PAGI ITU, sesudah bersarapan, Rania menunggu Yusuff di ruang tamu. Mereka sudah membuat perjanjian untuk pergi dan balik kerja bersama.
"Nia!" Saat melihat Rania keseorangan di ruang tamu, Aziah terus mengambil peluang itu untuk berdua dengan Rania, sekaligus memohon maaf di atas kejadian petang semalam.
Rania menoleh dan tersenyum kelat. Walaupun agak kekok apabila berhadapan dengan gadis kacukan itu, namun dia harus tetap memberanikan diri untuk bersua muka dengannya.
Aziah sudah menghantar punggung bersebelahan dengan Rania. Sementara Hanie tiada di situ, inilah peluangnya untuk menjelaskan segala-galanya kepada Rania.
"I'm truly sorry about yesterday.."
Rania mengetap bibir. Wajah Aziah dipandang. Sebuah senyuman dilemparkan kepada gadis itu.
"Hey, nevermind! Aku tak salahkan kau. It's really okay"
"Betul? Kau tak marahkan aku?" Wajah Aziah bertukar ceria.
Rania mengangguk laju. Siapalah dia untuk terus menghukumi Aziah? Dia tahu, gadis itu tidak punya niat untuk menggoda atau merebut Yusuff daripadanya. Dia boleh yakin akan itu.
"Kau tak payah risau okey? Aku mengaku, mula-mula tu aku agak marah. But then, everything is settled now! Aku tahu, kau bukan perempuan macam tu"
"Thanks Nia! Aku sebolehnya tak nak ada masalah dengan kau atau Hanie. Sebab korang je kawan aku kat sini. Kau jangan risau. Aku akan jarakkan diri aku dari Yusuff" Aziah mengukir janji. Dia tidak punya apa-apa perasaan terhadap Yusuff. Dan, tujuan dia ke Malaysia adalah untuk melunaskan sesuatu. Dan, Yusuff bukanlah sasarannya!
Rania memandang wajah Aziah dalam-dalam, mencuba mengungkap kejujuran di sebalik wajah bujur sirih itu. Dia tidak pernah punya niat untuk menjauhkan Yusuff daripada Aziah atau mengugut yang bukan-bukan. Dia bukan gadis seperti itu. Tetapi sekiranya Aziah sudah berkata sebegitu, dia juga tidak mampu untuk menolak.
"Thanks" ucap Rania sepatah. Tapi dia betul-betul memaksudkannya.
"Welcome. So, is that true? The rumours?"
Rania mengangkat kening. Dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata Aziah. Khabar angin apa yang Aziah maksudkan?
"Aku tak faham maksud kau"
Aziah tersengih. "Sorry. What I meant was, between you and Yusuff? Betul ke?"
Rania kalut. Dia hampir gelabah namun dalam diam, dia cuba menenangkan diri sendiri. Tidak mahu tampak terlalu gelojoh di hadapan gadis itu.
"Apa yang buatkan kau fikir macam tu?" Soalan Aziah dibiarkan sepi, bahkan dijawabnya dengan soalan kembali.
"Setelah apa yang terjadi semalam, naluri aku kuat mengatakan yang kau ada sesuatu dengan Yusuff. Dan naluri aku tepat sebab dari perbualan kita tadi, kau seakan-akan mengiyakan kata-kata aku"
Rania malu! Aziah terlalu bijak meneka. Oleh kerana itu, dia tidak mampu menyorok apa-apa kebenaran daripada gadis itu. Dengan perlahan-lahan, dia mengangguk kepala.
"Oh my god! Seriuosly??" Aziah melemparkan riak ceria.
"Kau nak aku angguk 10 kali ke untuk buat kau percaya?" Rania sengaja berseloroh.
Aziah tergelak. "So, Hanie?"
"Dia tak tahu"
"Kau nak terus berahsia dengan dia? Kau tak risau ke kalau dia kecik hati?" Itu yang Aziah fikirkan. Dia sudah masak dengan perangai kuat mogok Hanie itu!
"You know her. Dia kan reporter tak bergaji. Dia akan siasat semua dengan akal dia sendiri. Kau tak payah risaulah pasal dia. Kalau dia tahu pun, paling teruk dia akan buat pun dengan ketuk kepala aku dengan senduk. Tak pun, dia akan paksa aku rendam kaki dalam deeper. Or dia akan paksa aku cuci baju dia selama sebulan" seloroh Rania lagi.
Aziah sudah tergelak. "Kau ni ada-ada jelah Nia!"
"Tapi kau payah risaulah. Aku takkan buat pun semua tu!"
Aziah tergelak lagi. Macam-macam betul karenah Rania ni!
"Ohh sebelum aku lupa. Semalam Ammar ada tanya pasal kau dengan Yusuff"
Kata-kata Aziah mengundang kehairanan di benak Rania. Sebelum ini, tidak pernah pun Ammar mahu masuk campur urusan peribadi dia. Mereka pun tidak pernah rapat. Apa motif dia? Tiba-tiba dia jadi ingat akan perbualannya dengan Yusuff tempoh hari.
"He likes you!" Rania diburu keresahan. Benarkah kata-kata Yusuff itu?
"Semalam aku tumpang dia balik. And he asked a lot about you and Yusuff. Dan yang peliknya, dia selalu tanya aku apa hubungan sebenar kau dengan Yusuff. Bila aku cakap yang aku tak sure, dia mengamuk tak tentu pasal"
Cerita Aziah buat Rania jadi takut. Dia mulai gerun dengan apa yang bakal terjadi. Jika betul seperti apa yang diduga Yusuff, maka dia harus berjaga-jaga. Kerana lelaki seperti Ammar penuh tipu muslihat.
Bunyi enjin kereta Yusuff mematikan perbualan mereka. Rania memanjangkan leher dan melihat Yusuff sedang mengatur langkah mendapatkannya.
"Yusuff ambik kau" ujar Aziah.
"Kau?"
"Aku akan tumpang Hanie. Don't worry. Rahsia kau selamat. Macam kau cakap, she's a great reporter!" Rania tergelak mendengarkan kata-kata Aziah.
"Aku gerak dulu"
Rania mendekati Yusuff yang sudah tercegat di hadapan pintu. Dia sempat melemparkan senyuman kepada Aziah.
"Nia!" Aziah separuh menjerit.
Rania menoleh sambil mengangkat kening. Aziah merapatinya lantas menjarakkan mereka menjauhi Yusuff. Lelaki itu kelihatan bingung.
"I think, he likes you. Not as a friend. But its more than that! Just a kind reminder. Hati-hati dengan Ammar. Extra cautious! I know him... well" Rania hampir tidak dapat menangkap ayat terakhir Aziah itu. Namun dia anggukkan kepala kerana tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.
Aziah menghantar langkah Rania dan Yusuff dengan ekoran mata. Dia mengeluh. Rania tidak kenal dan belum tahu betapa licik dan jahatnya Ammar sebelum ini. Namun, selagi dia masih di situ, dia akan mencuba untuk melindungi Rania daripada panahan mata jahat Ammar.
"Buku bertemu ruas... When time comes" Sinis senyumannya apabila pandangan tertancap pada susuk tubuh sasa milik Ammar. Dia melihat lelaki itu sedang mengundurkan kereta. Penampilannya agak kurang kemas. Wajahnya bengis. Aziah jadi kecut untuk terus membayangkan apa yang terjadi di pejabat sebentar nanti.
SEPANJANG perjalanan, Rania hanya membatukan diri di dalam kereta. Dia masih dihantui dengan kata-kata Aziah sebentar tadi. Ammar sukakan dia? Betulkah itu? Sebelum ini, Yusuff juga pernah menyuarakan pendapat yang sama seperti Aziah. Mulanya, dia malas hendak ambil pusing dengan pandangan Yusuff kerana Ammar tidak pernah membuka mulut berkenaan perkara itu. Namun apabila Aziah turut sama memberikan pendapatnya, dia mulai tidak senang duduk. Apa yang harus dia lakukan? Berdepan dengan Ammar dan bertanya sejujurnya? Atau hanya mendiamkan diri dan melihat sejauh mana Ammar mampu bertindak?
"Sayang.. what's wrong? Dari tadi senyap je? Aziah cakap apa-apa ke?"
Tangan Rania diraih. Dia kaget saat Rania menggenggam erat jari-jemarinya. Jika Rania berkelakuan seperti itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
"Awak free tak malam nanti? Can make some time for me?"
Wajah serius Rania ditenung. Kata-kata Rania membingungkan dia. Apa yang tak kena? Dia meronta-ronta ingin tahu. Namun Rania seperti merahsiakan sesuatu dari dia. Tetapi apa?
" Sayang okey tak? Kenapa tak bagitau sekarang?"
"Later okay?"
Yusuff kecewa dengan jawapan Rania. Namun dia juga tidak mampu untuk terus memaksa. Seandainya itu keputusan Rania, maka dia juga harus menerima dengan hati yang terbuka. Dia akan sabar menunggu sehingga malam nanti.
"Okay. Just take your time"
Rania menyimpul senyum. Tangan Yusuff dibawa ke bibir lalu dikucup perlahan. Dia ingin meluahkan kebimbangan saat itu juga. Namun waktu terlalu terbatas untuk mereka. Sudahnya, dia terpaksa menahan diri sehingga pertemuan mereka malam nanti.
DATUK TAJ merenung tajam wajah Ammar. Penampilan Ammar kelihatan tidak terurus dan agak selekeh. Dia jadi malu. Rata-rata, semua orang sedang bercakap mengenai anaknya yang satu itu. Bagaimana dia mahu menjaga penampilan jika kebajikan Ammar terabai? Bukannya dia tidak menyediakan segala-galanya untuk Ammar. Sungguhpun anaknya itu tidak tinggal bersamanya, namun segala kebajikan dan keperluan Ammar sentiasa disediakan.
Tatkala dia mengetahui kesusahan yang Ammar lalui sejak berpindah dari banglo mereka, dia mula mencari jalan untuk membantu lelaki itu. Setiap bulan, dia akan mengirim wang ke dalam akaun Ammar. Bahkan, Range Rover kepunyaannya juga sudah dipindah milik ke atas nama Ammar. Apa lagi yang kurang? Meskipun sudah tidak sehaluan, dia tetap cuba memastikan keperluan Ammar sentiasa mencukupi.
Yusuff yang duduk bersebelahan Ammar hanya mampu membisukan diri. Dia sebenarnya bingung saat diberitahu oleh Aziah akan keinginan Datuk Taj yang ingin berjumpa dengannya. Apabila dia melangkah masuk ke dalam pejabat Datuk Taj, dia terkejut melihat keberadaan Ammar di situ. Lebih memeranjatkan apabila penampilan lelaki itu tidak sekemas seperti selalu.
"What is wrong with you? You nak malukan papa? Kalau datang kerja dengan penampilan macam ni, I think you better stay at home! You have done nothing to me but only trouble!" Datuk Taj sudah diamuk amarah. Dia sudah buntu menasihati anaknya yang satu itu. Hilang sudah rasa malunya di hadapan Yusuff.
"He is your housemate. Apa dah jadi pada dia?" Datuk Taj mengarahkan soalan tersebut kepada Yusuff yang menunduk wajah dari tadi.
Yusuff mengangkat wajah sambil menelan liur. Wajah bengis Datuk Taj ditilik sekilas. Kemudian, pandangannya dilemparkan ke arah Ammar.
"I'm not so sure about that Datuk! As far as I concern, he has no problem to me. Dia sentiasa okey, even kat rumah"
"Papa, why you asked him? No!No! He can't be trusted! He keeps to many secrets and I hope some day, no one will take his words!" sahut Ammar pula sambil tergelak. Dia sudah muak dengan Yusuff. Terlalu banyak rahsia sehinggakan dia tidak boleh menerima dengan akal yang terbuka. Apa yang hebat sangat pasal dia? Sehinggakan semua orang mempercayainya? Sehingga dia disenangi oleh semua orang? Pagi tadi, dia didedahkan dengan satu lagi rahsia Yusuff. Awalnya, dia tidak mahu mempercayainya namun untuk beberapa detik, dia tahu kebenaran itu harus dia terima meskipun pahit untuk ditelan. Tetapi tidak mengapa! Rahsia Yusuff itu akan menjadi senjata untuk dia menewaskan lelaki itu!!
Yusuff terkesima dengan kata-kata Ammar. Rahsia apa yang dimaksudkan Ammar? Dia mulai tidak selesa dengan semua ini.
Datuk Taj mengangkat kening. "What do you mean? And you Yusuff, rahsia apa yang you simpan?"
Yusuff kecut perut.Dia menggeleng kepala beberapa kali. Tekanan dari dua beranak itu menggerunkan dasar hatinya.
"Apa-apa pun rahsia itu, saya tak nak ambik tahu! Apa yang saya nak cuma Ammar! Take care of him!" Datuk Taj mendekatkan wajahnya ke wajah Ammar. Mata itu.. Dia dapat melihat bayang-bayang Ramona di situ. Datuk Taj mengundur setapak.
Kemudian, wajah Ammar dipandang. "Kalau you tak nak I serahkan syarikat ni pada Daim or to Yusuff..." Datuk Taj berjeda lalu membuang pandang ke arah Yusuff. Ternyata, lelaki itu sedang terkejut dengan apa yang didengarnya saat ini!
"Get ready to be a good leader to me! Do not bring shame to this company. I count on you.." sambung Datuk Taj lagi.
Ammar sudah berdiri. Membetulkan kot dan tali lehernya. Tidak! Syarikat ini tidak akan jauh ke dalam tangan Daim, lebih-lebih lagi ke dalam tangan Yusuff! Dia tidak rela! Tidak akan dia benarkan sesiapa memuji Yusuff lagi. Dia cukup tertekan dengan semua ini. Rania, Luqman dan sekarang papa juga sudah berpaling daripadanya, memberikan perhatian lebih kepada Yusuff!
Ammar mengatur langkah menuju ke pintu. Tombol pintu dipusing. Sebelum melangkah keluar, dia sempat menoleh.
"Pa, I'm such a loser to you right? You tak pernah ambik peduli pun pasal I! You never and will never be!! Tahu tak kenapa I jadi macam ni? It's because of you!! Your fault! You tanya pada diri you sendiri. Have you ever thought of hugging me or pleased me? Or be there each time I need you? Yes, you give me eveything. Nama, pangkat, kekayaan.. Tapi papa tak pernah bagi I something which I really need!"
Ammar menghempas pintu sekuat hati. Semua pekerja tidak berani mengangkat wajah apabila melihat kemarahan Ammar yang sudah di paras maksima itu.
Datuk Taj sudah terduduk di kerusinya. Meraup wajah dan melempiaskan tangisan di situ. Dia sudah tidak peduli dengan kehadiran Yusuff di sisi.
Datuk Taj khilaf. Ya, dia salah! Tertekan dengan kepermegian Ramona dan Amran, dia sudah mengabaikan Ammar. Dia sedar, sebanyak mana pun kemewahan yang dia berikan pada Ammar, dia tetap lupa pada kekayaan yang satu itu. Kasih sayang! Dia lupa mencurahkan kasih sayang pada Ammar sehingga anaknya terasa tersisih. Ayah jenis apakah dia?
"Datuk..." Yusuff memanggil lembut. Dia sudah berdiri di sisi Datuk Taj sambil menyentuh bahu tua itu.
"I memang ayah yang tak bertanggungjawab kan? I boleh uruskan syarikat yang mempunyai puluhan pekerja. But I can't control my own son!" luah Datuk Taj. Tidak mengapalah jika Yusuff menganggap dia lemah kerana pada saat ini, memang itu hakikatnya.
"I can't deny that. Ammar memang perlukan seseorang yang dia boleh percaya untuk menjadi tempat dia mengadu. Dia dah besar, dah mampu memberontak untuk setiap penolakan yang dia terima. Saya tak boleh cakap lebih sebab saya kurang tahu sejauh mana hubungan Datuk dengan dia. Tapi saya boleh jamin, dan saya tahu Ammar really loves you. Kalau tak, dia takkan mengamuk macam tadi" Kata-kata Yusuff membawa ketenangan di dalam hati Datuk Taj. Walaupun Yusuff bukan sesiapa baginya, tetapi kenapa wajah lembut dan kata-kata Yusuff mampu menenangkan hatinya yang bergolak hebat saat ini?
"Datuk tahu tak? Arwah ibu saya selalu cakap, marah seseorang tu ada dua. Satu, kerana dia tak sukakan kita. Dan, dua kerana dia sayangkan kita. Datuk lebih kenal Ammar kan? Dan saya pasti sangat Datuk tahu kenapa dia terlalu marah dan kecewa dengan Datuk" Sambung Yusuff lagi.
Datuk Taj kaget. Kata-kata Yusuff mengingatkan dia pada Ramona. Kenapa lelaki yang berdiri di sisinya itu mempunyai banyak persamaan dengan Ramona? Siapa Yusuff sebenarnya?
"Kamu boleh tolong saya?" Datuk Taj separuh merintih.
Yusuff mengangguk. "Anything for you"
YUSUFF menilik jam di tangan. Sudah pukul 4. Setelah proposalnya diselesaikan dan dihantar kepada Datuk Taj tadi, dia akhirnya dapat menarik nafas lega. Datuk Taj berjanji akan meneliti proposalnya dan memberikan kata putus pada keesokan harinya.
Yusuff mengerling ke tempat duduk sebelah. Sebuah kotak berbentuk hati dan berwarna merah sengaja diletakkan di situ. Dia tersenyum seraya mengangkat kotak tersebut. Tadi, dia sempat keluar untuk membeli sesuatu yang akan diberikannya pada Rania sebentar lagi. Dia selalu membayangkan hidup bahagia di samping Rania. Dia melakar impian dan harapan untuk terus melindungi dan menjaga wanita itu sebaik mungkin. Bahkan, kadang-kadang dia sering didatangi fikiran nakal saat berdua dengan Rania! Dia tahu, dia gatal! Barangkali, sudah miang keladi seperti yang didakwa Rania. Namun dia hanya seorang lelaki dan sebagai seorang lelaki, dia punya nafsu untuk dimanja dan bermanja. Walaupun kadangkalanya dia hampir tewas dengan senyuman menggoda Rania, namun dia tetap kuatkan iman untuk terus bersabar. Dia tidak mahu memiliki Rania dengan cara yang salah meskipun dia dan Rania selalu gagal dalam menjaga batasan!
"Rania! Awak selalu buat saya tak tentu arah! Tapi lepas ni, awak akan terus dalam ikatan saya sebab awaklah satu-satunya penawar saya!" Yusuff tersenyum seraya mencium kotak itu.
MEREKA mengambil keputusan untuk duduk jauh sedikit dari pandangan orang ramai. Pada waktu sebegitu, tasik itu hanya menerima kunjungan beberapa orang pengunjung. Termasuklah dia dan Yusuff.
"Sunyi sikit kan tempat ni?" tegur Yusuff apabila melihat hanya sedikit jumlah orang yang berkunjung.
Rania mengangguk. "Aah. Dah petang-petang macam ni, kebanyakan mereka dah balik"
Yusuff memandang wajah Rania tidak berkelip. Arghhh, wajah itu meski tanpa secalit mekap, kemanisan dan keayuannya tetap terselah. Dia hampir tidak dapat mengawal diri.
"Ada sesuatu ke kat muka saya?" Rania merona merah apabila mata Yusuff tidak lepas-lepas memandangnya. Walaupun sudah berbulan mereka menjalin hubungan cinta, namun dia tetap tewas pada pandangan mata Yusuff.
"Ada. I see love"
Rania menampar lengan Yusuff. Hampehh!! Suka nak buat hati tak tentu arah. Yusuff sudah tergelak. Suka menyakat gadis itu.
"Apa yang awak nak bagitau saya masa dalam kereta tadi? Macam urgent!" Yusuff menukar topik perbualan.Teringat akan perbualan terakhir mereka sebelum berpisah pagi tadi.
"Ohh pasal tu" Rania memandang wajah Yusuff. Dia mula membuka kisah kepada lelaki itu. Cerita yang disampaikan oleh Aziah pagi tadi sehinggalah ke perasaan takut yang dialaminya, tidak ada satu pun yang tertinggal!
Yusuff mendengus. Dia melemparkan pandangan ke permukaan tasik. Nampak tenang dan tidak bergelora, tidak seperti hatinya saat ini! Kalaulah ada penawar untuk menyembuhkan gelora di hati, pasti dialah orang pertama yang akan merebutnya.
Cerita Rania mengingatkan dia kepada Ammar. Rahsia apa yang Ammar cuba perkatakan? Adakah ianya berkenaan dengan hubungan mereka? Atau ada rahsia lain yang sedang Ammar ketahui? Dan adakah mood Ammar yang tidak menentu tadi disebabkan oleh Rania? Atau berpunca daripada dirinya???
"Apa yang kita kena buat?" keluh Rania. Dia sudah melentokkan kepala ke bahu Yusuff.
"Saya tak mampu nak cakap apa-apa. Kalau Ammar dah bertanya kepada Zia, itu bermaksud dia memang sukakan awak. Itu yang saya takutkan. Ammar tu.. Dah bukan macam Ammar yang kita kenal dulu" adu Yusuff sambil mengeluh.
Rania mengangkat wajah memandang Yusuff.
"Pagi tadi, keadaan dia tak terurus. Dia bukan macam tu sebelumnya. Kalau nak dibandingkan, dia adalah antara staff yang paling segak di company. He's a man with full package!"
Rania tidak mampu menafikan kata-kata tersebut. Bahkan, dalam diam dia mengakui kesempurnaan wajah yang dimiliki oleh Ammar. Penampilan lelaki tersebut sangat padan dengan wajahnya. Tidak dia nafikan, wajah Ammar jauh lebih sempurna berbanding tampang Yusuff. Namun, Ammar tetap tidak mampu memenangi hatinya!
"He said something about secrets. Katanya, saya terlalu banyak rahsia yang dipendam. Awak rasa rahsia apa yang dia maksudkan? Hubungan kita atau benda lain?" Yusuff memuntahkan kebimbangan. Jika benar rahsia hubungannya dengan Rania terdedah di mata Ammar, maka itu bukan rahsia lagi. Dia akan menggunakan psikologi untuk berbicara dengan Ammar.
"Mungkin. Tapi lambat-laun pun dia akan tahu jugak kan? Jadi terpaksa atau tak, kita kena bersiap-sedia" sahut Rania.
Yusuff sudah dipaut rasa takut. Sesungguhnya dia tidak mahu kehilangan Rania tetapi jika Ammar atau Datuk Taj meminta sesuatu yang berkaitan dengan gadis itu, sanggupkah dia berkorban? Dia takut kehilangan Rania, tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu kehilangan Ammar dan Datuk Taj.
Genggaman Rania dibalas. Erat dan kemas. Dia berharap, semua mimpi buruknya tadi akan berakhir selepas ini.
"NIA. I have something for you" Yusuff menggapai kotak hati yang diletakkannya di seat belakang. Kemudian, dengan ucapan bismilah, dia membuka kotak tersebut lalu diajukan kepada Rania.
"Nia. Jadi yang halal untuk saya"
Rania terkesima. Yusuff sedang melamarnya. Dalam dia berperang dengan perasaan takut akan Ammar, Yusuff hadir membawa senjata paling ampuh untuk ketakutannya. Bagaimana bisa dia menolak jika hati sudah terjatuh sayang pada lelaki itu?
"Kita harungi semua ni bersama-sama. Saya tahu, saya mungkin belum cukup sempurna di mata awak, tapi saya nak awak tahu, saya betul-betul ikhlas. I really want you, Rania Raudhah!"
Rania menyeka airmata yang jatuh berguguran. Dia mengangguk pantas. Memang ini yang dia inginkan dari Yusuff. Dia ingin melabuh bahtera bersama Yusuff, mengharungi setiap liku-liku perjalanan hidup bersama. Bagaimana bisa dia hidup jika bukan bersama Yusuff?
Yusuff tersenyum bahagia melihat tindakbalas Rania yang positif. Lantas, cincin yang tersemat indah di dalam kotak ditarik keluar. Jari manis Rania diraih lalu disarungkan cincin itu ke situ.
"It's perfectly perfect!" luah Yusuff saat cincin yang tersarung ke jari Rania betul-betul muat. Ternyata, dia tidak salah dalam membuat pilihan.
Dia sempat menyeka mutiara jernih yang mengalir ke pipi. Meskipun secara tidak rasmi, namun dia sudah punya ikatan dengan Rania. Dia akan memiliki Rania dalam waktu yang terdekat ini. Itu janjinya.
SUDAH seminggu Rania tidak bersua muka dengan Yusuff. Sejak dia dilamar di dalam kereta tempoh hari, sejak itulah Yusuff mula menghilangkan diri. Panggilannya tidak dijawab. Mesejnya pula terbiar begitu sahaja. Bahkan kereta Yusuff juga sudah tidak kelihatan. Rania mula dipagut rasa bimbang. Tempoh seminggu sudah cukup untuk dia bersabar dengan semua ini. Dia tekad, dia harus menemui Yusuff dan meminta penjelasan daripada lelaki itu!
Oleh itu, Rania meminta kebenaran dari Hanie untuk meminjam keretanya. Kereta Rania sudah tidak dapat digunakan lagi. Terlalu banyak kerosakan sehingga dia sendiri buntu harus bagaimana. Untuk tempoh itu juga, keretanya dibiarkan bermalam di bengkel Ah Choi kerana dia juga sudah terbiasa dihantar oleh Yusuff sebelum ini. Apabila Yusuff menghilangkan diri selama seminggu itu, dia dan Aziah hanya menumpang Hanie.
Kehilangan dan kesenyapan Yusuff menjadi tanda tanya. Bukan dia tidak pernah merisik khabar melalui Luqman tetapi jawapan dari lelaki itu menghampakannya. Yusuff sudah seminggu tidak pulang. Katanya, ada urusan yang harus dia selesaikan. Tetapi tidak pula Luqman nyatakan dengan tepat di mana keberadaan Yusuff yang sebenarnya.
Bahkan dia juga pernah menyuarakan kebimbangan kepada Aziah. Menurut Aziah, Yusuff masih ke tempat kerja dan lelaki itu baik-baik sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi yang menghampakan Rania apabila Aziah juga tidak mampu menebak dengan pasti ke mana arah tuju Yusuff sesudah jam 5 petang.
Rania memarkir kereta bersebelahan dengan kereta Yusuff. Demi terpandangkan Almera milik lelaki itu, hatinya melonjak gembira. Maknanya, Yusuff memang ada di situ.
Rania menapak ke lif. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Tersembul wajah Ammar di situ. Penampilan lelaki itu sudah kembali seperti biasa. Tidak selekeh dan seteruk seperti yang pernah Yusuff khabarkan dulu.
Rania hilang mood. Dia tidak berharap menemui lelaki itu!
Ammar tersenyum. "Nia! What are you doing here?"
"Ohh saya nak jumpa Yusuff. Ada hal"
Ammar berubah riak. Namun riak itu mampu dia sembunyikan sebelum Rania menangkapnya. Pintu lif masih terbuka, " Come, kalau nak tunggu lif seterusnya, nanti tak sempat awak nak jumpa Yusuff"
Rania masih tidak berganjak. Untuk semua yang telah berlaku, dia masih menyimpan seribu ketakutan pada lelaki yang bernama Ammar ini. Dia lebih rela menunggu seribu lif daripada harus berduaan dengan lelaki itu. Namun mengenangkan kembali kata-katanya sebentar tadi, dia beranikan diri juga. Yusuff harus ditemui!
"SO, you are planning to meet him here?" tanya Ammar seraya menapak mendekati Rania. Dia sudah banyak bersabar dengan gadis yang satu ini! Bahkan dia seperti orang gila mencari tahu hubungannya dengan Yusuff. Rahsia yang mereka berdua simpankan menjadi asbab dia begitu menggilai Rania. Jika dulu Rania selalu mengelak untuk bertemu dengannya, namun tidak sekarang. Gelarlah dia apa sekalipun, namun dia tekad. Rania harus dimiliki! Jika tidak dengan cara halus, maka dia tiada pilihan kecuali menggunakan kekerasan!
Rania menapak ke belakang. Sehinggalah badannya sudah bersatu dengan dinding, dia harus akur untuk tidak bergerak. Dia menggigil. Ammar semakin galak mendekatinya. Sehinggakan tubuhnya sudah dikunci dalam penjara lelaki itu!
"Awak cantik Nia! Wajah awak, mampu buat saya gila!"Ammar berbisik ke cuping telinga Rania. Dia hampir hendak mengucup pipi gebu itu, namun tangan Rania tangkas menolak tubuhnya sehingga dia terdorong ke hadapan.
"Ammar, tolong hormat saya!" Rania sudah separuh menjerit. Dia hendak menangis namun ditahannya saja airmata dari mengalir keluar.
Hilang segala seni mempertahankan diri yang dimilikinya. Apabila berhadapan dengan Ammar, dia tidak mampu untuk bergerak walau seinci sekalipun.
Ammar membetulkan kotnya. Dia melemparkan pandangan ke wajah Rania yang kelihatan takut. Dia sudah hilang arah.
"I'm sorry Nia" Dia menarik tangan Rania namun gadis itu pantas menepis.
Rania benar-benar sudah ketakutan! Apabila pintu lif terbuka luas, Rania menarik nafas lega lantas menapak keluar meninggalkan Ammar di situ.
Dia meneruskan langkah ke bilik Yusuff. Dari jauh, Rania dapat menangkap suara Yusuff yang sedang rancak berbual dan ketawa bersama seseorang. Rania diserang cemburu. Aziah! Dia yakin, dia tidak silap dengar. Itu suara Aziah.
Rania memasang telinga.
"Lepas settle semua projek ni, I'll treat you dinner. Kau nak makan kat mana, kau cakap je. Aku belanja. But make sure, not too demand!" Kata-kata Yusuff mengundang tawa Aziah.
"Okay, belanja aku steamboat! Tu yang paling murah yang boleh aku fikirkan. Perut aku ni, selalu mengidam nak makan steamboat. Kau kena penuhi keinginan aku sebab aku dah bersusah payah yakinkan Datuk Taj and all the board members! And they bought my words!"
Yusuff menghela nafas. Langkah diatur mendekati Aziah. Seketika, keadaan bertukar sunyi.
"Kau... cantik Ziah! Bijak! It's such a lose to not have somebody like you"
Rania sudah menutup telinga. Ayat-ayat yang keluar dari bibir Yusuff menghancurkan hatinya. Bagaimana Yusuff sebisanya melupakan janji yang pernah dia ungkapkan dahulu? Semudah itu Yusuff berpaling daripadanya. Apakah salah dan khilafnya pada lelaki itu? Siapakah dia pada Yusuff?
Share this novel