Chapter 12
Sudah dua minggu Tengku Nur Fasharina di IH Sdn. Bhd bertungkus - lumus menyelesaikan sesuatu kerja yang perlu dilunaskan bagi membuktikan dia boleh berjaya melakukan kerja - kerja di pejabat seperti, report, task dan sewaktu dengannya.
Oh, ya! Jika tiada angin serbu mesti taufan juga tidak melanda Fasharina bukan begitu suka - suka atau saja - saja dia mengeluarkan peluh berpackage kan lekit so gross!
Semestinya ada udang sebalik mee kalau bukan dia mahukan sesuatu daripada Tan Sri Tengku Hisham. Eh, bukankah anak tunggalnya boleh minta apa sahaja dia mahukan kenapa perlu berusaha kali ini papanya betul - betul tidak mahu mengikuti kehendak anak emasnya dan tidak mahu memberi muka kerana RM10, 000 dia sanggup lakukan apa sahaja demi permainan antara dia dan Farid bermula tidak lama lagi.
Seperti biasalah bilik pejabat Tan Sri Tengku Hisham dijadikan seperti bilik air tidak pernah diketuk terdahulu atau tanpa memberi salam terus melulu masuk dan senyum tersengih - sengih sahaja macam kambing gurun.
"yer Fasha ada apa ni? "
Tan Sri Tengku Hisham memandang sengihan di wajah anaknya dia tahu tujuan anak tunggalnya datang ke mari cuma dia berpura - pura tidak tahu.
"okay semua papa suruh Fasha buat semua dah settle and that all"
Dia meletakkan setiap kertas tugasan - tugasan kerjanya di atas meja kerja papanya terus papanya memerhatikan satu persatu kertas itu disemak gayanya tidak ubah seperti guru sekolah yang memastikan anak muridnya betul - betul menyiapkan kerja sekolahnya.
"ada sapa- sapa tolong ke? "
"penat tau Fasha bertungkus - lumus siang - malam nak settlekan kerja ni pastu senang - senang jer papa tuduh macam tu!"
Bawah bibir munggilnya digigit geram dan mata helangnya mengerling ke tempat lain dengan mimik sebegitu cukup masak bagi seorang bapa melihat anaknya memberontak dan dia cukup kenal dengan perangai anak tunggalnya hanya mahu tutup kesalahan dan tunjal kesalahan pada orang lain.
"Fasha.. "
Tiada api kemarahan tetapi kuasa veto yang cukup boleh menenggelamkannya terus Fasha menyinarkan matanya supaya mata cantiknya itu dapat mencairkan hati papanya tetapi papanya masih tetap sama terus mukanya dicemberut dan masam mencuka kembali.
"Okay fine, Izzati ada tolong Fasha but tak semua dia buat and just tunjuk ajar."
"serious yang lain Fasha buat sendiri."
Tangan kananya diangkat tanda dia berikar sumpah dan kali ni dia benar - benar jujur, kan senang berterus - terang tidak perlu berdolak - dalih lagi wahai yang bernama Tengku Nur Fasharina mata helangnya memerhati tangan papanya mengeluarkan sehelai cek mungkin RM10, 000 itu apalagi bertepuk gembira lah di dalam hatinya tidak sabar rasanya mendapatkan cek ditangan papanya itu.
Belum sempat tangan mulusnya itu mencapai cek sebanyak RM10, 000 Tan Sri Tengku Hisham terlebih dahulu menarik cek tersebut.
"Before that, apa yang Fasha nak sangat cek ni and janji dengan papa yang Fasha tak buat perkara yang bukan - bukan dengan cek ni"
"halahh, Papa! kan dah banyak kali Fasha bagitau yang Fasha nak buat bisnes online so setiap bisnes perlukan modal sebab tulah Fasha nak cek tu.."
"bukan sebab lain ke?"
Tan Sri Tengku Hisham cuba bermain tarik tali dengan anaknya cuma Tengku Nur Fasharina ini bijak berdolak - dalih dan ada sahaja alasan anak tunggalnya itu.
"Tak da sebab pon cuma Fasha berminat dengan bisnes online itu pon sebab Izzati."
"Papa pun tahu kan Fasha rapat dengan Izzati tu macam mana?"
Tanpa berkata apa - apa lagi terus cek itu dihulurkan kepada anak tunggalnya walaupun hatinya masih berwas - was dan akalnya masih curiga terhadap anaknya.
"Okay pa see u later! "
Dia hanya memerhatikan sahaja gerak geri anaknya sehingga hilang dari pandangan terus muka tampan tuanya di raup.
Fasha... Fasha....
Share this novel