22

Romance Completed 23717

AMMAR membuka mata perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya yang sedang berbalut dengan bandage. Bangkit dari tidur, pandangannya berkalih ke sekeliling. Dia melihat Luqman dan Zulaikha sedang lena di kerusi. Dia semakin terperanjat apabila tubir matanya menangkap sebujur wajah yang lena di sisi.
"Mar!" panggil Luqman. Lelaki itu sudahpun berdiri di sebelahnya.
"Aku kat mana?"
"Kau kat bilik Nia. Mulanya, nak hantar kau pergi hospital. Tapi opah dah called doktor peribadi keluarga ni untuk rawat kau. Kau tak cedera teruk. Cuma luka sikit kat dahi tu" terang Luqman panjang lebar.
"Nia, dia.."
"She's okay. Don't worry. Opah suruh dia rest kat bilik sebelah. Tapi dia tak nak. Dia risaukan kau. Tu sebab dia tertidur kat sini. Opah suruh aku dengan Ika tengok-tengokkan korang berdua" cerita Luqman lagi. Rania dan kedegilan, siapa yang tidak tahu??! Walaupun dipaksa berkali-kali oleh Opah dan Maksu Rok untuk berehat, dia tetap berdegil. Katanya, dia ingin menunggu sehingga Ammar sedar.
Ammar tersenyum. Sungguh, dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya saat itu. Rania risaukan dia?
"Since kau dah sedar, agaknya bolehlah aku dengan Ika balik. Hari pun semakin gelap dah ni"
"Aku pun nak balik jugak. Kepala pun dah okey sikit ni" kata Ammar pula. Luqman sudah pun membangunkan Zulaikha.
"Aku dan Ika keluar dulu. Kau jangan lama-lama dalam bilik ni. Tak baik. Banyak godaan!" usik Luqman lalu meninggalkan Ammar bersama Rania di situ.
Ammar hanya menggelengkan kepala sambil tersengih. Tubuh Rania dicempung lalu diletakkan di atas tilam. Tubuh genit itu diselimuti.
Dia memandang wajah Rania. Semakin hari, pipi gebu itu mulai mengurus. Tetapi wajah Rania tak pernah hilang manisnya. Dia tahu, semua yang berlaku ini telah banyak melukakan hati Rania. Oleh itu, dia akan mengembalikan Rania seperti dahulu dan tidak akan melepaskan gadis itu pergi dari sisinya lagi. Untuk kali ini, apapun yang belaku, Rania tidak akan diserahkan kepada sesiapa pun!
"Maafkan saya Nia. But I promise you. I'll fix the things up! For us!!"

YUSUFF meneliti laporan kewangan satu-persatu. Keningnya bertaut. Jumlah yang dilaporkan untuk dua bulan sebelumnya telah jatuh merundum. Dia buntu. Hatinya diburu resah. Bagaimana ini bisa terjadi? Seingat dia, dua minggu yang lalu mereka telah berjaya menjual 8 lagi unit kondo yang mana jumlah kesemuanya adalah 14 unit.
Dia kembali ke halaman depan. Memeriksa lagi dengan lebih teliti untuk memastikan kesahihan laporan tersebut. Namun jumlah yang terpapar di atas kertas putih itu masih kekal sama. Tidak ada apa yang berubah.
"Laila, you masuk kejap" Melalui interkom yang diletakkan di atas meja, dia mengarahkan Laila, pembantunya untuk masuk.
Seketika kemudian, Laila masuk dengan senyuman di wajah.
"Ye Encik Yusuff?"
"Ini semua laporan untuk bulan lepas dan bulan ni kan?" Yusuff aju soalan.
Laila mengangguk laju. Dia pasti, itulah laporan kewangan untuk tempoh dua bulan ini. Dan seingat dia, Yusuff sendirilah yang telah mengemaskini sebarang laporan dan jumlah wang yang keluar masuk.
"Awak tengok ni. Kenapa jumlah untuk dua bulan ni menurun? Padahal 14 unit kondo kita dah terjual. Cuma satu unit saja masih belum ada pembeli" Yusuff menyerahkan fail laporan tersebut kepada Laila.
Laila meneliti jumlah yang dimaksudkan oleh Yusuff. Seperti Yusuff, dia juga terkejut dengan laporan tersebut.Kenapa ini boleh terjadi?
"Dan, awak tengok untuk laporan bulan lepas. Siapa yang dah keluarkan RM500,000 tanpa approval dari saya?" Laila bertambah pelik dengan maklumat yang barusan dia dengar.
"Ini kes orang dalam!" lapor Laila. Setahu dia, sebelum ini tidak pernah lagi kes seperti ini berlaku. Sudah 3 tahun dia berkhidmat di syarikat itu, bahkan ketika dia di bawah seliaan Encik Gihan, perkara ini memang tidak pernah membingungkan mereka.
Yusuff mengerutkan dahi. "Maksud awak, pecah amanah?"
Laila terpaksa mengangguk. Walaupun belum yakin 100% akan kesahihan itu, namun dia tiada pilihan lain selain bersetuju dengan pendapat Yusuff.
"Atau lebih tepat lagi, maybe ini kes penyelewengan!"
Yusuff sudah pening! Tidak mungkin ini yang berlaku. Setahu dia, setiap dua minggu dia akan memeriksa dan mengemaskini sebarang laporan kewangan untuk setiap bulan. Duit aliran masuk dan aliran keluar juga tidak pernah terlepas dari pandangannya. Mungkin betul apa yang dikatakan Laila. Ini kes orang dalam! Tetapi siapa??
"Keep this as secret! Kita akan cari siapa orang dalam tu" arah Yusuff kepada Laila. Wajahnya serius. Dia tidak mahu Datuk Taj atau Ammar menghidu masalah ini. Selain tidak mahu menghampakan mereka, dia juga tidak mahu menambah beban masalah mereka lagi. Lagipula, ini adalah tanggungjawabnya. Dia akan menyelesaikan dengan caranya tersendiri.
Laila mengangguk pantas. Dia akan memastikan perkara ini tertutup selagi belum bertemu dalangnya. Dia percayakan Yusuff, dan dia akan membantu lelaki itu mencari pesalahnya.

RANIA duduk termangu di balkoni biliknya. Dia duduk bersila di atas kerusi. Setelah beberapa hari ini, keadaannya sedikit membaik. Dia sudah mahu makan, bahkan untuk bermesra dan bercakap dengan orang sekeliling juga, sudah menunjukkan perubahan yang positif.
Rania mengeluh. Dia tahu, semua ini jasa Ammar. Lelaki kasanova yang psiko! Yang tidak pernah ingin dia kenali. Yang dia tidak suka mengganggu-gugat diri dan hidupnya. Lelaki degil yang acapkali ditolak! Namun saat dia menghadapi krisis-krisis susah dalam hidupnya, ketika dia merasa peluang untuk hidup sudah tiada, lelaki psiko yang degil itu datang menghulur tangan!
Pertemuannya dengan lelaki itu tidak pernah berlanjutan baik. Bahkan untuk setiap pertemuan mereka, pasti ada sesuatu yang berlaku!
Dia terharu melihat keikhlasan Ammar meraih cintanya. Namun bayang-bayang Yusuff masih belum bisa dia hapuskan. Kadangkala dia merasakan hidup ini tak adil untuk dia. Setianya pada sang kekasih, bahkan ketulusan hati dicurahkannya kepada lelaki yang bernama Amran Yusuff. Namun kenapa takdir menuliskan yang sebaliknya? Kenapa harus dia yang terluka? Salahkah dia terlalu mencintai seorang lelaki?
Rania mengeluh lagi. Cincin di jari manis dikerling sejenak. Masih terngiang-ngiang di telinganya akan lamaran Yusuff. Masih segar dalam ingatannya akan janji-janji lelaki itu untuk selalu menjaga dan melindunginya. Mungkin benar, lelaki itu telah melindunginya dari alam bahaya yang dia sendiri tidak tahu. Tetapi Yusuff gagal melindungi hatinya yang saat ini sedang dibalut parah duka.
Setiap kali bertembung mata dengan cincin itu, pastinya wajah Yusuff menjelma. Hatinya sakit. Lukanya bernanah. Dan setiap kali itu juga dia cuba untuk menanggalkan cincin tersebut dari jari manisnya. Namun seperti nama Yusuff yang tak pernah bisa dia hapuskan dari hati, seperti itu juga betapa utuhnya cincin itu menapak di jarinya. Dia keliru. Dan dia tidak tahu. Punca apakah yang telah merubah hala tuju hubungan mereka? Adakah kerana Ammar, Yusuff mengalah dan memberi ruang? Tidak mungkin semudah itu lelaki kesayangannya itu berubah hati. Namun tidak mungkin juga dia sanggup membiarkan Ammar terluka. Mungkinkah Yusuff terpaksa memilih antara dia dan Ammar? Dan mungkinkah pilihan Yusuff adalah Ammar? Kalau iya, maka Yusuff telah berjaya menyenangkan hati Ammar tetapi memilih untuk melukai dia. Ya, itulah kebenarannya!! Dia terluka!
Rania menoleh ke belakang. Dia melemparkan pandangan ke arah tiga kuntum bunga mawar yang baru dia terima pagi tadi. Pengirimnya sudah pastinya Ammar! Tetapi lelaki itu menggunakan khidmat posmen untuk menghantar ke vilanya. Kedengaran lucu apabila seorang posmen yang ditugaskan untuk menghantar surat,tetapi dia tugaskan untuk mengirim bunga!
Rania sedikit aneh. Kalau sebelum ini dia menerima jambangan bunga mawar, tetapi kini dia hanya menerima tiga kuntum bunga. Dia ingin bertanya kepada Ammar namun sejak dia sembuh tiga hari ini, bayang-bayang lelaki itu tidak kelihatan. Hanya mengirim bunga sebagai pelepas rindu! Rania tersengih. Rindu?

"AKHIR-AKHIR ni, aku selalu tengok kau dengan Yusuff. Kau ada apa-apa ke dengan dia?" tegur Hanie. Saat itu, Aziah baru tiba di depan pintu rumah. Dia menanggalkan high heelsnya lalu menghempas tubuh ke sofa.
Aziah tersenyum sinis. Yusuff? Bukan taste dia! Cukuplah kalau Rania saja yang menginginkan Yusuff. Dia tidak mahu merebut seorang lelaki dengan wanita lain. Dia bukan seperti itu. Matlamatnya hanya satu. Sasarannya juga satu. Pendekatan dengan Yusuff hanyalah salah satu dari rancangannya.
"Zia, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Hanie tidak puas hati. Sejak Rania meninggalkan rumah sewa mereka, dia jadi sunyi. Dia agak tertekan. Sikap dan perangai Aziah tidak dia senangi. Meskipun Aziah itu sepupunya, namun gadis itu tetap tidak mampu menandingi aura Rania! Walaupun Rania selalu membebel dan mengusiknya sehingga dia sakit hati, namun jika diberi pilihan, dia akan tetap memilih Rania.
"Ya, aku dengarlah! Kau ni sibuklah! Kau nak siasat aku macam mana kau siasat Rania jugak ke? Aku tak sebodoh Ranialah!! Aku ada taste. And Yusuff is not my cup of tea! " jawab Aziah, angkuh. Dia sudah bosan dengan sikap mak-mak yang ada pada Hanie. Pantang tengok dia balik lewat sikit, gadis itu membebel macam nak pecah satu perumahan!
"Apa maksud kau? Kau cuba nak cakap yang Rania tu bodoh sebab Yusuff tu taste dia?" tebak Hanie. Dia sedikit kecewa dengan kata-kata dan pemikiran Aziah.
Aziah ketawa. Hanie masih tidak lagi mengetahui apa yang berlaku kepada lovebirds itu. Rania dan Yusuff! Sama-sama bodoh!
"Tapi kau ni lagi bodoh tau! Rania tu kawan rapat kau kan? Takkan Rania tak pernah bagitau kau pasal hubungan dia dengan Yusuff dah berlanjutan dekat nak 3 bulan? What kind of friends are you that do not even know about your own friend?!!"
Sindiran Aziah memanaskan hati Hanie. Dia sudah bangkit dari duduknya. Tangannya mahu saja hendak menampar pipi Aziah, namun dia masih mampu bersabar.
Aziah turut bangkit dari duduk. Dia berdiri menyaingi Hanie. "Let me tell you a secret. Kau selama ni selalu nak cari tahu pasal Rania dan Yusuff kan? Well, that is the truth. Dorang memang rahsiakan hubungan dorang selama ni. Sebab apa? Tu aku tak pasti! But one thing for sure, you are the last person to know. Because as far as I concern, everyone that comes close to Rania knew the truth already! Even Luq and siapa nama tunang dia yang gedik tu? Ika right? So apa fungsi kau sebagai BFF dia? Kalau benda macam ni pun kau tak tahu?"
Hanie terpampam dengan cerita Aziah. Betulkah itu? Dia sudah terduduk di kerusi. Diakah yang bersalah sebab tidak ambil tahu mengenai Rania? Atau sebab yang berlaku ini adalah salah Rania kerana gadis itu tidak mahu berkongsi cerita dengannya?
Aziah tersenyum sinis. Dia lantas menaiki anak tangga dan menuju ke biliknya. Tubuhnya kepenatan, begitu juga otaknya. Yang pasti, dia ingin merehatkan dirinya kerana masih banyak rencana yang harus dia siapkan!

PAGI itu, Ammar menerima beberapa kiriman emel daripada dua orang. Dia tersenyum saat melihat nama Murni terpampang di screen komputernya. Kotak emel dibuka. Pesanan dari Murni dibaca.
"Salam. Bos sihat? Sy kat kpg. Sorry tpaksa tinggalkan bos dgn kerja yg melambak" Ammar tersenyum. You're not sorry, Murni! You tinggalkan I dengan kerja yang melambak-lambak. Ammar membaca emel seterusnya, yang juga dari Murni.
"Salam. Bos ni sibuk memanjang. Emel sy tak dbaca. Sibuk dgn sapa pulak kali ni boss?" Ammar tergelak. Tahu-tahu je kau ni!
Dua emel itu dia terima tiga bulan yang lalu. Melihatkan pada tarikhnya, emel itu dihantar seminggu sesudah Murni meninggalkan pejabat.
Dua bulan selepas itu, Murni menghantar emel lagi. Tetapi kali ini, emel berbaur ancaman!
"Salam.Bos, sy tak dpt nak contact bos. Cuma nak pesan, bos kena hati-hati dgn org sekeliling. Jgn mudah pcaya dgn org sekeliling atau kenalan bos. Ada seseorang cuba nak hapuskan bos! Dia serang sy. Tp maaf bos, sy tak mampu nak kecam muka dia. Bos jaga diri baik-baik"
Ammar mengerutkan dahi. Apa maksud emel Murni itu? Siapa yang hendak menghapuskan dia? Orang sekeliling? Kenalan dia?
Ammar membuka lagi pesanan seterusnya. Namun, kali ini bukan dari Murni. Dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Nara. Emel itu dibaca dengan hati yang penuh debar.
"Happy life? Yeahh, you should! But enjoy it while it lasts!! Yet, you will never know who's friend. And who's foe! Introduce myself, NARA"
Ammar menghentak dada meja dengan telapak tangannya. Siapa Nara? Seingat dia, dia tidak pernah mengenali sesiapa yang mempunyai nama tersebut.
Ammar menerima emel lagi. Tetapi bukan dari Nara. Sebaliknya dari Murni.
"Bos, saya tak dapat balik untuk kerja dengan bos. Urgent things came up! Jumpa bos lagi in 2 months then.."
Ammar mengerut dahi. Apa semua ni? Urusan apa yang Murni maksudkan? Kalau diikutkan, sudah masuk 4 bulan Murni bercuti. Dia sepatutnya melaporkan diri semalam. Namun bayang-bayangnya tidak muncul setelah lama Ammar menunggu. Dan, pagi ini dia menerima pula emel dari Murni. Kena tunggu lagi 2 bulan! Urusan apa yang Murni maksudkan?
Ammar memicit dahinya. Dia memejamkan mata seraya berfikir dengan sedalamnya. Emel yang Ammar terima dari Murni sebelumnya mengatakan ada orang yang ingin menghapuskan dia. Orang sekeliling dan kenalannya? Dan orang itu juga telah menyerang Murni. Murni pulak macam mana? Dia okay? Atau sebaliknya?
Ammar mencelikkan mata. Dia membalas emel Murni untuk bertanya khabar. Selain itu, dia juga ingin bertemu dengan Murni untuk tahu lebih lanjut mengenai serangan itu.
Setelah pesanan tersebut dihantar, Ammar mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor seseorang.
" Faiz, boleh kita jumpa? It's urgent! I forward something to your e-mail. Read it!"
Ammar tahu, nyawanya sekarang bagaikan di hujung tanduk. Oleh itu, meminta bantuan dari kawannya, Faiz yang merupakan seorang anggota polis adalah jalan yang terbaik saat ini. Dia tidak pernah percayakan polis, tapi untuk yang kali ini, dia terpaksa tunduk pada egonya!

KETIKA di meja makan, Maksu Rok sempat berbual-bual dengan Rania. Apabila melihat selera Rania yang sudah kembali seperti biasa, dia adalah antara orang yang bersyukur meskipun adakalanya dia dan Rania tidak sebulu! Dan melihatkan keadaan Rania sebelum ini, dia tidak putus-putus diburu keresahan. Setelah Rania kembali pulih, dia sudah tekad untuk menjaga dan menyayangi Rania seperti anaknya sendiri.
"Nia, maksu ada benda nak tanya kau ni"
Rania yang sedang menyuap sayur bayam ke dalam mulut, terus mendongak memandang Maksu Rok.
"Maksu nak tanya apa?"
"Pasal budak Ammar tu"
Demi mendengarkan nama Ammar, Rania diserang debaran yang bukan sedikit di dalam hati. Mendengar nama Ammar dan melihat sekujur tubuh itu, tiada bezanya seperti melihat dan memandang Yusuff. Arghhh! Yusuff lagi. Kenapa dia dan Ammar diciptakan memiliki wajah yang hampir sama? Dan keduanya juga bisa memeningkan kepala dan menggetarkan jiwa!
"Kenapa dengan Ammar?" Rania menyudahkan suapan yang terakhir. Masakan Opah memang sedap! Kali ini saja, dia sudah menambah nasi sebanyak 3 kali.Satu perubahan yang mampu membuat Opah tersenyum lega!
"Maksu tengok, budak tu baik. Dia selalu datang sini. Jenguk kau. Dah datang tu, bawak buah tangan pulak. Fridge kita tu, dah penuh dengan lauk-pauk! Sayur-mayur! Buah-buahan! Maksu rasa, rumah kita ni dah boleh bukak kedai makan!" Ujar Maksu Rok. Ammar tidak kedekut orangnya. Setiap kali datang melawat Rania, pasti dia membawa buah tangan sampaikan peti ais mereka sudah penuh dengan makanan. Boleh jimat belanja untuk 3 bulan sekaligus!
Rania mengukir senyum manis.Dia tidak nafikan kebaikan yang dicurahkan oleh Ammar untuk keluarganya. Ammar seorang lelaki yang bijak. Kalau lelaki lain, pasti akan memujuk dengan bunga atau barang kemas. Tetapi tidak Ammar. Di sudut yang lain, dia memikat Rania dengan menghantar tiga kuntum mawar merah. Di satu sudut pula, dia memikat hati Opah dan Maksu Rok dengan menghadiahkan mereka stok makanan yang Rania agak dapat bertahan dalam 3 bulan!
"Kau dengan dia ada apa-apa ke?" Soal Maksu Rok lagi.
"Ehhh, takde lah Maksu. Kita orang kawan je" Jawab Rania sambil menggeleng kepala. Dia belum bersedia untuk menggantikan tempat Yusuff dengan lelaki lain di hatinya. Biarlah masa dan takdir yang menentukan semuanya.
"Yeke kawan? Apasal dia ambik berat sangat pasal kau? Maksu tak percayalah!"
"Betullah Maksu! Nia tak rasa bercinta adalah jalan yang terbaik untuk Nia masa ni. Lagipun..."
"Yelah-yelah. Maksu faham. Kau masih belum dapat move on!" Maksu Rok teringat akan kisah percintaan anak saudaranya itu dengan Yusuff. Saat mendengar cerita Rania, mahu saja rasanya dia menumbuk lelaki tersebut. Namun itu bukan urusannya. Meski dia kecewa dan bersimpati dengan nasib Rania, bukanlah kuasa dia untuk menghukum Yusuff. Rania pun sudah berjanji untuk melupakan Yusuff dan belajar untuk hidup tanpa lelaki itu.
Rania terdiam. Ya, dia belum mampu move on! Kejamkah dia pada hati sendiri? Merindui dan menangisi insan yang tak mungkin akan kembali ke sisinya semula.
"Kau dah 26 tahun Nia! Umur yang cukup baik untuk kawen. Jangan lepaskan lelaki sebaik Ammar. Maksu tahu, dia mampu jadi lelaki yang sempurna untuk kau. Dia boleh jaga dan sayang kau sepenuh hati. Kau fikirlah masak-masak. Tapi apapun keputusan kau, Maksu dengan Opah akan sokong kau. We're here for you" Maksu Rok meniupkan semangat baru buat Rania. Tangan Rania digenggam erat.
Rania melemparkan senyuman bahagia. Dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga sebaik Opah dan Maksu Rok. Maksu Rok yang suatu ketika dulu pernah dingin dengannya, kini sudah mampu menyayanginya seperti anak sendiri. Dia ditinggalkan Yusuff namun dia tak pernah sendiri rupa-rupanya. Benarlah kata orang, setiap yang berlaku ada hikmah yang terselindung. Di sebalik peristiwa dia ditinggalkan, Allah membuka matanya untuk melihat keindahan lain. Terima kasih Ya Allah!

HANIE menerima panggilan telefon dari ayahnya, Encik Zainol. Ketika itu, dia baru sahaja selesai mengemas rumah.
"Waalaikummussalam. Alhamdulillah, Hanie sihat ayah. Ayah dengan mak apa khabar?"
"Kami pun sihat jugak. Hanie dah lama tak balik kampung. Mak dengan ayah pun rindu"
Hanie tersenyum. Dia sudah melabuh duduk di sofa. Penatnya tidak terkira kerana seharian itu dia menghabiskan masa untuk mengemas rumah.
"Maaflah ayah. Hanie sibuk sikit. Nanti dah cuti sekolah, Hanie baliklah. Hanie pun rindu dengan mak ayah"
"Yelah. Ni kamu buat apa? Rania mana?"
"Hanie duduk je ni ayah. Baru habis mengemas. Rania balik rumah Opah. Dia melepas rindu dengan Opah. Lama dah tak jumpa Opah, tu dia balik sana" jawab Hanie. Dia tidak mahu menceritakan perkara sebenar kepada Encik Zainol. Rania itu merupakan anak angkat emas ayah dan ibunya. Jika ada perkara buruk yang menimpa Rania, mereka akan menjadi orang pertama yang meluahkan rasa bingung! Biarlah keadaan Rania pulih dahulu, baru dia akan bercerita.
"Laa yeke? Nanti kalau jumpa dia, kamu sampaikan salam mak dengan ayah pada dia"
"Ye ayah. In Shaa Allah"
"Kamu duduk sorang tu bebaik. Jangan lupa kunci rumah. Jaga diri tu elok-elok" Encik Zainol sempat berpesan.
Hanie senyum. "Ayah tak payah risaulah! Hanie duduk dengan sepupu Hanie lah"
Encik Zainol mengerutkan dahi. Sepupu yang mana?
"Sepupu? Siapa yang Hanie maksudkan?" Setahu dia, dia tidak mempunyai anak saudara lain selain Natrah, anak kepada adiknya yang saat ini menetap di Perancis bersama suaminya. Tetapi Natrah itu juga sudah meninggal dunia 6 tahun yang lepas.
"Laaa, ayah ni buat lawaklah! Aziahlah, anak auntie Naina dengan uncle Dell. Yang duduk Perancis tu" Hanie separuh tergelak. Masakan ayah lupa pada anak saudara sendiri?
Encik Zainol tersentak. Aziah? Siapa Aziah? Dia tidak mempunyai mana-mana anak saudara yang bernama Aziah. Anak Naina dengan Randell juga tidak ada yang bernama Aziah.
"Hanie.. Anak auntie Naina dah lama meninggal dunia. Dan anak auntie Naina cuma seorang. Nama dia Natrah, bukan Aziah!"
Hanie terpampam. Kebenaran apa yang baru diterimanya ini? Tidak mungkin!
"Ayah! Ayah jangan main-mainlah!"
"Ayah tak main-main! 6 tahun lepas, Natrah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kepala dia terhantuk pada penghadang jalan. Dia mengalami pendarahan yang teruk! Doktor tak mampu selamatkan dia atas sebab tu!"
terang Encik Zainol lagi. Kali ini, suaranya agak sedikit meninggi.
Hanie terkesima. Kalau betul cerita ayah, siapa pula Aziah yang sedang menumpang di rumahnya sekarang? Kenapa dia mengaku sepupu Hanie? Dan wajah itu? Wajah yang sama seperti sepupunya!
"Ayah, hujung minggu nanti Hanie balik kampung. Hanie nak pastikan betul-betul apa yang ayah cerita tadi" Keputusan Hanie muktamad. Dia harus memastikan semua kebenaran terbongkar di depan mata. Jika tidak, dia akan terus dihantui persoalan demi persoalan! Dan saat ini, dia sedang berperang dengan perasaan takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience