4

Romance Completed 23717

YUSUFF mematikan panggilan. Sekejap tadi, dia menerima panggilan daripada Luqman yang mengatakan mengenai kedatangan Ammar, kawan yang turut sama menyewa di situ. Dia yang seperti biasa tidak banyak bercakap hanya mengangguk sahaja. Selagi orang itu tidak bawa sebarang masalah kepadanya, selagi itulah dia baik-baik sahaja. Bersetuju tanpa perlu membantah.
Dia menggapai handphonenya yang berjenama Huawei Nova 2 lalu menekan icon Galery. Dibuka setiap gambar yang ada di situ. Tidak banyak gambar yang dia simpan, hanyalah gambar dia bersama arwah ibu, pak long dan adik Su. Satu demi satu wajah yang ada di situ memberi senyuman penuh erti padanya. Tiba-tiba, tangannya berhenti pada wajah seorang gadis. Bibirnya menguntum senyuman mekar. Hatinya berdegup kencang. Sudah seminggu lebih dia tidak menatap wajah garang itu. Garang-garang pun dia tetap comel!! Yusuff tergelak kecil. Gambar Rania yang dia ambil secara curi-curi ketika di rumah gadis itu. Ketika itu, dia dan Luqman dijemput ke rumah untuk meraikan kejutan ulangtahun Hanie yang 26 tahun. Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan dan sederhana itu hanya dihadiri oleh empat orang saja. Dia, Luqman, Rania dan Hanie sendiri. Mulanya dia agak kekok untuk menyapa Rania namun gadis itu bijak mengendalikan suasana. Sejak dari hari itu, dia mula selesa dengan Rania bahkan segala masalahnya dikongsikan bersama gadis itu. Dan sejak hari itu juga, dia tahu Rania sudah mendapat tempat istimewa dalam hatinya.
'Bila balik? Senyap je. Sampainya hati!' Kiriman mesej Rania dibaca berkali-kali. Kejam ke dia tidak menghubungi gadis itu selama seminggu? Jahat ke dia membiarkan Rania sepi tanpa khabar beritanya?
Dia mendail nombor Rania. Seminit. Dua minit. Rania tidak mengangkat panggilan. Dia mencuba lagi. Namun usahanya tetap sama. Hmmmmm...
' Merajukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk' Mesej dari Rania dibaca. Yusuff menghela nafas berat. Lucu dengan rajuk gadis itu. Namun bimbang juga seandainya dia telah menguris hati wanita kesayangannya. Huuuu, nampak gayanya kena pujuk dengan cara lain.
" Bang, lambat lagi ke nak sampai?" Dia bertanya kepada lelaki yang sedang fokus memandu di hadapan. Dia malas hendak drive, lebih senang menggunakan grab. Dia boleh merehatkan minda dan badan dengan tenang.
" Lagi 15 minit dek"
" Ohhh okay"
Yusuff menyandarkan kepala di bahu kerusi. Dia tahu, apa yang harus dilakukan untuk memujuk Rania. Senyumannya terukir, penuh makna.

AMMAR bersembunyi di sebalik pokok bunga orkid yang menumpang di tepi pagar. Jam di tangan dikerling sejenak. Masih ada sejam lebih sebelum berangkat ke tempat kerja. Apapun yang berlaku, dia harus menangkap pencuri tersebut sebelum dia melarikan diri. Dilihatnya si pencuri sedang cuba untuk memanjat pagar rumah jiran sebelah. Dek kerana saiznya yang agak kecil, sukar untuk si pencuri memanjat masuk ke dalam rumah.
" Dah tahu diri tu belum mahir nak mencuri, ada hati pulak nak curi barang aku? Siap kauuuuuu" Ammar mengutuk si pencuri. Kali ini, dia akan pastikan usahanya berhasil untuk menangkap si pencuri. Tidak akan dia lepaskan sama sekali.
" Tunggu kauuuuu!!!!" Ammar bergerak perlahan-lahan mendekati si pencuri. Langkah kaki tidak berbunyi, bahkan bunyi angin sekalipun tidak kedengaran di cuping telinga.
Rania yang usai merias diri, membelek-belek wajahnya di cermin solek. Barusan tadi, Yusuff ada menghubunginya setelah seminggu lebih lelaki itu sepi tanpa khabar.

" Suka kan buat saya terseksa? Awak mesti tengah happy sekarang ni sebab saya ni macam orang tak tentu arah, tercari-cari bayangan dan kelibat awak. Eeeeeee Amran Yusuffffffff!!! Geramnya sayaaaaa" Rania melepas geram di hadapan cermin, sambil matanya memandang gambar Yusuff yang dilekatkan di cermin solek. Sejak jatuh cinta pada lelaki introvert itu, pandang gambar saja boleh buat angau. Tapi saat ini dia bukan angau, dia sengauuu! Merajuk dan marahkan Yusuff yang menghilang tanpa khabar berita.

Sedang Rania melepaskan amarahnya, matanya menangkap sesusuk tubuh lelaki yang cuba untuk memecah masuk ke dalam rumahnya. Dia curiga, namun lebih kepada takut. Lelaki yang hanya mengenakan singlet hitam dan berseluar slack biru tua itu tak ubah seperti pencuri, dari tadi memandang sekeliling, kemudian memerhati kawasan rumahnya.
Jantungnya berdegup laju saat terpandangkan wajah itu. Lelaki pervert tu!!!! Apa dia buat kat sini? Rania keluar dari bilik tidurnya lalu menjengah ke bilik Hanie. Setelah menerangkan apa yang terjadi, mereka berdua menuruni anak tangga perlahan-lahan. Rania berjalan di hadapan, diikuti oleh Hanie dari belakang.
Mereka berhenti di hadapan pintu. Menguak perlahan kain langsir untuk memastikan posisi lelaki miang itu berada di tahap mana. Rania tersenyum apabila melihat lelaki itu bercekak pinggang dan membelakangi mereka. Mungkin kerana penat dek usahanya tidak berhasil, kerana dapat dia lihat nafas lelaki itu yang tercungap-cungap.
" Nia. Apa yang kau nak buat?" bisik Hanie apabila dilihatnya Rania mula membuka pintu rumah.
" Aku nak serang dialah. Takkan nak biarkan musuh depan rumah? Kali ni, aku takkan lepaskan lelaki miang tu. Berani dia tunjuk muka dia depan aku?" getus Rania geram. Penyapu yang tersadai di tepi pintu dicapai segera, sebagai senjata untuk segala kemungkinannya.
" Kalau dia serang kau macam mana?" Hanie dipagut kerisauan.
" Ni... ada.." Rania menunjukkan batang penyapu sebagai alat keselamatannya. Itu je senjata yang sempat dia gapai. Memadailah dari tidak memiliki apa-apa sebagai perisainya!
Rania sudah membuka pintu rumah. Dengan langkah yang penuh hati-hati, dia menapak keluar, ditemani Hanie yang setia di belakangnya dari tadi. Mereka cepat-cepat bersembunyi di sebalik kereta Honda Jazz milik Hanie apabila lelaki itu sempat menoleh ke belakang.
Ammar mengerutkan dahi. Bila masa pintu rumah terbuka? Takde pun tuan rumah keluar?? Ammar menilik-nilik di sekitar rumah. Tiada bayangan atau jejak siapa-siapa di situ. Dia memerhati sekeliling untuk mengesan tanda-tanda si pencuri tadi.
Rania tersenyum. Ruangnya terbuka. Lelaki itu membelakangi mereka lagi.
" Aku nak serang dia terus ni. Nanti bila aku dah pukul dia dengan penyapu ni, kau cepat-cepat bukak lock kat gate tu" Rania memasang rancangan.
" Lepas tu kau nak buat apa?"
" Aku nak lenyek-lenyek dialah. Dahhh, ready tau? One.. Two.. Threeeee. Serangggggg" Rania berlari ke pagar lalu tanpa membuang masa, penyapu di tangan terus dihayun ke badan Ammar. Tidak sempat lelaki itu mengelak, hayunan demi hayunan tubuhnya dibantai Rania.
Hanie cepat-cepat membuka lock gate seperti yang diarahkan oleh Rania sebentar tadi. Terbuka saja gate tersebut, Rania terus meluru keluar dan kali ini menghenyak tubuh Ammar dengan lebih deras lagi. Ammar sempat menahan batang penyapu tersebut dari membaham tubuhnya.
" Awak???" Dia tercengang melihat gadis yang sama ditemuinya semalam berdiri di hadapannya. Melihatkan keadaan Rania yang tak ubah seperti singa kelaparan, tahulah dia yang gadis itu sudah salah faham. Rania menjeling tajam wajah Ammar. Bengang dengan kudrat yang dimiliki oleh lelaki itu, dia berkira-kira hendak menumbuk perut Ammar dengan tangan kanannya. Belum pun sempat dia berbuat sedemikian, sergahan dari Luqman mengejutkan mereka.
" Hoiiiiii!!!!"

"NAH, letak ais ni kat lengan kau. Lebam tu. Aduhhh, macam manalah boleh jadi macam ni?" gerutu Luqman. Tampang Ammar ditatap seketika. Kemudian, wajah Rania dan Hanie dipandang silih berganti.
" Kau ni kan Rania. Nama je perempuan, tapi perangai ganas mengalahkan lelaki! Dah cukup merasa hidup ke?" Sakit hati pulak dia dengan perangai Rania. Tak pasal-pasal Ammar pulak yang menjadi mangsanya.
Rania terdiam. Apabila nama penuhnya sudah meniti di bibir Luqman, tahulah dia yang lelaki itu sudah dikuasai perasaan amarah. Wajahnya sudah membengis.
" Sebenarnya tadi kita orang..." Hanie ingin bersuara mempertahankan diri, namun Ammar terlebih dahulu memotong bicaranya.
" Dia orang salah faham dengan aku"
Rania dan Hanie mengangkat wajah memandang Ammar.
" Salah faham apa pulak?" Luqman tidak mengerti. Keningnya bertaut. Dia inginkan penjelasan yang sejelas-jelasnya dari kedua-dua pihak.
Rania mula membuka cerita, dari cerita di dalam bas sehinggalah ke tahap tadi. Disampuk pula oleh Ammar sehingga Luqman mengangguk-angguk kepalanya. Hanie hanya diam membatu.
" So semuanya dah jelaskan? Apa yang berlaku di dalam bas sampai sekarang, semuanya hanya salah faham" Luqman membuat kesimpulan.
" Salah faham dan salah yang sengaja difahamkan" tukas Rania. Dia mengetap bibir. Wajah Ammar enggan dipandang. Bersalah kerana memukul lelaki itu tanpa usul periksa, juga geram kerana gerak-gerinya yang mencurigakan itu.
" Maksud awak apa? Tak cukup lagi penjelasan saya?" Ammar hampir hilang sabar. Berdepan dengan Rania betul-betul menguji kesabarannya. Tidak cukupkah dengan apa yang dilaluinya tempoh hari?
" Yang awak mengendap rumah saya kenapa? Dengan berbaju singlet, dan perangai yang mencurigakan. Awak ingat saya ada masa ke nak bermain-main dengan awak? Psikik!"
" Haaaa tengok! Tuduh orang lagi! Saya bukannya mengendap rumah awak. Saya tangkap pencurilah" Ammar tidak mahu mengaku kalah.
" Pencuri apanya? Takdenya pencuri siang-siang hari. Orang kalau nak mencuri, dia buat tengah malam. Apa kejadah mencuri siang-siang buta? Lainlah kalau orang mengendap. Pagi-pagi camni pun boleh jadi!" sindir Rania selamba.
" Eeeeeeee! Saya tengah kejar kucing yang curi ikan goreng sayalah!"
Tidak mampu menahan tawa, Rania mengekek di hadapan mereka. Sedangkan Hanie dan Luqman masing-masing mengerut dahi, tidak percaya dengan apa yang baru didengar mereka.
" Macam budak-budak main kejar dengan kucing! Ingatkan manusia yang berambut hitam, rupanya kucing yang berbulu hitam ye bang?" Rania semakin galak mengusik.
Ammar merona merah. Tidak tahan diusik dan dipermalukan sebegitu, dia mengangkat kaki ke biliknya, meninggalkan mereka yang tidak lepas-lepas memandangnya.
" Rania. Stop it!" arah Luqman, tegas. Patuh dengan arahan tersebut, Rania mematikan kekekannya. Namun hanya untuk beberapa saat. Tidak lama kemudian, dia menyambung kembali ketawanya yang tersisa.
" Assalamualaikum" Sapaan di pintu menghentikan Rania dari gelaknya. Rania terkesima. Bagaikan terkena renjatan elektrik, seluruh urat sarafnya seakan berhenti berfungsi. Lututnya menggeletar. Wajah yang dirindui kini berada enam langkah di hadapannya.
Yusuff tersenyum manja. Semua mata memandang ke arahnya namun hanya pandangan Rania yang menikam kalbu. Mata mereka bertaut, berbicara akan bahasa rindu yang sekian lama dipendam. Seakan ingin dia menghampiri Rania, mendakap erat tubuh itu dan meluahkan perasaannya yang terbuku. Namun dia tidak berani bertindak sejauh itu. Rania bukan mahram baginya. Selagi belum terlaksana akadnya, selagi itulah dia akan menahan diri begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience