27

Romance Completed 23717

DARI sudut jendela, Rania memerhatikan sikap tenang Yusuff yang duduk di pangkin. Wajahnya tampak bersahaja dan hanya diam membatukan diri. Rania tahu, dalam banyak-banyak orang, Yusufflah yang paling tenang mendengar dan menerima keputusannya pagi tadi. Namun itu hanya imbasan mata. Tetapi bagaimana pula dengan hati? Relakah Yusuff melepaskan dia pergi? Dia tahu, semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak yang mengocak ketenangan hati lelaki itu. Walau tidak dia nyatakan secara terang-terangan, namun Rania dapat menghidu daripada pandangan redup milik Yusuff. Jika Yusuff berani berterus-terang, sudah pasti saat bahagia sedang menanti mereka saat ini.
Rania mengalih pandangan ke arah Ammar yang berdiri di sebalik pokok kelapa sambil membuat panggilan telefon. Sejak keputusan sudah dibuat, dialah lelaki yang paling gembira. Mana tidaknya, usahanya untuk memisahkan Rania dan Yusuff sudah berhasil. Dalam tempoh seminggu, dia akan disatukan dengan Rania. Sejak dari pagi tadi, Ammar dilihatnya begitu sibuk membuat persiapan hanya dari sepotong talian. Macam-macam yang dia sediakan untuk perkahwinan mereka. Nampak sangat Ammar begitu menanti saat ini. Sedangkan dia? Hanya mampu menyulam benang kecewa di sebalik kepura-puraan ini.
"Aku tak sangka kau akan pilih untuk kawen dengan Ammar! Aku mati-mati ingat kau nak dengan Yusuff"
Suara Hanie yang baru muncul di hadapan pintu singgah di gegendang telinganya. Hanie turut sama berdiri di sebelah Rania, memerhatikan dua orang lelaki yang mempunyai watak dan pemikiran yang berbeza!
"Yusuff is the best choice. He's good for you. Aku takdelah nak cakap yang Ammar tu tak baik. Tapi menurut pandangan aku, aku nampak sangat yang Yusuff sayangkan kau"
Rania teresak-esak. Akhir-akhir ini, dia selalu tewas pada airmata. Sedangkan dialah insan yang paling kuat selama ini!
"Dahlah Hanie. Stop. Aku tak nak kau cakap macam tu lagi. Aku tak nak ingat lagi dengan keputusan yang aku dah ambik. Siapa pun yang aku pilih untuk jadi suami aku, biarlah aku tahu pada hari perkahwinan aku nanti!"
Hanie mengeluh. Love is complicated! And unpredictable! Lihat sahaja Rania. Dia dahulunya seorang gadis yang ceria, riang bahkan boleh dikatakan Rania tak pernah menitiskan airmata untuk perkara yang sukar! Tetapi sekarang, semuanya berubah. Gadis yang berdiri di hadapannya saat ini terlihat tidak bermaya, bahkan acapkali dia melihat Rania menangis. Cinta bisa merubah seseorang. Dan orang itu adalah Rania!
"Ini ke punca kau menangis kau semalam?" Hanie teringat kejadian semalam. Mata Rania sembam ketika gadis itu sedang bertasbih.
Rania mengangguk lemah. Dia sudah tidak kuat untuk menyorokkan sebarang kebenaran daripada Hanie lagi. Lantas, dia membuka cerita mengenai rahsia yang tersimpan di antara Yusuff dan Ammar. Sesekali, esak tangisnya kedengaran.
"Aku tak pernah tahu sejauh tu Yusuff berkorban!" Hanie menarik Rania ke dalam pelukan. Rania sudah basah dengan airmata. Dia faham kesakitan yang Rania rasakan. Namun untuk berundur, itu bukan pilihan yang tepat. Kerana Rania sudah terlanjur membuat keputusan.
"Aku dah tak nak ingat apa-apa lagi Nie! Lepas je kawen dengan Ammar, aku nak dia bawak aku pergi jauh-jauh dari sini. Mana-mana tempat je. Asalkan bukan berdepan dengan Yusuff lagi! Aku sakit Nie! Aku tak kuat. Aku penat.." rintih Rania. Dalam masa itu, dia sempat melihat Yusuff mengesat airmata. Untuk kerana apa, dia sendiri tidak pasti. Tetapi yang pasti, mereka sama-sama telah terluka!
"Iya, aku faham. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa. Aku cuma mampu doakan semoga kau kuat, dan mampu berdepan dengan semua dugaan ni" Hanie menyalurkan kekuatan kepada Rania. Pelukan dileraikan.
"Kau rasa, aku boleh bahagia tak?" soal Rania. Dia sempat memicit hidung mancungnya.
"Bahagia bukan untuk ditunggu. Tapi mesti dicipta! Kalau kau nak tunggu bahagia tu datang bila bersama Ammar, kau takkan pernah jumpa. Tapi kalau kau cipta bahagia tu, In Shaa Allah dia stay"
Rania melapangkan dada. Berkongsi rasa dengan Hanie menyedapkan hatinya sendiri.
"Kalau kau perlukan apa-apa dari aku untuk wedding kau nanti, you can always ask for my help!" Hanie menghulur bantuan.
"Sure. Tapi tak banyak yang kita boleh buat. Sebab Ammar dah uruskan semuanya. Aku tak rasa dia akan biarkan aku sediakan semua" Rania mengalihkan pandangan ke arah Ammar. Lelaki itu tidak habis-habis dengan panggilannya.
"Yelah. Dah kau bagi tempoh seminggu je! Mana taknya dia kalut. Kalau sebulan, takpe jugak!"
"Sebab aku tak nak tunggu lama. Lama-lama karang, hati aku serba salah pulak nanti! "
"Hmmm. Bermakna seminggu lepas kau kawen, giliran Luq dengan Ika kan?"
Rania mengangguk. Dicongak-congak tarikh tersebut, dia cuma ada masa selama 7 hari untuk mempersiapkan fizikal dan emosinya.
"Kau advance tarikh dari dorang! Mesti Luq terkejut nanti"
Rania diam. Matanya masih melekap pada tubuh badan Yusuff yang masih tenang duduk di pangkin. Dia ingin sangat mengetahui apa yang ada dalam fikiran dan hati lelaki itu. Namun sikap perahsia lelaki itu tidak mampu membuat Rania menebak semuanya.
"Opah dan maksu macam mana?" Hanie menyentakkan lamunan Rania.
"Balik esok, aku jelaskan segala-galanya kat dorang"
"Kau balik esok ke?"
Rania mengangguk kepala. "Ammar cakap, kena balik esok. Nak urus macam-macam. Dia ajak aku fitting baju, cari cincin, katering.."
"Sempat ke?" Hanie pula diburu keresahan.
"Sempat kot. Kalau tak sempat, buat akad jelah. Majlis tu esok-esok!"
Hanie mengeluh lagi. Degilnya seketul Rania ni! Orang lain kalau kawen, happy, gembira, penuh rasa. Dia ni nak kawen, tapi satu rasa je dalam hati! Rasa nak mati!

DATUK TAJ duduk di kerusi kerjanya. Jarinya mengetuk-ngetuk dada meja. Sejak berjumpa dengan Nazmi, hatinya bercampur-baur. Sebelum ini, dia telah mengupah Nazmi untuk menyiasat latarbelakang dan segala yang berkaitan Yusuff.
"Dia memang Amran yang Datuk cari selama ni. Ni gambar dia. Dan wanita yang kat sebelah dia tu ibu dia. Ramona.."
Maklumat Nazmi menyentakkan hati dan perasaan Datuk Taj. Gambar yang diberikan oleh Nazmi kepadanya ditilik lama. Dia kenal wanita di sebelah Yusuff itu. Walaupun sudak menginjak usia, tetapi kecantikan dan keayuannya tetap terserlah. Kedutan di wajah itu tetap tidak mampu menipu hatinya bahawa itulah wanita yang sangat dicintainya. Wanita yang telah terpisah kerana fitnah dari mamanya sendiri.
Datuk Taj mengelap airmata yang jatuh berguguran. Dia tidak menyangka setelah 32 tahun berlalu, dia masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Yusuff dan Ramona.
"Mana Ramona tinggal? I kena jumpa dia. I nak bawak dia balik ke sisi" Datuk Taj sudah memutuskan untuk memulakan hidup baru bersama Ramona dan Yusuff.
"Datuk. Saya sangat-sangat terharu dengan usaha Datuk mencari isteri dan anak Datuk yang pernah hilang suatu masa dulu. Tapi, there's something you need to know" Nazmi kelihatan berat untuk mengkhabarkan berita yang satu itu.
"And what is that?"
"Isteri Datuk, Ramona telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu"
Datuk Taj terkesima. Tidakkk! Bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa? Setelah berpuluh tahun mencari dia menerima berita ini? Ya Allah, peritnya!!!
"Datuk, I'm so sorry about what happened! Isteri Datuk meninggal sakit tua. Dan, ada ura-ura mengatakan yang dia terlalu merindui Datuk, sehingga meninggal dalam kerinduan"
Wajah Datuk Taj sudah basah dengan airmata. Sebolehnya, bukan ini kebenaran yang diinginkannya. Dia bertahan hidup selama ini kerana Ramona. Dia bertungkus-lumus memerah keringat tuanya juga kerana Ramona. Tetapi kenapa semuanya berakhir apabila Ramona meninggalkannya?
"Datuk, ada informasi yang lain yang saya dapat. But if you're not ready..."
"Just proceed!"
"Amran Yusuff. Dia memang dah tahu yang Datuk ni ayah kandung dia. Tapi kenapa dia berahsia dari Datuk, itu saya kurang tahu"
Datuk Taj semakin kaget. Rupa-rupanya selama ini Yusuff sudah tahu kedudukannya. Tetapi kenapa dia mendiamkan diri?
"And more thing. It's about Ammar"
Kening Datuk Taj bertaut. Saat nama Ammar disebut, hatinya bergundah gelana. Masalah apa lagi yang Ammar timbulkan kali ini?
"Dia pun dah tahu siapa Yusuff sebenarnya! Dia rahsiakan perkara ni dari Datuk sebab tak nak perhatian Datuk teralih pada Yusuff. So he kept this as a secret.."
Datuk Taj semakin terperanjat. Satu persatu maklumat itu terdedah di hadapannya. Kenapa Ammar memperlakukannya seperti ini? Tidakkah Ammar tahu betapa sukarnya mencari Ramona dan Yusuff setelah berpuluh tahun terpisah? Dan, dari manakah Ammar mengetahui perkara tersebut?
"Datuk, are you okay?" Nazmi ditimpa resah saat Datuk Taj mulai hilang kawalan.
"I need to know where is Ramona now! Kubur dia!!"
"I drive you there, Datuk!"
Nazmi memapah tubuh Datuk Taj lalu masuk ke dalam kereta. Datuk Taj memejam mata, berharap apabila dia sedar nanti, semua ini hanya mainan mimpi!

SETELAH bersarapan dan mengemas barang, Rania dan Ammar bersalaman dengan keluarga Hanie. Semuanya ada di situ kecuali Yusuff.
"Mak, terima kasih untuk layanan dan nasihat mak selama ni. Nia takkan lupa sampai bila-bila! " Rania sudah memeluk erat tubuh Puan Suraya. Dia masih rindu untuk bermanja dan berkongsi rasa dengan mak angkatnya. Namun apakan daya, masa membataskan segala-galanya.
Puan Suraya tersenyum sambil mengangguk. "Nanti jangan lupa datang sini lagi. Call mak selalu. Dan, jangan lupa untuk terus berbahagia. Jemput mak untuk perkahwinan kamu nanti"
Rania mengangguk. Kemudian, dia bersalaman dengan ayah.
"Kalau ada apa-apa, jangan lupa dengar pada hati. Dengar pada akal. Dan minta pada Allah" Encik Zainol menitipkan pesanan.
Sekali lagi, Rania mengangguk. Kemudian, dia beralih pula pada Hanie. Tubuh Hanie didakap erat.
"Kalau ada masalah, share dengan aku! Jangan pendam sorang-sorang"
Rania mengangguk lagi sambil melepaskan pelukan. Wajah Hanie dipandang sekilas. "Terima kasih Hanie untuk semua yang kau buat pada aku. Aku takkan lupa sampai bila-bila!"
"Kau ni kann!! Apasal formal sangat? Macam tak biasa je dengan aku sebelum ni" Hanie menggerutu. Rasa tidak sedap hati pula untuk melepaskan kepermegian Rania.
Rania tergelak kecil. "Kau bagitau kat Husna, Izham dengan Izman. Aku sayangkan dorang tau? Nanti ada masa, aku datang sini lagi. Kau jangan lupa bawak dorang masa wedding aku nanti"
Hanie mengangguk. Tubuh Rania dibawa dalam dakapan semula. Entah kenapa, dia tidak senang hati untuk melepaskan Rania pergi.
"Kau bila balik?" tanya Rania pula. Sengaja ingin tahu, kerana dia tahu Yusuff akan balik bersama Hanie.
"Esok. Yusuff cakap, dia kena balik esok. Bos dia dah marah pasal projek apa entah. So, aku terpaksalah balik esok. Sebab dia kan tumpang kita haritu? "
Rania mengangguk kepala. Dia berharap untuk melihat wajah Yusuff untuk yang terakhir kalinya. Namun hampa apabila lelaki itu tidak munculkan diri sedari tadi.
Setelah pamit, Range Rover milik Ammar memecut laju, membelah kesunyian jalan. Dan pada ketika itu, ada hati yang terpaksa melepaskan si dia yang dicintai kepada orang lain. Dia terduduk di lantai lantas menghambur tangisan sekuat yang mampu. Setelah lama menahan diri dan berlagak tenang, akhirnya sejarah tercipta apabila hati lelakinya pasrah menerima takdir Ilahi.
Yusuff, kau dah tewas!

"BOS, dorang dah keluar dari kawasan kampung. Nak serang sekarang ke?"
Perempuan bergincu merah itu tersenyum. Dia membetulkan rambutnya lantas mengetap bibir. Gambar Ammar yang sempat dia tangkap beberapa minggu yang lepas menjadi santapan matanya.
"Sabar sikit. Kita ekori dorang dari belakang. Kalau dah tiba tempat sunyi, baru kita serang" arah perempuan tersebut. Dia sudah tidak sabar hendak memperkenalkan diri di hadapan Ammar. Yang pastinya, lelaki itu akan terkejut melihat dia.
Ammar, just wait and see...

"SAYA dah called pihak katering. Dorang setuju berkhidmat untuk kita secepat ni. Tapi kita kena pilih lauk. So, dorang boleh sediakan. Untuk pelamin, make up, hantaran semua tu saya dah uruskan. Awak tak perlu nak risau. Kita cuma kena fitting baju dan cari cincin. Saya dah called satu bridal ni. Dorang dah sediakan beberapa helai baju pengantin untuk kita. Nanti awak pilih mana yang awak berkenan. Okey?"
Ammar menjelaskan satu persatu. Apabila Rania bersetuju untuk mengahwininya, dia sudah mampu menghela nafas lega. Risaunya sudah dibuang jauh-jauh. Dia harus bersabar sehingga Rania menjadi miliknya dalam kiraan 7 hari dari sekarang.
Rania kaget. Secepat itu Ammar berkerja. Dalam diam, dia mengagumi semangat dan usaha yang dilimpahkan oleh Ammar untuk majlis mereka.
"Saya dah inform keluarga saya. Dorang akan datang jumpa Opah dan maksu esok. Family saya mula-mula tu terkejut, tapi bila saya jelaskan, dorang faham"
"Family awak? Datuk Taj?"
Ammar terperanjat saat Rania menyebut nama papanya. Setahu dia, dia tidak pernah bercerita apa-apa pun mengenai papanya. Bahkan seisi keluarganya juga belum lagi Rania tahu.
"Papa belum tahu. Saya bagitau mama Faz je. She's the closest one to me"
"Mama Faz?"
"My stepmother. Tapi dah macam mama sendiri. Mama mesti suka bila jumpa awak nanti. Awak ni macam type dia"
"Ohh okey"
"Maksu dan Opah dah tahu ke?"
"Belum. Balik nanti kita bagitau lah!" balas Rania, pendek. Suasana kembali senyap. Ammar tahu, gadis itu sudah mulai hilang minat untuk berborak dengannya. Namun dia sabarkan hati kerana setelah 7 hari dari sekarang, Rania akan menjadi miliknya. Saat itu, dia akan memastikan Rania menghormati dan menghargainya!

YUSUFF mengangkat punggung. Wajahnya cemas. Hatinya bimbang. Bagaimana mereka dapat menjejak lokasi Rania? Barusan, Faiz menelefon dan memberitahu mengenai beberapa maklumat berkenan lelaki yang melanggar Rania tempoh hari. Dan yang membimbangkan Yusuff apabila saat ini mereka sedang mengejar dan mengekori Rania. Panggilan dimatikan.
"Pakcik, Yusuff nak pinjam motorsikal boleh?" Dia harus segera bertindak. Jika tidak, nyawa Rania pasti dalam bahaya.
"Kamu nak pergi mana? Kaki kamu belum sembuh sepenuhnya lagi!" ujar Encik Zainol. Dia bimbang akan keadaan Yusuff yang terencot-encot itu.
"Apasal?" tanya Hanie pula apabila dilihatnya Yusuff seakan cemas dan mulai kelam kabut.
"Takde masa nak jelaskan! Pakcik, kunci.."
"Kat tepi pintu tu. Tapi kamu nak pergi mana?" tanya Encik Zainol lagi. Namun Yusuff bergegas keluar dan meninggalkan Encik Zainol dengan penasaran di hati.
Hanie yang turut sama diserang kebimbangan segera menggapai kunci kereta lantas mengekori langkah Yusuff yang sudah memecut di hadapan.
"Kenapa tu bang?" soal Puan Suraya pula. Dia baru tiba dari dapur sambil membawa dulang berisi air kopi dan sepinggan kuih karipap.
"Saya pun pening! Lepas je Yusuff dapat panggilan telefon, dia bergegas keluar tanpa bagitau apa-apa!" sahut Encik Zainol sambil mengeluh.
Puan Suraya sudah meletakkan dulang tersebut di atas meja. Dia turut bimbang dengan apa yang diceritakan oleh suaminya. Semoga takde apa-apa yang buruk berlaku!

YUSUFF berjaya mendapatkan Ammar dan Rania yang sudah berada di hadapannya. Namun ada sebuah lagi kerete Vellfire putih mengekori kereta Ammar dari belakang.
Dalam kesempatan itu, Yusuff mendail nombor Ammar namun tiada jawapan. Dia mencuba lagi sebanyak 3 kali namun hasilnya tetap sama. Dia mendail nombor Rania pula. Nafas lega ditarik tatkala panggilannya bersambung dengan suara Rania di hujung talian.
"Nia! Jangan suruh Ammar berhenti selagi tak jumpa pondok polis!" Tanpa sebarang mukadimah, Yusuff memberikan amaran.
Rania mengerutkan dahi. Dia sudah mulai panik. Wajah Ammar di sebelah dikerling. Lelaki itu juga kelihatan panik.
"Apa maksud awak?"
Ammar melihat pandangan belakang melalui cermin pandang belakang. Dia mulai goyah saat sebuah kereta Vellfire putih mulai mendekatkan jarak.
"Ada kereta Vellfire putih ekori awak dari belakang. Jangan stop selagi tak jumpa pondok polis! Dengar tak ni?" Yusuff sudah bernada serius.
Rania mematikan panggilan setelah mengiyakan kata-kata Yusuff. Dia dan Ammar saling berpandangan. Wajah mereka kecut.
Apabila Ammar mulai memecut, kereta Vellfire tadi meningkatkan lagi kelajuannya. Sebuah kotak yang dibaluti dengan kain berwarna merah dicampak keluar. Kerana risau dengan objek tersebut, Ammar memberhentikan kereta secara tiba-tiba sehingga menyebabkan Rania terdorong ke hadapan.
Brek tangan ditarik. Ammar melepaskan seatbeltnya lantas memandang Rania di sebelah. Seatbelt Rania turut dilepaskan. "Nia, are you okay?"
Rania mengangguk. Wajahnya sudah pucat. Kejadian tadi telah merobek ketenangan hatinya. Siapa mereka dan apa tujuan mereka menyerangnya?
Ammar menapak keluar tatkala terpandangkan Yusuff yang berdiri di hadapan mereka sambil mengutip kotak tadi. Dia mendekati Yusuff. "Kotak apa tu?"
Honda Jazz milik Hanie sudah berhenti di hadapan mereka. Dia menapak keluar lantas mendapatkan dua lelaki tersebut.
"Rania mana?" Hanie mulai cemas tatkala bayang-bayang Rania tidak kelihatan di sebalik mereka.
"Dalam kereta. Dia nampak pucat!" sahut Ammar.
Hanie bergerak mendapatkan Rania di dalam kereta. Patut saja hatinya tidak senang saat melepaskan Rania pagi tadi. Biarpun belum mengetahui kisah sebenar daripada Yusuff, tapi dia dapat mengagak apa sebenarnya sudah terjadi.
"Kotak ugutan" ujar Yusuff dengan yakin. Dia tahu kotak itu. Kotak yang sama yang pernah diterimanya suatu masa dulu. Bahkan Rania juga menerima kotak yang sama.
"Macam mana kau tahu tu kotak ugutan sedangkan kau belum bukak lagi isi dia" Ammar kaget. Yakinnya Yusuff mengocak hatinya. Lagipula, bagaimana lelaki itu tahu mengenai kejadian tadi?
Yusuff membuka kotak tersebut dengan perlahan-lahan. Tekaannya tepat apabila sekeping kertas yang dicatatkan sesuatu di atasnya dibaca.
"Kau akan hilang dia. Bukan satu, tapi dua. Bukan untuk hari ini, tapi untuk selamanya!!" Yusuff mengerutkan dahi. Pandangannya bersatu dengan mata Ammar.
Seketika, mereka panik. Lantas, pandangan dilemparkan ke arah kereta. "Rania!!" tukas mereka serentak.
"Yusuff! Ammar! Rania hilang!!!"
Yusuff dan Ammar mulai resah dengan jeritan Hanie. Sangkaan mereka tepat. Rania diculik!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience