9

Romance Completed 23717

AMMAR memerhati gelagat Rania yang sedang mencuci keretanya di beranda rumah. Kelihatan gadis itu tidak sedar akan pandangan Ammar sehingga suaranya yang sumbang menyanyikan lagu kumpulan Spring itu memecah kesunyian pada pagi itu.
" Haishhhh dah tahu suara sumbang, tak sedap, ada hati nak nyanyi? Dahlah awal pagi buat konsert tak berbayar. Mengganggu betullah dia ni! Nasib muka cantik"
Ammar tergelak melihat aksi Rania yang menari-menari sambil menjadikan hos air sebagai mikrofon. Lagaknya tak ubah seperti penyanyi profesional! Dia tergeli sendiri. Niatnya hendak memanaskan enjin kereta terbantut gara-gara ingin menyaksikan 'persembahan' eksklusif gadis itu.
" Ni kalau dia tahu aku tengah intip dia, sure perang dunia ketiga ni! "

Tiba-tiba Ammar terpandangkan beberapa jenis ranting kayu terdampar di tepi pagar rumahnya. Akal jahatnya menjelma. Wajahnya sinis memandang ke arah Rania yang sedari tadi tidak tahu dirinya sedang diintip. Dikutipnya kesemua ranting kayu tersebut. Dia membongkokkan tubuhnya sedikit lalu bergerak menuju ke pintu pagar rumah Rania.

Apabila Rania memusingkan badan, dengan sepantas kilat Ammar mencampakkan kesemua ranting itu ke arah Rania sambil menjerit.......

" Ularrrrrrrrrrrrrrrrrr!!"

" Opocot mak engkauuuuu" Rania sempat melatah sambil badannya terdorong ke belakang. Nasib dia sempat berhenti, kalau tidak mahu terjatuh dia ke lantai.

Rania mula berang. Dilihatnya kesemua ranting kayu berselerakan di atas lantai. Siapa punya kerja ni?

" Niaaaaaaaaaaaaaaaa!"

Suara jeritan Ammar menarik perhatian Luqman, Yusuff dan Hanie. Ketiga-tiga mereka keluar untuk memastikan apa yang telah berlaku. Hanie mendekati Rania. Dia buat wajah blurrr, buntu dengan apa yang telah berlaku.

Luqman dan Yusuff menghampiri Ammar. Mereka berdua memandang Ammar dari atas sampai bawah. Kemudian, tawa keduanya meledak. Ammar kebasahan. Pandangan mereka jatuh pula pada tangan Rania yang sedang memegang hos air. Fahamlah mereka apa yang sedang berlaku saat itu.

" Mar. Hari tengah panas ni, yang kau kebasahan kenapa?" Luqman sengaja menyindir.

" Kau tanyalah kawan baik kau tu" Ammar maksudkan Rania.

" Eh ehh, dia yang mula dulu. Yang awak acah-acah cakap ada ular tu pasal apa? Padanlah. Kan dah mengena!" Rania tidak mahu kalah. Teringat pula dia sempat melatah tadi di hadapan Ammar. Aduhhhh, malunyaaaaa!

" Orang bergurau jelah" Suara Ammar mula kedengaran kendur. Dia tahu silap dia. Tidak seharusnya bergurau seperti itu dengan Rania.

" So? Salah saya ke?" tukas Rania.

" Tapi tak sepatutnya awak siram saya dengan air!" Ammar geram. Dia malas hendak menukar baju-T nya lagi. Sudahlah dia hampir telat hendak ke tempat kerja.

" Eihhhhh, awak sedar tak tu salah awak?" Rania mula menunjukkan sikap berangnya. Hos air sengaja diajukan kepada Ammar, memberi isyarat bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membelasah lelaki itu.

Ammar mula kecut perut. Muka lawa tapi garang! Ni bukan garang yang biasa tapi garang tahap tak boleh dibawa berbincang!!!

Yusuff menghampiri Rania. Hos air berpindah ke tangan Yusuff. Dia mulai risau seandainya Rania berbuat di luar jangkaan. Bukan dia tidak tahu sikap berang Rania itu bagaimana. Disimpan elok hos air di tempatnya.

" Dahlah. Pagi-pagi hari ni tak boleh bertekak. Nanti rezeki lari. Sepatutnya pagi-pagi ni banyakkan sedekah iaitu memberi senyum agar hati yang lara dapat terubat" Yusuff menghadiahkan senyuman pada Rania. Kemudian, dia mengerdipkan matanya kepada gadis itu.

Rania mengalah akhirnya. Suara Yusuff yang lembut dan santun itu mampu menenangkan hatinya yang sedang hangat membara saat itu.

" Kau nak cepat ke tempat kerja kan? Salinlah baju kau tu. Yang kau dok terpacak kat sini kenapa pulak?" Luqman mengingatkan Ammar. Patuh akan arahan Luqman, Ammar mempercepatkan langkahnya. Dia harus cepat mempersiapkan dirinya agar tidak lewat lagi kali ini! Huhhhh, ini semua Rania punya pasal!

"AKU tengok lain macam je kau dengan Yusuff tu? Ada apa-apa ke?" Hanie mula pasang jerat. Dia sempat melihat aksi Yusuff sebentar tadi.

" Apa yang kau tengok?" Rania buat-buat bodoh bertanya. Padahal sudah jelas lagi bersuluh akan kelakuan Yusuff di hadapan Hanie tadi.

" Eeeeee jangan nak pura-pura tak tahu ye? Aku nampak tau? Mata aku belum buta lagi" tukas Hanie.

" Sebab tu lah aku tanya. Apa yang kau tengok? Apa yang kau nampak? Kata tak buta??"

Rania memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar ke warna merah.

" Aku nampak korang berdua main mata. Macam orang tengah hangat bercinta je!"

Rania menggigit bibir. Alamakkkk! Nampak sangat ke?

" Kau tak rahsiakan apa-apa dari aku kan Nia?" Hanie mengecilkan mata, memandang Rania.

" Takdelah. Nak rahsiakan apa pulak? " Lampu isyarat bertukar warna. Rania menyambung pemanduan dengan tenang walhal dalam hati, dia sudah berdebar-debar. Dengan wanita yang satu ini, dia tidak bisa berahsia kerana Hanie bijak menebak isi hatinya. Tapi untuk mendedahkan hubungannya dengan Yusuff yang masih di peringkat awal, dia juga tidak berani. Sementelah dia dan Yusuff juga sudah mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu hubungan mereka.

" Manalah tahu kau rahsiakan apa-apa dari aku?"

" Takdelahhhh" Rania pantas mencelah.

" Aku cakap, manalah tahu kan? Ke memang ada rahsia besar yang kau tak bagitau aku ni?"

Rania terdiam. Kata-kata Hanie sungguh mampu menjerat dia. Kalau semakin dilayan, semakin cepat pula rahsia hatinya terbongkar. Penyudahnya, dia hanya membatukan diri sepanjang perjalanan.

Arghhhhh! Nanti-nanti pun kau tahulah Hanie! But now is not the right time!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience