28

Romance Completed 23717

PANIK. Takut. Gelisah. Semuanya bercampur baur saat itu. Mereka tidak menyangka seburuk ini nasib yang menimpa Rania. Encik Zainol telah mengumpulkan orang kampung untuk mencari di mana Rania berada. Walaupun peluangnya untuk bertemu Rania ditakuk yang tipis, tetapi mereka harus mencuba demi keselamatan Rania.
Hanie dan Puan Suraya sudah lencun dek airmata. Hanie tidak menyangka nyawa Rania menjadi taruhan. Hatinya sedari tadi berat untuk melepaskan Rania. Rupa-rupanya ini satu petanda buruk!
Ammar dan Yusuff sudah buntu. Mereka masing-masing risau akan keselamatan Rania. Bagaimana harus mencari Rania? Yusuff mencuba menjejaki lokasi Rania melalui handphonenya tetapi malangnya dia tidak dapat mengakses lokasi tersebut. Handphone Rania dimatikan.
"Siapa dorang? Apa yang dorang nak dari Rania?"
Ammar memuntahkan pertanyaan. Dia dari tadi kelam-kabut, menelefon seberapa banyak informer yang dikenalinya untuk mencari Rania.
"Tak pasti. Tapi ni ada kaitan sama ada dengan aku, atau dengan kau!" Jawab Yusuff. Itu saja kesimpulan yang mampu dia utarakan.Setahu dia, Rania tidak mempunyai banyak kawan. Dan untuk mengumpul musuh, itu juga tidak mungkin kerana Rania bukan orang jahat. Dan selama berkawan dengan Rania, tidak pernah dia merasakan nyawanya atau nyawa Rania dalam bahaya.
"Apa maksud kau?" tanya Ammar tidak puas hati. Wajah Yusuff ditatap.
"Rania tak banyak kawan, apatah lagi musuh! Kalau orang tu nak sakitkan aku atau engkau, dia akan gunakan Rania sebagai umpan. Sebab dia tahu, kita sama-sama sayangkan Rania.."
"Jangan-jangan, ni kerja Aziah!" teka Hanie. Dia bukan sengaja hendak menuduh, tetapi melihat kepada kejadian Rania diculik dengan kehadiran misteri Aziah yang masih belum terjawab, dia yakin 100% semuanya ada kaitan dengan gadis misteri itu.
"Aziah? Maksud kau? Kenapa Aziah boleh terlibat dengan perkara ni?"Ammar tidak mampu untuk percaya. Setahu dia, Aziah adalah pekerja terbaiknya saat ini selain Yusuff. Bahkan gadis itu juga tidak pernah menunjukkan sebarang tindak-tanduk yang mencurigakan.
"Ada sesuatu yang kau kena tahu pasal Aziah" Kata-kata Yusuff menimbulkan pertanyaan pada benak Ammar.
Yusuff melemparkan pandangan ke arah Hanie lantas memberi isyarat agar membuka cerita tersebut kepada Ammar. Hanie mengangguk lantas menceritakan semua yang berkaitan dengan Aziah. Walaupun sulit untuk dipercayai, namun Ammar harus tetap tenang untuk menerima semua hakikat tersebut.
"Macam mana...?" Ammar tidak jadi hendak meneruskan kata-kata. Sungguh tak terfikirkan dek akal akan cerita Hanie itu.
"Ada satu lagi perkara yang kau tak tahu. Bahkan semua orang pun tak tahu" Semua mata melirik ke arah Yusuff.
"Kotak yang kita jumpa tadi, aku dan Rania ada terima.Tapi kotak tu tak pernah jatuh ke tangan Rania sebab aku yang jumpa dulu kotak tu. Mulanya aku ingat ada yang nak kenakan aku. Tapi bila kotak tu berbaur ugutan, aku mula tak sedap hati. Jadi aku pergi jumpa Faiz dan ceritakan segala-galanya pada dia. Dan kat situlah aku nampak kau, Mar"
Saat nama Faiz terlontar keluar dari bibir Yusuff, Ammar mulai dihambat kekeliruan. Namun cerita Yusuff saat ini lebih menarik perhatiannya.
"Jadi ni memang nak kenakan kitalah?" tukas Ammar.
"Tak. Kita bertiga. Kau. Aku. Dan Rania. Kau dapat emel dari seseorang yang bernama Nara kan?"
Ammar terperanjat. Yusuff selalu satu langkah darinya. Namun dalam kekagetan tersebut, dia mengganguk pantas.
"Nampaknya dia memang orang yang sama. Dia culik Rania untuk umpan salah seorang dari kita" Kesimpulan yang diutarakan oleh Yusuff sudah cukup menggali lubang ketenangan mereka semua.
Bunyi kereta dari arah beranda menyentakkan mereka semua. Faiz dan seorang lagi anggota polis menapak keluar dari kereta lantas mendapatkan mereka.
"Ni kawan aku. Mizan" Faiz memperkenalkan Mizan kepada Yusuff dan Ammar.
Mereka sempat berkenalan sebelum kembali ke agenda utama. "Lokasi Rania macam mana?" tanya Faiz setelah Yusuff menceritakan segala-galanya.
"Aku dah cuba trace lokasi Rania melalui handphone aku. Tapi usaha yang sia-sia. Dorang lebih bijak. Handphone Rania dimatikan. Dan sampai sekarang handphone aku tak tunjukkan apa-apa respon positif"
Kata-kata Yusuff bikin Ammar bertambah panar. Dia sudah kalah sebelum sempat memiliki Rania. Meskipun dia berjaya memisahkan Yusuff daripada Rania, namun dia tidak bisa membunuh cinta yang hidup dalam hati mereka.
"Takkan kita nak tunggu kat sini tanpa berbuat apa-apa?!" Ammar sudah diamuk amarah. Jika betul seperti yang diduga Yusuff, maka orang itu sengaja menempah bahana.
"Kita tunggu ayah dulu. Kalau takde tanda-tanda positif, kita kena balik KL. Mungkin pencarian terpaksa diteruskan kat sana" Hanie memberi cadangan.
Yusuff dan Ammar berpandangan. Ammar menepuk bahu Yusuff. "Dalam hal ni, aku ikut semua arahan kau!"
Yusuff hanya mampu mengangguk. Sekarang bukan masa untuk meneruskan seteru di antaranya dengan Ammar. Keselamatan Rania menjadi keutamaan mereka saat ini.
"Kita proceed dengan cadangan Hanie" Yusuff meluahkan kata-kata.
"Maksu dengan Opah macam mana?"
"Aku dah called Luq. Dan jelaskan semuanya. Aku mintak tolong Luq untuk jelaskan apa yang dah berlaku pada Rania kat maksu dan Opah. Agaknya, sekarang Luq dah kat sana" tambah Yusuff lagi. Walaupun pada mulanya Luqman memarahinya kerana tidak pecus menjaga Rania, tetapi kemarahan lelaki itu reda setelah Yusuff menjelaskan segala-galanya.
"Ayah!" jerit Hanie tatkala terpandangkan kelibat Encik Zainol dan beberapa orang kampung dari halaman rumah. Hanie berlari mendapatkan ayah.
"Macam mana?"
Encik Zainol menggeleng kepala. Nafasnya tercungap-cungap. Kemudian, dia menyerahkan sesuatu kepada Hanie.
"Beg Rania!" Seketika, beg tersebut bertukar tangan. Hanie memeriksa seandainya ada apa-apa kehilangan. Namun semuanya masih seperti biasa. Purse, handphone, tisu, wang. Semuanya normal.
"Maknanya dorang memang sengaja culik Rania. Kalau ni melibatkan duit, dorang dah ambik duit Rania" Faiz membuat spekulasi.
"Kami dah cari di sekitar tempat. Tempat paling tersorok sekalipun! Tapi tak jumpa-jumpa jugak. Cuma beg Rania ni yang dorang tinggalkan" jelas Encik Zainol. Dia sudah melabuh duduk di atas tangga.
"Pakcik jumpa kat mana beg ni?" tanya Ammar pula setelah lama mendiamkan diri.
"Kat hujung jalan. Sebelum nak ke highway"
"Maksudnya dorang dah larikan Rania! Dan..."
"Rania dibawak lari jauh dari kampung. Bukan kat sini!" Kata-kata Ammar dicantas oleh Yusuff.
Nampaknya rancangan Hanie harus digunapakai! Melebarkan sayap pencarian ke Kuala Lumpur!

"OPAH, sabar ye? Sekarang ni kita tengah usaha nak jejak Rania. Kita doakan semoga Rania sentiasa dilindungi dan semoga kita cepat bertemu dengan dia" Zulaikha mengusap lembut bahu Opah yang sudah lebat dengan airmata.
Luqman mendail nombor seseorang. Dia tidak bisa duduk berdiam diri sementelah dimaklumkan akan kehilangan Rania. Seperti yang lain, dia juga harus berusaha menjejaki Rania walau di mana saja gadis itu berada.
"Kau dah baca mesej aku tadi? Aku perlukan pertolongan!" Sesekali, Luqman mengangguk kepala.
"Kau dah gila ke? Nak tunggu 24 jam kenapa? Ni kes culiklah! Sah-sah Rania kena culik! Ya, aku tahu. Tapi masalahnya sekarang dorang kena ugut. Kalau nak tunggu lagi 24 jam, aku rasa Rania dah..."
Luqman tidak meneruskan kata-kata. Dia mengusir jauh-jauh akan pemikiran itu. Tidak mahu sesuatu terjadi kepada Rania.
"Kalau kau nak suruh aku tunggu lagi 24jam, maknanya aku terpaksa bergerak sendiri!" Luqman mematikan panggilan sambil mendengus geram. Tak habis-habis dengan prosedur. Alamatnya, sebelum 24 jam tamat, nyawa Rania hilang entah ke mana!! Kalau begini caranya, dia terpaksa bertindak sendiri!
"B.. sabar. Relaks. Bawak mengucap!" Zulaikha menenangkan Luqman. Dia sudah berdiri di sebelah Luqman sambil menghulur segelas air putih.
"Dorang tu tak masuk akal betullah!" rungut Luqman lantas meneguk air yang dituangkan oleh Zulaikha kepadanya.
"Nak kena tunggu 24 jam untuk sahkan yang Rania kena culik. Kalau sesuatu berlaku, baru dorang nak bertindak ke?"
"B, itukan prosedur! Kita tak boleh nak salahkan dorang jugak. B marah-marah macam ni, bukannya selesaikan apa-apa pun!"
Luqman mendengus lantas menghantar punggung ke sofa. Wajah risau Opah dipandang. Dia mengeluh seraya mendekati Opah. Tangan tua itu digapai.
"Rania takkan apa-apa! Kita akan usaha lebih untuk cari Rania. Kalau pihak polis kena tunggu 24 jam, Luq akan cari Rania sendiri. Lagipun, Yusuff pun tengah usaha cari dia jugak. Sekarang, dorang on the way ke sini. Opah jangan risau sangat ye? Nanti Opah pulak yang sakit" tutur lembut Luqman melegakan sedikit gundah-gelana di hati Opah.
"Luq!!" jerit Maksu Rok dari arah pintu. Luqman dan Zulaikha menoleh lantas mendapatkan Maksu Rok yang sedang tercungap-cungap di hadapan pintu.
"Kenapa ni maksu?"
"Rania..."
Luqman mengerut dahi. "Rania kenapa?"
"Tadi maksu ke rumah sewa dia. Rumah dia berkunci. Takde orang. Kau cakap, budak Aziah tu duduk situ kan? Tapi rumah tu berkunci. Senyap. Takde orang langsung!"
Luqman tidak sedap hati. Ke mana perginya Aziah saat-saat begini?

RANIA tersedar saat wajahnya disiram dengan air. Apabila dia sedar, dia kelihatan panik. Kedua tangannya diikat ke belakang. Tudungnya sudah dilepaskan dari kepala. Rambutnya mengurai. Dia melilau sekeliling. Tempat yang gelap dan sunyi! Sehingga dia tidak mampu untuk mendengar apa-apa bunyi sekalipun!
"Kenapa?? Tak selesa dengan tempat ni ke?" Satu suara menjerit ke arahnya. Rania mencari-cari suara tersebut.
"Aku kat sini!" Rambut Rania ditarik. Rania menjerit.
"Kau siapa?! Apa kau nak?" Rania diburu rasa takut.
"Aku siapa? Aku nak apa?" Suara itu ketawa.
Rania sudah menangis. Sungguh, dia ketakutan dan tidak tahu apa yang sedang terjadi.
"Sooner or later, we will have to know each other! Masa tu, jangan terkejut pulak! Aku nak tunggu kedatangan Yusuff dan Ammar untuk join kau. Lepas tu, barulah aku tunjukkan muka aku!"
Empunya suara tadi sudah duduk di hadapan Rania. Dia menutup wajah dengan face mask, menyebabkan Rania tidak mampu mengecam wajah perempuan itu.
"Sakit kan bila orang yang kita sayang mainkan perasaan kita? Tapi lagi sakit bila kita terpaksa tinggalkan orang yang kita sayang demi orang lain!" Perempuan tersebut sudah ketawa menggilai. Pisau di tangan dipusing ke kiri dan ke kanan.
"Apa kata kalau kita jadikan ini sebagai satu permainan? Tapi kita kena pastikan ianya menyeronokkan!"
"Permainan apa maksud kau?!"
Perempuan tersebut hanya ketawa. Dia membelai wajah Rania dengan pisau. Rania sudah berpeluh. Risau jika ketajaman pisau tersebut mengenai wajahnya.
"Aku nak tengok kalau wajah kau yang cantik ni berubah buruk, adakah Yusuff atau Ammar masih nakkan kau? Seronok kan jadi rebutan dua orang lelaki? Adik-beradik pulak tu!"
Rania terpempam. Dia pelik bagaimana perempuan tersebut mengetahui status hubungan Yusuff dan Ammar.
"Aku nak tanya kau. Apa perasaan kau bila kehilangan orang yang kau sayang? Dan orang yang kau sayang tu pulak terpaksa lepaskan kau demi adik dia?" Perempuan tersebut ketawa lagi. Pisau yang dibelai ke wajah Rania sudah turun ke leher.
"Kau ni bodohlah Rania! Kalau aku jadi kau, aku takkan pilih Ammar!! Ammar tu kaki perempuan. Sebelum kau, banyak lagi perempuan yang dia dah mainkan. Kau tengoklah, lepas beberapa minggu kau kawen dengan dia, mesti dia tinggalkan kau!"
Rania sudah teresak. Pisau yang telah diacukan ke wajahnya semula membuatkan dia hampir pening.
"Aku tak nak cederakan kau! Tetapi memandangkan Ammar cabar aku, well.. Aku terpaksalah terima cabaran dia kan?!"
Perempuan tersebut hendak mencederakan wajah Rania dengan pisau namun belum sempat berbuat demikian, seorang lelaki sudah bertepuk tangan. Wajahnya sinis. Dia menarik kerusi lantas duduk di situ.
"Daim! Kau ni kacaulah!! Baru je seronok nak mainkan dia!"
"Well.. Well. Well! Looks who we have here. A stunning Rania Raudhah! A beautiful Rania Raudhah!" puji Daim sambil tersenyum nakal. Tidak dinafikan wajah Rania cukup sempurna dan manis apabila dipandang. Tidak hairanlah jika kedua beradik tersebut jatuh cinta padanya!
"You don't tell me that you are also one of her..."
"Shhhh!" Daim sudah meletakkan ibu jari di mulutnya, memberi isyarat untuk diam.
"Bagi I buat kerja I. I pun nak tahu sejauh mana tarikan Rania sehingga dua beradik tergila-gilakan dia!" Rambut Rania sudah dibelai. Dia begitu asyik sehingga lupa pada tujuan asalnya.
Rania menolak tubuh Daim sekuat hati sehingga lelaki tersebut terdorong ke belakang. Wajahnya sudah basah dengan airmata.
"Hmm, you ni kasarlah Rania!! But I like!"
Daim kembali duduk di kerusi. Dia mendekatkan diri ke sisi Rania.
"You kenal Ammar? Of courselah you kenal! Your future husband! And you tahu tak I siapa? Mesti you tak kenal kan? Sebab Ammar tak pernah kenalkan you dengan I. But nevermind! Sekarang kita dah saling kenal" Daim bernada lembut.
"Tahu tak kenapa you kat sini? Atau lebih tepat lagi, tahu tak kenapa I culik you? It's all because of Ammar. And of course your beloved Yusuff!" Daim memulakan cerita. Dia sudah menggenggam penumbuk.
"I cerita kat you pasal Ammar dulu okey? I ni saudara tiri dia. Walaupun I saudara tiri dia, tapi I selalu kena manja, lebih dari Ammar. Papa Taj sayang I lebih dari dia sayang Ammar. I diberi segala-galanya. I ada semua yang Ammar ada. Apa yang I nak, automatik papa Taj bagi"
Daim sudah tersenyum sinis. Dia cuba mengingat sesuatu. Kemudian, senyumannya berubah kelat. Dari kelat, berubah bengis.
"Tapi aku tak suka bila orang tua tu abaikan mama aku! Mama aku baik pada dia selama ni! Mama aku setia pada dia. Tapi dia... Dia sibuk nak cari perempuan tu. Sibuk dengan hal isteri dia yang curang. Tapi itu takpe lagi. Aku masih boleh bersabar. Tapi bila dia mula buat wasiat yang mana takde langsung nama aku dan mama, aku jadi marah. Dan kau tahu sebab apa? Sebab dia sibuk letak nama Yusuff, anak dia yang hilang tu!!!"
Daim tergelak besar sambil mengemas-ngemas rambutnya. Saat mengingati wajah Yusuff, hatinya berkocak hebat.
"Yusuff. Amran Yusuff. Anak yang ditinggalkan seawal usia 4 tahun. Satu sebab je dia kena buang. Dia... buta! Selama 32 tahun aku hidup tenang walaupun Ammar selalu jadi penghadang. Tapi itu takpe. Ammar tu lemah. Jentik sikit je dah takut!! Tapi bila si Yusuff tu dah mula tunjuk diri, dia dah mula uji kesabaran aku. Sejak masuk syarikat tu, dia tak habis-habis kena puji oleh papa. Sampai nama aku pun tenggelam!"
Daim berjeda. Dia mengetap bibir. "Sampailah satu masa tu. Aku dengar papa cakap dengan Nazmi. Untuk siasat pasal Yusuff. Aku ingatkan aku dapat sembunyikan identiti Yusuff tapi aku silap! Papa cepat bertindak. Dia dapat tahu pasal Yusuff lebih awal dari aku. Jadi aku takde pilihan selain bunuh Yusuff,bunuh Ammar! Kalau dorang takde, aku boleh kuasai Sanjana R dengan mudah!"
Rania sudah ketakutan. Wajah Daim yang kelihatan obses dan bengis itu tidak berani dia tatap. Sungguh, dia ketakutan saat ini.
"Dan kau... kau akan aku biarkan hidup. Tapi hidup kau akan merana!!" Daim sudah menampar pipi Rania berkali-kali sehingga gadis itu pengsan tidak sedarkan diri.
Perempuan tersebut ketawa. Dia memandang Daim lantas duduk di pangkuannya. Tangannya memaut leher Daim.
"So what's our next plan?"
"You tahu nak buat apa. Call them out! Biar kita tengok siapa yang akan terkorban!"
Daim tergelak, diiringi oleh perempuan tersebut.

MEREKA semua duduk di ruang tamu, menunggu kemungkinan panggilan dari si penculik.Yusuff, Ammar dan lain-lainnya sudah sampai sejam yang lalu. Mereka berkumpul di vila Opah untuk menyelesaikan segala kekalutan yang telah terjadi.
Faiz mendapat panggilan telefon daripada rakan sekerjanya. Dia menjarakkan diri dari mereka lantas menjawab panggilan tersebut.
"Sorry, terpaksa susahkan kau dan Ika. Padahal, korang nak kawen tak lama lagi" Tukas Yusuff. Dia rasa bersalah terpaksa mengacau-bilaukan persediaan perkahwinan mereka.
"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak susahkan kita oranglah! Tapi kalau kau tak bagitau apa yang terjadi Rania, itu namanya susah! Aku tak nak terlepas apa-apa lagi mengenai kau dan Rania"
Yusuff mengukir senyum. Susah untuk diceritakan keadaan yang telah menimpa mereka bertiga. Dia. Rania. Dan Ammar. Apabila dia sudah sanggup mengalah, dugaan yang lain pula datang menyapa. Dia rela melepaskan Rania ke tangan orang lain daripada harus kehilangannya buat selama-lamanya.
"Kau tak sorokkan apa-apa dari aku kan?" Luqman meneka. Apabila Yusuff mendiamkan diri, dia tahu ada sesuatu yang sedang berlayar di kotak mindanya.
Yusuff menggeleng kepala. Apa pun yang telah terjadi semasa di Mersing, dia harus menyepikan diri dahulu. Kerana yang menjadi kerisauan sekarang adalah keadaan dan keselamatan Rania.
Ammar yang sedang duduk membelakangkan mereka tekun mendengar perbualan kedua sahabat itu.Dalam diam, dia rasa bersalah kerana memaksa Yusuff untuk melepaskan Rania. Tetapi hatinya juga tidak sanggup untuk menyerahkan Rania kepada Yusuff.
Ammar mengerutkan dahi saat terlihat ada sebuah van berhenti di pintu pagar. Dia menepuk bahu Yusuff sambil mata tak lepas memerhatikan van tersebut.
"Kenapa?" tanya Yusuff. Dia pelik dengan kelakuan lelaki itu. Dia menyorotkan pandangan ke arah tempat yang ditunjukkan Ammar.
Tiada apa-apa di situ!
Ammar bingkas bangun lantas memanjangkan leher, mengenalpasti keadaan van tersebut. Namun dia hampa apabila van itu sudah lesap dari pandangan.
"Aku nampak ada van berhenti di depan tu!"
Kata-kata Ammar menyentakkan Yusuff. Tanpa membuang masa, Yusuff berjalan mendekati pintu pagar, diekori Ammar dan Luqman dari belakang.
Pintu pagar terkuak sedikit. Setelah memastikan keadaan di luar selamat, Yusuff membuka luas pintu pagar tersebut dan melilau sekeliling.
"Yusuff! Tengok ni!" Luqman tunjukkan ke arah sebuah kotak yang dibaluti kertas merah di atas lantai.
Kotak yang sama lagi! Demi teringatkan kotak tersebut, Yusuff pantas membuka isinya. Ada sebuah nota kecil terselit di sebalik sehelai tudung.
Ammar menarik keluar tudung tersebut. Dia mengerutkan dahi. "Ini tudung Nia!" Tudung yang dibasahi dengan darah!
"Kalau nak Rania selamat, jumpa di tempat yang akan aku bagitau nanti! Aku nak Yusuff dan Ammar! Ingat, kalau ada polis atau bantuan dari sesiapa, nyawa Rania takkan selamat!!"
Nota yang dibaca oleh Yusuff telah menambahkan lagi kerisauan dan ketakutan dalam diri mereka.
"Apa kita nak buat?" tanya Luqman pula.
"Dia nak aku dan Yusuff" sahut Ammar pula.
"Tapi bahaya kalau kau berdua pergi!" Luqman memuntahkan kebimbangan.
"Tapi lagi bahaya kalau ramai yang pergi! Nyawa Rania dalam bahaya" sampuk Yusuff pula.
"Kita kena libatkan pihak polis jugak! Kita tak tahu apa rancangan dorang. Kalau dorang bunuh korang berdua macam mana?" Luqman sudah mula paranoid.
Mereka bertiga sudah berjalan memasuki kawasan rumah. Hanie menapak ke arah mereka.
"Ni... tudung Rania!" kata Hanie apabila terpandangkan tudung yang ada dalam tangan Ammar.
"Ya Allah! Apa yang dorang dah buat pada anak saudara aku?" celah Maksu Rok pula. Tudung Rania ditilik. Dia mencium bau pekat yang lekat pada tudung tersebut. Bau darah! Maksu Rok hampir pengsan, namun sempat ditahan oleh Zulaikha.
"Dorang takkan bunuh Rania" ujar Yusuff, sekaligus menenangkan wajah-wajah yang ada di situ.
"Mana kau tahu? Rania takde bersama kita sekarang!" Ammar sudah dirasuk amarah. Entah kenapa dalam situasi begini Yusuff tetap kelihatan tenang.
"Kau tak dengar ke apa yang aku baca tadi? Dorang nakkan kita! Kita. Kau dan aku! Rania hanyalah sekadar umpan! Dorang takkan bunuh Rania secepatnya. Kalau dorang nak bunuh Rania sekalipun, dorang akan buat depan kita!"tambah Yusuff lagi. Walaupun tidak yakin dengan ungkapan tersebut, namun itu saja kesimpulan yang mampu dia luahkan buat masa ini!
"So apa plan kau?" suara Ammar sudah mengendur. Dia sudah penat dengan semua ini. Kenapa harus menjadikan Rania sebagai mangsa keadaan? Rania tidak bersalah. Kalau harus mengorbankan seseorang, dialah orangnya!
"Kita akan bergerak berdua. Tapi dalam pengamatan dorang. Aku rasa dorang akan tahu setiap step yang kita buat!"
"Jadi maksudnya, dalam diam ada pihak polis yang cover korang berdua?" sampuk Hanie pula.
Yusuff mengangguk.
"Kalau langkah kita kena hidu macam mana?" Ammar pula diserang bingung.
"Tak!! Dorang takkan tahu semua tu. Kalau kita dah sampai kepada mereka, dorang takkan peduli hal yang lain! Aku tak tahu siapa yang dia sasarkan. Kau atau aku! Tapi yang pasti, kita berdua ada kaitan dengan semua ni!" ujar Yusuff pula.
Faiz mendekati mereka. Bahu Ammar ditepuk. Wajahnya mengeruh.
"Kenapa?"
"Ammar! Aku tak dapat nak trace pemilik emel bernama Nara tu. Tapi.. team aku dapat info pasal Murni"
Ammar mengerutkan dahi. Ya, dia sudah lama tidak menerima emel daripada Murni. Bahkan gadis itu juga sudah lama tidak menghantar khabar.
"Team aku jumpa mayat seorang perempuan dua bulan yang lalu. Mayat rentung! Wajah dan badan dia hangus habis! Tak dapat nak cam wajah dia. Tapi, kami ada jumpa kad pengenalan dia. Murni binti Muzaffar"
"Whatt??!" Ammar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Faiz. Dia tidak percaya dengan apa yang barusan dia dengari.
"Dan satu lagi! Setelah post mortem dilakukan, hasil bedah siasat menunjukkan yang Murni dah lama meninggal dunia. Kira-kira 3 bulan yang lalu!"
"Takkk!! Baru dua bulan yang lepas dia emel aku. Dia kata, dia tak dapat lapor diri sebab ada benda penting yang terpaksa dia uruskan. Kalau bukan dia yang emel aku, takkan orang lain?"
"Exactly! Memang orang lain. Kalau kau tengok semula emel yang dia dah hantar beberapa bulan yang lepas, compared to two months ago, tulisan dia berbeza!" Faiz sudah mengeluarkan laptop dari beg galasnya. Dia memberi arahan kepada Ammar untuk memasukkan emelnya.
Setelah itu, Faiz menunjukkan emel yang diterima oleh Ammar dan menyuruh lelaki tersebut mengenalpasti bentuk dan cara tulisannya.
"Untuk tiga emel yang kau terima sebelumnya, Murni mulakan dengan memberi salam. Dan tulisan dia pun dia guna shortform. Tapi untuk emel terakhir yang dikirimkan dari emel Murni, dia tak bagi salam. Tapi straight to the point! And dia tak guna shortform" jelas Yusuff yang turut sama melihat emel-emel tersebut.
Faiz mengangguk. "Apa yang boleh aku simpulkan, maybe masa emel terakhir yang Murni hantarkan, tu sebenarnya bukan Murni. Tapi orang lain. Dia guna emel Murni untuk pastikan yang kau tak syak apa-apa tentang kehilangan dia. Sebab tu lepas je kau hantar emel untuk bertanya khabar, Murni tak reply apa-apa. Because she is already dead!"
Ammar hampir hendak rebah mendengar penjelasan dari Faiz, namun sempat ditangkap oleh Yusuff. Dia tidak menyangka sejauh ini perancangan untuk menjatuhkan dia.
"Pasal Nara tu, kami memang tak dapat trace dia. Dia login masuk guna emel yang tak valid. So memang payah nak trace. And emel yang tak sah tu pulak, apa yang kami dapat, pemilik asal dia dah meninggal dunia!"
Ammar mulai pening. Semuanya sudah dirancang dengan begitu baik sekali. Kenapa dia terlepas pandang akan emel Murni itu? Jika dia perasan akan perubahan tersebut, sudah pasti Murni tidak akan menjadi mangsa. Dan mereka pasti tidak akan berhadapan dengan situasi sukar begini.
"Orang yang bunuh Murni, sama dengan orang yang culik Rania?"
"Belum pasti sepenuhnya Mar! Tapi kalau ikutkan akal logik, yes. Sebab sasaran dia cuma kau dan Yusuff"
Keadaan berubah sepi. Masing-masing kelihatan penat dan lesu. Macam-macam yang mereka fikirkan saat itu. Dalang di sebalik semua ini, motif sebenarnya dan yang paling penting keselamatan Rania. Di mana mereka sorokkan Rania?
Bunyi mesej dari telefon bimbit Ammar memecah kesunyian vila tersebut. Ammar membuka peti masuk lantas membacanya.
"Lokasi tempat Rania diculik!" Ammar menunjukkan mesej tersebut kepada Yusuff.
"Kita kena gerak sekarang. Luq, kau tahu apa nak buat kan?" Luqman mengangguk menerima arahan daripada Yusuff.
"Wait! Kita pergi tak bawak apa-apa ke?" Ammar sedikit gusar. Jika berperang tanpa sebarang senjata, itu umpama bunuh diri sebelum sempat berjuang.
"Luq dan Faiz akan cover kita. Kita kena lengahkan dorang. Jom gerakkk! Dah takde masa nak sediakan apa-apa!"
Ammar dan Yusuff bergerak menggunakan kereta Ammar. Luqman dan Faiz menggunakan van yang sempat mereka pinjam daripada Maksu Rok. Dalam kesempatan itu, Faiz meminta bantuan daripada pasukannya.

AMMAR DAN YUSUFF memasuki gudang lama itu. Kereta sudah mereka parkirkan di luar gudang. Melihat keadaan sekeliling yang gelap dan tanpa sebarang suara, sekali-sekala hati mereka diserang kebimbangan.
Mereka berjalan terus di hadapan walaupun tidak tahu ke mana lorong tersebut akan membawa mereka. Yang pasti, hanya bayangan wajah Rania yang menghiasi kotak fikiran mereka saat itu.
"Rania!" Ammar menjerit saat melihat sekujur badan Rania yang terbaring di atas lantai simen itu.
"Jangan! Takut semua ni perangkap!" Yusuff sudah menahan tubuh Ammar. Dia memandang sekeliling untuk memastikan keadaan dan situasi di situ aman tanpa sebarang gangguan.
"Kita kena selamatkan Rania sekarang jugak!" Ammar bertindak degil. Dia berlari mendapatkan Rania. Ketika itu juga, sebuah tembakan dilepaskan ke arah Ammar. Tembakan tersebut mengena ke kakinya.
"Ammar!" Yusuff sudah berlari mendapatkan Ammar.
"Cepatnya hero kita tumbang!" Satu suara bergema di gudang tersebut. Yusuff dan Ammar menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
Seorang lelaki bertopeng keluar dari satu arah sambil menepuk tangan. Dia turut membawa sebilah pistol, mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.
"Siapa kau? Kalau kau bukan pengecut, kau takkan sembunyi di sebalik topeng!" Kata-kata Yusuff mengundang tawa di bibir lelaki tersebut.
"Kau nak tahu siapa aku?"
Yusuff dan Ammar sama-sama membisukan diri. Ammar sudah mengerang kesakitan. Dia tidak larat hendak melakukan apa-apa. Darah mengalir keluar dari kakinya. Melihatkan keadaan itu, Yusuff mencarik lengan bajunya lalu mengikat cebisan lengan baju tersebut ke kaki Ammar. Hal itu untuk memberhentikan pengaliran darah buat sementara waktu.
"Tahan sikit! Lepas je keluar dari sini, kita akan dapatkan kau dan Rania rawatan" Yusuff membisikkan kata-kata semangat kepada Ammar.
"So touching! Seorang abang tenangkan adik dia yang sedang dalam kesakitan!"
Yusuff menjeling wajah Ammar. Dia sudah tidak dapat melarikan diri lagi dari kebenaran tersebut.
"Kenapa kau tengok adik kau? Kau risau dia dapat tahu siapa kau sebenarnya? Ohh Yusuff! Kau ni dungulah! Sebelum kau dedahkan diri kau, Ammar terlebih dulu dah tahu apa hubungan kau dengan dia.."
Yusuff mengerutkan dahi. Wajah Ammar yang sedang berbaring di sebelah Rania ditenung. Ammar mengetap bibir lantas mengangguk perlahan. Tidak ada gunanya menyembunyikan lagi kebenaran. Biarlah Yusuff tahu perkara sebenar!
"Tapi, kebenaran yang satu ni lagiiiii memeranjatkan korang. Nak tahu sangat kan siapa aku?" Lelaki tersebut memalingkan tubuh lantas membuka topeng wajahnya. Setelah merapikan sedikit rambutnya, dia memalingkan kembali tubuhnya menghadap mereka.
Seperti yang diduga, Yusuff dan Ammar terperanjat. Tidak disangka Daimlah dalang di sebalik semua ini.
"Kauuuu!!!!" Ammar sudah menghambur amarah. Dia ingin bergerak namun kecederaan di kaki membataskan pergerakannya.
"Kenapa kau buat semua ni?" tanya Yusuff pula.
"Kenapa aku buat semua ni? Sebab kau!" Daim menunding jari ke arah Yusuff. "Sejak identiti kau terbongkar, papalah orang yang paling bahagia. Sebab dia dapat kembali anak dan isterinya yang pernah hilang berpuluh tahun yang lalu. Dan kau tahu? Dia akan buang aku dan mama dari kehidupan dia. Dia akan biarkan aku dan mama merempat! Aku tak boleh biarkan semua tu berlaku. Jadi, untuk buat kau kena buang dari syarikat dan seterusnya dari kehidupan papa, aku sengaja songlap RM500,000 dari syarikat. Papa tak boleh tengok kalau syarikat jatuh merundum! Dia akan pastikan sesiapa yang terlibat menerima balasan dia. Tapi dia bertindak bodoh pulak! Dia suruh si Nazmi tu pergi siasat latarbelakang kau. Dan... checkmate! Rupanya kau anak kandung dia selama ni. Lagilah aku panas baran!"
"Apa yang kau dapat setelah khianat aku dan Datuk Taj?"
Daim tergelak apabila Yusuff menyebut nama Datuk Taj. "Banyak benda yang aku dapat! Aku dapat semua harta papa. Tapi masalahnya, anak nombor dua dia pulak kacau daun! Selagi Ammar hidup, selagi itulah rancangan aku takkan berjaya. Jadi untuk pendekkan cerita, aku culik Rania sebagai umpan!"
Yusuff mengetap bibir. Benar tekaannya. Rania hanyalah umpan kerana sasaran sebenarnya adalah dia dan Ammar!
"Tapi idea untuk menculik ni bukan idea aku! Idea...."
Daim menepuk tangan, sengaja mengalu-alukan kedatangan perempuan tersebut.
Seorang perempuan yang tidak memakai topeng melangkah keluar dari lorong tadi. Dia tersenyum sinis dan wajahnya jelas pada pandangan mereka.
"Kau???!!!!" Ammar dan Yusuff sama terjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience