PAGI ITU, setelah menghantar Rania ke tempat kerja, Yusuff sempat singgah ke Men's Kitchen untuk bertemu dengan Luqman. Dia ingin menjelaskan lagi segala-galanya kepada Luqman. Kalau perlu minta maaf, dia akan melakukannya juga.
" Luq!" panggilnya apabila terlihat kelibat Luqman di sebalik himpunan orang ramai. Sebaik melihat Yusuff, Luqman terus mengurung diri di dapur. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Yusuff.
" Luq! We need to talk!" Yusuff memusingkan tombol pintu berkali-kali.
" Kau nak apa? Kau dah takde kena-mengena dengan kedai ni lagi. Blah lahh! "
Yusuff kaget. Sejak bila? Dia berhenti kerja bukan bermaksud dia berundur untuk selama-lamanya. Meskipun kerjayanya sudah bertukar, namun dia masih tetap setia menabur bakti bersama Luqman.
" Nama kau dah aku keluarkan dari partnership ni. Seperti mana kau nak aku respect keputusan kau, seperti itu jugak aku nak kau repect keputusan aku.Deal!" Luqman berlalu ke sinki. Air paip dibiarkan mengalir sederas-derasnya. Dia tidak mahu mendengar suara Yusuff yang berteriakan memanggil namanya dari luar. Semua pekerja hanya diam memerhatikan perlakuan mereka. Apabila Luqman sudah dirasuk amarah, tidak ada seorang pun yang berani campur tangan.
Yusuff menggigit bibir. Dia menyepak pintu dapur sekuat hati. Kenapa Luqman membelakangkan dia untuk keputusan yang satu itu? Adakah kerana dendam dan sakit hati? Dia tidak pernah berbuat sedemikian pada Luqman.
HARI PERTAMA di tempat kerja baru. Agak kekok dan janggal, namun dia harus biasakan diri. Hal Luqman harus dibiarkan dahulu. Dia sudah penat hendak berbaik-baik dengan Luqman sementara lelaki itu tidak pernah mahu mempedulikannya.
Yusuff mencapai sebuah dokumen yang tersadai di atas meja. Meneliti setiap butiran informasi, dan mengangguk kepala tanda faham. Kerja yang Encik Gihan tinggalkan tidak banyak yang harus dia analisa. Hanya beberapa unit kondo dan jumlah wang yang keluar masuk dari bulan ke bulan yang harus dititikberatkan.
Ketukan di pintu menyentakkan Yusuff. Dia tersenyum saat mata mereka bersatu.
"How' s your first day?" tegur Ammar. Dia sudah pun menghenyak punggung berhadapan Yusuff.
" Okay. Not bad. Encik Gihan memang seorang yang teliti. Dan cukup berjimat-cermat. Pengeluaran stok yang dibuat atas nama dia adalah dalam kuantiti yang sedikit tapi dia bijak menggunakan stok tersebut. Unit kondo terjual sebanyak 70% which means a lot to company! Penapisan stok dari supplier luar dibuat dengan sangat-sangat teliti. And for three months to come, the company has nothing to lose! "
Pembentangan Yusuff memukau fikiran dan hati Ammar. Tidak disangka lelaki yang hanya biasa ke dspur bisa meneliti semua maklumat kurang dari 3 jam. Dia kagum! Tidak ubah seperti papanya.
" Well, I should give the credit to you! Tak sampai 3 jam, kau dah analisa semua ni? Ingatan yang cukup baik. Dan penerangan yang sungguh jelas dan clear" puji Ammar.
Yusuff tersenyum mendengar pujian tersebut.
" Kau buat aku ingat pada papa"
Yusuff mengangkat kening apabila nama papa disebut di dalam perbincangan mereka.
" I beg your pardon?"
Ammar senyum sinis. " Dulu masa mula-mula arwah atok tubuhkan syarikat ni, he never had confidence in papa! But, after 3 to 4 months, papa dapat bawak keuntungan yang berlipat-ganda. Atok was so proud. So dia jadikan papa sebagai second CEO. Keazaman dan ketekunan papa buat syarikat ni dipercayai pihak luar. So here it is! Sanjana R Company. So ketekunan yang kau tunjuk sebentar tadi mengingatkan aku pada papa"
Yusuff menelan liur. Rupa-rupanya, darah business itu memang sudah sebati dalam diri dia.
" Kau patutnya ambik course business. See? It suits you well"
Yusuff tergelak. " Rezeki aku menempatkan aku ke dapur! "
" Tapi rezeki tu jugak bawak kau ke tempat yang sepatutnya! Make use of it!" Ammar mengerdip mata lalu berjalan menuju ke pejabatnya. Saat melewati meja Aziah, dia sempat menyapa gadis itu.
" Macam mana hari pertama?" Soalan yang sama dia tujukan pada Aziah.
" Okay. Tak banyak sangat kerja" komen Aziah jujur. Entah kerana Murni memang melunaskan kerjanya sebelum bercuti atau memang good luck dia tidak terlalu banyak kerja yang harus diuruskan hari itu.
Ammar tersenyum. " Good! But after this, you kena be prepared. Cause all my schedule will be prepared by you! I dah letakkan sampel schedule I yang pernah Murni buat dulu. That's your reference! Re-schedule and hand it over to me ASAP!"
Aziah mengangguk faham.
Ammar kembali ke pejabatnya. Duduk di kerusi sambil jarinya mengetuk-ngetuk dada meja. Dia masih dibayangi peristiwa semalam.
Adakah dia tidak salah lihat? Atau dia sedang bermimpi? Keakraban yang terjalin di antara Rania dan Yusuff menyimpulkan bahawa keduanya sedang hangat dilamun asmara. Lebih-lebih lagi apabila Yusuff sempat mengucup tangan gadis itu. Dia diburu resah. Cemburunya mula menyinggah di dasar hati. Dia sebolehnya mahu melupakan semua yang terjadi semalam namun ingatan itu seakan sukar untuk dilupuskan.
Benarkah hubungan antara mereka adalah hubungan istimewa? Fikiran Ammar memaksanya untuk bertanya langsung kepada Yusuff. Tetapi melihatkan kesenyapan dan kepolosan Yusuff, dia jadi tidak tega hendak bertanya. Atau haruskah dia mengejar jawapan daripada Rania? Bagaimanakah reaksinya setelah kebenaran terungkap? Mampukah dia menerimanya? Dia telah banyak kehilangan benda berharga dalam hidup. Dan untuk saat ini, dia juga tidak sanggup kehilangan Rania tanpa sempat berjuang.
"LUQ. Dengarlah dulu cakap aku" Rania mengekori langkah Luqman yang sekejap ke dapur, sekejap ke ruang makan. Sudah dua jam dia di situ. Namun dia bagaikan patung cendana kerana kehadirannya tidak diterima baik oleh Luqman.
" Luq!!!" Rania sudah hilang sabar. Tangan Luqman direntap. Dia menarik Luqman ke belakang kedai.
" Apa ni?" Luqman menolak kasar pegangan Rania. Wajahnya mencuka.
" Kau marahkan aku?" Suara Rania kedengaran merajuk.
Luqman meraup wajah dengan kasar. Nafasnya sudah turun naik. Dia bercekak pinggang di hadapan Rania, sudah mula membuka langkah untuk menyerang.
Rania kaget dengan aksi Luqman. Apabila Luqman mula melibasnya dengan tangan, Rania sempat mengelak. Luqman tidak berputus asa dengan menyasarkan serangan ke arah perut Rania. Namun gadis itu lebih tangkas. Laju sahaja tangannya menangkap serangan Luqman lantas dipusing ke belakang. Luqman terjatuh ke lantai. Dia mendepakan tangan memandang wajah Rania.
Rania sudah tercungap-cungap. Teringat akan Kelab Seni Mempertahankan Diri yang pernah disertai olehnya dan Luqman semasa mereka masih di bangku sekolah dahulu. Seperti selalu, Luqman selalu tewas dalam tangannya.
Melihatkan Rania keletihan, Luqman mengambil peluang tersebut dengan menyepak kaki Rania. Namun malang tidak berbau apabila serangannya tidak menjadi. Rania lebih tangkas dan cepat menangkap pergerakannya.
Luqman tergelak besar dengan aksinya sendiri. Rania masih hebat seperti dulu. Dalam diam, dia menyimpan perasaan bangga terhadap gadis itu.
" Puas?" tukas Rania lalu duduk di sebelah Luqman. Nafasnya tercungap-cungap. Sudah 9 tahun tidak berlatih, dia hampir lupa pada setiap pergerakan. Namun serangan Luqman amatlah senang untuk dibaca.
" Sangattt puasss!" Luqman sudah duduk menyertai Rania.
Seketika, keadaan menjadi sepi. Rania dan Luqman masing-masing mendiamkan diri. Kesempatan itu diambil oleh Luqman untuk meneliti wajah Rania. Sedikit berisi dan dia tampak bahagia.
" Aku tak pernah marahkan kau. Aku cuma kecewa dengan diri sendiri. Bila aku dapat tahu Yusuff berundur, nampak sangat yang dia nak tinggalkan aku. Padahal kedai ni, hasil usahasama kami berdua. Kenapa masa kedai ni semakin maju, masa tu jugak dia nak tarik diri? Mana janji yang pernah dia buat dulu? Kadang aku rasa, aku dah kecewakan dia. Tu sebab dia lari pada Ammar" Luqman memulakan ceritanya. Terlalu lama memendam rasa, hatinya bagai disiat-siat.
Rania hanya tekun memasang telinga. Biarlah Luqman meluahkan perasaannya terlebih dahulu agar semuanya dapat dibawa berbincang dengan tenang.
" Aku bukan tak boleh respect keputusan dia, tapi aku tak mampu nak terima. Semua ni terlalu pantas sangat berlaku. Aku rasa macam baru semalam je kami tubuhkan kedai makan ni. Kenapa dia tak boleh faham kekecewaan aku? Keputusan yang dia buat adalah dengan membelakangkan aku!"
" Kau salah, Luq. Aku bukan nak bela dia. Tapi aku cuma nak bagitau kebenarannya saja. Yusuff ada sebab tersendiri untuk semua keputusan ni. Apa yang aku tahu, dia tak boleh nak ceritakan selagi semua belum selesai. Percayalah, Yusuff buat semua ni demi arwah ibu dia. Dan dia tak pernah belakangkan kau. Kalau betul dia belakangkan kau, dia akan pergi senyap-senyap tanpa lapor pada engkau. Dia sedar, keputusan yang dia ambik akan buat kau rasa kecewa. Sebab tu dia datang jumpa kau sebab dia nak berbaik-baik dengan kau.
Kau dan dia bukan budak-budak lagi. Dah cukup dewasa untuk terima hakikat yang sebenar. Dan dia masih akan uruskan kedai ni bersama kau selagi kau masih perlukan dia" Rania bangkit lalu menyapu-nyapu punggungnya dengan tangan.
Dia menyambung kembali, " Tapi kalau kau rasa kau masih tak boleh nak maafkan dia, ada baiknya kau berterus-terang. Jangan buat Yusuff macam orang bodoh sebab harapkan kemaafan dari orang dewasa yang berfikiran macam budak-budak seperti engkau!"
Selesai menuturkan itu, Rania terus melangkah jauh meninggalkan Luqman. Sudah cukup usaha Yusuff untuk berbaik-baik dengan lelaki itu namun usaha yang hanya sia-sia. Sehinggakan dia terpaksa campur tangan dalam hal peribadi mereka!
Luqman mendengus kasar. Dia menggenggam penumbuk. Sungguh, hatinya terasa dengan kata-kata Rania sebentar tadi. Pun begitu, akalnya menerima sedikit demi sedikit penjelasan Rania yang berbaur sindiran itu!
SEMINGGU sudah berlalu. Dan dalam tempoh itu juga, sikap Luqman masih dingin. Namun, dinginnya tidak begitu ketara seperti sebelumnya. Kalau dulu, dia tidak sudi berkongsi ruang tamu dengan Yusuff. Tetapi sekarang, hatinya agak terbuka sedikit menerima kehadiran Yusuff kembali. Itu sudah lebih dari cukup. Sekurang-kurangnya, amarah Luqman sedikit reda.
Ammar tidak pula banyak bunyi. Tidak sibuk pula dia bertanya kenapa kedua sahabatnya seakan-akan menjauhkan diri. Kerja yang terlampau banyak membuatkan dia penat untuk memikirkan urusan orang lain.
" So sekarang ada perubahan sikit?" tanya Rania ingin tahu. Mereka saat itu sedang menikmati makan malam di KFC, itupun atas permintaan Rania.
Yusuff mengangguk. Kalau sebelum ini, mereka banyak berbual melalui telefon kerana kesibukan Yusuff telah membataskan pertemuan mereka. Namun Rania faham. Tidak pernah dia mengeluh dengan keadaan itu. Sekarang apabila punya kesempatan untuk berdua, Yusuff mengambil peluang ini untuk berkongsi cerita selain melepaskan rindu yang terbuku di dada. Sudah seminggu dia tidak dihidangkan dengan senyuman Rania. Ralat dia. Baru seminggu berjauhan, dia sudah diuji dengan berbagai-bagai perasaan.
" Sekarang dah nampak sikit yang Luq dah reda. Cuma perlukan masa untuk berbincang dengan dia" Cerita Yusuff lalu menyuakan daging ayam kepada Rania. Rania menganga dan dalam sekelip mata saja daging itu sudah lumat di dalam mulutnya.
" Kadang tu rasa asing dekat rumah sendiri. Awak tahu kan? Rumah tu bukan rumah sewa. Tapi rumah yang saya beli dengan duit tabungan saya. Bila Luq buat tak tahu dengan kehadiran saya, saya dah anggap diri saya menumpang walhal yang menumpang tu..." Yusuff tidak jadi hendak meneruskan kata-kata. Tidak tega rasanya menganggap Luqman dan Ammar sebagai penumpang walaupun itu adalah hakikatnya. Pada dia, rumah tersebut adalah milik mereka bertiga meskipun dibeli dengan wang simpanannya sendiri.
" Takpe. Saya faham maksud awak. Tak payah rasa macam tu. Sebab tu rumah awak. Awak tak salah apa-apa pun. Luq je yang fikir macam tu" Rania menenangkan Yusuff sambil menggenggam erat tangannya.
" Sayang.. tell me" Wajah Rania dipandang penuh sayu. Matanya yang redup itu selalu mendapat perhatian daripada Rania, membuatkan gadis itu hilang dalam dunia sendiri. Rania mendongak, menentang pandangan Yusuff.
" Semua ni akan berakhir kan? Dan semuanya akan baik-baik saja kan?" rintih Yusuff.
" In Shaa Allah. Kita banyakkan berdoa. By the way, you haven't told me about your new place" Rania sengaja menukar topik kerana tidak mahu Yusuff terus hanyut dalam emosinya yang tidak menentu.
Yusuff mengukir senyuman. " Everything is okay! Just perfect! Cuma lately agak busy. Dengar cerita, tender baru nak masuk. So akan lebih busylah lepas ni. Dan kita pun akan jarang berjumpa" Yusuff sudah separuh mengeluh. Tender yang baru diterima pagi tadi sudah mampu dia tebak kesibukannya.
Rania mengeluh. Jadual kerjaya Yusuff sekarang lebih padat berbanding dahulu. Kalau dulu, mereka masih dapat berjumpa hari-hari. Berbeza dengan keadaan sekarang. Namun dia faham dan harus lebih peka. Semua ini tidak lama. Dia harus sabar menunggu.
" Datuk Taj? Dah jumpa dia?"Rania agak berhati-hati apabila menyebut nama tersebut.
Yusuff kelihatan tenang. Tidak gelabah seperti selalu. Rania tersenyum manja.
" Belum jumpa dia lagi. Dah seminggu, but he never shows up! Dia memang jarang berjumpa sesama staff, except for the events which urges him to be there. But, pasal tender yang saya sebut tu? Kita orang akan attend meeting and I think that is the time where we meet" Wajah Yusuff bercahaya apabila terbayangkan detik-detik pertemuannya dengan insan yang paling ditunggu-tunggu. Seakan tidak sabar and yes, dia super excited!!
Rania tergelak kecil. Dia tumpang gembira mendengar khabar tersebut. Kegembiraan Yusuff adalah hadiah terbesar buat dirinya.
" So tak lama lagi ada orang yang akan jumpa dengan insan istimewa dia. Tapi sekarang ni, perut saya dah tak sabar-sabar nak melahap sebab saya betul-betul lapar!" Yusuff tergelak dengan reaksi wajah Rania. Lantas, disuapkan nasi dan ayam ke dalam mulut gadis itu. Kebahagiaan yang berlipat-ganda kerana bakal bertemu dengan ayah kandungnya. Dan, melihat wajah Rania juga merupakan salah satu kebahagiaannya yang abadi!
PAGI ITU, Yusuff terlajak tidur sehingga tidak sedar jam sudah meleret ke angka 7. Dia cuma punya 45 minit untuk bersiap dan tiba tepat ke tempat kerja.
Setelah selesai menyiapkan diri, dia menuruni anak tangga satu-persatu. Saat melimpasi meja makan, dia terlihat ada hidangan nasi goreng seafood yang sudah siap terhidang. Fikirnya, mungkin itu milik Luqman. Ammar pula seawal jam 6.30 pagi tadi lagi sudah bergerak ke tempat kerja.
"Makanlah dulu. Aku sengaja masak lebih tadi" Luqman yang baru muncul dari dapur, terus mempelawa Yusuff untuk bersarapan. Terpinga-pinga Yusuff dibuatnya. Kemudian, Luqman hilang kembali di sebalik dapur.
Dia masak untuk aku? Yusuff mengangkat kening, seakan tidak percaya. Punggung dihantar ke kerusi. Nasi goreng dibiarkan terhidang di atas meja sehinggalah Luqman muncul semula dengan membawa dua cawan kopi.
" Aku tak sejahat sampai nak letak racun dalam tu" tegur Luqman apabila dilihatnya nasi goreng tidak terkutik langsung.
Yusuff terasa dengan statement serkap jarang Luqman itu! Lantas, dia menyuap nasi ke dalam mulutnya perlahan-lahan. Sedap! Mesti ikhlas dia masak untuk aku ni.
" Aku nak mintak maaf pasal perangai aku seminggu-minggu ni. Aku tahu, aku macam budak-budak, mogok, merajuk tak tentu pasal dengan kau. Sorry" Setelah agak lama meninggi ego, Luqman akhirnya mengalah juga. Sampai bila dia harus bermasam muka walhal mereka duduk serumah? Lebih-lebih lagi, rumah itu milik Yusuff. Malu juga menumpang di rumah Yusuff,tetapi dia cari pasal pula dengan tuan rumah. Risau sekiranya Yusuff menganggap dia orang yang tidak tahu mengenang budi!
Yusuff menelan liur. Nasi goreng yang disuapkan ke dalam mulut terasa tersekat di hujung tekak. Lantas, dia meneguk secawan kopi dengan rakusnya.
"Pelan-pelanlah" tegur Luqman.
"Aku pun nak mintak maaf kalau kau tak selesa dengan keputusan aku"
"Tak apalah Suff. Aku yakin, ada asbab kau buat semua ni. Kalau kau belum mampu nak bercerita, takpe. Aku faham. Tapi aku harap, aku bukan orang terakhir yang akan tahu semua benda"
Yusuff mengukir senyum. "Kau akan tahu jugak nanti"
Luqman mengangguk. "Tapi boleh tak jangan rahsiakan satu benda dari aku?"
Yusuff mengangkat kening. "Maksud kau?".
"Rania" Mendengarkan sahaja nama tersebut, hati Yusuff dipagut kebimbangan. Rahsia apa yang berkaitan dengan Rania yang ingin Luqman cungkil?
"Aku nampak apa yang terjadi antara korang. Kenapa nak rahsiakan hubungan korang? Bercinta dengan kawan baik sendiri bukan satu kesalahan!"
Yusuff terpana. Hubungannya sudah mampu dihidu oleh Luqman. Nampaknya rahsia yang satu itu sudah tidak aman lagi.
Luqman tergelak sambil menepuk lengan Yusuff.
"Apasal nampak stress sangat? Aku berkawan dengan dia dari zaman sekolah lagi. Nia tu baik tau? Cuma agak garang sikitlah. But trust me. You made a good choice!"
" Sorry kalau..."
"Laa takpelah. Aku faham. Tak payahlah risau. Jaga dia baik-baik" Pesan Luqman sebelum berlalu ke dapur. Yusuff merasa dadanya lapang. Selesai sudah satu masalah. Pagi itu merupakan petanda baik baginya walaupun dia sudah lewat untuk ke tempat kerja!
RANIA sudah buntu. Sejak dari 30 minit yang lepas, dia terkandas di lebuh raya. Keretanya rosak lagi! Dia terpaksa berhenti di bahu jalan untuk memudahkan aliran jalan raya.
Dia juga sudah mendail nombor Yusuff beberapa kali namun malangnya panggilannya tidak bersahut. Disebabkan Yusuff sudah telat pagi tadi, maka dia mengambil keputusan untuk memandu sendiri. Namun dia ditimpa nasib malang apabila keretanya tiba-tiba mogok ketika dia dalam perjalanan untuk lunchbreaknya. Dia juga sudah menelefon Hanie, namun sahabatnya itu masih ada kelas. Luqman juga sudah dihubungi namun lelaki itu masih sibuk di kedainya. Menurut Luqman, dia harus menyiapkan 30 jenis hidangan untuk katering. Maka, Rania terpaksa memahami keadaan Luqman.
Dia memerhati sekeliling, jika ada siapa-siapa yang dikenalinya. Dia cuba menahan beberapa kereta yang lalu-lalang namun hampa kerana tidak ada satu kereta pun yang sudi untuk membantunya.
Sudahnya, Rania hanya mampu bersabar dan menunggu keajaiban datang. Tubuhnya disandarkan ke pintu kereta sambil memeluk tubuh. Dikerling sekilas ke arah screen telefon bimbitnya, kot-kot panggilannya mendapat response dari mana-mana nombor tadi.
"HELLO Zia. I on the way balik. You hold on the meeting for around 20 minutes? Okay, see you then" Ammar mematikan panggilan. Dia harus cepat kerana mesyuaratnya akan bermula tidak lama lagi. Dan untuk mesyuarat kali ini, dia harus berhati-hati kerana Datuk Taj juga akan turut serta!
" Ehh tu Rania!" Pandangannya terkalih ke arah Rania yang sedang bersandar di pintu kereta. Dia membelok ke bahu jalan lalu berhenti di hadapan Rania.
" Rania!" panggilnya sambil berjalan mendekati Rania.
Rania kaget. Dia memerhati sekeliling. Dalam banyak-banyak orang, kenapa harus lelaki ini yang tampilkan diri?
"Ohh haii!" Rania cuba berlagak selamba dan meramahkan diri.
"Kereta rosak lagi?" tegur Ammar. Matanya tidak lepas dari memandang wajah gadis itu.
"Aahh. Kereta lama kan? Lagipun, saya jarang jugak drive Vios ni. Ni kereta secondhand. Dulu masa belajar, susah nak ulang-alik dari rumah sewa ke kolej. Nak naik pengangkutan awam, jadual belajar kadang tak menentu. So, terbelilah kereta secondhand sebab nak jimat duit. Sampai sekarang, dah 4 tahun guna.Masih elok sebenarnya. Tapi baru-baru ni je selalu rosak" Cerita Rania panjang lebar.
Ammar mengangguk. Dia mengerling jam di tangan.Lagi 12 minit tinggal untuk mesyuarat. Perjalanan ke tempat kerja Rania mengambil masa kurang lebih setengah jam. Kalau dia menghantar Rania, dia akan ketinggalan untuk menghadiri mesyuaratnya. Otaknya berfikir.....
" Ada call sapa-sapa tak?"
" Ada, tapi semua busy"
" Mekanik?"
" Dah tadi. Tapi lagi setengah jam dorang sampai. Ada dua buah kereta dorang kena settlekan"
" Hmmm, takpelah. Camni je. Awak drive kereta saya, hantar saya ke office and go to mekanik to get your car there.."
" Haaaaa?" Rania separuh ternganga. Biar betul! Dia tak pernah bawa Range Rover seumur hidup dia. Kereta mewah tu!
Ammar tergelak. "Apasal?"
" Saya tak beranilah! Kereta awak ni mewah sangat. Nanti rosak apa-apa ke, naya saya kena bayar!"
"Laaa, tu tak payah risaulah. Rosak pun sikit je. Kalau rosak teruk, you have to pay with other thing" Ammar sudah tersengih nakal.
Rania kaget. Reaksi dan wajah yang sama seperti Yusuff! Dua beradik ni memang suka buat aku goyah!
" Dah, jomm. Saya dah lambat ni" gesa Ammar lantas menarik tangan Rania ke dalam keretanya. Rania terkebil-kebil dengan aksi Ammar yang spontan itu. Tidak lama kemudian, Range Rover milik Ammar memecut laju ke destinasi yang ditujui.
MESYUARAT berjalan dengan lancar. Dan untuk pertama kalinya, Yusuff diberikan kesempatan untuk membentangkan hujah dan ideanya di hadapan Datuk Taj. Dia sudah dimaklumkan oleh Ammar mengenai tender terbaru di mana dia dilantik untuk mengetuai projek jutaan ringgit tersebut.
Dia agak terkejut menerima berita tersebut tetapi di atas desakan dan permintaan Ammar, dia terpaksa patuh dan akur juga. Dan saat pertama kali bertentang mata dengan Datuk Taj, dia dapat melihat wajah arwah ibu di sebalik wajah tua itu. Dia hampir menangis namun ditahan sebak di dada.
Datuk Taj menerima baik ideanya. Bahkan, dia juga mendapat pujian di hadapan semua orang di atas usahanya itu.
Yusuff memandang screen telefon bimbitnya. Ada 12 panggilan tidak terjawab dari Rania. Dia mulai diserang kebingungan. Sesuatu terjadi ke? Nombor Rania didail semula.
"Sayang, what happened? Sorry, handphone silent tadi. Saya tengah sibuk siapkan proposal untuk meeting tadi"
"Ohh takpe. Kereta saya rosak tadi. But, everything is settled now. Don't worry okay?"
Yusuff menepuk dahi. Kesibukan kerja membuatkan dia lupa pada kekasih hati.
"Sorry sayang. Sayang kat mana sekarang? Nak saya ambikkan?"
"Ohh takpe. Sebenarnya tadi, Ammar yang tolong saya. I dropped him by the company. And dia suruh saya guna kereta dia untuk settle semua"
Yusuff terdiam. Dalam diam, dia diserang rasa cemburu. Kenapa harus Ammar yang menghulurkan bantuan? Kenapa bukan orang lain? Arghhh!!
"Ohh yeke? Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya, awak selamat. Ada kat mana sekarang?"
Rania tersentak dengan nada suara Yusuff yang kedengaran mendatar itu. Adakah dia membuat kesilapan dengan menerima bantuan dari Ammar?
" Kat workshop ni. Saya ambik halfday je, tak masuk keja balik"
"Okay. Tunggu situ. Nanti saya datang"
Tanpa sempat menunggu jawapan daripada Rania, Yusuff mematikan panggilan.
Rania terkedu. Tunggu dia buat apa?
.
Share this novel