AMMAR memusingkan kerusi ke kiri dan ke kanan. Jari-jemarinya mengetuk dada meja. Dia tersenyum apabila mengingatkan peristiwa pagi tadi. Wajah berang Rania dan amarah gadis itu mengisi ruang fikirannya. Sejak bertemu dengan Rania, dia tidak berhenti diganggu oleh wajah dan bayangan gadis itu. Aura yang cukup kuat. He he he...
" Rania... Nama yang cantik, secantik orangnya. Garang, suka marah-marah tapi.... she's so cute!!! OMG!!! What has happened to me?" Ammar tersengih sendiri.
Terimbau kembali akan pertemuan pertama mereka. Dia terus dicop sebagai lelaki pervert oleh gadis itu padahal niatnya hanya ingin menyelamatkan Rania. Dia kira-kira setakat itu saja pertemuan mereka. Namun takdir menulis sebaliknya. Mereka bersua lagi, namun kali ini dengan lebih dekat. Adakah ini petanda untuk dia terus mendekati Rania? Arghhhh hati!! Mahu tahu lebih lanjut mengenai Rania, namun risau bom atom gadis itu meletup lagi!
Ketukan yang bertalu-talu menyentakkan Ammar. Dia membetulkan posisi duduknya lalu mengarahkan setiausahanya, Murni masuk.
Murni berjalan mendekati meja Ammar. Seperti biasa, dia akan menyampaikan segala agenda pada hari itu kepada bosnya.
" Any plan for today?" Ammar bersuara garau. Wajahnya serius.
" Takde boss. Cuma..." Murni membelek helaian belakang buku notanya lalu memandang wajah Ammar.
" Encik Gihan, dari bahagian kewangan dah berhenti kerja boss. Dan perletakan jawatan dia dah diterima oleh Encik Daim, boss punya saudara tiri"
Ammar mendengus kasar. Daim lagi! Tak habis-habis dia tu nak masuk campur.
" Any than that?"
" Kita takde pengganti Encik Gihan"
" Takde????? Berapa lama dah Encik Gihan berhenti kerja?" Ammar mula berang. Masakan hal seperti dia juga yang hendak uruskan. Apa guna melantik setiausaha jika tidak pandai mengaturkan semuanya?
" Errrrrr...."
" Awak kerja dengan saya dah lama kan? Jadi setiausaha pun dah lama kan? Takkan ni pun tak tahu? Kalau Encik Gihan dah berhenti, siarkan iklan untuk vacancy dia. We need to hire people to replace his position as soon as possible. ASAP!"
" Errrrr okay boss" Murni mencatat sesuatu di dalam notanya. Bukannya dia tidak sedia maklum akan itu, namun dia masih perlukan persetujuan daripada bossnya. Nanti buat kerja membuta tuli, dia kena marah pulak!
" Anymore?"
" Datuk... Dia nak jumpa boss. And he looks unhappy about you" Cerita Murni kali ini membuatkan jantung Ammar berhenti seketika. Dan untuk kali ini, Murni dapat melihat kebisuan lelaki itu.
Kenapa papa nak jumpa aku?
" I'll handle that later. Kalau takde apa-apa lagi?"
Murni mengangguk kepala, faham akan maksud kata-kata bossnya itu. Dia meninggalkan Ammar yang seperti cacing kepanasan demi mendengarkan berita yang disampaikannya sebentar tadi.
AMMAR terpacak di hadapan pintu bilik papanya. Tersergam indah tag nama Datuk Taj yang tergantung di hadapan pintu. Nafas yang dihela kedengaran tidak teratur. Dadanya berombak kencang, menahan segala rasa yang bertandang di sudut hati. Dia tahu, dia bakal menerima satu lagi bom atom hari ini. Rania, salah satunya, dan lelaki yang bakal ditemui selepas ini!
Setelah hampir 20minit menenangkan diri, pintu bilik diketuk perlahan. Terdengar suara garau dari dalam mengarahkannya untuk masuk. Tombol pintu dipusing. Langkah kaki diatur perlahan. Dia sempat melihat Daim yang duduk berhadapan papanya melirik sinis ke arahnya. Ni lagi satu bom! Tapi bom nuklear!
Kerusi ditarik perlahan lantas dia mendaratkan punggungnya di situ. Datuk Taj memberikan raut serius, dan matanya tidak berkedip memandang si anak.
" Papa nak jumpa Mar?" Ammar mengatur bicara. Suaranya hampir-hampir tersekat di kerongkong.
" Where have you been? Tinggalkan syarikat almost a month!" Datuk Taj terus menembaknya tanpa syarat. Daim senyum sinis. Dia tahu, inilah peluangnya untuk cucuk jarum. Seterusnya menyingkirkan Ammar dari kehidupan mereka.
Ammar kehilangan kata-kata. Dia belum sempat untuk memikirkan alasan yang harus diberikan, Datuk Taj sudah mula melancarkan perang ke atasnya!
" I know it was my fault. I'm sorry for that" Kata-kata Ammar kedengaran kendur. Cukup perlahan dan redha untuk menerima sebarang hukuman dari papanya.
" Kali ni you pergi mana? Perempuan mana you jadikan mangsa?" Sinis Datuk Taj. Dia tahu persis akan sikap Ammar yang gemar bertukar-tukar perempuan.
" Pa.. What's this? My personal affair? We are now talking about the work right? Bukannya touch pasal peribadi matter!" Ammar hampir hilang sabar. Dia malu diperlakukan sebegitu di hadapan Daim. Kalau tidak ada lelaki itu, dia mungkin masih dapat menerima sindiran itu.
" You tak menjawab soalan papa"
" I'm staying at Luq's. Trying to be independent"
" I see. So sekarang dah independent ke?"
" I'm still trying pa! Just don't pressure me. Mar tak tahan duduk kat rumah. I know, there's somebody who doesn't really want to see me around" Ammar sengaja menyindir Daim.
" Ke kau tak tahan kena kongkong mama? " Daim pula bersuara setelah agak lama menjadi pendengar. Dia tahu, kata-kata Ammar sebentar tadi ditujukan kepadanya.
Ammar mengorak senyum sinis. Malas hendak bertekak dengan lelaki yang satu itu. Dia tahu, Daim tidak akan pernah mahu mengaku kalah.
" Papa. Mar mintak maaf for not turning up almost a month! Now I'm back for real. Kali ni, Ammar takkan lari lagi. Ammar akan buat semua yang papa nak. But, please I'm begging you. Jangan paksa Mar balik. Mar akan balik when time comes. I hope that you can understand me"
Datuk Taj mengangguk. Dia faham dan mampu menerima alasan dan kata-kata daripada Ammar. "Okay, I'll give you second chance. Tapi kalau lepas ni you buat hal lagi, l will hand over this company to Daim. Make use of the chance"
Ammar senyum hambar. Dia tidak akan membiarkan Daim merebut peluangnya lagi. Dia ingin mengajar Daim akan maksud balas dendam. Sudah terlalu lama dia mendiamkan diri dengan segala taktik kotor si Daim. Kali ini, dia tidak akan melepaskan lelaki itu.
Daim mengetap bibir, menahan geram. Nampak gayanya kali ini dia harus meningkatkan lagi usaha untuk melenyapkan bayang-bayang Ammar. Dia ingin memiliki segala kepunyaan Ammar meski nyawanya jadi taruhan.
Share this novel