33

Romance Completed 23717

MIZAN DAN LAILA saling berbisik. Sesekali, mereka mengintai Rania yang sedang duduk di ruang tamu. Mizan pelik saat dimaklumkan akan kedatangan Rania ke situ. Namun laju saja langkah kakinya dihayun menuju ke rumah. Apabila melihat Rania yang sudah tiba dengan membawa backpacknya, hatinya diserang kebingungan.
"Awak tak tanya ke kenapa Rania ke sini?" Mizan mengintai-intai di sebalik langsir dapur. Dah macam mengintip penjenayah pulak lagaknya!
"Tak. Saya tak nak tanyalah. Nanti dia fikir kita banyak tanya pulak. Ehh betul ke dia kawen dengan Encik Ammar?"
"Yelah. Betullah! Takkan Faiz salah info pulak? Dia ada jemput kami. Tapi kebetulan saya dan Faiz ada kes. Jadi kami tak dapat datang semalam"
"Pelikkan? Kalau betul dorang kawen, kenapa Rania kat sini? Sepatutnya masa ni dia tengah bahagia kan?"
"Habis tu macam mana?"
"Kita bagi dia duduk sinilah. Lagipun, kesian pulak tengok dia, macam takde tempat nak dituju"
Mizan mengangguk. Dia dan Laila menapak keluar dari dapur seraya duduk berdekatan Rania.
"Awak duduklah sini. Stay sini. Tapi maaflah. Rumah kami ni mungkin tak semewah atau sebesar rumah awak kat KL sana. Tapi In Shaa Allah, akan buat awak selesa" tukas Laila, merendah diri. Risau pula sekiranya Rania merungut dalam diam mengenai keadaan rumah mereka.
"Ehh takdelah! Jangan cakap macam tu! Tak kiralah macam mana sekalipun keadaan rumah tu, kalau dah duduk dengan tersayang, semua rasa nyaman kan?"
Kata-kata Rania mengundang tawa di bibir Mizan dan Laila. Salah satu sikap positif Rania yang mereka ketahui hari ini, Rania tak memilih!

MELIHAT burung yang berterbangan di udara melapangkan dadanya yang saat ini sedang kusut dengan pelbagai soalan. Bertenggek di atas pokok, lantas berkasih-kasihan, membuatkan Rania diserang perasaan cemburu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi gebunya. Rania memejamkan mata, menikmati keselesaan diperlakukan sebegitu oleh sang angin. Rania mencelikkan mata, duduk di pangkin, sambil memerhati keadaan sekeliling yang indah menghijau membawa Rania ke satu sudut positif. Seketika, nafasnya berlaga dengan sang angin.
Dia terimbau kenangan saat diakadkan oleh tok kadi.

RANIA menuruni anak tangga sambil ditemani oleh Puan Suraya dan Hanie di kiri serta kanannya. Dia yang lengkap berbaju kurung berwarna putih menarik perhatian beratus pasang mata yang ada di situ. Hatinya berdebar dari semalam kerana tidak mahu membayangkan apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini. Bergelar isteri kepada seorang lelaki yang entah mampu atau tidak dia bahagiakan! Rania menghela nafas. Dia mencari sekujur tubuh sasa itu di dalam khalayak ramai. Namun hampa, tidak ada bayang-bayang Yusuff di situ. Rania mengeluh lagi. Kau dah nak kawen dengan adik dia Rania! Come to your sense!! Jangan dikenang lagi lelaki itu. Kalau dia sayangkan kau, dia takkan paksa kau macam ni! Rania terasa airmatanya hendak mengalir, namun dia sempat menyekanya dengan jari. Airmata, jangan sekongkol dengan hati!
Rania duduk di atas pelaminan yang dihiasi cantik dengan warna biru. Warna kesukaannya dengan Yusuff. Namun buat masa sekarang, dia benci warna itu! Dia sempat melihat Ammar yang duduk membelakangkannya, tidak jauh dari posisi dia saat ini. Di sisi Ammar, ada beberapa orang saksi. Di hadapannya pula, seorang tok kadi yang sudah bersiap-sedia hendak menikahkan mereka.
Saat tangan Ammar dan tok kadi sudah bersatu, Rania menutup mata. Dia ingin hilang sejauh yang mungkin dari semua orang. Dia tidak ingin menyaksikan upacara itu meski ada sesetengah suara sedang bersorak gembira. Di dalam hati dia berharap, lelaki yang mengikat janji sehidup semati dengannya itu adalah Yusuff, dan bukannya Ammar. Tetapi siapa dia hendak melakar takdir. Sehebat mana dia melukis jalan hidupnya, hebat lagi Allah melakar haluannya. Rania menitiskan airmata. Ya Allah, aku redha!
"Nia, kau dah jadi isteri orang! Tahniah!" Hanie berbisik ke telinganya.
Rania terdiam. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku. Bahkan dia tidak mendengar satu suara pun semasa akad nikah berlangsung. Hanya sorakan dari orang ramai yang menyapa telinganya.
"Nia, suami kau datang. Dia nak sarungkan cincin. Bukaklah mata kau" Hanie memberitahu lagi saat melihat Rania seperti enggan membuka matanya. Yang pastinya, Rania akan terkejut dengan kejutan itu. Tidak pasti apakah respon Rania, namun Hanie berharap Rania akan terus tegar dan kuat.
"Nia! Kau tak nak tengok prince charming kau ke? Berjambang bagai. Baru hari ni aku tengok dia hensem dengan jambang dia tu! Biasanya jambang dia tu buat aku rimas!" Hanie sempat memberikan komen.
Rania kaget. Jambang? Setahu dia, Ammar tidak berjambang. Bahkan, Ammar adalah antara lelaki yang pandai menjaga penampilannya. Lelaki berjambang yang dia tahu cuma...
Rania cepat-cepat mencelikkan mata. Saat bertembung dengan mata redup itu, dia terpana. Yusuff!! Lelaki itu berlagak tenang sambil tak lepas-lepas memerhatikan setiap inci wajahnya.
Rania terpukau. Bermimpikah dia saat itu? Lelaki yang sudah sah menjadi suaminya adalah lelaki pujaannya. Bukan Ammar. Tidak juga orang lain. Tetapi dia! Ya, dia yang senantiasa membuat Rania tewas dalam semua keadaan! Amran Yusuff!
Jari Rania dicapai. Cincin yang bertatahkan berlian dan dua bentuk hati disarungkan ke jari manis Rania. Saat itu, Yusuff tidak menahan sebak. Teringat kembali saat-saat sukar mereka dahulu, dia hampir tidak percaya Rania sudah menjadi miliknya yang sah.
Rania tunduk mencium tangan Yusuff. Ada airmata yang tetap degil hendak munculkan diri meski sudah sedaya upaya disekat.
Giliran Rania pula menyarung cincin ke jari manis Yusuff. Setelah itu, dia dapat merasakan bibir Yusuff menyentuh ubun-ubunnya. Dan beralih ke cuping telinganya.
"Abang akan jelaskan segala-galanya pada Nia. Thanks sayang" Sebuah lagi kucupan singgah di pipi kiri Rania. Rasa bersyukur ini tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.

RANIA mengesat airmata yang jatuh berguguran. Sesudah saja akad nikahnya selesai, dia mengurung diri di dalam bilik. Tidak mahu bertemu dengan sesiapa apatah lagi dengan Yusuff. Dia cukup terluka dengan semua yang berlaku. Semudahnya dua beradik itu mempermainkan dia. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri. Bukan sengaja tetapi dia harus menenangkan dirinya dahulu. Berdepan dengan Yusuff dalam keadaan seperti itu, akan merumitkan lagi hatinya.
Backpack dari dalam almari dikeluarkan. Dia hanya membawa beberapa helai pakaian dan tudung bersama. Jam di dinding dikerling. Sudah jam 5 petang. Saat matanya bertembung dengan busana pengantin yang digunakan untuk persandingan esok, Rania mengeluh hampa. Busana tersebut dipeluk sebelum disimpan rapi di atas katil.
"Abang, maafkan Nia!"

"NYAMANKAN udara ni? Mizan cakap, free air!" Suara Laila yang sangat dekat mengembalikan Rania ke dunia nyata. Airmata yang jatuh disekat segera agar tidak disedari oleh Laila.
Laila sudah duduk di sebelah Rania. Sejak tadi dia perhatikan gelagat Rania yang tidak keruan itu. Nampak sangat dia seperti ada masalah. Namun sejak dari sampai kelmarin, Rania tidak menyatakan sebarang permasalahannya. Dia juga tidak mahu bertanya kerana tidak mahu dianggap busybody hal isteri bosnya itu.
"Best kan duduk kampung? Tenang dari kesesakan dunia! Jauh dari semua orang.." tukas Rania. Kalaulah Laila tahu masalahnya sekarang, pasti Laila tidak akan mempercayainya.
"Hmm, betul tu. Sebab tu kalau hujung minggu, saya dan Mizan akan menghabiskan masa kat sini. Seronok dapat balik kampung" Laila mengiyakan kata-kata Rania.
Apabila terlalu sibuk dengan hal dunia, mereka hampir lupa pada Sang Pencipta. Justeru, setiap hujung minggu dia dan suaminya akan menghabiskan masa bersama-sama di kampung untuk lebih mengenali agama. Kalau di kampung, majlis ilmu dan agama selalu diadakan. Masjid pun selalu mereka imbarahkan. Tenang dan lapang rasa dada apabila menginjak kaki ke sini.
"Awak selalu ke balik dengan Mizan?" Pelik juga Rania. Setahu dia, tugas seorang pegawai polis seperti Mizan akan selalu on call kerana operasi tertentu.
"Jarang kami dapat balik sama. Mizan kan polis. Selalu sangat on call! Tapi bila dah dapat peluang berdua-duaan tu, kami gunakan peluang tu sebaik mungkin. Kadang tu, handphone pun kami matikan! Sebab tak nak sebarang gangguan" jelas Laila sambil tersenyum.
Rania turut mempamerkan sebuah senyuman. Dia juga ada menelefon Laila semalam untuk meminta pertolongan. Tetapi dia menggunakan public phone kerana handphonenya sudah dimatikan. Dia tidak mahu sebarang gangguan daripada sesiapa. Nasib baik Laila menjawab panggilannya. Jika tidak, dia pasti buntu mahu melangkah ke mana.
"Sorry, kalau saya ganggu privasi awak dengan Mizan"
Laila tersentap. Sebenarnya, dia tidak bermaksud apa-apa. Sengaja bercerita kerana seronok berkongsi cerita dengan Rania.
"Ehhh Niaa! Jangan salah sangka tau? Saya tak maksudkan awak"
Rania tergelak. "Tahu. Tapi saya tetap jugak nak mintak maaf. In case, awak atau Mizan tak selesa dengan kedatangan saya kat sini"
"Laaa takpelah! Mizan cakap, bagus jugak awak kat sini. Ada yang temankan saya. Kadang-kadang, dia tu terlalu risau. Asyik-asyik nak call tanya khabar!" Laila tergelak sendiri apabila teringatkan sikap gelabah suaminya itu.
Rania menyimpul senyum. Adakah Yusuff juga seperti itu saat ini? Sedang bimbang fikirkan keberadaan dia? Arghhh! Benar kata mak. Hati dan akal harus bekerja bersama. Dan di dalam hal ini, kata hatinya tidak sepakat dengan akal!
"Berapa lama dah awak kawen dengan Mizan? Kenal macam mana?" Ingin juga rasanya Rania mengorek kisah tersebut. Apabila melihatkan kemesraan dan kemanjaan kedua insan itu, dia yakin yang mereka saling menyayangi.
"Kenal dah lama. Kenal masa sama-sama masih belajar lagi. Mizan tu penyakat orangnya. Dulu masa kat kolej, dia selalu kenakan saya. Dan saya dulu tak sukakan dia. Tapi lama-lama tu perasaan cinta mula berputik. Dan dipendekkan cerita, lepas habis je belajar, kami kawen. Empat bulan lepas kawen, Mizan dapat surat panggilan dari jabatan polis. So dia pergi training. Jauh dari saya. Kita orang terpaksa berpisah selama dua tahun. Lepas tu, Mizan mintak posting dekat-dekat je. Katanya tak boleh berjauhan!" Laila sempat tergelak. Mengingati kembali segala dugaan dan cabaran mereka bersama, sekarang dia mampu mengecap nikmat syukur di atas kebahagiaan ini. Walaupun tanpa cahaya mata yang mampu mengikat lagi kasih sayang mereka. Namun, Mizan tak pernah mengeluh apabila saudara mara atau sesiapa bertanya soal anak. Baginya, itu adalah salah satu rezeki dari Allah. Kalau ada, dia gembira dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Kalau tidak ada, dia tetap bersyukur!
"Banyak dugaan yang kami tempuh. Tapi kami tak pernah mengeluh! Mizan cakap, setiap perjalanan dalam hidup ni adalah satu perjuangan. Kalau kita berani bertempur, kita menang! Tapi kalau kita takut, pihak musuh akan serang kita habis-habisan!" Laila ketawa lagi. Suaminya itu, sejak bergelar pegawai polis, semua makna alam dan falsafah kehidupan dia kaitkan dengan pekerjaannya!
"Pihak musuh?" Rania tidak mengerti kata-kata Laila.
"Pihak musuh yang Mizan maksudkan adalah dugaan dan cabaran yang akan kita tempuh. Boleh jadi jugak pihak musuh tu berbentuk manusia! Kalau kita takut berdepan dengan dorang, kita tewas!"
Penerangan Laila membuatkan Rania semakin faham. Nasihat yang datang dari seorang wanita yang sudah berumahtangga seperti Laila cukup membuatkan dia sedikit gerun. Bersediakah dia menempuh semua itu bersama Yusuff?

YUSUFF memicit-micit kepalanya yang sudah kepeningan itu. Terlalu banyak yang bermain di fikirannya dan salah satunya adalah Rania! Sejak dari hari Rania hilang, sehinggalah ke hari ini dia tak jemu-jemu menghubungi Rania meski dia tahu keputusannya menghampakan dia.Bahkan dia juga sudah mencari ke serata tempat, namun kelibat Rania tidak nampak di mana-mana. Ke mana lagi isterinya itu bersembunyi? Yusuff bingung. Bahkan setiap hari dia akan menelefon Izham atau Izman, merisik-risik sekiranya Rania ada di situ.Tetapi jawapan yang dia dapat sangat mengecewakannya.
Yusuff mengeluh. Di mana lagi dia harus mencari Rania? Maksu Rok ada memberitahu, untuk melaporkan kehilangan Rania ke pihak polis. Tetapi Yusuff tidak mahu lagi melibatkan pihak polis kerana kehilangan Rania kali ini adalah kerana persetujuan isterinya untuk pergi. Bukan dipaksa tanpa rela. Tiada tanda-tanda Rania seperti diculik. Dia yakin itu. Dan keyakinannya bertambah saat sepasang busan perkahwinan milik Rania sengaja disimpan di atas katil. Yusuff tahu, Rania sengaja hendak melarikan diri. Dan dia juga yakin, kepermegian Rania kali ini adalah didorong oleh perasaan kecewa.
Pintu pejabat diketuk. Dengan suara yang lemah, dia mengarahkan gerangan itu masuk.
"I heard about Rania! Is that true?" Ammar sudah melabuhkan punggung berhadapan dengan Yusuff. Wajah lesu Yusuff dipandang sepi. Sejak mengambil keputusan untuk menyerahkan Rania kembali ke pangkuan Yusuff, dia sudah sebulat hati hendak menenangkan fikiran dan bercuti ke luar negara. Tiket ke Melbourne sudah ditempah. Namun penerbangan tersebut terpaksa ditunda gara-gara menerima panggilan daripada Hanie yang mengkhabarkan kehilangan Rania di pagi hari persandingan mereka.
Fikirnya, Rania akan menerima keputusan dan perubahan itu dengan hati yang terbuka. Namun fikirannya meleset sama sekali. Rania punya sekeping hati yang sukar hendak ditebak. Dan untuk kali ini, wanita itu terluka lagi!
Ammar sempat mendengar Yusuff mengeluh. Hatinya dirundung belas saat melihat Yusuff seperti itu. Tidak terurus seperti mayat hidup! Kepermegian Rania benar-benar meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hati dan hidup Yusuff. Dia sudah lama menerima berita kehilangan Rania namun hanya kesempatan bertemu Yusuff pada pagi itu kerana Yusuff lebih selesa bersendirian dan mengurung diri di dalam bilik. Itupun setelah dihubungi oleh Suzy, dia terus mendapatkan Yusuff di pejabatnya. Hairan juga kerana Yusuff masih punya energi untuk ke pejabat.
"Abang dah kecewakan Nia! Sebab tu dia lagikan diri dari abang! Abang tak sempat nak bahagiakan dia!!" Yusuff mulai kesal dengan tindakannya yang mengabaikan hati Rania sebelum ini. Tatkala dia begitu teruja menjaga dan melindungi hati Ammar dan Datuk Taj sebelumnya, dia terlupa dengan hati Rania yang cukup terluka.Dia ambil tak endah akan kebajikan wanita itu. Bahkan dengan sewenang-wenangnya dia memaksa Rania menerima keputusannya tanpa mendengar luahan hati wanita itu. Dia memperlakukan Rania tak ubah seperti boneka yang digerakkan di hujung jari. Ya Allah! Dia rasa berdosa!!
Ammar mendengar suara tangisan Yusuff. Yusuff yang selalu nampak tenang dan bijak mengawal perasaan sudah tumbang dan tewas pada Rania! Dia agak, mungkin selama ini Yusuff terlalu banyak memendam rasa.
"Agaknya Rania masih tak boleh terima semua ni. Berlaku terlalu pantas. Perubahan yang drastik. I can't imagine how is her feeling!" tutur Ammar. Sedikit kesal dengan perancangan yang diaturkannya. Dia berniat baik, mahu menyatukan semula dua hati yang sempat terpisah kerana egonya! Namun niat baiknya telah disalahertikan oleh Rania. Tetapi dia juga tidak mampu hendak menyalahkan wanita itu.
Yusuff terus menyepi tanpa kata. Dia tidak mampu untuk terus seperti itu. Duduk termenung di situ membuatkan dia hampir gila. Bayangan Rania ada di mana-mana. Fikirannya terus dirasuk yang bukan-bukan apabila memikirkan keselamatan Rania. Risaunya hanya Allah saja yang tahu.
"Abang nak pergi mana?" tanya Ammar apabila Yusuff sudah bangun dan mulai hendak mengatur langkah.
"Cari Rania! Abang tak boleh duduk diam. Wajah Nia ada kat mana-mana. I'm going crazy if this happens!"
"Kita cari Nia sama-sama!" Ammar sudah membontoti langkah Yusuff dari belakang. Rania harus dicari tidak kira di pelosok mana dia berada. Setelah itu, akan Yusuff gari tangan dan kakinya agar dia tidak bisa melarikan diri lagi. Rania Raudhah! Sudah cukup memberantakkan sekeping hati Amran Yusuff!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience