Sudah tiga hari Tengku Nur Fasharina menginap di rumah kawan baiknya Izzati kerana merajuk dengan papa dan mamanya hal semalaman macam mana tak merajuknyer kalau call dan whatsapp banyak kali pun tak diangkat dan tidak dibalas.
Tiga hari jugalah dia tidak masuk office IH Sdn. Bhd dia sengaja menunjukkan perangai protesnya biar papanya tahu betapa sakitnya hati dia sekarang ni hakikat sebenarnya Tan Sri Tengku Hisham sudah masak benar dengan perangai anak tunggalnya yang terlebih diberikan muka.
Fasha menyilangkan kaki putih gebunya sambil menyuakan pizza ke dalam mulutnya satu kotak sudah dia telah menghabiskannya.
Amboii, berontak nampak? Makan lah banyak mana sekalipun, badannya tetap langsing seperti kerengga dan tetap maintain kerana setiap pagi Fasha akan melakukan rutin hariannya seperti berjoging atau melakukan senaman ringan dan tidak perlu dia pergi ke gymnasium hanya merehatkan minda dan
berbelanja sakan setiap shop di mall itulah cara dia mengamalkan gaya hidup sihat selain itu, pada zaman persekolahan dan Universiti dia pernah memasuki ahli pasukan sorak so tidak hairanlah dengan pizza yang hanya beberapa kalori berbanding metabolisme dia.
Handphone diatas meja berdering menandakan ada notification panggilan masuk pizza yang nak disuakan ke mulutnya terus diletakkan kembali ke kotaknya.
"Yer Zatt nape call aku kacau betul orang nak makan! "
Terus hilang mood makannya spoile betul si minah ketot izzati ni!
"Ni aku nak tanya kau nak order apa - apa tak alang - alang aku kat depan Starbucks ni kang aku balik nanti kau tanya tak belikan apa - apa ke untuk aku? "
Izzati meniru mimik muka fasha kalau boleh setiap kata - kata dengan riak wajah kawan baiknya itu dah boleh dihafal masuk ke dalam kepalanya nasib dihujung talian kalau depan muka fasha tak dipelangkungnya nanti?
Dia sebenarnya sengaja membuat lawaknya yang memang tak berapa nak menjadi kalau gelak pon tiga patah perkataan sahaja HA HA HA boleh lah kawannya ceria sedikit takdelah monyok sepanjang hari.
" Elehh, setakat order nak buat apa better aku order dari sini. "
"eh eh dia ni, belagaknya nak aku belanja lah ni kan? "
"of course lah belanja"
"Okaylah aku belanja well aku memang nak belanja kau pun..."
dengar sahaja perkataan 'belanja' terus wajahnya yang monyok tadi bertukar menjadi ceria bab - bab pasal belanja ni memang favourate lah lagi - lagi yang bergelar atau digelar perempuan, wanita, gadis ni siapa lah sanggup nak tolak rezeki kan benda - benda macam ni terima jer dengan hati terbuka.
"kalau macam tu aku nak.... "
belum sempat dia bercakap izzati terlebih dahulu memotong percakapannya.
"jangan banyak - banyak botak kepala aku nanti selebihnya minta kat papa kau. "
"amboi kedekutnyer"
Dihujung talian mereka serentak dengan gelak ketawa inilah dikatakan sahabat dimana jua tetap menghiburkan kawan di kala dalam kesedihan tidak perlu kawan yang ramai kalau takda sorang pun hendak menghulurkan bantuan bak kata omputeh 'it's better to have quality than quantity!'
" kalau macam tu aku nak capuccino then belikan aku roti chicken flour aku teringin lah nak makan dah lama aku craving roti tu"
sejak kemurungan ni mulutnya asyik nak mengunyah jer dapatlah jiwanya tenang sedikit walaupun hanya secebis roti chicken flour itu.
"ha yer lah tu jer kan."
"okay tu jer kot eh wait lagi satu kalau boleh aku nak..."
belum sempat dia bercakap sekali lagi izzati memotong percakapannya
" Errrr, Fasha nanti aku call balik macam ada something wrong lahh? "
"ha?"
"okay bye "
belum sempat lagi Fasha nak menyambung kawannya terlebih dahulu sudah menamatkan panggilan membuatkan dia terpinga - pinga merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena disana.
****
Share this novel