25

Romance Completed 23717

DATUK TAJ meneliti laporan kewangan dengan wajah yang serius. Dia terkejut saat melihat jumlah yang terpapar di atas kertas putih itu. Keuntungan yang mereka perolehi sungguh tidak memuaskan hatinya. Bagaimana ini bisa terjadi? Di mana kewibawaan Yusuff menguruskan hal seperti ini? Siapakah yang terlah mengucar-kacirkan projek dan hasil keuntungan mereka?
Wajah Laila yang menunduk ditenung serius. Gadis itu menggenggam penumbuk dan mulai berpeluh dengan tekanan yang diberikan oleh Datuk Taj.
"Why is this happened? Where is Yusuff? He should have given me his reason behind all these!"
Laila menelan liur. "Errr, he is away for a week, Datuk. He applied for leave before"
Mata Datuk Taj mencerlung. Dia ambik cuti masa-masa gawat macam ni?!
"Doesn't he know that this company is under crisis now? Satu kesilapan boleh menjahanamkan banyak benda! Call him to go back to work. Now!!!"
"I believe I have called him. But, he didn't pick up my call. But, I'll try again to get him connected"
Datuk Taj mendengus. Dia memberikan isyarat tangan kepada Laila, mengarahkan gadis itu beredar. Laila patuh pada arahan Datuk Taj. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Sepanjang perkhidmatan Yusuff, dia tidak mengetahui asal-usul dan latarbelakang lelaki tersebut. Tergerak pula hatinya untuk mencari tahu.
Punat di interkom ditekan. "Suzy, can you get me the file of our Financial Department's worker?"
"Can Datuk. You want all of them?"
"No. Do help me with Yusuff's"
"Hold on ya?"
Datuk Taj menanti dengan sabar. Sejak pertama kali melihat Yusuff, dia merasakan suatu keanehan pada wajah itu. Matanya yang mirip akan Ramona mengingatkan dia akan masa silam dan cinta dahulu. Mungkinkah dia adalah Amran yang dicarinya selama ini? Tetapi seingat dia, Amran cacat penglihatan. Dan lelaki yang bernama Yusuff itu sempurna tubuh badan.
Ketukan di pintu menyentakkannya. Dia mengarahkan Suzy masuk.
"Datuk, this is what you want. Kita ada dua Yusuff. Satu yang kerja dekat bahagian gudang, Yusuff Bakri. And another one is, Amran Yusuff, from Financial Department" Suzy menyerahkan sebuah fail dokumen kepada Datuk Taj.
Wajah Datuk Taj berubah riak. Amran Yusuff? Nama yang pernah menyapa telinganya satu masa dulu. Tanpa membuang masa, dia menyelak satu-persatu butiran peribadi milik Yusuff. Namun hampa,tidak ada satu pun yang mampu dia ketahui. Hanya nama dan tarikh lahirnya saja yang tercatat di situ. Pun begitu, Yusuff tidak meletakkan nama ayah di hujung namanya. Tarikh lahirnya juga tidak lengkap kerana dia tidak menyatakan sebarang tahun kelahirannya.
"Siapa yang recruit dia?"
"Kalau tak silap saya, Encik Ammar. Masa tu, Encik Ammar nakkan pengganti segera bagi Encik Gihan yang terpaksa berhenti kerja atas urusan keluarga. So, dia terus terima Encik Yusuff tanpa interview"
Datuk Taj mengangguk faham. "Thanks Suzy. I need this file. You may go now"
Setelah Suzy beredar, Datuk Taj mula berfikir. Siapa sebenarnya Yusuff? Pangkal namanya juga sama dengan nama anaknya yang pernah terpisah daripadanya 32 tahun yang lalu.
Takkanlah dia Amran? Tapi kemungkinan itu juga boleh jadi. Datuk Taj mendail nombor seseorang. Dia inginkan maklumat yang lebih banyak mengenai Yusuff. Jika betul dialah Amran yang dicarinya selama ini, maka dia harus membawa Yusuff pulang ke pangkuannya. Dan, itu juga merupakan satu-satunya peluang untuk dia bertemu dengan Ramona semula.
Daim yang berada di luar bilik Datuk Taj mendegus geram. Dia sudah melihat dan mendengar segala-galanya. Dia harus bertindak mencari identiti Yusuff sebelum sempat Datuk Taj menemuinya. Jika tidak, rosaklah segala perancangannya!!

RANIA memerhatikan tindak-tanduk Yusuff dan Izman yang sedang memanjat pokok kelapa. Pagi tadi, Puan Suraya sempat bising kepada Izham kerana tidak memetik pokok kelapa untuk dijual kepada Pak Ramli. Pokok kelapa yang tumbuh tinggi sudah membuahkan hasil yang lumayan kepada mereka. Jika dibiarkan, dia risau kelapa tersebut akan buruk dan berubah tua. Oleh itu, Yusuff yang tidak tahu hendak berbuat apa telah mengajak Izman untuk membantunya.
Duduk di pangkin, sambil menghirup udara segar, cukup menenangkan sekeping hati Rania yang sedang berkocak. Pemandangan sekitar rumah Hanie juga menyejukkan mata. Di kiri jalan, dipenuhi dengan sawah padi kepunyaan mereka. Di kawasan beranda pula cukup luas. Puan Suraya rajin orangnya. Hobi masa lapang diisi dengan menanam pelbagai jenis bunga. Tidak hairanlah jika hobi Hanie seperti itu juga.
Bunyi yang kuat menyentakkan Rania. Dia melilau sekeliling, mencari bunyi itu. Apabila melihat Yusuff yang jatuh tergolek ke tanah, dia segera mendekati lelaki itu.
"Awak.. awak kenapa?" Rania sudah dipagut kebimbangan. Wajahnya cemas.
Yusuff hanya menggeleng kepala. Dia bukannya terjatuh dari atas pokok kelapa. Tetapi dia silap langkah sahaja. Kakinya terseliuh.
"Abang Yusuff salah langkah je Kak Nia. Tadi kami dah turun dari pokok tu. Lepas tu, abang Yusuff tiba-tiba je terjatuh. Dia tengok Kak Nia tak lepas, tu pasallah salah langkah!" Izman sempat mengadu. Bukan dia tidak perasan akan pandangan Yusuff sebentar tadi.
Rania sudah merona merah. Dia tengok aku senyap-senyap?
"Buat ceritalah kau ni Man!! Tolong abang kejap. Kaki sakit ni" Yusuff sudah membebel. Dia agak malu apabila gelagatnya dapat dihidu oleh Izman dalam diam. Aduhhh, ni betul-betul sakit ni!
Rania melihat Izman memapah Yusuff masuk ke dalam rumah. Langkah Yusuff kelihatan sudah hilang iramanya.

"ARGHHHHHH! Sakit pakcik!" Yusuff mengaduh kesakitan apabila Encik Zainol mengubati kakinya. Mana tidaknya, kakinya itu dipusing ke kiri, kemudian dipusing lagi ke kanan. Terasa ngilu!
"Tahanlah sikit. Kamu tu lelaki. Kalau putus cinta boleh pulak kamu tahan diri. Sakit sikit ni takkan tak mampu pulak?"
Yusuff mendiamkan diri. Encik Zainol ini adakalanya sudah seperti Hanie. Menyindir aje kerjanya!
"Kau buat apa sampai kaki terseliuh tu?" tanya Hanie pula.
"Petik pokok kelapa. Dia dengan Man. Dia silap langkah, tu yang terseliuh" jawab Rania pula. Sebelum si murai Izman itu buka mulut yang bukan-bukan, ada baiknya dia menerangkan perkara sebenar dulu. Tetapi melihatkan Izman yang dari tadi hanya fokus pada PS2nya, Rania dapat menarik nafas lega.
"Kamu ni petik kelapa ke petik orang?"
Pertanyaan Encik Zainol menambahkan kerunsingan di benak Yusuff.
"Kalau petik kelapa, kamu petik sampai dia jatuh. Kalau petik orang, yang jatuhnya kamu! Sebab kamu petik, kamu tengok curi-curi! Tu yang salah langkah!"
Arghhh sudah! Tadi dia dimalukan oleh Izman. Sekarang, Encik Zainol pula ambil alih. Agak-agaknya keluarga Hanie ini memang keluarga suka berkias kot!
Hanie tergelak. Rania menampar lengan Hanie. "Tak baiklah gelakkan orang!" gerutu Rania. Hanie tersengih lantas buak aksi jahit mulut.
"Pakcik dah balutkan dengan bandage kaki kamu ni. Dalam sehari dua, okeylah nanti. Jangan nak buat kerja berat pulak. Nanti salah urat lagi, payah nak cari tu!" terang Encik Zainol. Dia sudah selesai membalutkan kaki Yusuff.
"Terima kasih pakcik" ucap Yusuff perlahan sambil mengangguk kepala.

MAKAN MALAM sudah disiapkan. Rania dan Hanie membantu Puan Suraya menyudahkan jamuan malam itu. Sesudah selesai, Hanie mengarahkan Husna untuk memanggil mereka menikmati makan malam tersebut.
"Ehhh Yusuff mana?" tegur Encik Zainol tatkala terpandangkan kerusi di sebelah Izham itu kosong.
"Agaknya masih kat bilik kot" sahut Izham.
"Nia, kamu panggilkan Yusuff. Ajak dia makan sekali" Puan Suraya keluarkan arahan. Dan arahan itu, amat tidak digemari Rania! Namun dia turutkan juga kerana tidak mahu bertekak dengan ibu angkatnya itu.
Rania sudah tiba di depan pintu bilik Yusuff. Dia mengetuk pintu beberapa kali. Namun tiada respon. Dia mengetuk lagi. Tetapi kali ini pintu bilik Yusuff terkuak sedikit.
Rania memanjangkan leher, meninjau keadaan di dalam bilik itu. Tampak kemas dan teratur! Dalam diam dia mengagumi kebersihan dan sikap teratur yang dimiliki oleh Yusuff. Seketika, matanya terhenti pada sekujur tubuh yang sedang terbaring lena di atas katil. Di tepi tubuh itu, ada sebuah buku diari terbuka luas. Dia yakin itu milik Yusuff.
Rania menapak masuk lalu melabuhkan punggung di birai katil. Wajah keletihan Yusuff ditatap seketika. Wajah yang terlalu dirinduinya. Wajah yang masih memiliki hati dan perasaannya sehingga ke saat ini. Dan dia juga tahu, lelaki itu masih menyayangi dan mencintainya. Kerana setiap kali mereka bertembung mata, dia dapat melihat cahaya cinta Yusuff padanya.
Rania terpandangkan diari Yusuff. Dia melihat ada sekeping foto bersaiz A4 terselit di sebalik permukaan diari tersebut. Dia penasaran! Foto siapakah itu? Seketika, matanya terpandang akan tulisan Yusuff di atas diari tersebut.
'Rania, saya terseksa. Dan awak terluka. Saya tahu' Rania mengerutkan dahi. Apa maksud kata-kata tersebut?
"Nia!" Yusuff kaget melihat kehadiran Rania di situ. Dia sempat menutupi bahagian pahanya yang terdedah sedikit. Sungguh dia tidak selesa mengenakan kain sarung!
Rania bangkit lalu memalingkan wajah. "Errr, mak dan ayah ajak tidur. Ehhh ajak makan!" Rania menampar halus mulutnya sendiri. Ehh apa pulak ni? Karang dia fikir yang bukan-bukan!
Yusuff menyembunyikan senyum. Dia bangkit dari katil lantas berdiri di hadapan Rania. "After you"
Rania menurut. Dia segera menapak keluar dan dibontoti Yusuff dari belakang. Otaknya masih ligat berfikir maksud di sebalik tulisan Yusuff itu.

"AKU masih tak percayalah dengan cerita kau" tukas Rania. Sehingga ke saat ini, dia masih belum mampu membuka hati untuk menelan semua kebenaran mengenai Aziah. Walaupun banyak kali difikir, semuanya seolah-olah seperti tidak masul akal.
Hanie mengangkat kening. Rania yang sedang duduk termangu di atas katil didekati. Dia tahu, siapa yang Rania maksudkan. Dia juga pada awalnya susah untuk mempercayai kebenaran itu, tetapi setelah dijelaskan berkali-kali oleh ayah, bahkan apabila ditunjukkan buktinya, barulah hati dan akalnya sepakat bersetuju menerima kenyataan itu. Namun dia juga tidak memaksa Rania untuk mempercayainya. Kerana dia juga seperti Rania sebelum ini.
"Aku faham babe. Memang perkara ni susah kita nak faham. Apatah lagi diterima pakai akal kan? Kita mesti fikir, macam mana orang yang dah mati hidup semula kan? Tapi mesti ada penjelasan logik di sebalik perkara karut ni! Aku pun susah nak percaya tapi bila ayah dah tunjuk bukti, barulah aku mampu terima semua ni" terang Hanie.
"Aziah tu baik pada aku. Dia pun okey. Tak buat hal"
"Siapa cakap dia tak buat hal? Kau tahu tak, lepas je kau pindah keluar dari rumah tu, dia dah buat rumah tu macam rumah dia sendiri" Hanie memulakan cerita. Sudah lama dia menunggu masa seperti ini untuk berkongsi cerita dengan Rania.
"Dia balik rumah ikut sesuka jam mak bapak dia je! Ada sekali tu, aku tertangkap dia balik pukul 2 pagi! 2 pagi Nia!! Kau bayangkan apa gadis 'sebaik' dia tu buat kat luar sana masa tu?" Hanie sengaja tekankan perkataan 'baik' itu.
"Lepas tu, dia suka cari gaduh dengan aku tau tak? Macam-macam dia komplen! Masak tak sedaplah, kuat membebellah, mandi lamalah! Yang paling aku tak suka bila dia cakap bunga aku buat mata dia sakit!! Eee geram betul aku!!" Hanie sudah mengadu, diiringi dengan memek mukanya yang kelihatan lucu itu.
Rania tidak mampu menahan gelak. Wajah dan mulut Hanie yang kuat membebel itu mencuit hati wanitanya.
"Kau gelak? Hishhh, hampeh betullah!!" rungut Hanie.
"Okey-okey, sorry! Kau ni memang layaklah jadi pengadu!" Rania menghabiskan sisa tawanya.
"Tu yang aku cakap. Aku tak percaya kau kata dia baik. Aku musykillah dengan dia tu. Sejak aku tahu kebenaran tu dari ayah, aku takut-takut nak duduk rumah tu. Tak lena tidur tau?! Seram weyy! Aku imagine lah muka dia yang cantik tu tetiba berubah jadi buruk macam hantu!"
Rania tergelak sambil menepuk dahi. Drama queen betullah dia ni!
"Lepas tu, dia cekik kau! Kau pulak jadi hantu" Rania sengaja menyakat sambil buat aksi hendak mencekik Hanie.
"Banyaklah kau punya hantu! Dah, tidur jom. Dah lewat malam ni!" Hanie sudah menarik selimut sehingga ke paras dada.
"Yelah mak encik!" Rania membaringkan tubuh di sebelah Hanie.
Sedang Rania cuba hendak melelapkan mata, bahunya dicuit oleh Hanie. "Apa dia? Tadi kata nak tidur?! "
"Nia"
"Apasal?"
"Temankan aku jap. Aku nak terkencinglah! Tak tahan dah ni!!"
Kata-kata Hanie mengundang tawa di bibir Rania. Lantas, dia bangkit dari pembaringan dan memasang tudungnya.
"Jomlah. Aku teman kau. Karang ada yang kena cekik dengan..."
"Merepeklah! Jomlahh!!" Hanie sudah menarik tangan Rania. Dia menempelkan badan ke sisi Rania, risau sekiranya pegangannya terlepas.
Rania hanya mampu menggeleng kepala. Hanie! Hanie! Badan besar, umur meningkat, tapi otak mengecil!!

AMMAR mendail nombor Rania berkali-kali. Rindunya di hati ingin mendengar suara tersebut, Tuhan saja yang tahu. 3 hari dia berjauhan dari Rania, tetapi bayang-bayang Rania sentiasa membuat dia angau.
Ammar mengerutkan dahi apabila panggilannya bertemu dengan operator di hujung talian. "Mana Nia ni? Apa pulak yang dia buat? Takkan sibuk memanjang?"
Ammar mencuba lagi. Didail lagi nombor Rania namun hampa yang bertandang. Dia kemudiannya meletakkan handphone di atas dashboard. Dia baru saja selesai menguruskan projeknya di Muar. Dek kerana terlalu merindui insan itu, dia terus menempah tiket balik ke Kuala Lumpur dan berniat hendak memberikan kejutan kepada Rania. Namun dia sedikit berkecil hati kerana Rania tidak pernah hendak menelefon atau bertanya khabar kepadanya. Bahkan apabila dia yang menghubungi, gadis itu tidak pernah mahu peduli.
Ammar menghidupkan enjin kereta. Kalau Rania tidak mahu mengangkat panggilannya, maka dia harus menggunakan alternatif lain. Villa Opah! Itulah destinasinya yang seterusnya.

AMMAR memberi salam di hadapan pintu pagar gerbang itu. Sebelumnya, dia sempat singgah ke kedai bunga dan membeli sejambak mawar merah kepada Rania. Dia merapikan sedikit rambutnya yang terkuak.
"Laa Ammar rupanya. Sorrylah, tak dapat jemput kau masuk. Opah takde kat rumah. Dia keluar kejap" Maksu Rok terperanjat dengan kehadiran Ammar di situ.
Ammar menghadiahkan senyuman kepada Maksu Rok. "Ohh takpe maksu. Opah pergi mana?"
"Ada benda yang dia nak beli. Dia baru je berangkat tadi. Kau datang sini nak jumpa Rania kan? Macamlah maksu tak tahu"
Tekaan Maksu Rok membuatkan pipi Ammar merona. Kalau sudah begitu, rasanya dia tidak perlu untuk berbasa-basi lagi dengan maksud kedatangannya itu.
"Bunga ni untuk Rania kan?" Maksu Rok terperasankan sejambak mawar merah yang dibawa oleh Ammar.
Ammar mengangguk. "Aah maksu"
Maksu Rok mengetap bibir. " Macam mana nak cakap ea? Maksu bukan nak kecewakan engkau. Tapi Rania takde kat sini"
Ammar terkesima. Kejutannya tidak menjadi. Rania tiada di vila. Kalau tidak ada di villa, masakan gadis itu kembali ke rumah sewanya?
"Nia pergi mana maksu?"
"Dia balik Mersing. Kampung Hanie. Sekaligus jumpa keluarga angkat dia kat sana. Keluarga Hanie tu keluarga angkat dia. Nia tak bagitau apa-apa ke?"
Ammar menggeleng kepala. Hatinya cukup kecewa. Tidak berkesempatan bertemu dengan Rania, dia juga tidak dikhabarkan dengan berita itu.
Maksu Rok mula berasa simpati. Pada dia, Ammar ialah seorang lelaki yang baik dan berkarisma. Dia boleh saja mendapatkan mana-mana gadis yang disukainya. Tetapi anak saudaranya yang kuat baran, hati batu, keras kepala itu juga yang dia inginkan! Kalaulah Rania dapat menoleh sedikit saja untuk melihat keikhlasan Ammar, pasti dia dapat melupakan Yusuff. Tetapi apakan daya? Soal hati terlalu misterius untuk diungkapkan.
Ammar kaget saat mendengar nama Mersing yang barusan Maksu Rok sebutkan. Seingat dia, Yusuff juga ke Mersing kerana ada hal yang harus diselesaikan. Tetapi hal apa? Adakah berkaitan dengan Rania?
"Rania pergi Mersing dengan siapa?"
"Dengan Hanie"
"Berdua je?"
"Aah. Dorang berdua je. Tak tahulah kalau dorang bawak sapa-sapa masa tu"
Ammar mengerutkan dahi. "Bila Nia pergi?"
"Kalau tak silap, tiga hari lepas" Ammar kaget. Tiga hari lepas juga, Yusuff sudah berangkat ke Mersing. Kebetulan apakah ini?
"Kenapa ni Mar?" soal Maksu Rok apabila melihat wajah cemas Ammar.
Ammar tidak menjawab, sebaliknya menyerahkan jambangan mawar merah itu kepada Maksu Rok. Kemudian, dia hilang di sebalik Range Rovernya. Tanpa sepatah bicara. Tanpa sebarang kata-kata..

MALAM itu, sedang Rania membaca buku ilmiah yang bertajuk Isteri Penyejuk Hati Suami, lampu tiba-tiba terpadam. Rania kaget. Dia angkat dari atas katil lantas meraba-raba sekeliling mencari lampu suluh. Dalam kegelapan itu, dia hanya mampu berdoa semoga tidak ada apa-apa yang berlaku.
Rania dapat merasakan dia sedang berdiri di hadapan almari. Dia teringat akan telefon bimbitnya yang dia simpan tidak jauh dari almari tersebut. Daripada mencari lampu suluh, ada baiknya jika dia menggunakan flashlight dari cahaya telefon bimbitnya.
Rania tersenyum riang saat berjaya menemui telefon bimbitnya. Flashlight dipasang. Seketika, dia perasan ada 9 panggilan tak terjawab daripada Ammar. Keningnya bertaut. Apa Ammar nak? Rania malas hendak ambil pusing. Dia menapak keluar dari bilik lantas berjalan mencari Hanie. Nama Hanie diseru namun tidak ada sahutan.
"Kak Nia!" Rania menoleh ke arah dapur. Dia menyuluhkan flashlight ke arah suara tersebut lantas tersenyum saat wajah Husna bertembung dengannya.
"Sinilah" arah Rania sambil menyuluh ke arah Husna, memberikan sedikit cahaya untuk gadis itu mengatur jalan.
"Mana yang lain?" tanya Rania saat Husna sudah berdiri di hadapannya.
"Dorang ke stor agaknya. Kat situ, ayah simpan suis utama semua elektrik kat rumah ni. Ayah tu peliklah! Orang simpan main suis kat dalam rumah, tapi dia simpan dalam stor. Nasiblah stor tu kat depan rumah je. Kalau kat depan jalan sana, nayalah nak berjalan jauh gelap-gelap macam ni!" Husna sudah membebel.
Rania tergelak kecil. 100% serupa Hanie! Tak jauh dari bebelan!
"Lampu suluh takde ke Husna?"
"Ada tapi kat dalam bilik abang Yusuff. Tu kan bilik Izham sebelumnya. Ayah memang simpan lampu suluh kat situ"
"Kenapa pulak?" Mereka sudah berdiri di hadapan bilik Yusuff.
"Izman tu suka sangat main dengan lampu suluh. Jadi ayah simpan kat bilik Izham. Sebab dia suka takut dengan Izham. Kalau ayah simpan kat bilik ayah atau Kak Hanie, Izman senang-senang je ambik. Kat rumah ni, bilik Izham seorang je yang Izman tak berani masuk" terang Hanie panjang lebar.
Rania mengangguk kepala. "Ohh macam tu. Eh, Husna masuklah. Ambik lampu suluh cepat. Nanti Kak Nia tunggu sini"
Husna menggeleng. "Tak naklah! Kak Nia masuk, Husna tunggu sini! Lampu suluh kat tepi katil tu je"
Rania serba salah hendak masuk. Walaupun itu bukan bilik Yusuff sepenuhnya, tetapi perasaan risau dan takut tetap beraja di hati.
"Kak Nia! Apa tercegat ni?" gesa Husna. Dia tidak mahu lama-lama berada dalam gelap. Takut!
Rania menapak masuk ke dalam bilik. Bilik itu masih tetap seperti biasa. Kemas dan teratur. Rania berjalan menuju ke tepi katil. Ada dua lampu suluh yang dia jumpa. Dia tersenyum lantas menggapai lampu suluh tersebut. Namun belum pun sempat Rania menapak keluar, lampu sudah kembali seperti biasa. Keadaan kembali terang.
Rania sempat melihat Husna melonjak gembira sambil berlari menuju ke ruang tamu. Rania menggeleng kepala lalu menyimpan kembali lampu suluh tadi ke tempat biasa.
Saat melewati meja tulis, Rania tercampak sesuatu ke lantai. Dia memandang ke bawah seraya mengerutkan dahi. Diari milik Yusuff! Rania tunduk mengutip diari tersebut.
Rania mengetap bibir. Dia masih penasaran dengan maksud kata-kata yang dituliskan oleh Yusuff di dalam diari tersebut. Foto yang tidak sempat dia tilik juga menjadi teka-teki saat ini. Justeru, dengan hati yang berdebar-debar, Rania membelek muka surat yang pertama.
"13 Jun. Hari bahagia aku. Gadis yang aku idamkan selama ini telah menjadi separuh dari hidup aku. Tiada lagi curi-curi pandang, yang ada cuma curi-curi bermimpikan dia!"
Rania tersenyum. Terimbau kembali saat pertama kali mereka declare. Dua-dua bermain dengan kata-kata. Rindunyaa!!
Rania belek pula pada muka surat kedua. Geli hati membaca luahan hati Yusuff. Seterusnya, muka surat ketiga sehinggalah muka surat ke 15.
Rania mengerutkan dahi. Muka surat ke 16 kosong. Begitu juga yang ke 17 sehinggalah dia bertemu dengan muka surat 35.
"23 Ogos. Kosong. Sepi. Seperti mana muka surat yang sebelumnya, seperti itu juga hati ini kosong. Sunyi tanpa dia. Untuk muka surat 16 sehingga ke nombor ini, aku tak catatkan apa-apa kerana tiada nama Rania yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh itu. Kau tahu aku sunyi, bukan? Tapi aku tetap masih tersenyum demi papa, demi Ammar"
Rania belek lagi. Untuk luahan seterusnya, dia mulai memahami kenapa Yusuff berubah seperti itu. Saat hatinya membaca luahan Yusuff, saat itu juga airmatanya jatuh berguguran. Dia sangkakan dia sudah cukup terluka. Tetapi dia silap. Yusuff lebih lagi terluka dan terseksa. Dan, saat itu juga Rania menjumpai fotonya yang terselit di sebalik muka surat tersebut.
"Rania.."
Wajah terkejut Yusuff dipandangnya. Lelaki itu sedang berdiri di luar bilik, berhadapan dengannya. Yusuff sudah basah dek airmata.
Rahsia yang cuba disembunyikan sudah terdedah di hadapan Rania. Dia sudah tidak ada daya untuk menyorok kebenaran daripada gadis itu. Hatinya sudah tidak kuat hendak melawan permintaan akalnya.
"Apa semua ni?" suara Rania mengendur. Dia sudah dibanjiri airmata. Cukuplah memberi derita! Dia sudah penat hendak berpura-pura. Langkah kaki dihayun menuju ke arah lelaki itu.
Rania melihat Yusuff sudah menundukkan wajah. Dia inginkan penjelasan! Dia ingin tahu semuanya. Malam ini juga!
"Please..." Rania separuh merayu. Diari milik Yusuff dipeluk erat.
Yusuff menapak ke dalam bilik. Langkah Rania juga mundur ke belakang. Kemudian, Yusuff menutup pintu bilik dan membawa Rania ke birai katil sementara dia bersandar ke dinding, berhadapan dengan gadis itu.
"Bagitau saya apa yang sepatutnya awak nak bagitau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience