RANIA menyiram pokok bunganya sambil bersiul-siul. Pagi Sabtu itu dia dan Hanie tidak bekerja. Sebagai membuang kebosanan yang melanda, Rania mengisi kelapangannya dengan mengemas rumah, memasak, menyuci pakaian dan aktiviti yang terakhir, menyegarkan pokok-pokok bunga yang memekar indah di beranda rumahnya. Dia tidak berapa sukakan bunga. Namun sejak serumah dengan Hanie, dia terpaksa jatuh sayang! Kata Hanie, bunga itu umpama jiwa. Harus sentiasa disirami dengan air agar sentiasa segar dan bermaya. Erkkk??! Falsafah apa yang Hanie kutip, dia sendiri kurang pasti. Malas hendak memanjangkan isu, dia turutkan saja permintaan Hanie itu. Padahnya, satu beranda rumah penuh denga bunga! Sudah macam kedai bunga pun ada lagaknya!!
" Kau nak ke mana Zia?" tegur Rania apabila dilihatnya Aziah cantik mengenakan blouse panjang berwarna putih, dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Nampak agak formal. Rania sempat melihat beberapa fail yang dijinjit Aziah. Tas tangannya tergantung rapi di bahu.
" Aku nak keluar kejaplah. Nak cari kerja. Fresh graduate macam aku ni, kalau tak kejar peluang dari sekarang, alamatnya tanam anggurlah aku!" Aziah cuba berseloroh.
" Lepas tu, pokok anggur kau tu kau tanam je kat sini. Kalau ngidam nak makan anggur, boleh petik dari sini. Jimat belanja!" Rania menambahkan lagi perisa! Aziah ketawa sambil menggeleng kepala.
" Kau ni ada-ada jelah Nia!"
" Kau pergi naik apa? Nak guna kereta aku tak?" Rania pelawa pertolongan. Kasihan juga melihat nasib Aziah yang sebatang kara datang ke Malaysia. Dia baru sahaja menghabiskan pengajiannya di Universiti Venice, Itali dalam bidang kesetiausahaan. Dia tidak ada tempat untuk berteduh, sementelah kedua orang tuanya jauh di Perancis. Dia juga tidak mempunyai adik beradik yang lain. Aziah ni mix blood. Mak dia berketurunan Melayu Siam. Ayah dia pulak memang berdarah Itali. Mereka berpindah ke Perancis kerana ayahnya seorang pegawai polis di sana. Mak Aziah dan bapa Hanie adik beradik. Aziah ni memang cantik. Wajah omputih katakan! Jauh berbeza dengan Hanie! Rania tergelak. Sempat dia mengutuk Hanie di dalam hati.
" Kenapa kau gelak?" Aziah hairan dengan gelagat Rania itu.
" Oh takde. Aku terkenang kisah lucu je. Ehh haa.. kau naik apa ni?"
" Aku pinjam kereta Hanie. Dah booked dengan dia semalam. Ohh by the way, puding kau tu sedap. Aku dapat habiskan lima pagi ni je" puji Aziah ikhlas. Jika tidak mengenangkan plannya pagi itu, sudah pastinya habis 8 bungkus puding tersebut.
" Ohh thanks. Kau ni ikhlas je memuji. Kalau Hanie, ikhlas sikit je. Haha" seloroh Rania. Seronok mengata Hanie yang masih lena diulit mimpi. Bukan selalu dapat peluang seperti itu. Jika tidak, Hanie pasti akan bertekak dengannya.
Aziah tergelak. Dia menghidupkan enjin kereta dan membiarkannya selama lima minit. " Kau ni lawaklah Nia. Padan sangatlah dengan si Hanie tu. Korang boleh ngam kan? Walaupun selalu gaduh-gaduh. Aku suka tengok persahabatan korang"
Rania tersengih. " Kita orang kenal dari zaman sekolah lagi. Masing-masing dah faham dengan karakter masing-masing. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja je. Takdenya sampai nak bercakar ayam"
" Cakar ayam tu tulisan buruklah" Hampeh betul si Rania ni! Peribahasa Melayu dia buat sesedap dia je?!
" Morning Nia" sapaan tersebut mendapat perhatian dari dua pasang mata. Rania tersenyum lalu menutup pili air. " Morning Am. Turun kerja ke?"
" Yes and no. Yes, I'm off to work. But no, its not an official work. Salah seorang staff saya ni berhenti kerja lately. And this morning, saya dapat news yang setiausaha saya terpaksa bercuti untuk tempoh 4 bulan atas urusan keluarga. And now, saya hilang dua pekerja dalam masa yang sama. Dan kerja tengah melambak. So agak busy nak cari pekerja dan busy nak uruskan kerja"
" Tough day for you"
" Indeed. Susah kan jadi boss? " Ammar separuh mengeluh. Dia menyandarkan tubuh ke bonet kereta. Fikirannya jauh melayang. Bebanan kerja yang banyak, ditambah lagi dengan tekanan dari Datuk Taj dan rancangan jahat si Daim yang tak pernah sudi memberi ruang untuk dia bernafas. Kenapa kena ada Daim di dunia ni? Tak boleh ke bagi dia abang sebaik dan sefaham Yusuff? Dia mengeluh.
" Mengeluh takkan selesaikan apa-apa masalah" takuk Rania. Ammar menoleh. Semudah itu Rania berkata. Tetapi yang menghadapinya, yang merasainya hanyalah dia. Kalau masalah itu bisa dipindah ke bahu orang lain, atau dihapuskan semudah ABC, rasanya Rania akan faham dan dia akan tenang!
" Yeahh, you're right!" ulas Ammar lantas menapak ke pintu kereta.
" Ammar" panggil Rania.
Ammar menoleh. " Anything?"
" Bersabar dalam setiap ujian dan dugaan. In Shaa Allah, ada jalan keluar. Dan satu lagi..."
Ammar mengangkat kening. " Yes, anymore?"
" Jangan lupa pakai kasut. Takkan nak berkaki ayam ke office?" usik Rania sambil mengekek. Dia kemudiannya memboloskan diri ke dalam rumah.
Ammar diserbu rasa malu. Dia memandang ke bawah. Shitt! Macam mana boleh lupa pakai kasut??!
Aziah menapak perlahan-lahan dan berselindung di sebalik pokok bunga orkid yang menjalar ke dinding. Dia mengerutkan dahi. Wajah lelaki itu ditatap dalam senyap. Dia seperti mengingati sesuatu. Ammar? Ammar Yazid ke?
RANIA sudah bersiap-siap. Pagi itu, dia mengenakan baju kurung berwarna coklat dan dihiasi bunga-bunga kecil. Rambutnya yang kemas terikat dirapikan lagi. Sesudah yakin dengan penampilan diri, dia menapak ke pintu hadapan. Yusuff sudah pun menunggu sejak 10 minit yang lalu. Mereka sudah berjanji untuk melawat Opah dan Mak Su Rok hari itu.
" Awak tunggu kejap ea? Saya nak bungkuskan kuih keria yang saya buat tadi" Yusuff hanya mengangguk. Dari tadi, dia dipelawa Rania dan Hanie untuk menunggu di ruang tamu namun dia menolak dengan mengatakan dia lebih selesa menunggu di beranda.
Hanie menilik sekilas ke dapur. Dilihatnya Rania masih sibuk dengan kerjanya. Lantas, dia mendekati Yusuff dan mengambil kesempatan tersebut untuk memancing kisah sebenar daripada Yusuff.
" Suff. Aku nak tanya ni"
Yusuff mengerut dahi.
" Pasal apa?"
" Takdelah. Kau dan Nia rapat erk? Terlalu rapat sampai aku confused mana satu BFF dia. Kau ke Luq? Kau dengan Nia asyik berkepit je semenjak dua menjak ni" Hanie memulakan mukadimah. Kalau bercakap dengan Rania, dia tidak perlu berkata pendahuluan seperti itu. Straight terus! Tetapi berhadapan dengan Yusuff, dia harus bijak mengatur bicara agar Yusuff terjatuh ke dalam jeratnya.
" Kau nak tanya pasal aku dan Nia kan?" Yusuff bermain kata-kata.
Hanie memandang wajah Yusuff. Lelaki itu memang kacak. Tidak jauh beza dari Ammar. Tetapi kedua-duanya mempunyai bentuk hidung dan bibir yang sama. Dan kalau senyum, memang nampak mirip.
" Aku yakin sangat yang kau dah tanya Nia kan?"
Hanie kaget. Tahu-tahu pulak dia!
" Dan apa pun jawapan Rania, itulah jawapan aku" Yusuff berlalu ke kereta apabila dilihatnya Rania sudah selesai membungkus kuihnya. Dia membuka pintu belakang dan membantu Rania meletakkan bungkusan kuih tersebut ke dalam kereta.
" Hanie, kita orang gerak dulu. Assalamualaikum"
" Waalaikummussalam" Hanie memerhati kereta Nissan itu bergerak meninggalkan dia yang diserbu seribu persoalan.
" Ya atau tak? "
" HANIE borak apa tadi dengan awak?" Rania sempat mendengar perbualan di antara Yusuff dan Hanie. Tetapi tidak pula dia ambil tahu topik perbualan mereka.
" Pasal kita"
Rania mengangkat kening. Hanie sudah melebih. Ingatkan dia dapat melarikan diri daripada Hanie, rupanya dia silap. Dia menjerat Yusuff pula!
" Kenapa dia nak tahu sangat pasal kita?" Rania pelik. Sahabatnya yang satu itu terlalu ingin masuk campur urusan peribadinya. Kalau dia bercinta dengan Yusuff sekalipun, Hanie tiada kena mengena dengan mereka.
" Sayang tanyalah dia. She's your friend. Your housemate. Dia ada tanya awak kan sayang?"
Rania hanya mengangguk. Perkataan 'sayang' yang Yusuff gunakan itu selalu mendebarkan hatinya. Janganlah kau terpesong wahai hati!
" Banyak kali dia cuba nak siasat. Tapi saya main tarik talilah dengan dia. Biar dia siasat sendiri. Jenuhlah nak jawab soalan Hanie tu. Mengalahkan wartawan tau?! Ada je soalan dia" keluh Rania. Bukannya dia bosan dengan pertanyaan Hanie, tetapi kadangkalanya dia rimas kerana dihujani soalan yang sama hampir tiap hari.
" Biasalah tu. Curiousity dia tu kuat. Tak boleh salahkan dia jugak. Luq dan Am pun tanya saya soalan yang sama" Yusuff mula membuka cerita.
Rania terpana. " Dorang tanya juga ke?"
Yusuff mengangguk. " Tapi bukan secara langsunglah. Ada kias-kias dia. Tapi kan.. Saya rasa pelik pasal Ammar tu" Yusuff meluahkan kebingungan.
" Kenapa dengan dia?" Rania memandang wajah Yusuff.
" Dia.. I think he likes you"
Rania mengangkat kening. Wajah Yusuff ditatap serius. Ammar suka aku? Di luar kotak fikirannya! Masakan Ammar yang pencinta wanita itu bisa jatuh suka pada dia? Tapi dia pun wanita? Argggghh!!
" Merepekkk!" gerutu Rania. Mereka tidak pernah serapat dan keluar berdua, kecuali semalam. Itupun kerana emergency!
" Apa yang merepeknya? Betullah! Saya lelaki, Ammar pun lelaki. Saya tahulah kalau lelaki jatuh cinta macam mana. Lagi-lagi dia tu adik saya. Instinct saya kuat" luah Yusuff. Dia yakin, dia tidak salah dengan nalurinya. Pandangan Ammar pada Rania bukan pandangan biasa. Dia bisa melihat itu semua.
Rania terdiam. Takkanlah Ammar menyimpan minat pada dia? Dia tidak mahu seperti itu. Kalau betul Ammar mempunyai perasaan pada dia, adakah Yusuff akan mengalah dan memberi ruang pada Ammar? Mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Dia tahu Yusuff akan mengalah dalam apa-apa situasi. Dan Ammar, lelaki itu tekad untuk mendapatkan kemahuannya. Rania mulai diburu rasa takut. Pelukan di lengan Yusuff diperketatkan lagi. Kepalanya dilentokkan ke bahu Yusuff.
Yusuff terkedu. " Sayang.. kenapa ni?"
" Saya takut" luah Rania jujur. Yusuff mengerut dahi. Keningnya bertaut. " Takut kenapa? Saya tak goda awak ni. Awak yang peluk saya. Haaaa"
Rania diam. Tidakkah Yusuff faham pergolakan hatinya saat itu? " Kalau betul Ammar tu sukakan saya, awak nak biarkan aje ke?" Rania sengaja mahu menguji Yusuff.
Persoalan Rania memaksa Yusuff untuk berhenti di bahu jalan. Dia menarik brek tangan. Wajah Rania ditilik sekilas. Pelukan Rania dilepaskan perlahan.
" Kenapa tanya macam tu?"
Rania menjongket bahu. " Saya fikir, mungkin disebabkan dia adik awak, awak akan mengalah untuk dia. Manalah tahu"
" Awak ni kuat berfikirlah Rania Raudhah! Takkan semudah tu melepas awak pada orang lain?" Kata-kata Rania tidak masuk akal langsung! Fikiran Rania sudah menyenget barangkali. Bersusah payah dia memikirkan cara untuk meluah rasa, tempoh yang agak lama untuk dia menjeruk perasaan pada Rania. Jika benar harus dilepaskan Rania kepada orang lain, untuk apa dia menginginkan gadis itu dan mempertahankan perasaannya selama bertahun?
Rania sudah terdiam. Jika nama penuhnya meniti di bibir Yusuff, alamatnya amaran gunung berapi sudah keluar! Dan kemarahan Yusuff tidak semudahnya reda. Mengambil masa yang agak lama untuk sejuk.
" Sorry. Saya cuma terfikir..."
" Jangan berfikir yang bukan-bukan. Nanti awak jugak yang stress. Kalau betul Ammar sukakan awak, its up to him! Saya tak mampu nak halang. Tapi saya pun takkan lepaskan awak pada dia"
Rania mengulum senyum. Dia tahu, semarah apa pun Yusuff padanya, semudah itu juga hatinya lembut.
" Tak payahlah bahas hal ni lagi okay?" Rania memaut kembali lengan Yusuff. Hatinya berbunga kembali setelah mendengar kata-kata Yusuff sebentar tadi.
Yusuff mengangguk. Brek tangan diturunkan. Dia meneruskan perjalanan menuju ke villa Opah. Kes Ammar harus ditutup. Dia juga tidak sanggup hendak memikirkan kebenaran itu. Untuk mengalah, dia tidak sanggup kerana cintanya hanya untuk Rania. Tetapi untuk terus bertahan, bagaimana pula dengan nasib Ammar? Lelaki itu sudah cukup menderita sejak dari kecil lagi. Argghhh! Pusing kepala memikirkan semua itu. Antara mereka, haruskah dia yang berkorban?
KEDATANGAN Rania dan Yusuff disambut dengan senyuman oleh Opah. Tubuh genit Rania dipeluk lama. Rindunya bertandang untuk cucu yang satu itu. Sudah agak lama mereka tidak bersua muka.
" Opah sihat?" Rania tunduk mencium tangan Opah, diikuti Yusuff.
" Alhamdulillah. Sihat. Kamu berdua sihat ke?" Sebenarnya Opah agak terkejut melihat kedatangan Rania bersama Yusuff. Seingat dia, itu adalah kali keempat mereka bersua muka. Dulu pun pernah Yusuff bertandang, tapi bersama Rania dan Luqman. Dan kebiasaannya kehadiran Rania adalah bersama Luqman. Opah sudah pun memikirkan sesuatu.
" Sihat Opah. Alhamdulillah" sahut Yusuff pula.
" Opah, mak su mana? Tak nampak pun?"
" Dia tadi lagi dah keluar. Biasalah, anak dara sorang tu mana nak lekat di rumah. Ada je aktiviti luar dia. Ehh kamu berdua ni dah makan ke?"
" Belum ni Opah. Kita datang sini bawak perut kosong je" seloroh Rania sambil memegang perutnya.
" Bawak perut kosong ke? Atau bawak hajat ni?" Opah main serkap jarang. Wajah Rania sudah kemerahan. Yusuff hanya menyimpul senyum.
"NIA tu, macam budak-budak sikit. Periang, manja tapi Opah paling tak boleh tahan dengan sikap cepat melenting dia tu. Silap-silap haribulan, singa pun takut!"
Yusuff tergelak kecil. Betul, semua yang Opah sebutkan itu memang ada pada Rania. Tetapi itulah keistimewaan dan tarikan yang ada pada Rania.
" Kalau dia dah marah tu kan Opah, Yusuff tak berani nak bersuara. Diam tak berkutik! " Ada tawa halus pada hujung bicaranya. Yusuff memandang Rania yang kejauhan sedang menyiram pokok-pokok bunga. Sejak serumah dengan Hanie, dia juga sudah jatuh sayang pada bunga!
Mengingatkan kembali perbualan mereka tadi, dia jadi takut. Sungguh, dia tak sanggup untuk kehilangan Rania. Dia ingin mengahwini Rania secepat mungkin namun masih ada beberapa perkara yang harus dia uruskan.
" Kalau Opah dah takde nanti, Yusuff jagalah Nia elok-elok" Yusuff kaget dengan kata-kata Opah. Ditenung wajah yang seabad usia itu.
" Opah ni semakin hari semakin tua. Nia tu takde sapa-sapa. Dia pun bukannya sebulu dengan mak su dia tu. Opah harapkan kamu je Suff. Opah tahu, kamu boleh bahagiakan dia. Rania tak pernah ada teman istimewa. Tapi bila dia datang sini, bawak kamu, Opah faham maksud dia"
" Terima kasih Opah. Jangan risau. In Shaa Allah, Suff akan jaga dan bahagiakan Nia sampai bila-bila. Suff takkan kecewakan Opah, kecewakan Nia" Tangan Opah digenggam erat. Seperti Opah, dia juga berniat untuk membahagiakan Rania. Wanita itu adalah insan yang paling penting dalam hidup dia.
SETELAH puas bermanja dan melepaskan rindu, Rania dan Yusuff pamit pulang. Sebelum melepaskan Rania pergi, Opah sempat berpesan dan memberi nasihat untuk mereka berdua.
" Jaga diri baik-baik. Ingat, saling memahami dan bertolak ansur. Jaga pergaulan, kalau ada apa-apa, jangan gaduh. Bawakkan berbincang"
Rania tersengih mengingatkan pesanan Opah. Dalam hati, dia sudah berjanji dan menetapkan untuk tidak mengecewakan Opah.
" Kenapa ni sayang?" Pipi gebu Rania dicuit sedikit.
" Takde" Rania tersengih. Lengan Yusuff ditaut manja.
" Hishh, suka goda-goda ni! Tak takut ke?" uji Yusuff. Keningnya bertaut.
" Tak" Sahut Rania sepatah.
" Aikkk?? Berani erkk??"
" Kalau jadi apa-apa, awaklah bertanggungjawab"
Yusuff tergelak. Masakan dia berani menyentuh Rania sejauh itu. Dia masih waras untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara itu.
" Kan?" Rania inginkan kepastian.
" Iye sayang. Kalau jadi apa-apa, sayalah bertanggungjawab. Tapi selagi kita tak terikat dengan ikatan yang sah, saya takkan sentuh awak sejauh tu. Melainkan...." Yusuff sudah tersengih nakal.
" Melainkan?" Rania mengerut dahi.
Yusuff tergelak. " Melainkan kita dah kawenlah! Sentuh sana, sentuh sini. Tak risau apa-apa dah"
Rania kemerahan. Kahwin?
" Awak nak ajak saya kawen ke?"
Yusuff mengangkat kening. Laa, budak ni! Rania ni dungu betullah! Tak faham ke kiasan aku?
" Yelah. Saya nak ajak awak kawen. Mana tahan selalu kena goda macam ni. Tapi awak kena sabar sikit ye sayang? Masa ni, saya tengah usaha nak kumpul duit, pastu nak settlekan hal keluarga saya. Dah selesai semua, kita kawen okay?"
Rania mengangguk. " Janji?" Jari kelingking disuakan ke Yusuff.
" Pasti!"
Share this novel