2

Romance Completed 23717

HARI yang malang buat Rania apabila keretanya terpaksa ditinggalkan di bengkel Ah Choi apabila kerosakan pada bahagian enjin membantutkan perjalanannya siang tadi. Penyudahnya dia terpaksa menaiki bas untuk ke tempat kerja. Dia terpaksa berhimpit dengan orang ramai kerana pagi itu terlalu banyak penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas sepertinya.
Bas berhenti di simpang jalan untuk menurunkan beberapa orang penumpang. Kemudian, naik dua orang lelaki lalu salah seorang daripada lelaki tersebut berdiri di sebelahnya. Rania terpaksa memegang tali yang digantung di atasnya untuk mengelakkan diri daripada terjatuh.
Namun tanpa dia sedari, lelaki yang berdiri di sebelahnya tadi mencuba untuk menyentuh bahagian punggungnya menyebabkan dia menepis kasar tangan lelaki itu.
" Hoiii! Dasar pervert!!" Rania separuh menjerit namun sempat mulutnya dikatup oleh lelaki tadi dengan telapak tangannya.
Penumpang yang lain sempat menoleh ke arah mereka namun lelaki tersebut mendamaikan mereka dengan mengatakan Rania adalah isterinya.
Berang dengan tindakan berani lelaki itu, Rania bertindak menggigit tangannya sehingga lelaki tersebut melepaskan tangannya. Dia mengerang kesakitan. Kulit tangannya yang putih dan cerah itu berbekas merah dek gigitan Rania.
Puas hati dengan usaha balas dendamnya, Rania menekan butang pada bahagian atas. Bas berhenti di simpang jalan. Rania turun sambil menjeling tajam wajah lelaki tadi.
" Kalau aku jumpa kau lagi, siap kau!!!" Sempat dia memberi amaran sebelum keluar dari perut bas. Lelaki tadi mengerut dahi sambil menggosok-gosok tangannya yang berbekas gigitan Rania. Cantik tapi garang!
Lelaki yang berdiri di hadapannya hanya tersenyum sumbing, seakan mengejek dirinya. "Ini semua kau punya pasal!!" rungutnya.

"KAU biar betul Rania! Lelaki tu nak cabul kau ke?" Hanie ternganga dengan apa yang baru diceritakan oleh Rania kepadanya. Belum sempat melabuh punggung, Rania sudah datang dengan bebelan di mulut. Dia apa lagi, gaya-gaya makcik bawangnya itu terus menerpa ke arah Rania dan mula ambik port!
" Eeeee muluttt!! Cabul apa kebendanya?"
" Dah dia sentuh bahagian yang tak sepatutnya, tanpa kerelaan kau, tak ke cabul namanya tu?"
" FYI aka for your information, dia belum nak sentuh lagi tau? Hampir-hampir nak sentuh! Aku sempatlah tangkap perbuatan terkutuk dia tu. Eeeeee dasar lelaki miangggg!!" Rania separuh menjerit. Masih bersisa perasaan geram dan sakit hatinya akan perbuatan lelaki tadi. Sudahlah keretanya buat hal, sekarang lelaki itu pula sengaja cari nahas dengannya. Betul-betul menempah bahana!
" Ahhhh apa-apa jelah! So apa yang jadi lepas tu?"
" Aku gigit tangan dia. Kau tahu, dia tekup mulut aku dengan tangan dia. Aku marahlah. Apa lagi, masa tu lah aku balas dendam! Haishhhh, geram betul!! Harap muka je hensem, tapi perangai, ke laut!!! Ni kalau aku jumpa dia lagi, siaplah! Aku siram dengan air longkang!!" Bebelan Rania membuahkan tawa di bibir Hanie. Lucu dia melihat aksi dan mimik wajah comel Rania itu.
" Ehhhh kejap" Hanie mematikan sisa tawanya. "Dia hensem ke?"

Rania mengangguk. " Macam pelakon tu... ala siapa tu.. Amar..."

" Amar Baharin!" Hanie cantas terlebih dahulu.
Rania petik jari sambil pamer wajah sengih.

" Wowwww, gila tak hensem tu!" Hanie mengelipkan mata beberapa kali. Cuba untuk membayangkan wajah si lelaki yang digambarkan oleh Rania.
" Eeeeee hensem pun tak guna. Pervert! Kau nak?"
" Alaaaaa taklah aku cakap aku nak. Tapi kalau dia nak kat aku, apalah salahnya" sengihan Hanie menyebabkan tekak Rania mual.
" Eeeeee apasal benda pelik berlaku kat aku hari ni? Dahlah.. Aku nak masuk kelas. Anak-anak harapan bangsa dan negara sedang tunggu aku tu. Sudah-sudahlah kau tu berangan!!" Rania mula mengatur langkah untuk ke kelasnya, meninggalkan Hanie yang tak habis-habis dengan Amar Baharinnya!

LUQMAN menyambut baik kedatangan sahabat akrabnya itu. Dengan senyuman di bibir, dia mendakap erat tubuh lelaki itu. Agak lama mereka tidak ketemu. Seingat dia, dua tahun yang lepas adalah kali terakhir mereka bersua, berkongsi rasa dan perasaan, itupun di majlis alumni yang diadakan antara sahabat-sahabat mereka sahaja. Dua tahun Ammar menyepi, kerana menyambung pelajaran di Sydney. Sekarang sahabatnya itu sudah berdiri di hadapannya, wajah yang agak berlainan, berbeza dengan dua tahun lepas.
" Kau sihat?" tanyanya apabila pelukan dileraikan.
" Alhamdulillah sihat. Kau?" Ammar pulang soalan.
" Aku? Macam ni lah. Macam yang kau tengok. Ehhh duduklah" pelawa Luqman. Dia membawa Ammar ke sudut paling tepi, bersebelahan dengan dapur mini, lalu melabuh punggung di sofa bertangkai dua.
Ammar menurut sambil matanya tak lepas-lepas memerhati sekeliling. Rumah yang agak kecil, tetapi cukup kemas dan bersih. Dia berasa hairan juga kerana rumah bujang sebegitu mampu dijaga rapi oleh Luqman. Setahu dia, Luqman bukanlah lelaki yang sukakan kebersihan kerana sewaktu mereka di zaman universiti dulu, Luqmanlah roomatenya yang tidak suka mengemas. Dua tahun sudah berlalu, dan lelaki itu sudah berubah?
" Rumah sewa aku ni kecik je, Mar. Taklah besar macam rumah banglo kau" Luqman sempat ketawa.
" Ehhhh mana-mana je sama asalkan ada tempat tinggal. Aku okay je stay rumah sewa. Lebih selesa dan fikiran pun tenang" Ammar mengeluh. Teringatkan banglo tiga tingkat yang sudah ditinggalkannya tiga hari lepas, automatik wajah mama terbayang di ruang otak. Hmmmm, maafkan along Mar!
" Kau ada masalah ke?" Seakan perasan riak sendu Ammar, laju saja mulutnya bertanya. Bukan dia tidak tahu Ammar memang selalu ada masalah dengan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan papanya. Memang tidak pernah sebulu!
" Well, two years sometimes doesn't change anything at all!" Ammar mengeluh.
Luqman terdiam. Sudah dapat dia agak akan perkara itu. Kalau tidak sebulu dengan papanya, Ammar akan melarikan diri di mana-mana tempat. Bahkan pernah sekali lelaki itu melarikan diri ke hotel selama dua bulan. Apabila duit belanjanya disekat oleh papanya, dia kembali semula ke banglo. Namun tidak sampai seminggu, dia buat hal lagi! Tetapi lebih parah apabila dia tinggal berdua dengan kekasihnya dulu. Hampir-hampir mereka ditangkap basah. Kalau tidak, memang makan penumbuk dia hari tu!
" Tak payahlah cerita pasal ni. Aku nak mula hidup baru. Kau okay tak ni aku stay sini dengan kau?"
Luqman tersengih. Mula hidup baru? Sukar untuk dipercayai kerana Ammar bukanlah jenis lelaki yang tetap pendirian.
" Okay je. The more the merrier. Satu lagi, bukan kita berdua je yang tinggal sini tau? Ada seorang lagi. Dia kawan aku. Satu tempat kerja dengan aku"
" Ohhh sorang lagi?"
" Yuppp. Yusuff. Tu nama dia. Agak pelik sikit perangainya, introvert. Penuh rahsia. And one more thing. Kau jangan sesekali kotorkan rumah ni. Mana-mana ruang dalam rumah ni. Ada sebesar hama debu sekalipun, dia dapat detect. Dan kalau kau tengok rumah ni bersih camni, ni bukan kerja aku. Ni kerja dia"
" Aku baru je nak puji kau sebab kau rajin menggila bersihkan rumah ni. Sekali tengok, bukan kau rupanya! Hampehh!"
Luqman tersengih dengan gurauan Ammar. Bab-bab mengemas, itu bukan bidang dia. Tapi masak-memasak, yesss. Cakap saja masak apa, semua dia mampu sediakan. Sebab itulah sampai ke tahap ini dia bertahan memegang gelaran Chef Luq.
" Nanti kau bolehlah jumpa dia. Dia sangat-sangat berdisiplin. Balik mesti tepat pukul 5. Tapi sekarang, dia balik kampung. Ada urusan di sana. Kalau pasal solat, tak pernah tinggal. Sampaikan aku yang selalu ponteng Subuh ni pun, dah rajin bangun Subuh gara-gara dia. Masak, tiptop. Tapi tak setanding aku. Cengginiii" Luqman menaikkan ibu jari kanannya, memuji masakan sendiri.
Ammar tergelak. " Wowww makin tak sabar nak jumpa dia. Dia sama kerja dengan kau? Chef jugak ke?"
" Yupp. Chef jugak. Kadang kami tak sama shift. Kadang tu samalah. Nanti kau jumpalah dia. Ni, aku nak tanya. Macam mana perjalanan kau tadi? Kereta kau mana?" Luqman baru perasan apabila kereta Ammar tiada di beranda rumah. Jarang Ammar hendak menggunakan perkhidmatan awam, kecuali atas sebab-sebab tertentu.
" Perjalanan aku? Hmmmm. It was fun!"
Luqman angkat kening. Cerita menarik dari lelaki yang menarik!
" Aku jumpa singa kelaparan dalam bas tadi! "

" Haaaaaaaa?" Luqman terpempan. Wajah Ammar ditatap lama. Semakin menarik cerita yang bakal disampaikan oleh lelaki itu. Dia harus pasang telinga dengan teliti. Jarang-jarang dapat kesempatan seperti itu. Once in a while!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience