Bab 2

Drama Series 5038

Menonong sahaja fasha berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan ini tentu dek amarahnya pagi tadi yang masih berbaki.

Sungguh pantas kakinya berjalan tidak peduli lintasan orang lain yang pasti dia perlu keluar dari sini yang membuatkan hatinya tersangatlah perit.

Belum sempat dia menuju ke pintu utama IH badanya sudah terdorong kebelakang dek bahunya dirempuh dengan badan perkasa serta membuat dirinya tidak dapat keseimbangan gara -gara kasut Gucci tingginya mencecah 8 inci tidak semena - mena kasut tinggi itu juga dipersalahkan padahal kecuaian datangnya dari diri sendiri.

Diikutkan ramalan dia akan jatuh seperti cempedak busuk tetapi nasib menyebelahi dirinya kerana susuk tubuh sasa itu menarik tangan dan pinggangnya dari jatuh terjelepok.

Kini sepasang mata berbentuk hazelnut tajam seperti helang sesiapa yang melihatnya pasti tertunduk dan menusuk ke kalbu kini telah berpaut dengan sepasang mata berbola hazel cair yang cukup menawan tanpa sedari masa seakan terhenti dan putaran bumi 360 darjah turut terikut terhenti pada paksinya.

Sedar dari lamunan hayalnya cepat - cepat Fasharina menolak tubuh sasa jauh dari dia.

" errr excuse me? sudahlah tidak kenal senang - senang jer pegang anak orang!"

mata helangnya dijengilkan kepada jejaka itu sekali lagi membuatkan jiwa seseorang lelaki dihadapannya semakin berkocak melihat mata cantik itu.

" one more thing, jalan guna mata bukan dengan lutut!"

sebelum dia beredar dari situ satu peninggalan kata - katanya yang sangatlah pedas biar jejaka sasa itu terkulat - kulat disitu dan terasa kata - kata puakanya.

Rambutnya dilibas seirama dengan kepalanya menoleh ketempat lain tidak lalu memandang wajah jekaka sasa tadi.

Ceh, no test konon? entah siapa - siapa senang sahaja pegang orang sesuka hati padahal jantungnya seperti meraton berdegup dengan laju sekali melihat jejaka kacak di depan matanya tadi.

Mata lelaki sasa tadi sempat menjeling sudahlah tidak berterima kasih berlagaknya persis diva yang tidak pernah mensyukuri apa yang berlaku tadi perangai pula macam hantu langsuir.

Badan langsing Fasharina terus hilang dari pandangan jejaka sasa tadi.

Menggeleng - geleng kepalanya teringat peristiwa tadi sepatutnya dia yang berkata sedemikian tetapi perempuan tu sebaliknya yang lontarkan buah keras kepadanya dia yang kena langgar dia pulak kena maki?harap sahaja cantik tetapi akhlak tidak seiringi, Ish ish ish.....

Tuan Daniel Arifin Bin Dato Tuan Aryan Shah atau dikenali Daniel memiliki badan sasa persis artis Tengku Ariffin seirama dengan namanya dan wajahnya seiras pelakon hollywood Jonny Deep pada zaman mudanya cuma bezanya dia tidak memiliki jambang seperti artis Hollywood tersebut sesiapa yang melihat pasti akan tertawan aduhai cair....

Tuan Daniel berdepan dengan office milik ayah Fasharina tadi sebenarnya dia kenal sahaja perempuan berlagak diva tadi walaupun muka zaman anak rebina sudah berubah tapi perangai berlagak diva tak pernah nak diubah.

Sebelum dia masuk terlebih dahulu dia mengetuk pintu dan memberi salam alahai sejuk perut ibu mengandungnya kerana budi sopannya.

"Pak yah sihat?"

Daniel menghulur tangannya dan menunduk cium tangan tua milik Tan Sri Tengku Hisyam yang dipanggil Pak Yah tadi mungkin mereka mempunyai hubungan silaturahim yang sangat rapat walaupun bukan sedarah sedaging.

"Alhamdulillah sihat sahaja tapi pening - pening sikit jer biasalah orang tua kan."

Tan Sri Tengku Hisham cuba tersenyum walaupun pahit masakan tidak dia baru sahaja berperang dengan anak gadis tunggalnya.

Alangkah indahnya dia mempunyai anak yang menjaga adab dan mengambil berat tentang dirinya seperti anak jagaannya Tuan Daniel yang dulu pernah dia menjaga jejaka itu kerana kedua orangnya berurusan di luar negara walaupun hidup berada seperti Fasharina tetapi masih ingat asal - usulnya dari mana.

'Bertuah kau Aryan memiliki anak yang baik seperti Daniel.' puji Tan Sri Hisham dalam hati.

"Bila kamu balik sini tidak dengar khabar atau berita pun tiba - tiba sudah muncul kat sini? "

Tan Sri Tengku Hisham memulakan bicara senyum sahaja Daniel apabila ditanya sebegitu.

"saja jer pak yah nak buat kejutan."

"ada - ada jer kamu ni."

walaupun mukanya dihabis pulas untuk memancarkan dia sedang gembira apabila anak jagaannya sudah pulang ke tanah air tetapi riak wajahnya yang terpalit kemurungan sudah dapat dihidu oleh Daniel.

" Mana Fasharina Pak yah?"

dia sengajakan kemukakan soalan begitu walaupun sudah tahu bak orang kata sudah nampak pura - pura tidak tahu.

Tan Sri Tengku Hisham mengeluh berat tidak payah bercakap Daniel sudah tahu apa yang terjadi pagi tadi.

"Ni mesti dia buat hal lagi?"

"Nak buat macam mana lagi Daniel dari dulu sampailah sekarang tak pernah nak berubah pelbagai cara dah lakukan keras kepala betul si Fasha tu."

"Sabarlah Pak yah lama kelamaan dia sedar atas perbuatan dia tu."

" Itu kalau dia sedar kalau tak.... agaknya Pak Yah meninggal baru lah dia nak sedar."

Dahinya dikerut kesal atas tingkah laku anak tunggalnya.

"Kenapa Pak yah cakap macam tu kan kata - kata satu doa."

Daniel memerhati raut wajah Pak Yah sendunya walaupun umur memakan usia tetapi wajah Pak yah masih tampan layaknya seperti awet muda lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience