Biasalah mana - mana ayam tidak kisahlah ayam kampung ke? Ayam hutan ke? Ayam jantan ke? Pagi - pagi lagi sudah berkokok apalagi makin riuhlah suasana kampung sawah sempadan Sungai Burong yang hening ini.
Nasi lemak pandan sambal sotong sudah pun siap sedia terhidang diatas meja siapa lagi kalau bukan kerja si Puan Idah atau digelar mak ngah ibu kepada Haziem paling handal memasak jika ada kenduri - kendara atau majlis di kampung itu semestinya mak ngah lah yang akan menjadi orang keutamaan dalam bidang masakan.
Tidak perlu memanggil atau berteriak bau nasi lemak pandan yang harum lagi memikat mampu memukau segenap ruang dalam rumah papan bercampur batu itu tidak lama kemudian terjengul kepala si Fatin sambil menayangkan barisan giginya tersusun.
"ibu buat apa tuuuuu?"
Muncung bibir nipisnya matanya pula tertacap pada hidangan diatas meja itu. 'Harumnya bau' terus kakinya melangkah laju menurun anak tangga kayu tergeleng - geleng mak ngah melihat kelakuan anak bongsunya yang tidak ubah macam kanak - kanak riang apabila nampak makanan terhidang kalah si aman budak remaja tiga suku.
"Amboi! anak ibu ini kalau ibu tak buat nasi lemak pandan mahu tak dia turun jenguk - jenguk ibu kat dapur ni. "
Bukan perlian atau rajuk sang ibu hanya nada gurauan untuk bermanja - manja dengan anak dara manisnya.
"hehehehe.."
Fatin menayangkan barisan gigi cantiknya pada ibu tercinta.
"ibuuu, nak adik tolong apa - apa tak?"
"tu nampak kan?"
Mak ngah menunding jari pada balang kaca di isi dengan serbuk kopi, gula, teko dan beberapa cawan disitu tahulah si Fatin apa yang mak ngah mahu dia lakukan.
"nak tolong sangatkan?"
"So..... buat sedap - sedap!"
"siap bos!"
Arahan diterima terus tangan mulus itu pintas membancuh seteko kopi. Tidak lama kemudian datanglah pak musawwir dan Haziem mungkin mereka baru pulang dari pekan apalah yang dia orang cari tidak tahulah ada - ada jer dua beranak itu.
"Abah!"
"Along!"
"mai sini makan sedap sangat ibu punya nasi lemak pandan rugi tak mencuba"
Sudah dua pinggan Fatin melanyak nasi lemak pandan lagi - lagi sambal sotong semakin bertambah seleranya.
"Eh dik, agak - agak lah makan tu favourate along jgk nasi lemak pandan tu tadi beria sangat jemput along makan ni tinggal berapa kerat jer nasi?"
"siapa suruh lambat kan dah habis"
"uwerkkk!!"
Si adik menjelir lidah apalagi hidungnya menjadi sasaran si Haziem
"adoi sakitlah along! "
"padan muka itulah jerlih lidah lagi kan dah kena!"
"ada lagi dalam periuk nasi nanti ibu sendokkan"
Kata Mak ngah sambil menyedok nasi lemak dalam periuk kepalanya sudah tergeleng - geleng sambil tersenyum kasih dengan karenah anak - anaknya ' alahai anak penyejuk hati'
"haishh, korang berdua ni kalau jumpa tak sah macam kucing dengan anjing asyik bertengkar sahaja tapi kalau yang sorang jauh yang sorang disini tanya pula?"
"Along ini lah abah"
Fatin mengadu manja tempat duduknya juga sudah bertukar tiba - tiba sudah bersebelah dengan abahnya kepalanya sudah melentok pada bahu pak musawwir, elehh mengadu lah tu!
Sebelum budak masam itu mengadu lebih baik dia start enjin terlebih dahulu.
"dik, masa kau study oxfort United Kingdom kat Chicago tahun lepas."
"ya allah! Aku rasa kau tak balik sini pun takpa, ni haa! Ibu dengan abah ni asyiklahh..."
"agung - agungkan along,"
"timang - timangkan along hayoooo tak terluak kasih sayang ibu abah tau!"
Apalagi tabik dada lah si along yang si bongsu pula sudah mecemberutkan wajahnya tidak asing lagi seperti asam keping.
Terkejut si ibu mendengar karenah anak sulongnya si abah pula sudah tergeleng - geleng sambil tersengeh melihat anak - anak mereka ada sahaja yang mahu dibahaskan.
"ibuuuuu...."
Si adik mula merengek meminta simpati pada ibu rambut lurusnya itu diusap - usap dengan kasih sayang.
"semua ibu sayang"
***
Beg sandang brown clean kelvin CK dan luggage juga disandarkan pada pintu depan masing - masing juga sudah tercegat di pintu itu apabila anak teruna mereka sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur semula.
"ibu, ayah, aziem gerak dulu takut lewat sampai sana."
"Iyerlah, hati - hati dalam perjalanan"
"kalau mengantuk, tak larat berehat yer nak..."
"baik ibu abah"
Tangan mereka dicium dengan lembut sayu hati sang ibu dan abah melihat anak teruna mereka ada sepasang bola mata asyik memerhatikan gerak - gerinya hanya mengintai - ngintai di sebalik tirai jendela.
"tak payah lah dik kau nak intai - intai kat situ along nak gerak ni kang along dah pergi orang tu rindu pulak kat orang sini"
Tahu sangat perangai adik bongsunya yang suka memintak untuk dipujuk kalau tidak dipujuk panjanglah rajuknya sampai ketahun depan, sambil - sambil sibuk mengikat tali kasut canvas perlahan - lahan adiknya menurun tangga tapi sikit pun tidak toleh pada along. Elehh, nak manja - manja lah tu!
"okaylah abah, ibu, along gerak okay nanti dah sampai along whatsapp or call?"
Mereka hanya menganggukkan sahaja kepala baru sahaja haziem melangkah pergi si adik tiba - tiba memanggil.
"Along!"
Haziem menoleh kearah adiknya yang matanya sudah bergenang, hidung tanda merah, haaa! dah nak start drama sinetron lah tu?
"come me?"
Haziem mendepangkan kedua - dua tangannya terus fatin meluru kepada abang kesayangannya apalagi babak air mata si anak bongsu sudah bermula dengan semahu - mahunya dia merembeskan keluar empangan air matanya kalau berdekatan asyiklah bertengkar macam tom and jerry kalau jauh rindu - rinduan pula itulah dikatakan adik beradik bagai 'air dicincang tidak akan putus'
mata - mata ibu bapa mereka hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka sudah masak benar dengan perangai mereka.
"sudah - sudah lah tu fatin!"
"along kamu tu setiap hujung minggu dia balik sini lagi bukannya pindah terus ke kuala lumpur!"
Pak musawwir sudah menggeleng - gelengkan kepalanya ada sahaja perangai dua anak beranaknya itu.
Share this novel