Bab 35

Drama Series 5038

"Papa mama tolong jangan tinggalkan Fasha...!

"Fasha rindu mama dengan papa..!"

"Fasha nak mama papa...!

"PAPA!"

*Zap!

Bagaikan terkena renjatan elektrik tubuhnya tersentak lantas Fasharina sedar dari tempat katil dia melihat sekelilingnya kini dia berada dalam wad hospital.

"Ya allah Fasha..."

"Alhamdulillah, kau sedar juga.."

"Risau betul aku tengok kau pengsan tadi"

Izzati mengusap lembut tangan dan rambut panjang ikal mayang kawannya

"Doktor cakap kau kurang air dalam badan"

"Zatt...Papa dan Mama aku mana?"

Fasharina mengubah topik langsung tidak mahu ambil tahu tentang kesihatan dirinya kerana di dalam kepalanya hanya papa dan mamanya sahaja.

"Fasha.... Makan dulu jom kau tak makan lagi dari tengahari nanti kau sakit lagi.."

Izzati memujuknya keningnya sudah berkerut mempamirkan riak risaunya melihat wajah pucat sahabatnya.

"Izzati..aku tanya ni papa dengan mama aku mana..?

"Diorang dah sampai rumah?"

"Jom balik Zatt...kita dah janji nak celebrate mama papa aku pulang"

Fasharina mengoncang lengan Izzati hanya terdiam tidak mampu mengeluarkan kata - kata hanya merenung tepat pada mata hazelnut helang itu kemudian mata bulatnya berkaca - kaca perlahan - lahan dia memeluk sahabatnya.

"Kau ni sempat nak berpeluk pula kat rumah nanti lah kita peluk ramai - ramai.."

"Cepatlah Zatt...nanti diorang risau pula kita takda kat sana"

"Fasharina...mama dan papa kau dah takda mereka dah meninggal dunia sekarang ni jenazah papa mama kau sedang diuruskan petang ni Insyaallah dikebumikan"

Satu persatu Izzati menerangkan dengan berhati - hati walaupun suaranya semakin serak kerana terlalu banyak menangis lantas Fasharina menolak bahunya.

"Apa kau merepek ni Zatt..?"

"papa dan mama aku tak mati lahhh!"

"Kau jangan buat andaian sesuka hati!"

"Allah....Fasha tolong terima hakikat dan reda atas permegian arwah papa mama kau ini semua dah tertulis dan ketentuan ilahi..."

Izzati cuba memujuk Fasharina tetapi....

"Aku tak nak dengar lagi...!"

Fasha menekup kedua - dua telinganya bagaikan orang kerasukan apabila ada syaitan sedang membisik - bisik di telinganya

"Kau penipu! Kau suka tengok aku derita kan...?"

"Kau memang nak aku tanggung derita ni kan!"

"Aku...aku kecewa kau sebagai sahabat aku Izzati Munirah...aku kecewa.."

"Tak Fasha... Aku lagi sedih tengok kau macam ni"

Izzati memegang bahu Fasharina tetapi rakan baiknya menepis dengan kasar

"Kalau kau tak nak aku sedih..."

"TOLONG KELUAR DARI SINI...!"

"Fasha.....a.aa..aku.."

"PERGI....!!!"

Fasha mencampak bantal pada Izzati perlahan - lahan Izzati keluar dari bilik itu lalu tombol itu dipulas dan menutup pintu segera tetapi dia tidak pergi dari situ hanya tersandar pada pintu dan perlahan - lahan badannya terlorot layu sambil menangis semahu - mahunya....

"Aku minta maaf Fasha..."

"Aku Sayang Kau...."

"Aku tak nak hilang kau..."

Izzati terduduk lemah kakinya dirapat pada dadanya mendengar esakkan Fasharina menangis dengan semahu - mahunya begitu juga dia.

***
Tanah Perkuburan Islam

Kedengaran suara tok imam membaca talqin, kedua - dua jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, hari ini cuaca sangat tenang dan redup perjalanan urusan jenazah juga mudah dan lancar tidak ketinggalan juga pihak media mana - mana rancangan televisyen mahupun liputan dari media sosial turut membanjiri mahu mendapatkan liputan berita baru tergempar, berduyun - duyun mahu mendapatkan Tengku Nur Fasharina untuk mewawancara sedikit informasi tetapi langsung tidak diendahkan mujur ada pihak berkuasa dapat mengawal keadaan yang begitu sesak. Ramai terkilan dan bersedih mendengar khabar berita duka usahawan ternama terkorban dalam kemalangan manakala rakan - rakan perniagaan papa dan mama juga turut serta mengiri jenazahnya.

Tiada lagi esakkan dan air mata dari Tengku Nur Fasharina dia menikus mendiamkan diri sedang merenung kosong tertumpu pada pusara arwah papa dan mamanya.... Selesai Tok imam membaca talqin, Fasha bangun dan menghampiri pusara arwah Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida lalu menabur bunga - bunga merah mawar dan menyiram air di atas pusara kedua orang tuanya diringi juga Izzati sahabatnya dan Datin Rozie serta berikutnya Dato Tuan Aryan Shah.

Daniel mencuri pandang wajah Fasharina walaupun kelihatan pucat dan lesu bibirnya turut pucat dan merekah tetapi masih tampak ayu dan jelita apabila selendang hitam terletak kemas di kepalanya cantiknya wanita itu menutup aurat diam - diam Daniel memujinya. Lama dia memerhatikan Fasharina sedang bersimpuh hanya merenung pusara orang tuanya dengan pandangan sayu membuatkan dia semakin pilu melihat Fasharina seperti 'ibu ayam kehilangan anak' entah kenapa dia rindu Fasharina yang suka mensabotajnya, melawan segala arahannya tetapi terpaksa mengikut arahan gilanya dan segala - galanya tentangnya... rasa mahu datang kepadanya dan menenangkan hati duka laranya.

Baru sahaja Daniel menghampiri Fasharina Haziem terlebih dahulu sudah datang mendekat kepada Fasharina lalu mereka berlalu dari situ mungkin Haziem mempelawanya untuk menghantar pulang...Paling membuatkan hatinya terbakar apabila tangan Haziem mencapai tangan Fasharina digenggam dengan erat, lagi lah membuatkan dia semakin cemburu walaupun di hati kecilnya selalu manangkis perasaan terhadap wanita itu. Hatinya kecewa cemburu di dada bertaut sembilu apakah benar sepupunya mahu memperisterikannya..? Lalu Daniel juga pergi dari situ dengan perasaan yang pilu...

Tinggalah seorang sedang duduk berteleku di atas batu disitu perlahan dia bangun dan berlalu dari situ, Dato Tuan Aryan Shah menghentikan perjalanannya dari tujuh langkahnya lalu dia mendongak atas memandang langit serta awan sedang berarak matannya menjadi kecil apabila biasan sinaran matahari memantul pada anak matanya lalu dia mengorak senyuman manis

"Hisham.... Hari ini ramai yang mendoakan dan mengiring jenazah kau dengan Aida begitu ramai yang sayang kepada kau dan Aida, sahabat...."

"Cuaca juga begitu tenang sekali....urusan perjalanan kau disini juga dipermudahkan semoga perjalan engkau dan Aida disana turut dipermudahkan segalanya.."

" Hari ini kau pergi meninggalkan aku sampainya waktu aku juga turut akan mengiri mu..."

"Nanti aku melawat kau lagi yer..."

Dato Aryan meninggalkan tanah perkuburan itu sempat dia menoleh pusara rakan baiknya lalu tersenyum kendur seolah dapat melihat sahabat baiknya Hisham sedang mengorak senyum bahagia disamping isteri tercinta.

"Selamat jalan sahabat dunia akhirat ku..."

Detik hati Aryan, lalu melangkah pergi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience