziah. Tisu bertukar tangan.
"Suff, aku pinjam toilet. And baju kot kau? Aku takde spare baju"
Yusuff akur pada permintaan Aziah. Dia sebenarnya teragak-agak hendak menuruti permintaan Aziah itu tetapi takkanlah dia hendak membiarkan gadis itu tanpa mengenakan sebarang baju? Sudahlah di bilik itu hanya ada mereka berdua. Risau dengan keadaan sekeliling, dia lantas menanggalkan kot bajunya lalu diserahkan kepada Aziah.
Setelah mendapatkan kot, Aziah berlari laju menuju ke bilik air. Dia harus menyegerakan urusannya agar kerja mereka cepat siap dan dia boleh balik awal kerana sudah beberapa hari ini dia asyik bermalam di tempat kerja. Sungguh, dia penat!
Tanpa disedari, perlakuan mereka diperhatikan oleh Ammar dari luar. Dia mengerling jam di tangan. Sudah jam 4! Ada satu jam lagi. Jika mereka dapat menyiapkan segera, tidak perlulah mereka bermalam di situ. Dia sudah bosan kerana hampir setiap hari Aziah komplen mengenai "check in'nya di pejabat itu!
RANIA menapak ke lif. Hari ini, dia ingin membuat kejutan kepada Yusuff dan akan menemani lelaki itu sehingga kerjanya selesai. Sejak beberapa hari ini, mereka tidak bersua muka. Dia jadi rindu. Namun dia faham semua itu. Dia tidak akan merungut, bahkan dia akan menyokong Yusuff dari belakang. Lif terhenti di tingkat 3. Pintu lif terkuak. Rania menapak keluar.
Dari jauh, dia dapat melihat Ammar yang sedang menjinjit briefcasenya.
"Nia! Buat apa kat sini?" Soal Ammar sebaik mereka bertembung wajah.
Rania tersenyum manis. "Saya nak jumpa Yusuff. Dia ada kan?"
Ammar mengangkat kening. Serba salah mahu menjawab. Takkan nak cakap, 'Yusuff dengan Aziah masih buat kerja'. Tapi bukan jugak satu masalah kerana Rania tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Yusuff.
"Not so sure. Dah balik kot" bohong Ammar.
Rania kecewa dengan jawapan Ammar. Takkan Yusuff tak bagitau apa-apa? "Ohh yeke? But thanks. Ohh ya, sebelum tu, terima kasih atas pertolongan awak hari tu. Saya hargainya. Jarang sangat dapat jumpa awak, tak sempat nak ucap terima kasih"
"It's my pleasure"
Rania mengangguk lantas mengatur langkah semula ke lif. Fikirnya, dia dapat memberikan kejutan kepada Yusuff sebaliknya, lelaki itu sudah balik. Kenapa dia tidak dimaklumkan apa-apa? Sibuk sangat ke sampai lupakan aku?
Ammar menghantar langkah Rania dengan sorotan mata. Tiba-tiba saja, akal jahatnya menjelma. 'She's not even Yusuff's someone special ! You still have the chance. But even if she does, who cares?'
"Nia!" Ammar separuh menjerit. Langkah Rania terhenti. Dia menoleh ke belakang, memandang Ammar yang masih tersenyum padanya.
" I don't think he's away. Wanna check?"
Rania menggigit bibir, mulai tidak sedap hati dengan pelawaan Ammar. Lelaki yang di hadapannya itu bukan mudah untuk dipercayai. Tetapi amatlah sia-sia kedatangan dia jika pelawaan Ammar ditolak. Lagipula, Yusuff tidak pernah terlupa untuk mengkhabarkan apa-apa kepadanya.
Wajah Ammar dipandang lagi. Dilihatnya, lelaki itu juga masih tidak lepas menjamah wajahnya. Tersenyum sambil mengangkat kening.
"Okay" Rania mengangguk perlahan-lahan sambil mengorak langkah ke arah Ammar. Walaupun ketakutan, tetapi dia harus teruskan juga. Tidak mengapalah. Dia punya perisai untuk menyelamatkan diri. Jika berani Ammar menyentuhnya walaupun hanya satu inci, dia tidak akan teragak-agak untuk menyerangnya!
YUSUFF meneliti satu-persatu katalog warna itu sekali lagi. Dia masih menimbang-tara akan cadangan Aziah sebentar tadi. Dia juga seperti Aziah, agak gementar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya mengendalikan projek kondo yang terlalu tinggi nilainya. Jika diteliti semula, ada benarnya kata-kata Aziah. Kalau pilihan salah, semuanya akan musnah! Dia tidak mahu memalukan Ammar dan Datuk Taj yang sudah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya.
Yusuff menilik jam di tangan. Sudah pukul 4.32! Nampak gayanya, 'check in' di office lagilah ni! Yusuff mengeluh sambil menanggalkan tali leher lalu dicampakkan di atas meja. Butang baju dibuka sedikit.
Dia menoleh apabila pintu bilik air terkuak. Aziah menapak keluar sambil tersenyum. Dia mengenakan kot Yusuff yang agak besar dari tubuhnya.
"Selesa tak?" tegur Yusuff, prihatin.
Aziah hanya mengangguk. "Kau tengok apa?" Dia sudah mendekati Yusuff. Tetapi sekali lagi dia ditimpa nasib malang apabila gagal menyeimbangkan langkahnya lalu terjelepok ke lantai. Sebelum sempat dia mencium lantai, Yusuff terlebih dahulu menarik tangannya. Dia sempat berpaut pada leher Yusuff. Wajah mereka mendekat. Kot yang dipakaikan Aziah tiba-tiba terjatuh dari bahu dan tersadai di lantai menyebabkan sebahagian dari tubuh badannya terdedah.
"Suff..." Suara yang berketar-ketar itu menyapa gegendang telinga Yusuff. Dia mengangkat wajah lalu bertembung mata dengan Rania. Ammar berdiri di sebelah.
Sedar akan keadaannya, Aziah pantas menjarakkan diri dari Yusuff lalu mengutip kot yang terjatuh di lantai dan dipakaikan ke tubuhnya semula.
"Sorry, saya salah bilik" Tutur Rania lantas berjalan keluar. Dia ingin melarikan diri dari semua orang, lebih-lebih lagi dari Yusuff. Dia tidak mampu untuk percaya dengan apa yang disaksikannya sebentar tadi.
Yusuff mengejar dari belakang. Rania sudah salah faham! Dia harus menjelaskan segala-galanya kepada Rania sebelum kesalahfahaman ini berlanjutan.
Rania berjaya meloloskan diri melalui lif. Dia mengeluh kerana tidak dapat menyaingi langkah Rania namun usahanya tidak terhenti di situ.
Agak lama hendak menunggu lif seterusnya, Yusuff mengambil keputusan untuk menggunakan tangga. Dia harus cepat sebelum kehilangan jejak Rania.
AIRMATA Rania tidak henti-henti mengalir. Inikah kesibukan yang selalu Yusuff utamakan? Berdua bersama Aziah dan... Rania tidak sanggup untuk membayangkan apa yang bakal terjadi.
Aziah memang cantik! Tidak setanding dirinya. Aziah sempurna dan mana-mana lelaki bisa tergoda dengan wajah bujur sirih itu. Ditambah lagi dengan kepandaian yang dia miliki, pendek kata, Aziah memang tip top! Sempurna! Hebat! Jauh berbeza dengan dirinya.
Rania mengusap airmata dengan jari kanannya. Dia yang ingin membuat kejutan, tetapi dia pula yang menerima kejutannya!
Pintu lif terkuak luas. Rania menapak keluar sambil mengesat sisa-sisa airmatanya. Dia berjalan ke pintu utama namun langkahnya terhenti apabila Yusuff sudah pun berdiri di hadapannya. Tidak semena-mena, hatinya sakit melihat tampang itu! Yusuff bergerak mendekatinya namun Rania pantas bertindak. Dia melarikan diri sepantas yang boleh namun gerakan Yusuff lebih tangkas. Tangan kasar Yusuff sudah menarik tangannya kembali. Rania meronta-ronta namun kudratnya tidak mampu untuk melawan.
Yusuff membawanya memasuki lif. Punat nombor 8 ditekan. Mata Rania terbeliak. Rasa-rasanya, itulah tingkat paling tinggi sekali di dalam syarikat itu.
Rania menepis kasar tangan Yusuff. Dia tidak suka diperlakukan sebegitu kasar oleh lelaki kesayangannya itu.
"Sorry.." ucap Yusuff apabila menyedari kelakuannya terhadap Rania.
Rania tidak menyahut bahkan dia bertindak menekan punat GF-groundfloor. Dia ingin segera pulang, tidak mahu berdua-duaan dengan Yusuff. Nafasnya sesak! Hatinya sebal!
Melihatkan kelakuan Rania, Yusuff menukar nombor lif semula. Dia tahu Rania marah. Dan dia berhak dimarahi. Tetapi bukan salahnya. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
Rania tidak mahu mengaku kalah. Punat GF ditekan semula. Tetapi belum sempat dia berbuat sedemikian, Yusuff terlebih dahulu menarik tangannya.
"Awak salah faham. Saya boleh jelaskan apa yang berlaku. There was nothing happened between me and Zia!"
Rania kaku. Beku. Tangan Yusuff ditepis kasar. Airmatanya gugur lagi. Semakin diseka, semakin laju mutiara jernih itu mengalir.
"Sumpah Nia! Takde apa-apa pun yang berlaku. Awak boleh tanya Zia. Okay, before that. Saya nak mintak maaf sebab tak bagitau pasal projek yang saya kendalikan bersama Aziah. Saya terlalu busy sampai lupa nak inform awak. And saya nak mintak maaf jugak sebab selalu takde masa untuk awak. But I'm busy with my work, not other things!"
Wajah Rania dipandang. Namun gadis itu masih kaku dan tidak ada satu pun perkataan yang keluar dari bibir mungilnya. Namun Yusuff tidak berputus asa. Dia masih cuba menerangkan duduk perkara sebenar kepada Rania. Kalau perlu berlutut, dia sanggup asalkan Rania mahu memaafkannya.
"Just now, we were having our discussion about the project. Aziah spilled her coffee to her shirt! Dia takde spare. So dia nak pinjam kot dari saya. Saya terpaksa bagi sebab risaukan auratnya yang terdedah sedangkan masa tu, cuma kami berdua dalam bilik. Saya tak nak orang salah sangka. And, yang awak tengok tadi tu. It was an accident! Aziah pakai high heels sayang! Dia lost control and because of the coffee spilled, dia hampir terjatuh. So I saved her. Nothing than that happened between us!"
Rania masih membatukan diri. Walaupun hatinya dapat menerima sedikit penerangan daripada lelaki itu, namun dia masih kesal kerana kejadian sebentar tadi. Dia diserang kesakitan hati yang tiada tolok bandingannya. Dia harus akui, dia cemburu!
Lif sudah berhenti di tingkat 8. Belum pun sempat lif terbuka, Yusuff menekan punat GF semula. Dia tidak mahu ada sebarang gangguan saat ini.
"Sayang, speak to me please! Jangan diam macam ni! Just say something. Do something. Pukul, tampar or do anything. I can bear that! Tapi jangan diamkan diri"
Rania menoleh lalu memukul dada Yusuff sekuat hati.
"Jahattt!! I hate you!"
Yusuff mengukir senyum. "But I love you!"
Tangan Rania disimpan rapi. Lantas tubuh genit itu dibawa dalam pelukan. "So muchhhh!"
Rania memeluk Yusuff dengan erat lantas membenamkan wajah ke dada bidang milik lelaki itu. Entah kenapa, dia mulai tidak senang dengan kehadiran Aziah. Dia takut untuk kehilangan Yusuff. Dia takut kasih sayang Yusuff akan berbelah bagi. Dia takut akan segala-galanya.
"Awak..."
"Shhhh..." Yusuff membelai rambut Rania dan mengusap belakangnya. Dia tidak mahu Rania bercakap sepatah pun. Dia tahu, Rania tidak tenang. Dia tahu, Rania sedang dalam ketakutan. Dia dapat mendengar sedu-sedan gadis itu. Dan dia tahu, semua itu khilafnya. Dia akan memperbetulkan semua salahnya pada Rania dan meluangkan masa untuk gadis itu sebaik mungkin. Dia akan membahagiakan Rania.
Yusuff memeluk erat tubuh Rania, cuba menyalurkan cinta dengan cara itu. Dan mereka... hanyut dalam perasaan cinta yang begitu mendalam yang tanpa mereka sedari, sudah ada racun berbisa menabur benih kebencian!
AMMAR termenung mengenangkan peristiwa tadi. Niat sebenarnya tidak ingin Rania berjumpa Yusuff, tetapi rancangan itu terbatal kerana dia sudah siap dengan perancangan yang lain.
Fikirnya, Rania akan memberontak apabila melihat pendekatan Yusuff dan Aziah. Tetapi dia silap. Yusuff lebih bijak memujuk. Dia pasti itu kerana dia sempat melihat Yusuff dan Rania berpegangan tangan ketika di dalam lif. Tadi, dia ke tingkat 8 kerana ingin mengambil udara dan melihat kesibukan jalan raya dari pandangan atas. Setelah puas menuruti permintaan mata, dia kembali ke lif dan ingin segera pulang. Nasibnya baik apabila pintu lif terbuka. Namun hanya untuk beberapa detik kerana pintu lif terkatup semula. Dan dari situ, dia sempat melihat gelagat Yusuff dan Rania yang berpegangan tangan.
Rancangannya gagal. Tetapi tidak mengapa. Dia masih punya banyak waktu. Selagi Rania atau Yusuff tidak membuka mulut mengenai status hubungan mereka, dia akan terus berharap untuk memiliki Rania. Tetapi, jika benar sekalipun hubungan mereka, dia juga tidak ambil peduli. Rania harus dimiliki tidak kira apapun yang terjadi! Walaupun itu bererti dia harus memusuhi teman baik sendiri!!
"Hebat sangat ke kau Yusuff? Kenapa semua orang memuji engkau? Dan melupakan aku? Termasuk papa..."
Ammar mengetap bibir. Dia baru teringat akan perbualannya dengan papa beberapa hari yang lepas.
"IS he your friend?" Datuk Taj maksudkan Yusuff. Kerusinya berpusing-pusing menghadap Ammar. Sejak Yusuff memasuki syarikatnya, keuntungan yang mereka perolehi berlipat-ganda. Yusuff bijak dalam pengendalian kewangan. Bahkan untuk mengawal keadaan rumit sekalipun, dia bisa meski hanya bergerak sendiri. Bila melihat Yusuff, dia terbayang dirinya sendiri. Kerajinan dan ketekunan Yusuff mengingatkan dia ketika dia masih muda dahulu. Dan wajah itu, senyumannya tak ubah seperti Ammar, yang memiliki hampir kesemua milik Ramona.
Ammar mengerutkan dahi. "You mean Yusuff?"
Datuk Taj mengangguk. "He's a good person. Baru sebulan kerja sini, tapi semua staff memuji dia. He is very warm, considerate and one thing I like about him is his determination! I was like him before"
Ammar melihat senyuman pada bibir Datuk Taj. Nampaknya, Yusuff begitu mendapat tempat di hati papa. Seumur hidup dia, baru kali ini dia melihat papa memuji dan mengkagumi seorang manusia. Dan pujian itu terus meniti di bibir papa. Nama seorang insan! Yusuff!!!
AMMAR tersentak apabila cermin keretanya diketuk seseorang. Saat dia menurunkan cermin kereta, tersembul wajah Aziah.
"Anything?" Tanya Ammar, kurang ramah. Dia tidak ada mood saat itu.
"Errr, encik nak balik ke? Boleh I tumpang? I tak drive. I supposed to go back with Yusuff but he's not here. Agaknya dah balik kot"
Ammar berfikir sejenak. Dia baru teringat tentang Rania. Mereka berdua tinggal serumah. Dia inginkan sesuatu dari gadis itu. Lantas, dia mengangguk dan mempelawa Aziah masuk. "I'll drive you home"
Aziah tersenyum seraya memboloskan diri ke dalam perut kereta.
"SORRY sebab lately selalu sibuk. Kita dah jarang jumpa, dah jarang bercakap. Dah jarang berkongsi masalah" Jari-jemari Rania digenggam erat. Dia sedar akan kekhilafannya. Rania diabaikan dalam beberapa waktu ini. Tetapi bukan dia sengaja. Dek kerana tuntutan kerja yang tidak memihak kepada mereka, dia tanpa sedar telah mengguris hati dan perasaan Rania.
"It's okay. Asalkan awak ingat saya, tak berubah hati. Itu dah lebih dari cukup" jawab Rania lalu melentokkan kepalanya ke bahu Yusuff. Mereka saat itu menghabiskan masa di tasik. Tidak banyak pengunjung pada hari itu, mungkin kerana hari sudah agak lewat.
Yusuff mengerutkan dahi. "Kenapa cakap macam tu? Saya tak pernah berubah hati. Dan takkan pernah berubah hati. Saya tahu, masa saya sekarang ni terpaksa dikongsi dengan kerja. But I don't have choice. Kita kena sabar sikit waktu lagi. Okay sayang?"
Rania membalas dengan anggukan. Bahu Yusuff dikucup perlahan. Tidak apalah, kerana dia akan memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang sudah berubah 360° itu. Dia percayakan Yusuff. Dia yakin, Yusuff tidak akan berpaling darinya.
"Lama dah kita tak ke sini kan sayang? Last kita ke sini sebelum kita declare hari tu kan sayang?"
Rania mengangguk. Dia mulai rindu masa-masa mereka dahulu. Seingat dia, Yusuff dulu seorang yang pendiam dan tidak sesweet seperti sekarang. Rania tersenyum.
"Dulu kan, saya selalu salah faham pasal awak dengan Luq" Yusuff mula membuka cerita.
Rania kaget. "Ni mesti awak ingat saya dan Luq ada perasaan istimewa kan? Padahal kita semua tahu, Luq dah bertunang"
"Bertunang tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan kan? Itu yang saya fikirkan dulu. Manalah tahu, Luq terpaksa bertunang dengan Ika walaupun dia syok kat awak. Pastu, bila dia dah sedar perasaan dia pada awak, dia batalkan perkahwinan dia dan lari pada awak"
Rania tergelak. "Tu cerita dalam dramalah! Mana boleh terima?! Lagipun, saya dengan Luq dah berkawan dari kecik lagi tau? Dah tahu tahap gila masing-masing. Peliklah kalau tiba-tiba nak kena kawen dengan kawan baik sendiri" tukas Rania. Kalau dia benar sukakan Luqman, agaknya dari dulu lagi lelaki itu sudah menjadi miliknya. Tetapi dia tidak salahkan Yusuff yang berfikiran seperti itu. Keakraban hubungannya dengan Luqman memang bisa mengundang salah faham sesetengah pihak. Dia sudah lali. Oleh itu, dia tidak mahu sangat ambil pusing.
"Dan gara-gara salah faham tu jugak, saya tak berani nak luahkan perasaan saya pada awak. Risau jika saya bertepuk sebelah tangan. Tapi lagi malu kalau awak tolak cinta saya!" akui Yusuff tanpa was-was. Itulah yang dia rasakan sebelumnya. Tetapi sekarang tidak ada apa yang harus dikhuatirkan kerana Rania sudahpun menjadi miliknya. Hanya menunggu waktu yang sesuai untuk di sah milikkan!
"Laaa tak mencuba, tak tahu kan? But lastly, orang tu luah jugak perasaan dia kat saya. Nasib saya tak tolak dia. Kalau tak..."
"Frust menonggeng lah sayaaa!"
Rania dan Yusuff sama-sama ketawa.
"RANIA dan Yusuff takde apa-apa hubungan? Itu maksud kau?" tanya Ammar inginkan kepastian. Dari tadi dia menyelidik mengenai Rania, tetapi tidak ada satu pun jawapan dari Aziah yang bisa memuaskan hatinya. Aziah hanya menjawab 'tidak', 'entah', 'mungkin' untuk setiap pertanyaannya. Masakan dia tidak tahu apa-apa sementelah mereka duduk serumah. Sedikit sebanyak pasti ada satu atau dua benda yang Rania kongsikan.
Aziah mengeluh. Ammar soal selidik tentang Rania sedari tadi. Sudahlah dia memandu dengan kelajuan 60, esok pun takkan sampai!
"Why don't you ask her by yourself? Maybe you akan jumpa something you really wanna know" cadang Aziah kerana dia sudah berputus asa dengan pertanyaan demi pertanyaan dari lelaki itu.
"Kalau aku tanya dia, I won't bother myself asking you! She is too secrective. And really hard to get closer too! Rania takkan benarkan aku dekat dengan dia. Kalau dia nampak aku, dia akan cuba untuk lari. Aku tak pasti kenapa dia macam tu"
"Well, it's a woman thought! Perempuan akan cuba lindungi diri mereka dari orang yang mereka tak percayai. And that's what she does!"
Ammar semakin tidak mengerti. Takkanlah Rania tidak mempercayainya? Dia tidak pernah melakukan perkara di luar batasan terhadap gadis itu.
"Tapi, kalau kau tanya aku pasal Rania and Yusuff, it's really something that I don't know! Cuma aku pernah dengarlah yang Hanie cakap pasal korang bertiga"
Ammar melemparkan pandangan ke arah Aziah. Dia mencuba untuk mengorek seberapa banyak maklumat yang dia tahu.
"Pasal kau, Luq dan Yusuff. Luq is now engaged to someone. And, jangan dekatkan diri dengan kau sebab Hanie sukakan kau! Dan jangan nak memandai dengan Yusuff sebab Yusuff tu Rania yang punya! Itu apa yang Hanie cakap" Apabila mengingatkan kembali apa yang pernah terjadi di antara dia dengan Yusuff sebentar tadi, dia jadi malu untuk berhadapan dengan Rania. Sungguh, dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Mereka berjumpa di atas urusan kerja.
Ammar mengerutkan dahi. Hanie sukakan dia? Mengarut!! Dia tidak ada eye contact dengan Hanie. Bahkan mereka juga tidak pernah kelihatan berdua. Bagaimana cinta boleh dipupuk jika tiada komunikasi atau bahasa badan seperti itu? Langsung tidak masuk akal!
Yusuff dan Rania? Benarkah apa yang diperkatakan Aziah? They belong to each other?
NISSAN ALMERA milik Yusuff berhenti di hadapan rumah Rania. Brek tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan. Jam di tangan sempat dikerling. Sudah pukul 8! Jika tidak membawa Rania mengisi perut, sudah pasti mereka tiba seawal pukul 7. Mengenangkan Rania yang kelaparan, dan sebagai menebus kesilapan, dia turutkan sahaja permintaan Rania yang mahu mereka menghabiskan masa bersama-sama. Rania! Manja yang pelik tetapi dia selesa.
"Nia..."
Rania menoleh saat namanya dipanggil.
"I know what you think about Aziah. Awak rasa tak selesa dengan dia kan? Lepas apa yang dah jadi ni?"
Rania mengeluh. "Sejujurnya, ya. Susah nak berdepan dengan dia lepas apa yang terjadi. Tapi saya tak boleh egois. Manusia buat silap kan? Saya tahu, dia tak sengaja dan tak ada niat langsung. Lagipun, kami duduk satu rumah. Rasa tak selesa kalau asyik melarikan diri. Awak dah pernah rasa perasaan tu masa gaduh dengan Luq dulu kan? So, saya tak perlu nak jelaskan" Rania ambil langkah rasional. Dia tidak mahu gara-gara kejadian tadi, dia dan Aziah saling bermasam muka.
Yusuff melakar senyum. Sesuatu yang dia suka mengenai Rania. Tidak mudah melatah dan sentiasa berfikiran rasional walaupun ada kalanya pemikiran Rania tidak dapat diterima pakai! Terutama sekali apabila cemburunya menggila! Yusuff sembunyi senyum.
"Glad to hear that! So lepas ni awak tak perlu risau apa-apa pasal Aziah. Sebab memang takde apa-apa pun yang terjalin di antara kami"
"Saya tahu"
"Dan lepas ni, ada sorang wanita je yang boleh duduk dalam Almera ni"
Rania melemparkan pandangan ke arah Yusuff. "Ehh?Tapi awak dengan Zia kan satu tempat kerja. So macam mana dia nak turun kerja kalau takde orang yang boleh dia tumpangkan? She has no car!"
"Hanie kan ada. Dah, tak payah tanya apa-apa lagi"
Rania mengetap bibir. "One last question"
"Apa dia sayang?"
"Siapa wanita yang awak maksudkan tu?"
"Hmmmm?"
"Yusuff!!" Rania sudah buat muka.
Yusuff tergelak. " Okay-okay. Nak tahu betul ni?"
Rania mengangguk.
"Sorang je wanita boleh duduk dalam Almera ni. And she is amoi cantik!"
Kata-kata Yusuff mengundang tawa Rania. Sungguh, dia tak percaya gelaran itu yang Ah Choi berikan padanya. Sungguh tak kena!
"Start esok, saya hantar pergi kerja. Balik pun saya ambik. Don't go without me even if Ammar comes! Kalau Ammar merayu sampai melutut sekalipun, jangan layan dia. Ingat, awak sorang je yang boleh duduk dalam Almera ni. Dan takde kereta lain yang boleh awak tumpang kalau drivernya bukan saya!"
Rania akur pada syarat yang Yusuff kenakan. Walaupun dia tak berapa nak kisah pasal Ammar, tapi perasaan Yusuff harus dijaga.
Share this novel