Bab 14

Drama Series 5038

Chapter 14

"Tak guna punya jantan belakang aku kau curang depan aku pun kau boleh curang lagi lepastu dengan betina itu yang not class pon kau boleh jalan?"

"huhh, so rubbish!"

Lantai kondo itu dihentak - hentak jiwanya kini benar - benar mencabar kemarahannya tambah pula mamat poyo yang melanggarnya tempoh hari semua plannya langsung tidak menjadi itu semua punca dari mamat poyo itulah kalau dia takda benda ni tak kan jadi lah!

"eh, eh, kau kena ingat sikit ini rumah aku tau if tak sebesar mana pun macam rumah kau aku sayang rumah pemberian mummy dan daddy aku ni kang retak lantai ni nak kena keluarkan modal ini semua duit tau!"

Tergeleng - geleng kepala izzati melihat perangai keanak - anakkan si Fasharina itu tidak habis - habis dengan api kemarahannya itu kalau dah tahu benci, meluat tidak payah lah bersama lagi dengan si buaya kampret itu ini tak masih nak tengok kesetiaan si buaya itu dah namanya playboy antarabangsa tidak akan kesal dengan perbuatannya selagi karmanya tidak datang kepadanya.

"kau tak akan faham lah zatt!"

"kau tak kan faham apa yang aku rasa!"

"yer, aku memang tak faham kalau kau terus dengan perangai macam budak - budak!"

"Fasha, matanglah sikit bukak minda kau sampai bila kau simpan si tak guna tu! "

Izzati memulangkan buah paku keras tiada lagi dah erti jaga perasaan kawan atau berlapik bahasa kalau nama pon dah tidak reti bahasa seperti rakan karibnya dia pun perlu lah seiring dengan rakannya yang mempunyai hati sekeras batu!

Akhirnya Fasharina tewas hanya membisu dan melemparkan jauh di tepi sudut fikirannya betul - betul buntu dan bercelaru dia bukan risau si buaya itu tetapi ada sesuatu bermain dalam benak fikirannya itu.

"Fasha move on lah.."

"ramai lagi lelaki handsome, smart, kaya, high class petik jari semua beratur depan rumah kau."

Lawak hambarnya itu hanya disambut dengan senyuman pahit.

"aku tak fikir pasal itulah tak kisah lah dia nak buat apa depan aku belakang aku ke? hati aku dah mati lelaki bernama Farid hazrel dah mati dalam jiwa aku ni!"

"tapi..

"aku kena dapatkan semula duit - duit yang aku pernah bagi dia pinjam kalau tidak mesti papa marah lagipun duit tu dari client duit syarikat Immortal Holding."

Tercengang Izzati dibuatnya ingatkan rakannya itu bijak dalam menghadapi masalah tapi hakikatnya dia boleh ikut semua kata - kata durjana tu?

"Fasha what wrong kau ni?"

"kau jangan cakap hampir berjuta kau bagi kat dia sebab baik sangat kau memang tak kena pada orang yang tak bertempat ni"

"tapi...."

tak banyak mana kan kau bagi dekat si tak guna tu if kau nak mintak balik se sen pun kau tak pandang kan? "

Izzati memandang wajah kendur Fasha yang hanya diam menepu dan dia mengharap sangat nilai yang diberikan oleh Fasharina pada si buaya tidak berguna itu tidak berapa banyak tapi hakikatnya.....

"errr ti...tiga jj...juta"

"WHAT!"

hampir tersembur air nescafee caramel dalam mulutnya tak sangka pula rakannya ini bodoh tahap master setahu dia si Fasharina tidak akan sesekali menunduk pada sesiapa walaupun anak raja, sultan sekalipun dia tahu betapa angkuhnya si Fasharina itu dengan manusia lain hanya bertaraf dan high class sahaja dia pandang yang biasa - biasa itu hanya tepi longkang je tarafnya.

"RM3 JUTA!"

"Kau dah melampau lah Fasha!"

"yes i know im stupid!"

"idiot!"

izzati menambah lagi sedas biar terasa lagi terseksa itulah cakap dengan orang tahu bila kena dekat diri sendiri barulah dapat jumpa ruas dengan buku. haihh, manusia bernama Fasha bukannya begitu menyesal tak pernah sudah sesalnya tidak lama hanya sekejap pasti hilang begitu saja.

Izzati memandang air muka rakannya kesombongan, keangkuhan dan berlagak divanya sudah hilang walaupun sementara sahaja hanya mempamirkan wajah kesal, takut dan bila - bila masa butir air matanya akan jatuh ke riba.

"macam mana ni zatt?"

Kendur sahaja suaranya tidak tahu lagi bagaimana dia ingin mengadu, berkata, atau sebagainya mungkin rakannya sudah muak dengan egonya yang setinggi dengan gunung Everest.

"nak tak nak kau kena terus terang pada papa kau?"

"tapi zatt aku takut?"

"Fasha kau berani tipu berani tanggung kalau kau sorokkan macam mana pun lambat laun papa kau akan tahu tau!"

Fasha hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana dia berkata lagi tapi dalam hati tidak habis - habis sumpah seranah si buaya itu salah sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain walaupun dia yang berpunca datang dari dia sendiri.

*****

Bila - bila masa butang interkom itu akan ditekan dan namanya akan dipanggil ke masuk tidak sebelum ini tidak perlu ditekan muka tak tahu malunya itu sendiri yang menonjol office Tan Sri Tengku Hisham tetapi lain pula hari ini.

"Tengku Nur Fasharina sila masuk pejabat Tan Sri Tengku Hisham."

Nama Tengku lagi - lagi berbintikan Tan Sri yang dibangga - banggakan title itu yang sememangnya tidak akan bawa mati tetapi pada insan bernama Tengku Nur Fasharina amatlah dibanggakan walaupun hanya menumpang nama sahaja kini nama yang telah disebut itu tiada lagi wajah yang gah,riak dan sombong itu hanya menyimpan cemasnya dalam lubuk nurani.

Perlahan - lahan pintu itu dikuak olehnya, Tan Sri Tengku Hisham menoleh kebelakang dengan wajah yang tiada reaksi gembira, sedih mahupun marah hanya melemparkan pandangan kosong sahaja.

'dia tak marah ke atau dia tak tahu lagi apa yang aku buat? ' soal hatinya apabila melihat papanya diam begitu saja.

"lepasni apa yang fasha cuba lakukan bagi company ni pada orang lain macam tu jer? "

"kenapa tak serahkan jer semua duit syarikat ni Rm3 juta mana cukup?"

Tenang sahaja pembicaraannya tapi cukup membuatkan anak tunggalnya tersentak dengan kata - katanya itu.

"kenapa terkejut sebab papa dapat tahu apa yang fasha buat pada belakang papa?"

"macam inilah kamu sign jer syer saham empayar Immortal Holding dan pindah milik syarikat ini pada kekasih kamu itu yang kamu nak kan?"

"pa....."

bagaimana papanya tahu yang dia mempunyai kekasih dan bagaima tahu duit itu diserahkan dengan rela jiwa sepenuh hati pada kekasih Durjananya itu. Oh ya, mungkin insan bernama Tengku Nur Fasharina lupa bahawa papanya seorang yang disegani ramai segala data mestilah dapat diketahui oleh Tan Sri itu orang luar pun dia boleh tahu latar belakangnya apatah lagi anaknya sendiri.

Bergenang air matanya tidak sanggup lagi papanya berbicara bukan kata - kata itu membuatkan dia berasa sakit hati tetapi kesalnya dalam hati bertambah lagi berganda - ganda.

"lagipun kemewahan ini telah mengajar papa dalam kehidupan, papa redha jika datangnya musibah menimpa kita dan papa dapat rasa syarikat ini akan lingkup bila - bila masa sahaja."

"Papa! Please pa! Jangan cakap macam ni Fasha tak nak dengar semua ni!"

Fasha sudah melutut pada papanya hanya renungan kosong sahaja melihat anak tunggalnya yang merayu dengan semahu - mahunya.

Perkataan lingkup, muflis, bankrap atau seangkatan dengannya betul - betul sensitif pada jiwa anak muda itu dan dia benar - benar tidak dapat bayangkan dia dan sekeluarga akan menjadi papa kedana tidak akan sesekali perkara itu terjadi ke atasnya.

'TIDAK MUNGKIN!'

"papa, Fasha janji Fasha mintak balik duit itu then Fasha janji Fasha kerja keras dengan sebaik yang mungkin!"

"Please pa!"

"Fasha takda guna lagi dah lebih baik memperbaiki diri, buang sikap sombong dan ego sebab dua inilah yang akan makan diri sendiri belajar hidup berdikari dan kesusahan.

"No, No, please pa!"

Wajah polos itu membenamkan pada lutut papanya tangan tua itu mengusap rambut ikal anak tunggalnya.

Akhirnya tubir air mata mengalir dari kelopak mata tuanya tidak tahu nasib anaknya akan datang dia berharap sangat ada orang yang sudi menerima anaknya walaupun sehelai sepinggang ketika itu.
"maafkan papa sayang...."

Bisiknya perlahan.

Agenda anak beranak itu diperhatikan sepasang mata hazel cair membuatkan dirinya cukup tersentuh dan berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience