32

Romance Completed 23717

YUSUFF sudah bingung. Dari tadi dia mencuba mendail nombor Rania, namun panggilannya hanya bertembung dengan operator suara. Tidak cukup dengan itu, dia cuba mengakses lokasi Rania namun isterinya itu cukup bijak. Telefonnya dimatikan! Yusuff semakin kusut.
"Sabar dulu Yusuff. Kita akan ikhtiar cara lain. Tak lari mana pun Nia tu" Encik Zainol menenangkan Yusuff. Dia sudah mula ditimpa resah saat Hanie mengkhabarkan kehilangan Rania pagi itu. Sudahlah majlis persandingan akan bermula tidak lama lagi. Kalau Rania tidak munculkan diri, bagaimana Yusuff mahu bersanding? Masakan mahu bersanding seorang diri!
Dia pelik apabila tok kadi menyebut nama Yusuff di upacara akad nikah semalam. Seharusnya nama Ammar yang menjadi sebutan. Bahkan, bukan dia seorang saja yang berperasaan sebegitu, kebanyakan kenalan rapat Rania juga begitu. Apa sudah terjadi? Kenapa pengantin lelaki boleh bertukar?
"Papa dah kerahkan orang untuk cari Rania. Amran jangan risau! Berdoa je semoga Rania dapat kita jumpa" Datuk Taj menyuntik semangat ke dalam diri Yusuff. Walaupun dia agak keliru dengan apa yang terjadi, namun dia harus bijak mengawal perasaan dan keadaan.
"Yusuff, apa dah jadi sebenarnya? Macam mana kau boleh jadi pengantin lelaki ni? Ammar mana? Korang ni ada komplot ke?" Luqman sudah menampar lembut bahu Yusuff. Dia tidak bertanya akan perkara itu kerana masing-masing risaukan keberadaan Rania yang hilang sejak dari petang semalam.
Yusuff menghela nafas. Dia sudah terduduk di sofa. Dia sedar, khilafnya pada Rania. Sepanjang perkenalannya dengan Rania, dia tidak memberi sedikit peluang pun kepada isterinya untuk meluah rasa. Dia selalu fikir, dia sudah melakukan yang terbaik untuk semua orang. Tapi dia lupa pada hati dan perasaan Rania. Dia memerangkap Rania dengan pengorbanannya. Dia alpa pada sekeping hati Rania yang juga perlukan perhatian. Dia terlalu memerintah Rania untuk mengikut telunjuknya. Dia yang bersalah! Dia yang berdosa. Dan sekarang, Rania sudah meninggalkannya.
Yusuff meraup wajah. Seketika, dia terimbau peristiwa semalam. Satu jam sebelum upacara akad nikah berlangsung...

"KAU dah gila ke Am? Abang tak nak buat semua ni!" Yusuff sudah mendengus. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Ammar. Kenapa harus menukar majlis perkahwinan ini ke atas namanya? Yang akan bersanding di sisi Rania adalah Ammar, dan bukannya dia. Dia telah belajar melepaskan Rania ke tangan Ammar. Dia juga sudah belajar untuk melihat kebahagiaan Rania di sisi Ammar. Namun kenapa Ammar harus merosakkan semuanya setelah hatinya tetap dan ikhlas? Arghhh!
Ammar berpusing mengadap Yusuff. Dia harus meyakinkan abangnya itu. Rania mencintai Yusuff, dan bukannya dia. Dan dia juga yakin, Yusuff mencintai Rania sepenuh hati. Bahkan cintanya pada Rania tidak sebesar cinta Yusuff pada gadis itu.
"Abang, tolonglah dengar cakap Am ni! Sampai bila abang nak berkorban untuk Am? Okey, Am mungkin nampak macam budak kecik di mata abang. Tapi Am dah besar. Am dah matang! Sebab tu Am buat keputusan ni! Am tahu, Rania masih cintakan abang. Macam mana Am nak paksa hati Rania untuk terima Am kalau bahagia dia bersama abang?"
Yusuff sudah terduduk di sofa. Majlis akad nikah akan berlangsung kurang dari satu jam. Ammar ini pulak buat permintaan yang gila! Yang tak masuk akal! Meminta dia menjadi pengantin lelaki Rania, sekaligus menjadi pendamping gadis itu.
"Abang sayangkan Am kan?"
Mata mereka bertembung. Di situ, Yusuff dapat melihat keikhlasan yang terpancar dari mata Ammar. Dia mengangguk perlahan.
"Kalau abang sayangkan Am, abang tunaikan permintaan Am yang satu dan terakhir ni! Lepas ni, Am takkan mintak apa-apa lagi"
Yusuff sudah mengeluh. Kalau semuanya berubah mengikut rancangan Ammar, apakah reaksi Rania nanti? Terlukakah dia? Atau sebaliknya?
"Tapi kenapa Am buat semua ni? You know, you love her!"
"But I know you love her too. More than I do! Am tak nak abang korbankan apa-apa lagi untuk Am. Cukup! Dari mula sampai sekarang, abang selalu berkorban. Abang yang banyak terluka. Tapi abang pendam dan masih berlagak tenang. Sedangkan dalam hati abang, Am tahu abang terseksa!"
Ammar teringat kembali perbualan papa dengan Yusuff tempoh hari. Dia sempat melihat Yusuff menangis. Seumur hidup dia mengenali Yusuff, itulah pertama kali dia melihat lelaki itu mengalirkan airmata. Dan semuanya gara-gara dia! Apabila melihat Rania turut berduka, dia juga tahu dia telah merobek sekeping hati milik gadis itu. Dan semuanya juga kerana dia! Arghhh! Cukuplah! Dia tidak mahu lagi ada sesiapa yang berkorban dan terluka kerananya. Kali ini, biarlah dia yang mengalah! Biarlah dia yang berkorban!
"I wasn't good enough for her! Dia sedang paksa hati dia untuk terima Am. Am tak boleh hidup dengan orang macam tu. Am akan terseksa. Abang nak tengok hidup Am musnah lagi?"
Yusuff semakin tersepit. Antara ya dan tidak, dia tidak punya jawapannya. Dia sudah membuang Rania jauh-jauh dari hidupnya. Dan dia tahu Rania terluka kerana itu. Tetapi dia juga tidak sanggup untuk menolak jika ditakdirkan untuk bersama Rania.
"Abang pernah cakap kat Am. Mengalah bukan bermaksud kita lemah. Tapi mengalah sebab kita dah menang kalahkan ego sendiri. Am dah menang abang! Am dah menang kalahkan ego Am yang tak pernah mahu tengok abang bahagia bersama Rania. Sekarang, pilihan di tangan abang. Kalau abang nak tengok Am dan Rania terluka, Am akan teruskan perkahwinan ni. Am akan ikut pemikiran abang yang kononnya pengorbanan abang mampu bahagiakan semua orang. Now, you choose"
Ammar memberi kata putus. Sekarang hanya terpulang kepada Yusuff untuk memilih. Jika Yusuff boleh memaksa Rania untuk memilih, mengapa tidak dia?
Yusuff diam tak berkatik. Kenapa setelah haluannya melepaskan Rania terlihat mudah, Ammar pula tampil diri untuk beralah? Adakah dia yang tersalah percaturan? Atau takdir sengaja mempermainkan dia?
Ammar hampa setelah melihat reaksi kosong dari Yusuff. Dia mengeluh. Bagaimana dia harus membahagiakan Rania? Dia sudah kalah di awal pertempuran lagi. Tetapi egonya yang menghasut untuk terus memiliki gadis itu. Tiada apa yang mampu dilakukan jika Yusuff memilih untuk beku dan kaku seperti itu. Ammar hendak mengatur langkah untuk keluar dari bilik, tetapi niatnya terbatal saat suara Yusuff singgah di pendengarannya.
"Biarkan abang membahagiakan Rania"
Ammar menoleh. Dia melihat, Yusuff sudah basah dengan airmata. Lantas, tubuh sasa itu didakap erat.
"She deserves to be with you"

YUSUFF mengesat airmata yang jatuh berlinangan. Saat diberi kesempatan dan peluang kedua untuk meniti hari tua bersama Rania, dia sudah berjanji kepada diri sendiri untuk menjaga dan membahagiakan Rania. Semarah apa pun Rania terhadapnya, dia sanggup menahan semua itu asalkan Rania berada di hadapan mata.
"Yusuff nak cari Rania sekarang jugak. Yusuff risau kalau Yusuff akan hilang dia lagi. Yusuff tak sanggup kehilangan Rania untuk kali yang kedua"
Encik Zainol sudah menepuk bahu Yusuff.
"Pergilah cari isteri kamu. Bawak dia balik. Berbincang elok-elok. Jodoh ni dah memang tertulis untuk kamu dan Rania.Sekuat apa pun tentangan, takdir dah menulis yang sebaliknya"
"Aku akan tolong kau cari Rania. Aku akan cari ke tempat yang biasa Nia pergi atau lepak. Kita akan bawak Nia pulang" Hanie turut menyuntik semangat ke dalam diri Yusuff. Saat mendengar ungkapan sah dari para saksi mengenai akad tersebut, dialah orang paling bahagia sekali. Rania sudah mendapatkan prince charmingnya kembali! Terima kasih pada Ammar!
"Aku pun akan usaha cari Nia. Kau jangan risau sangat. Nia takkan lari jauh" ungkap Luqman pula.
"Luq! Kau kan nak kawen lagi seminggu. Aku tak nak ganggu kau masa-masa ni!"
"Kau tak ganggu kamilah Suff! Kami ikhlas nak tolong. Lagipun, ini je yang mampu kami beri sebagai hadiah perkahwinan kau" sampuk Zulaikha pula. Kasihan melihat nasib percintaan Yusuff dan Rania yang agak rumit dan unik itu.
Yusuff mengangguk kepala. Terlalu banyak yang hendak dikongsikan tetapi dia tetap bersyukur kerana memiliki kawan-kawan dan ahli sekeluarga yang sentiasa menyokong dari belakang.
Yusuff menapak ke arah Opah yang kelihatan bingung. Di sisi Opah, terduduk Maksu Rok yang menenangkan Opah sedari tadi.
Tangan Opah digapai. "Opah, Yusuff nak mintak maaf sebab dah kecewakan Opah. Yusuff jahat pada Nia. Yusuff tak bagi peluang pada dia untuk meluahkan rasa. Tapi Yusuff janji, Yusuff akan bawak Rania balik. Yusuff janji"
Opah memeluk Yusuff sambil mengusap belakangnya. Dia turut berdukacita di atas kehilangan Rania secara tiba-tiba itu. Namun dia tidak mampu untuk menyalahkan Rania. Dia yakin, Rania mencari ketenangan di atas apa yang berlaku.
Semoga semuanya dipermudahkan!

DIA tidak tahu kenapa langkah kakinya membawa dia ke sini. Jauh dari semua orang. Jauh dari keserabutan otak. Jauh dari kesesakan alam. Dan yang paling penting, jauh dari Yusuff!
Rania berdiri di hadapan rumah kayu yang tersergam indah itu. Tangga yang diperbuat dari paket itu menarik hatinya. Di sekeliling rumah, dibanjiri dengan bunga-bunga yang mekar. Di tepi hujung bersebelahan pangkin pula tumbuhnya pokok asam yang meninggi. Di tepi-tepi jalan pula ada sebidang sawah padi. Keadaannya tak ubah seperti di Mersing.
"Puan!" panggil Laila tatkala melihat kelibat Rania di situ. Dia turut melihat sebuah backpack yang tergantung di bahu Rania.
Rania menoleh lalu mengukir senyum.
"Maaflah. Tak dapat nak ambik puan kat terminal bas"
"Ehh takpe. Hmm, saya ganggu awak ke?"
Laila tersengih. Dia menjemput Rania masuk ke dalam rumah.
"Ehh mana ada ganggu! Okey je. Puan duduklah dulu. Saya buatkan air" Laila sudah bangun dan hendak ke dapur. Namun sempat dihalang oleh Rania.
"Ehh Laila! Tak payah! Saya datang ni nak mintak tolong awak sikit. Tu pun kalau awak tak keberatan"
Laila melabuhkan punggung kembali. Barusan, dia menerima panggilan telefon dari Rania. Katanya, dia inginkan pertolongan dan ini sangat mustahak.
"Puan nak mintak tolong apa?"
"Firstly, jangan panggil saya puan. Saya tak selesa. Panggil Nia je dah cukup"
"Puan kan isteri Encik Ammar. Encik Ammar kan orang atasan saya" Baru dia teringat. Sepatutnya hari ini Rania dan Ammar bersanding. Tetapi kenapa Rania seolah-olah melarikan diri ke sini? Bersama backpacknya?
Rania menggigit bibir. Nampak gayanya, dia harus merahsiakan statusnya terlebih dahulu. Laila masih tidak mengetahui dengan siapa dia berkahwin.
"Hmm panggil je Nia. Saya lebih selesa dengan panggilan tu" pinta Rania. Memanggilnya dengan gelaran 'puan' kedengaran agak formal sementelah Laila bukan pekerjanya.
"Okey kalau itu yang awak nak. Ohh ya, awak nak mintak tolong apa tadi?"
Rania menghela nafas. Sulitnya menceritakan masalahnya yang agak rumit itu. Apatah lagi ianya melibatkan aib suaminya sendiri. Laila juga bukan teman rapatnya. Dia tiada tempat hendak dituju. Sekiranya dia balik ke Mersing, Yusuff akan menemuinya di situ. Padahal dia ingin lari dari Yusuff buat sementara waktu. Jadi jalan yang terbaik adalah dengan meminta tolong dari Laila. Nombor Laila, dia dapatkan dari Faiz. Melalui Faiz, dia terpaksa menghubungi Mizan. Dan dari Mizan, nombor Laila dia hubungi. Rasanya dia aman di sini.
"Nia?" panggil Laila apabila melihat wajah resah Rania tersebut.
"Hmmm? Boleh tak kalau saya nak duduk kat sini? Only for a few days!"
Laila mengerutkan dahi. Dia faham maksud Rania tetapi tidak faham kenapa Rania meminta tolong seperti itu daripadanya. Seperti yang dia fahami, Rania sudah berkahwin dan seharusnya tempat Rania adalah di sisi suami. Tetapi baru hari kedua dia menjadi isteri dan inai di jari masih lagi merah, Rania pula menghantar diri ke sini?
Ada sesuatu yang tak kena. Tetapi apa?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience