SELESAI mengisi perut dengan air tangan Yusuff, Rania mengatur langkah ke sinki. Sambil membawa dua biji pinggan, dia lantas membasuhnya sebagai tanda terima kasih kepada lelaki itu kerana sanggup memasak untuknya. Sesungguhnya, Rania dan makanan memang tidak mampu dipisahkan! Seperti itulah dia dengan Yusuff! Rania tersengih sendiri.
Yusuff hanya memerhati gelagat Rania. Sebenarnya, dia tidak senang duduk dari semalam. Bahkan, untuk bernafas juga terasa sesak. Kerana Rania satu, tetapi kerana hal lain juga menyesakkan fikirannya. Haruskah dia menceritakan soal Ammar kepada Rania? Perlukah gadis itu tahu akan kebenaran yang tersembunyi selama 32 tahun ini? Apa pula penerimaan Rania? Dia tahu persis akan perasaan Rania yang kurang senang dengan Ammar.
"Dapur awak ni bestlah. Macam-macam benda ada kat sini. Saya agak-agaklah kan, kalau awak stress, mesti awak selalu datang sini kan?" Rania cuba memancing minat Yusuff. Sejak dari tadi, dia perhatikan lelaki itu resah, seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu mindanya. Dia kenal Yusuff. Dia kenal raut wajah Yusuff. Dia kenal akan bahasa badan Yusuff. Rania duduk di hadapan Yusuff.
Yusuff membatukan diri. Rania memang hebat kerana mampu memahami keadaannya. Gadis itu punya deria rasa yang kuat, seakan tahu akan tindak-tanduk dan setiap keresahannya.
" Awak ada masalah ke?" lembut Rania bertanya sambil menggenggam jari-jemari Yusuff.
Wajah Rania ditatap penuh kasih sayang. Anak matanya menikam tepat ke dalam anak mata milik Rania. Dia ingin Rania tahu, dia juga seperti Rania. Tidak sanggup kehilangan Rania, tidak mahu berpisah dengan gadis itu. Rania wanita pertama dalam hidupnya setelah arwah ibu. Lantas, bibirnya mengucup tangan Rania. Lama.
" Nia, there's something I need to tell you. Tapi saya tak tahu dari mana nak mula"
" Just tell me. I'm listening"
Yusuff menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, nafas itu dilepas perlahan-lahan. Wajah Rania dipandang sayu. Genggaman di tangan Rania diperkemaskan, meminjam kekuatan gadis itu seketika.
" Pasal Ammar"
Kening Rania bertaut. Ammar? Kenapa dengan dia?
"BOSS, ada beberapa orang calon yang response untuk jawatan Encik Gihan tu. Here's the details. Boss boleh tengok, kot-kot ada yang berkenan"
Ammar membelek satu persatu dokumen yang diserahkan Murni sebentar tadi. Dia mengerut dahi apabila meneliti setiap butiran tersebut.
" Reject all!!"
Murni tersentak. " Pardon boss?"
" I reject semua. I know all of them. And they don't suit to place themselves here. Find another applicant"
" Errr, boss kenal diaorang?"
" Yes! Salah seorang dari calon ni..." , Ammar berjeda seketika. Wajahnya bengis. Seketika, dia dibaluti dengan kenangan silam.
"YOU jahatttttt. Kenapa you buat I macam ni? Baru semalam you cakap cinta dengan I. Now, everything changed! Apa semua ni? I hate you, Ammar! I hate youuuuu!!!!"
" BOSS!!! Boss!!" Murni menggoyang-goyangkan bahu Ammar. Ammar tersedar lalu mengucap panjang. Dia berpeluh dan suasana terasa hangat meskipun suhu di dalam bilik tersebut mencecah ke 16°C.
Ammar meraup wajahnya berkali-kali. Haiza sudah meninggal. Tapi kenapa..... Ammar bergetar. Seluruh tubuhnya terasa kejang. Nafasnya sesak. Otaknya mati. Bibirnya pucat lesi. Pandangannya gelap. Dan hanya telinganya menangkap bunyi suara Murni yang cemas memanggil-manggilnya. Namun dia, diam.. Diam tanpa sebarang jawapan. Haiza......
"YOU lambat lagi" Haiza menunjukkan jam di tangannya sambil tercegat di hadapan Ammar. Temujanji yang sepatutnya berlangsung tiga jam yang lepas terpaksa ditunda gara-gara kelewatan Ammar pagi itu.
Ammar menepuk dahinya. Sedar akan khilaf sendiri, pegangan di tangan Haiza diperkemaskan. Lantas dibawa ke bibir lalu dilabuhkan ke situ.
" I'm sorry, hun! Banyak kerja. I ada meeting dengan papa tadi. You know papa kan? A fastidious man, and of course, a bit fussy! I tak boleh say no to any of his orders! You do know that!"
" Yeahhh", Haiza buat muka. Agak bosan dengan alasan yang sama hampir setiap hari. Dia tidak faham, sesempurna apakah papa Ammar? Sedisiplin apakah lelaki itu sehingga Ammar sendiri takut akan bayang-bayangnya?
" Ohh dear. Please.. jangan buat muka. You tahu, I tak suka kan? And you pun tahu, my situation is a bit chaos between me and my dad. You kena faham..."
" Am, sampai bila I kena faham? Sampai bila I kena sabar? And until when, I have to hold for all these? Kenapa you takut sangat dengan papa you? What does he have?"
" Dia papa I. Papa kandung I!""
" Yes, I know that! I aware of it! But, I'm your dear. I'm your future. I nak kahwin dengan you. And I tahu, you pun nak kahwin dengan I kan?"
Ammar mengangkat kening. Dia agak tersentak dengan kata-kata Haiza.
" Future? Since when? I pernah cakap ke pasal benda ni semua?"
Haiza terkedu. Masakan Ammar lelaki yang mudah melupakan janji-janjinya? Hampir setahun mereka bersama, menjalin hubungan cinta, berkongsi segala masalah berdua. Bahkan dialah antara orang yang tahu semua rahsia Ammar. Dia juga merupakan tempat untuk Ammar berteduh dan melepaskan lelah. Dia juga sanggup mengorbankan masa dan hidup hanya untuk Ammar. Tetapi kenapa bicara lelaki itu seakan-akan kacang lupakan kulitnya? Tidak, dia tidak pernah bermimpikan mahligai yang diperbuat daripada emas. Dia juga tidak pernah inginkan segunung berlian daripada Ammar. Apatah lagi meminta-minta itu semua, dia bukan pengemis! Dia hanya mahukan Ammar. Dia kepinginkan kasih sayang Ammar. Butakah Ammar melihat semua itu? Atau sebenarnya dia yang buta kerana terlalu memuja seorang Ammar?
" Tapi.. you cakap you cintakan I. You cakap you sayangkan I..." Air mata Haiza sudah bergenang.
" I.. I.. mungkin I mabuk masa ungkapkan semua tu. Atau mungkin I saja cakap macam tu untuk gembirakan you"
Haiza sudah bangkit dari duduknya lalu menampar pipi Ammar sekuat hati. Dia kecewa dengan Ammar. Sungguh, dia kecewa.
" Apa maksud hubungan kita selama ni pada you arghh?"
Ammar berteleku dalam duduknya. Nafas dihela perlahan. Memang dia senang dengan Haiza kerana gadis itu banyak membantunya. Tidak dia nafikan, sepanjang perkenalan mereka, dialah lelaki yang paling bahagia kerana layanan Haiza begitu menyentuh hatinya. Tetapi dia tidak punya niat untuk jatuh cinta pada gadis itu apatah lagi untuk mengahwininya. Itu semua di luar kawalan. Dia masih ingin mengejar cita-citanya, memiliki rumah, kereta dan kewangan yang stabil.
Haiza seperti teman-temannya yang lain, tidak ada yang istimewa. Sebagaimana dia melayan Haiza, sebegitu juga layanannya kepada wanita-wanita yang lain.
" I tak nafikan yang you wanita yang baik, sempurna bahkan you idaman setiap lelaki. But, our relationship... You're not more than a friend. I.."
" Cukup Ammar. Cukup. I tak nak dengar lagi" Haiza sudah menekup telinganya. Dia tidak sudi mendengar sepatah kata pun yang keluar dari bibir lelaki itu.
" You jahatttt. Kenapa you buat I macam ni? Baru semalam you cakap cinta dengan I. Now, everything changed! I hate you Ammar. I hate youuuu!!"
Haiza berlari keluar dengan rembesan air mata. Tidak sanggup menahan semua itu, tidak sanggup juga menatap wajah Ammar dengan lebih lama. Dalam kepayahan menahan sebak di dada, Haiza tidak menyedari langkahnya yang sudah berada di tengah jalan.
Dia tersentak apabila sebuah lori melimpas di hadapannya. Tidak mampu untuk berundur, Haiza rebah di tengah -tengah jalan dengan darah yang tidak henti-henti mengalir keluar. Dia sempat melihat wajah cemas Ammar yang berlari mendapatkannya.
Ammar......
"HAIZAAAAA!!!" Wajah Ammar berpeluh-peluh. Matanya tercelik luas. Nafasnya tercungap-cungap, degupan jantungnya berlari pantas. Dia mengelap-ngelap wajahnya sendiri.
" Ammar, kau okey tak?" Suara cemas Yusuff di sampingnya segera dikerling. Dia mengerut dahi sambil memerhati keadaan sekeliling. Di sisi Yusuff, berdirinya Rania yang berkelip-kelip memandangnya. Di sebelah kirinya, Hanie, Luqman dan Zulaikha yang turut sama memandangnya.
" Aku kat mana?"
" Hospital. Kau pengsan tadi kat office kau. Murni yang called aku. Kebetulan masa tu, aku dengan Ika memang on the way nak jumpa kau. So dipendekkan cerita, aku bawak kau ke hospital. Aku called Yusuff dengan Rania sekali" cerita Luqman.
" Ohhh..." Hanya itu yang kedengaran dari bibir Ammar. Dia tidak tahu keadaan dirinya yang pengsan secara tiba-tiba itu. Yang dia ingat, hanyalah beberapa dokumen yang sempat dia teliti sebelum dia pengsan. Ammar tersentak. Haiza! Itu punca dia pengsan. Ya, dia yakin dia melihat sesuatu yang berkaitan dengan Haiza. Arwah Haiza.
" Papa aku...."
" Aku ada called dia tadi. Katanya, maybe esok dia ke sini. Sekarang dia masih di Dubai atas urusan kerja" terang Luqman lagi.
Ammar tersenyum sinis. Dia bangkit lalu duduk berteleku. " Kerja? Dia selalu macam tu. Aku tahu, aku bukan anak yang boleh dia banggakan. Bahkan takde satu pun pada diri aku yang mampu banggakan dia. Hmmm, keja konon" Di hujung bicaranya kedengaran kendur dan perlahan.
Yusuff simpati atas nasib Ammar. Itu ke yang kau lalui selama ni dek?
Rania turut berasa simpati. Wajah Ammar dipandang tanpa berkelip. Di sebalik keangkuhan dan sikap main-main lelaki itu, terselindung kisah sedih yang tak mampu dia ungkapkan. Menyesal pulak pernah cari gaduh dengan dia! Rania bermonolog sendiri. Dia terkejut apabila dalam diam Yusuff mengenggam jari-jemarinya dengan erat. Wajahnya kemerahan. Dipandang sekilas wajah Yusuff di sebelah. Namun lelaki itu tidak bergerak, tidak memberikan apa-apa tindakbalas. Dan, untuk kesekian kalinya, genggaman Yusuff dibalas erat.
Share this novel