"AMMAR tu..." Rania tidak jadi hendak melanjutkan kata-kata apabila sepasang mata redup milik Yusuff menjamah pandangan matanya. Rania mengalah. Dia menundukkan wajah kerana tidak mampu untuk terus menatap wajah itu. Risau jika dia yang terlebih hanyut sementelah hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta itu.
Yusuff sempat menyimpul senyum. Rania pasti akan menunduk malu tiap kali mereka bertentang mata. Namun, tidak gadis itu tahu akan getaran hatinya tatkala pandangan Rania bersatu dengannya. Dia juga manusia biasa, punya nafsu dan sejujurnya, dia tidak mahu kalah oleh nafsu itu selagi Rania belum sah miliknya.
" Ammar tu kenapa?" Sambung Yusuff pula, teringat akan ayat Rania yang sempat tergantung sebentar tadi.
Rania sempat blurr. Tapi setelah beberapa ketika, dia dapat menangkap maksud kata-kata Yusuff.
" Saya masih tak percaya Ammar tu adik awak. Awak berdua....." Rania berjeda lagi. Yusuff mengangkat kening sambil memandang wajah Rania, mencari maksud di sebalik ungkapan gadis itu.
" Yusuff, pandang depan. You are driving!" sergah Rania. Risau pula dia jika terjadi apa-apa kepada mereka berdua.
Yusuff akur. Pandangannya berkalih ke muka depan. Seketika, Rania memulakan kembali bicaranya yang tergantung tadi. " Awak berdua macam dua dunia yang berbeza. Ammar tu adakalanya serius, but sometimes a bit childish! Awak pula, whole time diam membisu. Dan, sangat pandai menyimpan rahsia"
" Tapi saya yang dapat tempat di hati awak kan?" Yusuff sengaja hendak menyakat Rania.
" Yelah. Mestilah. First ranking tau? Takde sapa boleh lawan. Amran Yusuff" sahut Rania pula. Yusuff tersenyum keriangan. Gadis yang sekian lama dipuja sudah berjaya dimiliki. Kini, dia harus berdepan pula dengan Ammar dan Datuk Taj. Kuatkah dia?
" Rasanya, mungkin dari didikan kot. Ammar dan saya membesar dalam situasi yang berbeza. Saya dibesarkan dengan arwah ibu. Ibu selalu ajar saya mengikut syariah Islam. Dan dia selalu tekankan yang dalam hidup ni kita kena selalu positif dan percaya pada Allah. Tak kira apa-apa kesusahan pun, kalau kita percaya pada Allah, Dia pasti akan tolong kita. Dan percaya rezeki tu datang dari Allah" ujar Yusuff panjang lebar.
Rania tersenyum dan mengangguk setuju. Inilah salah satu sifat yang ada pada Yusuff yang sangat digemarinya. Walaupun lelaki itu pendiam, namun bicaranya mampu menggugat emosi.
" Dan pasal Ammar, saya rasa mungkin dia dididik sebaliknya. Sebab dia tak dibesarkan dengan ibu. Tapi dalam kawalan papa. And yet, dia ada mak tiri dan saudara tiri yang mungkin baik mungkin jahat pada dia. Tu sebab sikap dia macam tu. Tak boleh salahkan dia jugak" sambung Yusuff lagi, diiringi senyuman manis.
" Saya rasa kan, hidup Ammar tu macam cerita Bawang Merah Bawang Putihlah. Yang selalu kena dera dengan mak tiri dan saudara tiri dia. Pastu kena suruh buat kerja tu, kerja ni. Last-last, dia dapat jugak kawen dengan putera raja" Rania mula berseloroh.
Yusuff sudah tergelak. " Itu kisah pasal perempuan. Awak ingat, Ammar tu perempuan ke?"
" Ala, Ammar tu Bawang Merah versi lelaki!"
" Awak ni merepeklah sayang!"
Rania terkedu. Sayang??? " Awak panggil saya sayang ke tadi?"
Yusuff terkesima. Alahai, mulut ni! Tak menyabar pulak ko ya!! " Ehhh, mana ada! Awak salah dengar kot" sangkal Yusuff.
" Eeee mana ada salah dengar. Saya tak pekaklah. Awak panggil saya sayang tadi" Rania sudah mengacah-acah pinggang Yusuff membuatkan lelaki itu terkekek-kekek. Tidak mampu menepis setiap serangan yang dilontarkan Rania, Yusuff menggapai tangan Rania lalu digenggam erat jari -jemari gadis itu.
" Okay-okay. I called you sayang earlier" Yusuff menyerah kalah. Rania memberhentikan tindakannya. Jari-jemari mereka bersatu.
" Sorry kalau awak tak selesa" tutur Yusuff lembut. Risau juga dia sekiranya gadis itu memberontak dalam diam. Dia inginkan Rania, dan dia mahukan kebahagiaan mereka bersama.
" Awak janganlah cakap macam tu. Saya lagiiiiiiiiii suka tauu? Awak panggillah selalu ye?"
" Betul ni?"
Rania mengangguk pantas. Biarlah kalau Yusuff fikir dia tergedik-gedik kerana gediknya hanya untuk lelaki itu.
" Thanks sayang" Jari-jemari Rania dikucup perlahan.
" So, apa plan awak lepas ni? Maksud saya, plan awak nak kenal Ammar lebih lagi?" Rania mulakan penyiasatan, kot-kot ada plan bernas Yusuff.
" Saya belum terfikir apa-apa lagi. Buat masa sekarang ni, semua yang terdedah di depan saya macam baru je berlaku. Saya tak mampu nak terima semuanya semudah ni. I'm not strong enough" Yusuff separuh merintih. Wajah Rania dipandang sekilas.
Keretanya membelok ke bahu jalan. Berhenti di situ, dan mematikan enjinnya. Keadaan sepi seketika. Hanya bunyi aircond kereta yang mengisi ruangan sunyi itu.
" Saya akan tolong awak" Rania pelawa diri. Yusuff yang menunduk lantas mengangkat wajah memandang tampang gadis itu. Sedikit sinar harapan mulai terbit di wajahnya.
" Saya tak nak susahkan awak. Lagipun, ni masalah keluarga saya"
" Saya bukan keluarga awak ke?"
Yusuff terdiam. Secara tak rasminya, ye, memang Rania sudahpun menjadi sebahagian daripada hidupnya. Namun dia tidak mahu Rania terjebak sama di dalam permasalahannya. Tetapi untuk bergerak seorang juga dia tidak siap.
" Kita akan fikirkan masalah ni sama-sama okay? You have to be strong, even if you think you are not. Awak tak bersendirian. Saya ada, Luq pun ada. Tapi untuk masalah ni, lambat laun kita kena bagitau Luq. Kita tak boleh rahsiakan apa-apa lagi dari dia"
Yusuff mengukir senyum sambil mengangguk. Dia terlupa akan Luqman. Terlalu banyak rahsia yang dipendam dari pengetahuan Luqman. Entah apa penerimaan lelaki tersebut jika kebenaran terdedah di hadapannya.
" Nia..."
" Hmmmm?"
Pandangan mereka bersatu. Ada rasa cinta terbit dari dua pasang mata itu.
" Jangan tinggalkan saya"
" Never. I promise" Rania mengajukan jari kelingkingnya kepada Yusuff. Kelihatan agak kebudak-budakan pada pandangan mata Yusuff, namun dia turutkan juga perlakuan Rania. Dua jari kelingking bersatu dan dua hati sudah berikrar. Di luar sana, hujan sudah mula membasahi lantai bumi. Setitik demi setitik. Kemudian kedengaran deras.
" Sayang..."
" Hmmm?"
Wajah Yusuff mendekat. Tiga inci. Dua inci. Satu inci. Sampaikan Rania terasa sesak untuk bernafas. Masing-masing bisu untuk menghambur kata, yang pasti bibir Yusuff sudah mula melekap pada bibir Rania. Seminit. Dua minit. Tiga minit dan......
" Yusuff!!"
Share this novel