3

Romance Completed 23717

LUQMAN mengekek ketawa sambil memegang perutnya. Tidak percaya akan cerita yang baru didengarnya itu. Wajah kacak Ammar dipandang lagi. Kalau diikutkan, tidak mungkin dia mahu mencemar wajah kacaknya dengan perangai tidak senonoh itu. Rasa kepingin pula untuk bertemu dengan gadis yang dicop 'singa' oleh Ammar.
"Kau jangan nak gelak-gelak! Aku serius tau?! Perempuan tu boleh-boleh pulak cakap aku pervert. Macamlah takde keja lain yang aku nak buat!" Ammar separuh merungut. Tiba-tiba naik berang dengan fikiran melulu gadis itu.
" Tapi kau takde niat kan nak buat dia macam tu?" Luqman soal selidik.
" Taklah!" pantas Ammar menjawab. Masakan dia mahu mencabul wanita sesuka hatinya. Dia mungkin digelar playboy yang cintakan banyak wanita, tetapi tetap rasa hormatnya pada seorang wanita itu meninggi di dalam hati.
" Dah tu?" Luqman angkat kening. Wajahnya mula serius, menatang tampang si Ammar.
" Masa tu, ada seorang lelaki yang berdiri di sebelah aku. Lelaki tu berdiri rapat sangat dengan aku. Masa tu, bas tu penuh dengan penumpang, sampaikan kau boleh bergesel bahu dengan orang sebelah. Nak dipendekkan cerita, aku ternampaklah lelaki tadi ni nak buat benda tak elok dekat perempuan singa tu. Masa tu aku nak tepis tangan dia, ehhh-ehhh si singa tu ingat aku nak cabul dia pulak! Dan kau tau, lelaki tu cepat- cepat larikan tangan dia. Tu pasallah si singa tu ingat aku yang nak cabul dia!" cerita Ammar panjang lebar. Malu juga rasanya apabila perempuan singa itu menuduh dia pervert! Padahal niat sebenar dia hanya hendak menolong.
" Laaaa, apasal kau tak jelaskan perkara sebenar pada dia?"
" Nak jelaskan macam mana? Dia dah terlebih dahulu tuduh aku pervert! Malu tau takk? Tak pernah lagi aku buat kerja tu!"
Luqman terdiam. Betul jugak tu. Kalau dia di tempat Ammar, tidak sanggup rasanya menebal wajah di situ. Dituduh pervert satu hal, disaksikan oleh puluhan penumpang juga satu hal. Silap-silap haribulan, boleh masuk laman sesawang dia dek diviralkan!
" Takpelah. Anggap jelah pengalaman pahit kau jejak kaki ke bas" Luqman sempat menyindir, diselangi gelak tawanya.
Ammar tersenyum hambar. Ya, benar kata Luqman. Biarlah itu menjadi pengalamannya menjejak kaki ke perkhidmatan awam. Sungguh, pertama kali dia menggunakan perkhidmatan awam. Dan pertama kali juga dia dimalukan sebegitu! Arghhhhhhh!

RANIA memanjangkan leher, menjenguk-jenguk jiran 'kegemarannya' yang tinggal bersebelahan dengan rumah sewanya itu. Semenjak dari zaman kolej lagi, dia dan Luqman menyewa di tempat yang sama, bersebelahan sahaja. Dan sejak tiga tahun yang lalu, dia mula menyimpan hasrat dan perasaan pada kawan serumah Luqman, iaitu si pendiam Yusuff! Lelaki itu punya karisma dan aura tersendiri yang mampu membuatkan seluruh anggota badannya lemah tak berdaya! Dan disebabkan lelaki itu juga, dia sanggup untuk duduk berjauhan dari opah dan Maksu Rok, asalkan dapat menatap sebujur wajah itu.
" Ehemmm" Rania tersentak dengan sapaan Luqman yang sudah berdiri di hadapannya. Mereka dipisahkan dengan tembok batu yang dibina di antara setiap rumah.
" Kau tilik siapa?" Lucu pula dengan sikap Rania. Barusan tadi dia mendengar cerita pelik dari Ammar, sekarang dia terpaksa berhadapan pula dengan perangai lucu sahabatnya yang satu itu.
" Takde. Takde..." nafi Rania. Ni kalau Luqman tahu niat dia, mahu satu perumahan itu dia canangkan!
" Yeke takde?" Luqman buat muka sinis. Dia mendongkat lengan, memandang tepat ke dalam anak mata Rania. Cuba mencari kejujuran di situ. Persahabatan yang terjalin lebih dari sepuluh tahun itu membuatkan dia sudah lali dan mengerti dengan setiap body languange Rania.
" Betullah" Rania menjawab sepotong. Dia melarikan diri ke bonet kereta, berpura-pura mengambil sesuatu dari situ. Kalau sudah main-main mata, alamatnya ketahuanlah dia! Dengan lelaki yang satu ini, mungkin bibir bisa menipu tetapi tidak sepasang matanya! Luqman bijak meneka, mengalahkan P.I terkemuka negara!!
" Yelah tu. Ke kau tengah peeping aku?" Luqman saja-saja serkap jarang. Rania menoleh lalu menikam sisa-sisa tisu ke arah Luqman.
" Eeeeee jangan perasanlah! Runtuh langit ni kalau Zulaikha tahu yang aku mengintip kau! Eeeee tak naklah aku! Karang tak pasal-pasal muka aku yang cantik bersinar ni jadi sirna gara-gara kena sumpahan tunang tersayang kau tu!"
" Ehhhhhh-ehhh, mulut kauuuu!!! Eeishhhh, nasib tembok ni jadi penghadang. Kalau tak, dah lama tau aku lompat sana. Aku cekik kauuuuuuu" Luqman buat gaya hendak mencekik lehernya.
" Cekiklah kalau berani. Ingat aku takde seni mempertahankan diri ke? Setakat badan cekedeng macam kau ni, kacang jelah! Petik jari jeeee" Rania berbalas angkuh.
" Citttt punya singaaaa!" Luqman tiba-tiba teringat akan singa yang dimaksudkan oleh Ammar. Kalau singa di dalam bas itu yang dimaksudkan Ammar adalah wanita yang sedang berdiri di hadapannya saat ini, maka dia awal-awal sudah surrender!
Rania menjeling Luqman tajam. Malas hendak bertekak. Niat dia ingin mencari si pujaan hati, alih-alih si penyangak cekedeng ni yang hantar diri! Bonet kereta ditutup. Tidaklah banyak barang yang dia kemaskan. Hanya beberapa keping sisa tisu yang sengaja dibuang ke dalam bonet.
Luqman memanjangkan kepala memandang ruangan dalam kereta Toyota Vios milik Rania. Namun apabila Rania sudah mengunci pintu keretanya, punahlah harapannya yang satu. Dia lihat tidak ada apa-apa barang yang dibawa keluar dari kereta tersebut. Hmmmmm, sesuatu kau ni Jahhh!!
" Jahhh... kau tak nak ke berkenalan dengan jiran baru kau?"
" Jiran baru?" Rania mengerut dahi. Setahu dia, dia hanya kenal Luqman dan Yusuff di situ. Walaupun dia sudah lama menyewa, namun tidak pula dia pernah bersapa mesra dengan mana-mana jiran di situ. Sekadar melempar senyum, itu sudah memadai.
" Jiran kat rumah akulah!" getus Luqman.
" Ohhhh.. kenapa dengan jiran baru kau tu?"
" Jiran aku, jiran kau jugak. Dia duduk sini dah dengan aku. Baru je pagi tadi dia daftar masuk. Hensem orangnya. Tak nak try ke?" Luqman sempat berseloroh.
Rania buat muka meluat. Dia mendekati tembok di mana tempat Luqman mendongkat lengan. Lehernya dipanjangkan, mencari kelibat jiran baru seperti yang diwar-warkan oleh lelaki itu.
" Tak payahlah cari dia time ni. Dia kat dalam bilik dia, buat kerja. Kau nak berkenalan eaaa dengan dia? Baik kau ngakuu" Luqman kecilkan mata, siniskan wajah. Rania mengangkat kening. Serik pula dengan lelaki saat ini sejak peristiwa tadi menimpa dirinya. Pervert! Lelaki miang!! Eeeeee! Lainlah kalau dengan Yusuff. Dahlah baik, manis, pandai masak pulak tu. Aduhhhh, cair mak encik!!!
" Hoiiii Jahhhhh!!" Kepala Rania diketuk dengan batang bendera kecil yang dia sempat kutip di atas lantai tadi. Seru pula melihat wajah Rania yang kesengihan, umpama kerang busuk!
" Kau ni apasal? Dah kena rasuk jin langit? Aku bercakap dengan kau, kau buat muka sengih pulak depan aku"
" Pengacaulah kau ni! Hishhh.. Ehhh ni aku nak tanya. Lama ke Yusuff di kampung tu?" Ehhh-ehhh, lancar pulak mulut aku ni! Buatnya si cekedeng ni perasan sesuatu, tak ke naya aku?
" Esok balik dah tu. Kenapa? Kau rindu dia eaaaa?" usik Luqman. Dia mula perasankan sesuatu antara mereka. Kalau dia berdua dengan Yusuff, tak habis-habis lelaki itu bertanya soal Rania. Pernah sekali dia menangkap Yusuff yang sedang ralit memerhati Rania menyiram pokok bunganya di tepi pagar. Mahu tak terkejut beruk lelaki itu disergahnya. Apabila dia bertanya dan mengungkit soal itu, Yusuff seperti biasa hanya mampu tersenyum dan mengangkat bahu. Sampai ke saat ini, Yusuff tak berani mengintip Rania curi-curi lagi.
" Aaahh. Aku rindukan dia. Nanti kalau dia dah sampai esok, kau sampaikan salam rindu aku pada dia okayyy? Cakap kat dia yang aku rindu dia sangat-sangattttt" Rania buat aksi muka menyampah di hadapan Luqman, sengaja mahu menyindir lelaki.itu sekaligus mematikan bicaranya yang dari tadi tak henti-henti cuba untuk memerangkap Rania. Haaaa, padan muka! Sekali tu, biar dia faham perasaan aku pada Yusuff!!
Rania mengatur langkah, bersiap untuk masuk ke dalam rumah. Sebelum tiga langkah dari pintu, dia menoleh ke belakang lalu bertentang mata dengan Luqman yang diam seribu bahasa.
" Jangan lupa tau Luq!!! Tu amanah tau? Orang yang munafik adalah orang yang tidak menyampaikan amanah orang lain kepada orang lain. Assalamualaikum" Rania sempat melambai ke arah Luqman lalu masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dikunci. Dia mengekek masuk ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience