Cermin mata gelap berjenama Gucci di angkat ke atas kepalanya dengan rapi agar tidak tersangkut dengan rambut ikal mayangnya.
Beg Louis Vuitton atau nama glamournyer LV pula di angkat dan diletakkan pada bahunya baru lah nampak anggun dan berkarisma.
Oh ya! Tidak ketinggalan juga, pastikan dahinya sentiasa licin dan glowing dan tak nak satu titik peluh pun ada melekat disitu yang paling penting sekali pastikan rambut sentiasa berkepuk - kepuk serta licin dan berkilau okay semuanya perfect!
Kakinya melangkah megah ke pintu utama Immortal Holding Sdn. Bhd.
Rambutnya pula dikibar ke kiri dan ke kanan bak model syampoo giteww aishhh masuk kerja lewat pun masih berlagak diva.
Sampai sahaja ke ruangan mejanya semua senyap gayanya seperti nampak hantu tapi bukan hantu yang menakutkan tetapi jelingannya membuat semua tertunduk ketakutan.
Siapa tidak kenal Tengku Nur Fasharina anak kepada Tan Sri Tengku Hisham hanya petik jari sahaja mampu menundukkan siapa sahaja kuat sungguh kuasa penenang diva berlagaknya.
"Cik Tengku Nur Fasharina?"
Mata Fasha memandang ke arah wajah wanita yang menyebut namanya tadi dan kening kanannya diangkat tanda isyarat apa perempuan di hadapannya mahu.
"Tan Sri mahu jumpa cik Fasha sekarang?"
Tutur katanya dengan penuh berhati - hati takut jika tersalah kata nayalahh nanti.
Dipergelangan tangan kirinya berjenama Casio baru menunjukkan pukul 9:00 pagi jamnya bernilai hampir cecar RM 2500 ke atas setakat jam macam ni apalah sangat kan bagi wanita lain berlambak kat pasar malam tapi nak ke si diva ni memborong disitu, eeeeeuuww disgusting!
"Okay, I'm coming!"
Fasharina berlalu pergi pada tempatnya, Hidayah PA kepada Tan Sri Tengku Hisyam bernafas lega yang Fasharina akur dengan arahannya kalau sebelum ini secara free - free sahaja kena maki - hamun mungkin mood Tengku Nur Fasharina agak baik pada hari ni happy semacam sahaja mungkin dapat 'durian runtuh' agaknya?
Kalaulah dia ada kuasa veto seperti Tengku Nur Fasharina nak jer dia simbah air kopi ditangannya ke muka yang berlagak diva dan perasan cantik itu tidak mengapalah sabar jer lah wahai hati cukup sekadar berangan pun sudah memadai.
Fasharina terus memulas tombol pintu office milik Tan Sri Tengku Hisham tanpa ketuk atau memberi salam fikir ni syarikat hak milik mak bapak dia ke?
Oh ya! Tengku Nur Fasharina berbintikan Tan Sri Tengku Hisham of course lahh syarikat terkemuka ini akan jadi hak milik dia mungkin dalam 'angan - angan tahi ayam' sahaja perangai seperti mak lampir mampu ke dia memegang empayar syarikat ini?
"Hai, what do you want from me pa?"
Amboi, sedapnya tutur kata bahasanya tanpa salam terus ditujukan soalan?
" Ha, what i want?"
berkerut dahi Tan Sri Tengku Hisham sepatunya dia yang perlu tanya soalan itu kepada anak tunggalnya.
" Yaaa?"
Fasha menganggukkan kepalanya dengan matanya memandang sekeliling
dihadapannya terdapat air coffe latte lantas Fasha nenghirup dengan penuh berselera
"Fasha!"
Nada Tan Sri Tengku Hisham berubah sedikit tegas dia betul - betul penat dengan perangai anak tunggalnya yang entah bila nak berubah
depan orang tua pun masih nak biadab dasar perangai mak lampir!
" papa yang suruh sha masuk "
acuh tak acuh sahaja sempat dia meletakkan balik cawan tadi yang diminumnya ke atas meja.
" Ermm, sedap siapa yang buat air ni?"
Tan Sri Tengku Hisham hanya memerhatikan sahaja gelagat anaknya sabar sahaja setiap kerenah anak tunggalnya itu.
" Semua staf, manager, dan kerani semua kenal kamu."
"kamu tau kan?"
Tan Sri Tengku Hisham merenung tajam ketepat mata anak gadisnya.
"Of course lahh i know, sape tak kenal Tengku Nur Fasharina binti Tan Sri Tengku Hisham anak pengaruh besar dalam syarikat ni kan bahkan semua tahu Fasha yang selayak - layaknya akan menjadi CEO dalam Immortal Holding Sdn Bhd ini, alahai indah kan kenyataan ini?"
Fasharina mendepangkan kedua - dua tangannya seoalah - olah sekarang ni dialahh berkuasa dalam syarikat papanya, angan - angan sahaja lah Tengku Nur Fasharina jangan sampai sama seperti Mat Jenin sudah malu tidak habis sampai tujuh keturunan.
Berangan sahaja lebih usaha secalit pun tiada dasar anak orang kaya hanya menumpang kekayaan milik mak ayah sudah tunjuk berlagak!
"Itu bukan soal sapa yang berpengaruh disini but be yourself Fasharina."
cermin mata ditanggalkan lalu memicit - micit kepalanya jelas kelihatan urat - urat tegang pada dahinya kebelakangan ini kepalanya sering berdenyut - denyut rasanya penat memikirkan anak gadis tunggalnya ada sahaja bawah pekerjanya mengadu kepadanya tentang sikap anaknya yang tidak berubah semenjak dahulu mungkin salah dirinya kerana memanjakan sangat dengan kemewahan yang diberikan.
Semua anaknya minta semuanya diberi Ferrari, lamborgini, Feri mintalah sekali apa - apa pun semua dihidang kehadapan tuan puterinya.
"hahahahah come on lah papa, rasanya bukan Fasha kot yang kena BE YOURSELF but papa?"
punggunya dihenyak ke atas sofa IKEA yang tersangatlah empuk sambil menyilang kaki kirinya ke atas kaki kanan.
Tidak semudah itu orang nak mengarahnya untuk menjaga tingkah laku its my life.
" Its not funny Fasha!"
geram sahaja melihat perangai anak tunggalnya tidak tahu lah mengikut jejak siapa setahu dia cukup pelajaran yang diberikan mungki kurang didikkan agama agaknya.
"kalau kamu tak ubah sikap atau perangai kamu ni jangan harap lah dan bercita - cita tinggi memegang jawatan CEO IMMORTAL HOLDING SDN. BHD faham!"
tegas kata - kata Tan Sri Tengku Hisyam membuat kan jiwa anak muda itu berentap.
" I DONT CARE! "
dek kerana terkejut punggungnya diangkat dari tempat sofa IKEA terus kakinya melangkah keluar pintu office papanya di hentak dengan kuat sekali lagi kepala Tan Sri semakin berdenyut - denyut.
Lihat sahaja kelibat susuk tubuh empunya badan semua staf disitu cepat - cepat pergi ke tempat masing - masing pasang telinga lah tu aishh sibuk jer jaga tepi kain orang.
Share this novel