30

Romance Completed 23717

SETELAH mendapatkan kenyataan daripada Ammar, Faiz dan Mizan bergerak mendapatkan Rania yang terbaring di atas katil.
"Yusuff mana?" soalan pertama yang terpancul dari bibirnya. Matanya melilau mencari kelibat Yusuff namun tidak ketemu.
"Yusuff selamat. Dia ada"
Sahut Ammar sambil mengatur langkah mendekati Rania. Mata mereka bertembung. Dan di situ, dia mampu melihat betapa besarnya sayang dan cinta Rania pada Yusuff, sehingga tidak ada ruang sedikit pun untuk dia berteduh.
"Don't worry too much. Doctor and nurses are taking a good care of him! Awak kena rehat. Bertenang" ujar Ammar lagi.Senyuman terukir di bibir untuk gadis itu. Haruskah dia mengalah dan memberikan ruang untuk Yusuff? Tegakah dia menyakiti hati sendiri demi Yusuff? Mampukah dia?
"Faiz, aku rasa kita tak dapat ambik keterangan dari Rania. She needs to rest" Apabila melihat Rania yang berwajah lesu, dia tidak fikir itu adalah masa yang sesuai untuk mengasak Rania dengan pelbagai soalan.
"It's okay. Saya boleh bagi keterangan" jawab Rania pula. Dari baring, dia sudah duduk bersandarkan bantal bersegi empat itu dan dibantu oleh Ammar.
"Are you sure? Dorang boleh tunggu" Ammar bingung. Kondisi kesihatan Rania masih perlu dipantau. Risau sekiranya Rania mula membuka cerita dan mengembalikan dia ke trauma tersebut.
"Don't worry too much okay? The doctor and nurses are here to take a good care of me! "Rania memgulang kembali ayat Ammar tadi.
Ammar tergelak kecil. Rania! Gadis yang sentiasa punya cara untuk menghidupkan suasana!
"Okey. Since that Rania insist nak beri keterangan, rasanya kita boleh mula sekarang" kata Faiz.
Ammar hanya melihat saja tindak tanduk Rania. Dia berfikir, diakah yang terlalu mementingkan diri selama ini? Besarkah cinta dia pada Rania kalau dibandingkan dengan pengorbanan Yusuff? Apakah yang harus dilakukannya? Dia buntu. Dia tidak sanggup kehilangan Rania tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu membiarkan Yusuff melakukan apa-apa ihsan dan pengorbanan lagi. Justeru, jalan apakah yang dia pilih?

DATUK TAJ, Fazlin dan Laila menapak ke dalam bilik yang menempatkan Yusuff. Saat terpandangkan tubuh sasa itu baring di atas katil, airmata Datuk Taj mengalir laju. Dia sudah kehilangan arwah Ramona. Dan tidak sanggup untuk berdepan dengan kekecewaan itu buat kali kedua.
Malam semalam, dia dimaklumkan oleh Laila akan kejadian yang menimpa Yusuff dan Ammar. Setelah memastikan kesahihan berita tersebut, Datuk Taj meminta bantuan daripada kenalannya yang juga seorang anggota polis. Mereka berkerah mencari dan menyelamatkan Yusuff dan Ammar. Laila rupa-rupanya isteri kepada Mizan, yang juga anggota polis yang terlibat di dalam misi penculikan Rania kali ini. Laila mendapat maklumat tersebut melalui suaminya. Tanpa berfikir panjang, dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada Datuk Taj.
"Yusuff! You tengok anak I! Tu.. tu anak I!" Datuk Taj separuh merintih. Fazlin mengangguk perlahan. Dia sudah mendengar kebenaran tersebut dari mulut Datuk Taj sendiri. Bahkan dia tidak pernah memarahi suaminya kerana dia juga bersalah, berkomplot untuk menganiaya arwah Ramona dan Yusuff.
Apabila menerima berita penangkapan Daim, Fazlin hanya mampu mengalirkan airmata. Dia tahu, kesalahan Daim tersebut adalah kerana sikap dia yang terlalu memanjakan anaknya. Dia redha dan ikhlas. Hukuman yang diterima oleh Daim hari ini adalah kerana dosanya masa lampau terhadap arwah Ramona. Setelah apa yang berlaku, dia berjanji kepada diri sendiri untuk menjaga dan melindungi Yusuff dan Ammar seperti anak sendiri. Itu janjinya!
"Maafkan papa! Sebab tak pernah berusaha untuk melindungi Amran. Papa yang bersalah" Datuk Taj sudah berada di sebelah Yusuff, menggenggam tangan tersebut. Mencuba untuk menyalurkan seberapa kekuatan.
"Papa tak pernah jaga Amran dengan baik. Papa tak mampu nak lindungi ibu! Maafkan papa" Datuk Taj sudah basah dengan airmata.
Fazlin menenangkan suaminya. Belakang Datuk Taj dibelai perlahan. "Abang, dahlah tu. Amran tak apa-apa. Tu yang doktor cakap tadi kan? Dia perlukan rehat yang cukup"
"Papa!" Suara Ammar menyapa gegendang telinga Datuk Taj. Di sebelahnya, tercegat Rania, Faiz dan Mizan. Luqman dan Zulaikha juga ada di situ.
Laila menapak ke arah suaminya.
"Dia okay ke?" bisik Mizan ke telinga Laila.
"Okey. Dia perlukan rehat je"
Mizan mengangguk.
Ammar sudah mendapatkan Datuk Taj. Didakap erat tubuh tua itu. "Papa, I'm sorry. I really do!"
"It's okay! Papa dah tahu semua. Papa tak nak ungkit lagi apa yang dah terjadi. Past is past! Papa salah jugak sebab tak pernah pandang Am. Papa lupa papa ada seorang lagi anak!"
Ammar mengangguk. Dia banyak dosa pada papa. Ekoran terlalu mengikut nafsu dan menyanjung tinggi ego, dia lupa pada sekeping hati yang menyayanginya. Dia ingkar pada arahan papa hanya kerana memberontak. Tetapi dia lupa, papalah yang banyak membesarkannya. Meskipun perkataan sayang tidak pernah terungkap dari bibir tua tersebut, namun dia tahu jauh di sudut hati, papa sangat sayangkannya.
"Bos dah sedar!" Suara riang Laila menyentakkan semua yang ada di situ. Lantas semua mata memandang ke arah Yusuff.

YUSUFF menjenguk ke luar jendela sambil tersenyum. Melihat Datuk Taj dan Rania yang rancak berbual, hatinya berbunga bahagia. Tengah hari nanti, dia dan Rania akan discaj keluar.
"Am dah kemas semua barang abang. I mean, barang dari rumah sewa abang, akan dipindah ke rumah agam kita" Ammar sudah berdiri di sisi Yusuff. Turut sama membuang pandang ke arah Datuk Taj dan Rania.
Ammar mengucap rasa syukur. Penerimaan Datuk Taj terhadap kehadiran Rania ternyata menggembirakan hati papanya. Begitu juga dengan Mama Fazlin. Mereka menerima dengan baik kehadiran gadis itu ke dalam kehidupan mereka.
Dia memandang Yusuff yang sedang asyik memerhatikan Rania. Dia tahu, dan dia juga sedar. Cinta Rania tidak mampu dipaksa. Sekaya atau sekacak mana pun kelebihan yang dia miliki, Rania tak pernah sedikit pun ambil peduli. Lihat saja tadi. Apabila sedar dari tidur, nama yang keluar dari bibir tersebut adalah nama Yusuff. Bagaimana bisa dia mengisi hati Rania dengan namanya sedangkan hati gadis itu tak pernah kosong. Dan sepenuh ruang itu telah diisi dengan nama Yusuff.
"Kenapa pandang muka abang macam tu?" Walaupun tidak menoleh ke arah Ammar, namun dia tahu sepasang anak mata itu sedang ralat memerhatikannya. Dia agak terkejut apabila Ammar mula membahasakan dia dengan panggilan 'abang'. Namun setelah Ammar meminta maaf di atas segala kesalahannya dan ingin memulakan hidup yang baru, Yusuff sudah mampu memahami kehendak adiknya itu. Dia bahagia dan berasa bersyukur kerana Allah telah merencanakan semuanya dengan indah sekali. Dia mungkin hilang Rania, tetapi Allah mengembalikan Ammar dan Datuk Taj sebagai pengganti.
Ammar tersentak. Lelaki yang satu itu sangat bijak menangkap pergerakan matanya. Lantas dis tersenyum lalu memaut bahu Yusuff.
"Oii pelan-pelanlah! Bahu ni baru je nak baik!" rungut Yusuff berbaur gurauan. Kemudian, dia tergelak sendiri.
"Sorry" ucap Ammar sepatah. Namun apabila menyedari Yusuff hanya bergurau, dia turut tergelak sama.
"How do you feel now?" tanya Ammar. Besar pengorbanan Yusuff terhadapnya. Rasanya, tidak mampu dia bayar dengan berjuta wang ringgit sekalipun!
"Feeling better. Than ever!"
"I owe you one. Do you want anything in return?"
Yusuff menggeleng. "Allah dah kembalikan Am dan papa dalam hidup abang. That is more than enough! Abang tak nak tamak sangat. Cukuplah tuu"
Kata-kata Yusuff mengundang tawa di bibir Ammar.
"Rania?"
Sebaris nama itu menyentakkan hati Yusuff. Tetapi riak wajahnya tetap tenang. Dia tahu maksud Ammar itu. Namun dia sudah tekad. Rania hanya layak untuk Ammar, bukan dirinya.
"She is yours! Your wife to-be"
Ammar terdiam. Dia sudah dapat mengagak kata-kata tersebut. Melihatkan tampang Yusuff yang tenang, dia mulai dijamah perasaan cemburu. Dalam keadaan apa sekalipun, bagaimana lelaki itu tetap tenang dan mampu mengawal perasaan? Sedangkan dia? Lelaki yang hatinya mudah rapuh dan selalu hilang kawalan!
"I didn't expect that answer from you!"
Yusuff menoleh memandang Ammar.
"Kita sama-sama tahu siapa yang Rania cintai. One of us" ujar Ammar.
"Tapi kita jugak tahu siapa yang mampu bahagiakan dia!" sahut Yusuff kembali.
"It's you! Rania tak pernah cintakan Am. Walau banyak mana pun pengorbanan atau cinta yang Am bagi pada dia, it has never be the same! Sebab hati dia, abang yang pegang. Bukan Am!"
Yusuff sempat melihat Rania berpelukan dengan Opah, maksu Rok dan Hanie. Dia tersenyum saat melihat wajah-wajah gembira itu menghiasi tubir mata.
Dia memalingkan badan, menghadap Ammar. Bibirnya mengorak senyuman.
"Kata-kata yang hebat dari seorang lelaki yang sebelum ni ego!"
Ammar melepaskan tumbukannya pada Yusuff, tetapi hanya dalam momentum yang lembut dan perlahan.
"Look at you! Dah matured sikit! Tak macam sebelum ni, asyik nak marah-marah! Asyik nak jerit-jerit!"
Yusuff menjarakkan diri sedikit dari Ammar. Memandang Ammar dari atas ke bawah.
"But this is you! Am tahu tak, bila abang tahu yang Am ni adik abang, I was thinking to give you any of the happiness in this world! Abang happy sangat yang Allah temukan kita dalam situasi macam ni. Percaya atau tak, abang sayangkan Am lebih dari nyawa abang sendiri. I am willing to turn myself for you if that could make you happy. Dan bila abang tahu, Am sukakan Nia, abang tahu yang abang tak boleh pentingkan diri sendiri.
You have everything! Kekayaan, pangkat, wajah! Semua! Tapi abang tahu yang Am dahagakan kasih sayang dari orang sekeliling. Sebab tu Am buat perangai. Bukan saja-saja! Tapi itu je cara yang Am ada untuk luahkan pada papa betapa sunyi dan tertekannya Am selama ni bila papa sendiri abaikan Am. I noticed that! Dan abang tak mampu nak buat apa-apa selain dari menyerah. Because I know, Rania is the only person who can make you happy. Menyerah tak semestinya kalah kan? Tapi menyerah menandakan kita sudah matang dan menang kalahkan ego sendiri. And that's what I'm trying to do!"
Ammar sudah teresak. Kenapa selama ini dia buta dalam menilai keikhlasan Yusuff? Demi mengejar cinta dan perhatian Rania, dia lupa pada hati Yusuff yang terseksa!
"Hey, men don't cry! Sorok sikit airmata tu!" Yusuff sempat bergurau. Airmata yang jatuh berlinangan di pipi Ammar dia usap perlahan.
"No sad ending okay? She will be happy with you"
"And you?"
"Abang tak perlukan apa-apa lagi. Allah dah kembalikan Am dan papa pada abang. Lagipun, tinggal enam hari Am nak kawen kan? Kita lupakan semua ni okey?"
"Are you sure you will be fine?"
Yusuff tersengih. Pertanyaan Ammar dan aksi adiknya itu tak ubah seperti seorang kanak-kanak kecil. Rambut Ammar menjadi sasaran tangannya.
"Abang dah besar! Abang boleh jaga diri abang sendiri"
"Am mintak maaf!" Tubuh Yusuff didakap erat. Dia menangis dalam diam. Tidak tahu bagaimana hendak membalas semua pengorbanan Yusuff. Kuatkah kau bang?
Pelukan Ammar dibalas manja. Bahu Ammar ditepuk-tepuk perlahan. Walaupun sulit untuk berkorban, tetapi dia sedar kejayaan memerlukan pengorbanan. Untuk Rania, dia sanggup beralah. Dan demi Ammar, dia sanggup berkorban!

"DAH AGAK mesti aku yang last tahu semua benda! Bosanlah macam ni!" Luqman separuh merajuk. Dia mendekati Yusuff yang sedang tercongok di hadapan rumah mereka, memerhati sekelliling tanpa bersuara.
"Alah, aku pun last!" sampuk Hanie yang tiba-tiba muncul dari rumah sebelah. Dia menyelit di antara kedua-dua lelaki tersebut.
"Apa kes?" tanya Hanie lagi. Dia sengaja ke situ kerana hendak mengemas barang peribadi milik arwah Aziah. Barang tersebut akan didermakan kepada pihak yang memerlukan.
"Kau kemas barang Aziah ke?" soal Luqman apabila melihat longgokan barang yang dikumpulkan di ruang parkir.
"Aah. Banyak dah barang arwah. Aku tak nak simpan apa-apa yang berkaitan dengan dia. Seram weyyy"
"Penakut!" komen Luqman sambil tergelak.
"Seram weyy! Dahlah aku duduk sorang-sorang kat rumah tu. Bila ingat balik apa yang dah berlaku, meremang bulu roma aku ni tau?" Hanie sempat teringat akan cerita Rania. Rupa-rupanya Aziah itu Haiza. Wajah arwah Natrah dia aplikasikan ke wajahnya agar penyamarannya tidak menimbulkan syak wasangka sesiapa. Hebat sungguh perancangan Haiza! Selama enam tahun menyimpan dendam, dia mampu merencanakan segala-galanya dengan sempurna. Cuma dia silap. Yusuff dan Ammar lebih bijak dalam menghidu taktik kotornya.
Haiza meninggal dunia sejurus sahaja Rania melepaskan tembakan yang tepat mengena ke jantungnya. Hasyim turut terkorban dalam pergelutan tersebut. Daim pula akan dibicarakan dan didakwa di atas pertuduhan pecah amanah, penculikan, pembunuhan dan penyeludupan senjata haram. Padanlah dengan muka tak semenggah dia! Sekarang semuanya sudah selesai. Tapi yang tak selesainya masalah cinta lelaki di sebelahnya itu.
"Bila dorang kebumikan mayat Aziah?" tanya Yusuff setelah lama menyepi.
"Esok. Aziah aka Haiza tu takde famili. Abang dia, Hasyim pun meninggal dunia. So takde sapa yang tuntut mayat dorang. Jadi pihak polis buat upacara pengembumian tu esoklah. Kuburkan dua mayat sekaligus. Tapi berbeza liang lahadlah!" terang Hanie satu persatu.
"Berakhir jugak teka-teki kita kan? Sekarang dah jelas siapa sebenarnya Aziah tu. Tapi dia bijak kan? Dia pendam perasan tu lama-lama sampai jadi dendam. Pastu, dia buat perancangan nak habiskan Ammar pulak"
"Alah, orang kalau dah jahat, memang dah asal jahat!" sahut Luqman pula.
"Ehhh korang berdua ni. Daripada korang kutuk arwah, bagus lagi sedekahkan Alfatihah. Mintak doa semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga amal dia selama ni diterima baik di sisi Allah" Yusuff sempat bagi nasihat. Dia sudah melupakan segala yang terjadi. Tidak mahu berdendam dengan masa lalu. Lihat saja pada arwah Haiza. Kerana ikutkan dendam, dia sanggup mengetepikan perasaan prihatin sesama manusia. Dan akhirnya, dia meninggal dunia sebelum sempat menadah taubat.
"Bukan kutuklah. Tiba-tiba teringat!" sangkal Luqman pula.
"Ehh! Jadi ke Nia kawen dengan Ammar?" tanya Hanie lagi. Dia hanya sempat bertanya khabar saja pagi tadi dengan Rania. Tidak mahu mengasak Rania dengan pelbagai soalan, risau sahabatnya itu rasa tertekan!
Luqman menepuk lengan Hanie. Ishh! Dia ni. Tak sensitif langsung!!
"Apa?" tukas Hanie sambil buat mimik marah.
"Kau ni tak sensitiflah!" bisik Luqman. Namun apabila melihat wajah tenang Yusuff, dia dapat menarik nafas lega. Pertanyaan Hanie sebentar tadi langsung tidak menggugat hati Yusuff.
"Aku okeylah! Korang berdua tak payah risau!" Sahut Yusuff apabila perasan tingkah laku Luqman dan Hanie itu.
"Dorang jadi kawen. Enam hari dari sekarang. Masa pun tak cukup. Jadi kita kena tolong apa yang patut"
Luqman dan Hanie saling berpandangan.
"Rumah ni banyak kenangan dengan aku. Happy, sedih, rindu, semua perasaan aku dia tahu! Sekarang rasa berat pulak nak tinggalkan dia!"
Luqman mengerutkan dahi. Yusuff ini sudah merengkah? Dia bercakap seolah-olah rumah itu punya hati, punya perasaan! Sedih macam nak berpisah dengan kekasih pulak!
"Kalau macam tu, tak payahlah kau pindah! Duduk je kat sini. Apa susah. Boleh jugak kau buli si Luq ni!" Hanie sempat berseloroh.
"Ehh apa pulak aku?!" takuk Luqman pula.
"Papa dan Am nak aku duduk dengan dorang. Aku tak sampai hatilah nak tolak permintaan dorang tu. Lagipun, inilah masa yang aku tunggu. Bersama balik dengan keluarga aku. Bila dah ada Am dan papa, aku rasa keluarga aku dah lengkap"
"Habis tu Rania macam mana?" soal Hanie lagi.
"Dia akan bahagia dengan Ammar!"
Hanie terdiam. Bagaimana Rania akan bahagia bersama Ammar sedangkan hatinya sudah dimiliki oleh Yusuff? Sampai bila Yusuff hendak berkorban?
"Kadang-kadang kan, aku rasa Rania tu degil. Sungguh degil sampai susah nak lembutkan hati dia. Tapi bila tengok kau, baru aku tahu. Rupanya kat dunia ni ada lagi yang degil dari Rania. Degil bin kepala batu!" Hanie sengaja menyindir. Dia ingin Yusuff sedar, siapa sebenarnya yang dia perlukan.
"Aku degil nak tengok Nia bahagia!"
"Habis tu engkau macam mana? Ikhlas ke lepaskan Nia pada adik sendiri?"
"Aku tahu, korang risaukan aku! Tapi aku okey. Waktu akan menyembuhkan segala-galanya kan? Aku cuma hilang Rania kan? Tapi dia takkan pernah hilang dari hati aku. Aku tak nak korang tanya Nia dengan apa-apa soalan yang membabitkan aku atau kenangan kami. Aku nak dia lupakan semua tu dan bina hidup baru bersama Ammar"
Hanie hanya mampu mengeluh. Sahlah penyakit degil Rania itu sudah berpindah ke Yusuff. Tapi degil Yusuff ini special sikit. Degil bin kepala batu!!

"MACAM MANA bilik Amran? Okey tak?" tanya Fazlin sambil tersenyum. Sejak dari pagi tadi, dialah orang yang paling sibuk di rumah agam itu. Sejak menerima berita kedatangan Yusuff ke situ, dia mula menyediakan segala persiapan. Dari segi lauk pauk, sehinggalah ke hiasan bilik. Dia tidak mahu ada yang kurang pada kebajikan Yusuff.
"Lebih dari cukup, ma" tutur Yusuff ikhlas. Dia memerhatikan segenap ruangan biliknya. Berlatarbelakangkan warna biru dan dihiasi dengan corak yang cantik. Perhiasan di bilik itu tidak terlalu padat kerana dia tidak berapa sukakan ruang yang terlalu penuh dengan hiasan.
"Mama yang hias semua ni?"
Fazlin mengangguk. "Bilik ni tak pernah ada orang guna. Sebab papa sentiasa percaya yang Amran akan balik pada dia. Jadi dia sediakan bilik ni untuk Amran"
Yusuff tersenyum bahagia. Dia menapak ke satu sudut. Foto yang tergantung cantik di dinding itu mencuri tumpuannya.
"Tu gambar Amran dengan papa dan arwah ibu. Mama yang gantung kat situ. Kalau Amran tak suka..."
"Amran suka ma. Cantik. Thanks. Tapi mama okey ke sebab ada kenangan ibu lagi kat sini?"
"Mama takde hak nak halang Amran atau papa daripada ingat pada ibu. She means a lot to you. Walaupun arwah ibu dah takde, tapi kasih sayang dia masih hidup dalam diri kita kan?"
Yusuff mengangguk. Wajah ibu dipandang penuh sayu. Ya, ibu akan sentiasa hidup dalam hati dan jiwa mereka!

YUSUFF mengetuk pintu bilik berkali-kali. Apabila Datuk Taj menyuruhnya masuk, langkah kakinya dihayun mendekati papa.
"Amran! Come. Duduk sini!"
Yusuff akur.
"Papa tak tidur lagi?"
"Masih ada sikit lagi kerja"
Yusuff memanjangkan leher, melihat dokumen yang sedang diperiksa oleh Datuk Taj.
"Itu laporan kewangan. Papa perasan tak, ada jumlah yang tak betul dalam laporan tu. Dan..."
Yusuff terdiam apabila mata Datuk Taj tak lepas-lepas memandangnya. Aku buat salah ke?
"I've gone through this. Amran tak salah. Am pun sama. Semua ni kerja Daim. Tapi papa tak nak ambik tahu dah Takpelah kalau rugi RM500,000 sekalipun. Harga yang terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan nyawa Amran dan Am"
"Pa, I'm sorry for..."
"Dah! Kan papa cakap, benda ni dah tak penting? Papa nak kita semua mulakan hidup yang baru. Papa happy sangat sebab papa dah ada Amran balik. Tapi, Amran happy tak?"
Pertanyaan Datuk Taj mengundang seribu teka-teki di dalam benak Yusuff. Dia kurang faham maksud papa sebenarnya. Kalau pertanyaan Datuk Taj itu melibatkan nama Rania, dia tidak mampu untuk menjawab.
"You know what I mean. I've known everything! Semua yang Amran lalui. Termasuk kisah percintaan yang rumit...?"
Yusuff memanggung kepala. Pandangannya tepat menikam ke dalam anak mata papa. Benar sangkaannya. Soalan papa ada kena-mengena dengan Rania!
"Papa tahu, besar pengorbanan yang Amran buat untuk Am. But does it worth enough? You yang bercinta dengan Rania. And you pun tahu. Rania loves you more than Am is! Kenapa nak berkorban lagi? You dah puas terseksa. You deserve to be happy"
"I am happy papa. Happy sangat-sangat bila Allah temukan balik kita semua. Amran dah biasa rasa susah sebelum ni. Amran dah biasa hidup bersendiri. Dan Amran boleh bertahan hidup walaupun kena abai. Tapi Amran tak nak Am rasa macam tu. Am tak kuat pa! Dia perlukan kita semua di sisi. Kalau Rania tinggalkan dia, Amran tak rasa dia akan kuat"
"Tapi korbankan rasa cinta pada Rania semata-mata nak tengok adik sendiri bahagia? Macam mana Amran nak hadap semua tu? Bila dorang dah kawen, boleh ke Amran kuat? Atau berpura-pura kuat?"
"Pa, tolonglah. Jangan buat Amran rasa menyesal dengan pilihan Amran sendiri. Amran tak nak Am terluka. Dan Amran tak nak Am berkorban untuk Amran"
Datuk Taj sudah berdiri di hadapan Yusuff. Dia lantas memeluk tubuh Yusuff lalu menepuk perlahan bahu anaknya.
"I wish you nothing but a happiness!"
Dalam tak sedar, Ammar mendengar setiap butir bicara mereka. Dia sudah mengalirkan airmata, dan merasa kalah dengan pengorbanan Yusuff! Tetapi dia tidak akan mensia-siakan pengorbanan Yusuff. Dia berjanji, akan membahagiakan Rania tidak kiralah apa pun yang terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience