11

Romance Completed 23717

SELESAI memakai seatbelt, Rania memfokuskan pandangannya pada jalan yang terbentang di hadapan. Cuaca yang cerah dan damai itu cukup menenangkan hatinya yang berdebar saat itu. Mana tidaknya, lelaki pujaannya berada di sebelahnya, turut sama fokus pada pemanduannya.
Mereka sama-sama membisukan diri, bahkan untuk bergerak juga terasa amat payah untuk dilakukan. Seolah-olah ada sesuatu yang memaku pergerakan mereka. Meskipun sudah sering keluar berdua, namun pertemuan kali ini dirasakan agak berlainan kerana mereka keluar sebagai pasangan kekasih.
" Errrr" Yusuff berdehem, sengaja mengatur suaranya. Rasa malunya mengambil tempat, menyebabkan dia tidak berani untuk menoleh dan bertentang mata dengan Rania.
" Awak cakap sesuatu ke?" Rania menoleh. Saat itu juga,pandangannya bertaut dengan mata Yusuff. Masing-masing terkedu. Suasana sepi menguasai kembali. Baik Rania mahupun Yusuff, dua-dua sudah kehilangan idea untuk berbicara.
Lampu merah menyala, memberi isyarat untuk memberhentikan kereta. Yusuff menarik nafas dalam-dalam, sebelum dilepas perlahan. Lagu di corong radio tidak menarik minatnya untuk mendengar. Lantas, dia menukar siaran dan bertembung dengan lagu 'Aku dan Dirimu' . Seketika, dia terpana kerana lirik lagunya seolah-olah menyindir dia dan Rania.

"Duhai cintaku.. Sayangku.. Lepaskanlah
Perasaanmu.. Rindumu.. Seluruh jiwamu
Dan kini hanya aku dan dirimu
Sesaat di keabadian..."
" Awakkk" Rania dan Yusuff serentak, sambil memandang wajah masing-masing. Rania merona merah lantas menundukkan wajah. Yusuff menyembunyikan senyum kecilnya.
" Kita nak pergi mana?" soal Yusuff. Hmmm, apa punya soalanlah! Sendiri yang drive, sendiri tak tahu nak pergi mana.
" Awak yang ajak saya keluar. Tapi awak tak tahu nak pergi mana?" Rania tersentak dengan ketidakterusan Yusuff. Dalam bab seperti ini, nampak sangat yang lelaki itu 'kurang cerdik'. Haishhhhh!
" Errrrr, kita pergi dapur nak?"
Rania tersentak. Dapur? Dating kat dapur? Dah cantik-cantik macam ni, nak pergi dapur untuk masak ke?
" Pergi dapur buat apa?"
" Masaklah sayang oiiii. Saya nak bagi awak rasa resepi baru saya nak?" Wajah Yusuff beria-ria menyampaikan itu. Rania tidak sampai hati hendak menolak cadangan tersebut.
" Looks like we're going to date at your kitchen"
" Date just to fulfill your tummy" jawab Yusuff riang.
" Sounds weird tapi there's always a first thing for a first try right?"

Yusuff mengangguk pantas. Senang dengan penerimaan gadis itu. Sebenarnya dia juga tidak tahu mahu mengajak Rania ke mana sementelah ini adalah kali pertama dia berjanji temu dengan seorang perempuan. Dia tidak ada sebarang pengalaman mengenai hal itu. Setidak-tidaknya apabila di dapur, dia dapatlah bercerita mengenai resepinya atau apa sahaja yang berkaitan makanan kepada gadis itu. Tidaklah dia terlalu kekok. Haishhhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience