RANIA melabuh duduk, berhadapan dengan Yusuff yang sedia menanti. Sambil melemparkan senyuman, wajah Yusuff ditatap lama. Berbeza betul penampilannya kali ini. Bukan dia tidak pernah melihat Yusuff berimej seperti itu, tapi entahlah. Rasa sayang yang sudah bercambah membuatkan dia sentiasa angau akan Yusuff.
" Sorry, lama tunggu ke?"
" Well". Yusuff menilik jam di tangan. Dahinya berkerut. Kemudian, wajah Rania yang keresahan dipandang seketika.
" Dua jam je"
Rania terpempan. Dua jam? Lamanya aku bersiap!
" Takdelah. Saya gurau je. Saya baru je sampai dalam 15 minit tadi" Dia hampir tergelak melihat riak wajah Rania yang berubah kaget.
" Suka kenakan orang!" Rania bertukas.
Keadaan bertukar sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Sejak peristiwa Yusuff meluah perasaan tempoh hari, mereka semakin jarang berbual. Malu barangkali. Itu saja yang mampu dia simpulkan saat ini.
Seorang pelayan datang menghampiri mereka. Sejurus itu, mereka memesan makanan dan minuman. Setelah pelayan itu berlalu pergi, Yusuff memulakan bicara.
" Nia..." Yusuff berjeda. Rania memandang wajahnya tidak berkelip. Ada debaran hebat yang dirasakannya saat itu.
" Nia. Saya sukakan awak. Saya dah jatuh hati pada awak" Kali ini ungkapannya lebih tenang, tidak segelabah seperti sebelumnya.
Rania menarik nafas. Dia juga kelihatan lebih tenang, kerana sudah mampu mengagak akan apa yang ingin dibicarakan oleh lelaki itu.
"Tapi kenapa?"
Yusuff berjeda seketika, memberi laluan kepada pelayan tadi untuk menghidangkan pesanan mereka.
" Intelligence. Independent. A warrior I guess?"
Rania tergelak dengan deskripsi yang diberikan oleh Yusuff kepadanya. A warrior?
" Why warrior? Saya nampak macam pahlawan ke?"
" Not really. Tapi yes, a bit. Tapi tu bukan persoalannya. Yang penting, saya dah meluah apa yang saya rasa. Ditolak ataupun tak, itu belakang kira. So what say you?" Keningnya bertaut memandang wajah manis Rania. Meminta kepastian dan mengharap tindakbalas yang positif.
Rania hanya melemparkan senyuman sambil menyuap nasi gorengnya ke dalam mulut. Dia memang harapkan luahan tersebut dari bibir Yusuff. Dia yang terseksa, Yusuff juga sama. Mereka merasakan perasaan yang sama dan mengharapkan balasan yang serupa. Lantas haruskah peluang itu diberikan kepada Yusuff?
Share this novel