Bab 7

Drama Series 5038

Hujan yang begitu lebat tambah pula angin ribut datang melanda membuatkan dirinya semakin dingin dan menyumbatkan kedua - dua telinganya dengan mengunakan i - pod agar bunyi guruh tidak dapat didengari dia tahu kesalahan menggunankan i - pod semasa petir dan kilat menyambung boleh terkena renjatan kerana aliran elektrik yang bersambung dengan telefon tetapi bila dirinya sudah diselubungi ketakutan akal fikiran semua sudah tidak dapat berfungsi dengan baik apatah lagi hujan itu tiada tanda - tanda hendak berhenti ditambah pula kilat dan guruh yang saling berganti - ganti.

Sudah lah dia berseorangan di agam rumah vila yang besar ibu bapanya pula masih belum pulang ke rumah lagi.

Fasha tidak berani untuk berganjak ke tempat lain hanya berteleku dan berselimut tebal berwarna merah jambu itu di selubungkan satu badannya handphonenya di tangan menaip dengan laju semakin lebat hujan mencurah - curah semakin pantas tangannya menaip laju pada tahap maksima.

Rasa hendak melimpahkan sahaja air matanya yang sudah kian lama bertakung
sudah ke 21 kali papa dan mamanya tidak menjawab panggilan darinya sibuk sangatkah?sampai anak di rumah pun terlupa dan berpuluh kali juga dia spam kepada Farid satu notification pun tiada muncul di skrin handfonenya ke mana semua orang ni!

Kini hatinya benar - benar hancur kecewa dengan sikap mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

"sampai hati mama papa buat Fasha macam ni.."

laju sahaja air matanya mengalir di pipi gebunya memikirkan tentang nasibnya.

Bunyi guruh dentuman yang kuat membuatkan Fasha menggigil ketakutan.

***

Tingkap jenis slide di pandang keluar kabur tiada jelas melihat pemandangan luar yang hanya keliatan hujan lebat semakin mencurah - curah.

Entah kenapa hatinya berasa tidak enak seperti memikirkan seseorang pada benak fikirannya.

Daniel membuang jauh - jauh fikirannya tadi katil kingnya dituju malam semakin larut mungkin tidur dapat menenangkan hati gelisahnya.

Selepas sahaja subuh Daniel bersiap - siap mengenakan pakaian joging lengkap pagi - pagi lagi Daniel sudah mengamalkan gaya hidup sihat, di hadapan perkarangan rumahnya basah dengan air hujan malam tadi.

20 minit kemudian Daniel berhenti berjoging dan berehat di bawah pokok yang agak rendang boleh lah dia melakukan senaman ringan disitu untuk menstabilkan otot dan pernafasannya berjalan dengan lancar.

Satu notification mesej masuk dari Aqilah tunang, bakal isteri dan bakal kepada anak - anaknya suatu hari nanti segera dia beredar dari situ mungkin ada hal mustahak penting dari pujaan hatinya.

Sampai sahaja tempat yang dijanjikan kelihatan seorang wanita cantik bertudung litup biru cair sopan duduk berseorangan dengan sosok tubuhnya itu kemungkinan itu adalah Aqilah.

"Assalamualaikum sorry abang late sebab jalan jem."

Mana taknya dalam pukul 8:00 pagi ramai dah bangun pagi sibuk kesana - kesini mencari rezeki.

" Takpe Killah faham yer lah time macam ni ramai yang keluar cari rezeki and Killah minta maaf sebab ambil waktu abang Danie."

Tenang sahaja wajah perempuan itu sudahlah cantik budi pekerti pula tu memang sepadan dengan Daniel bagai pinang dibelah dua.

"its okay just small matter so ape yang Killah nak bincangkan tu? "

" Aaarr..... Abang Danie mak dah tanya bila tarikh perlangsungan kita lagipun tak elok melambat - lambatkan kan? "

Wajah polos itu menundukkan mukanya rasa bersalah pula pada Daniel yang termenungkan sesuatu seperti banyak masalah serabut di benak fikirannya.

" tapi Killah sebenarnya tidak kisah pun bila majlis perkahwinan kita tapi... "

" Takpe abang Danie faham nanti hujung bulan ni keluarga danie akan berbincang dengan keluarga Aqilah tentang majlis perkahwinan kita okay?"

Aqilah hanya menundukkan wajahnya dia pun tidak tahu mengapa maknya suruh berkahwin cepat - cepat padahal aturan jodoh tu kan kuasa Allah S.W.T sedangkan dia tahu yang Daniel adalah seorang lelaki yang setia dia percaya setiap kata - kata lelaki itu kerana sejak zaman Universiti lagi Daniel belum pernah lagi keluar mana - mana perempuan hanya setakat berbincangkan hal pelajaran dan assignment sahaja jika berkumpulan dengan perempuan walaupun lelaki itu dari kalangan berada tetapi tidak pernah sombong dan bongkak kepada siapa - siapa pun dia merasakan sangat beruntung memiliki lelaki seperti Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience