Lagi 1 jam sahaja angka nombor jam itu menuju pada pukul 10:00 malam seumur hidupnya bekerja di company ini belum pernah lagi dia bekerja selewat ini kerjanya pula masih bertimbun.
"Eeeee, geramnya! Kau memang saja jer kan nak kenakan aku kau tengok nanti ada lori mesti ada tayar bila- bila hari hutang aku kau mesti bayar!"
Sekarang jam menunjukkan pukul 10:30 p.m Fasha merenggangkan seluruh saraf badannya membuatkan dia lega sementara, fail - fail yang berlambak di atas mejanya ditenung geram amarahnya masih berbaki pada siang tadi sehingga kini terpaksalah dia angkut semua fail ini masuk ke dalam bilik pejabat papanya dan letak atas meja
"kenapa tak suruh 3 hari 2 malam sahaja aku menginap kat sini kalau boleh bagi pakej aku berkampung kat sini! "
sepanjang mengumpulkan fail - fail bibirnya mengomel - ngomel bersendirian masih teringat peristiwa pagi tadi.
Tangan mulusnya memulas tombol tapi tidak bergerak dia cuba berkali - kali langsung tidak terbuka 'kunci?'
*Ting!
satu notification keluar dari handphonenya lalu dia melihat pada tertera pada skrin..
Kunci ada kat aku turun bawah kat tempat parking kereta level B2
-unknown-
*Ting!
Dalam masa 5 minit tak ambik kunci ni kat aku jangan salahkan aku kalau kau terkunci dari dalam
-unknown-
Fasha mengetap bibirnya tidak tahu hendak berkata bagaimana kalau dimaki buah paku keras datang balik kepadanya lebih baik kunci dan diam sahaja TITIK!
"macam mana mamat ni dapat nombor aku ni mesti diorang yang bagikan suka - suka je bagi tanpa kebenaran!"
Nak tak nak terpaksa lah dia turun untuk ambil kunci kat si mamat poyo tu! punat butang B2 lift ditekan sebaik sahaja sampai dia menapak keluar matanya pula melilau mencari kelibat si mamat poyo tiba - tiba jantungnya berdegup kencang seperti sedang melakukan acara maraton laluan parking memang begitu sunyi sehingga angin lalu pun boleh didengari matanya asyik - asyik menoleh kebelakang, kekiri dan kekanan seperti ada sesuatu yang sedang memerhati dan mengikut gerak gerinya fasha mempercepatkan langkahnya kenapalah time begini bulu romanya meremang semacam "haishh, mana mamat poyo ni ke dia saja nak prank aku entah - entah memang betul pun" sempat pula si belagak diva ini bermonolog sendiri
Tiba - tiba tangannya ditarik mujur tidak tersungkur atau tercium dahi lantai tidak pasal - pasal nanti dahinya berbenjol seketul.
"Hei, apa ni main tarik - tarik!"
"sakit tahu tak!"
Fasha mengadu kesakitan pada pergelangan tangannya yang sudah kemerahan sempat dia menggosok - gosok bagi mengurangkan rasa pedih.
"Fasha...."
Fasha mendongakkan kepalanya mahu melihat siapa gerangan yang menariknya tanpa insurans itu baju kepala hoodie ditanggalkan hanya topi hitam sahaja dibiarkan dan terletak atas kepalanya.
"Farid?"
"kau nak apa lagi bukan ke aku dah bagi warning jangan muncul depan aku lagi!"
"kau ni jenis manusia macam mana yer memang tak reti bahasa ke?"
Dia betul - betul meluat dan benci melihat kasanova di hadapannya betul - betul menyakitkan hati disebabkan dialah Tan Sri Tengku Hisham kecewa dengannya disebabkan durjana tu jugalah Company Immortal Holding hampir muflis iyer disebabkan mamat tidak guna itulah dia menjadi seperti lembu di cucuk hidung why masa tu dia terlalu bodoh sangat sehingga tidak dapat membezakan kaca dan permata hanya menampakkan berkilau ia sudah mampu diperdayakan.
"Fasha listen me.."
" I swear, hidup I betul - betul kosong bila you takda dengan I so please dont leave me and just stay with me, alright? "
"I still love you...sumpah!"
Fasha memberi senyuman sinis rasa nak ketawa pun ada loya tekak dengar semua kata - kata janji manis lapuk itu, mata helangnya menikam biji mata hitam Farid dan kepalanya digeleng - gelengkan 'memang jenis manusia tak faham bahasa'
"berani kau suruh aku jangan tinggalkan kau...an?"
"Haishh, Farid, Farid..."
"Kau ingat aku cair? Terpedaya dengan kata - kata buaya kau? Mimpi bolehlah..."
"lebih baik kau simpan ayat - ayat manis kau yang memang tak boleh pakai tu bagi kat perempuan bohsia tepi jalan then mesti diorang cair kan? Kan?"
"So berambus and get out my life!"
Fasha menolak bidang Farid hampir terdorong kebelakang
"FASHA!"
Baru sahaja dia menapak pergi dari situ sekali lagi tangannya ditarik lalu tubuhnya ditolak rapat ke dinding tangannya dicengkam kuat meronta - ronta Fasharina supaya dilepaskan tapi mustahil Farid hendak melepaskan masa inilah peluang dia membalas dendam yang terbuku di dada selama ini.
"aku dah cakap baik - baik dengan kau, tapi... Kau pulak buat taik kat aku!"
"pandai permainanan bapak kau kan?"
"tak sangka secepat tu kau kaut dan rampas semua syer syarikat bapak aku!"
"kau lupa ke apa yang aku cakap kat kau haritu aku bagi kau tempoh 3 minggu bukan 3 tahun memang patut pon company bapak kau muflis bila - bila masa jatuh kat tangan aku Farid..."
Fasha senyum senget apabila dirinya hampir kemenangan tak sabar rasanya nak tamat permainan dengan si bodoh ni tetapi....
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Farid gelak puas dengan sepuasnya macam orang takda akal Fasha hairan sepatutnya lelaki itu perlu takut sebab bila - bila masa dia akan disaman dengan papanya tapi tidak hanya gelak dan senyuman menyeringai, seram...
"Bapak I ni orang ternama..... Sa....tu Malaysia kenal dia.. Tak mungkinlah orang senang - senang sangat jatuhkan Megat Faisal"
"Baby, dont worry papa I papa U juga kan U kan selalu cakap macam ni kan.."
Farid berbisik pada telinganya hembusan nafasnya betul - betul membuatkan dia naik meremang matanya di pejam rapat - serapatnya yang mungkin...jijik!
"Hurmm cantiknya....."
" sayang sangat....kenapalah aku tak layan kau first class macam perempuan lain sepatutnyer aku utama kan kau baru yang lain."
Tangan kekar itu mula menjalar pipi mulus milik Fasharina
"Kau jangan biadab Farid!"
Fasha menepis tangannya dengan kasar, lelaki kasanova ini betul - betul buat hatinya semakin marak api membakar kemarahannya walaupun dicampur gelisah dan ketakutan menyelubungi diri.
"kau jangan macam - macam dengan aku kalau tidak aku jerit!"
"hushhhh....jeritlah sekuat mana ada ke yang datang?"
Tangannya dironta - ronta untuk dilepaskan sakit dipergelangan tangannya masih berbaki belum lagi hilang.
"TOLONG!
"TOLONG!
Kali ni dia betul - betul jerit dengan sekuat - kuatnya biar seluruh kawasan ini mendengar jeritannya hilang suara pun tidak mengapa asalkan dia selamat daripada manusia yang dah hilang waras ini!
Fasha meronta - ronta lagilah si buaya tidak guna itu suka, dia betul - betul tidak terdaya lagi untuk melawan kudrat tenaga seorang lelaki.
"please, Farid let go me...."
Empangan air matanya sudah pecah dia betul - betul takut dengan watak lelaki yang berhadapannya yang betul - betul jauh dari bumi Farid yang dia kenal bukan macam ni!
"kau menangis lagi buat aku bertambah geram takpe aku just nak kau bayar segala hutang kau pernah ada kat aku?"
"kau nak berapa aku bayar? Please.. "
"nope!"
"just in to ninght and forever your my mine.. baby girl... "
Senyumannya yang menyeringai itu membuatkan dia lagi bertambah takut hampir seluruh anggotanya menggigil ketakutan lalu Farid menarik tubuhnya dengan kuat untuk menuju satu tempat yang tidak dikenal pasti lagilah membuatkan jiwanya gelisah dan meronta dengan sehabis pulas kudrat tenaganya dia meronta - ronta sekuatnya tiba datang satu idea lalu dia menggigit lengan sasa itu dan sikunya menghentak pada perut si kasanova dengan kuat.
"AUCHHH!"
Farid mengadu kesakitan betul - betul senak bahagian perutnya dan pedih pada lengannya akibat kesan gigitan belum sempat Fasha hendak melarikan diri sanggulnya dicengkam kuat habis terurai rambut ikal mayangnya Fasha menahan pedih terasa seluruh urat kepalanya menegang dicengkam kuat.
"kau nak pergi mana...urusan kau belum lagi selesai? "
Kini pipinya pula dicengkam
"Tuihhh!
Fasha meludah tepat pada mukanya membuatkan jantan dayus itu bertambah berang.
"kurang ajar kau betina!"
"PANG!
Fasha sudah tersungkur ke atas lantai menahan keperitan pada pipinya yang terasa pijar dan kebas dek tamparan tadi
"WOI!"
Kedengaran suara garau yang cukup dia kenali suara yang membuatkan hatinya terlalu damai dan selamat pada 14 tahun yang lalu datang kembali dia melihat lelaki itu memberikan tumbukan padu pada bekas kekasihnya yang sangat tidak berguna selepas itu hanya kelihatan samar - samar sahaja dia betul - betul lemah.
"Abang Danie....."
Seluruh dunia menjadi gelap!
Share this novel