Seorang lelaki yang berambut basah mengenakan bathtobe mencapai tuala kecil lalu meraup pada seluruh muka dan jambangnya melingkari pada wajah bengis itu nampak gaya baru selesai mandi, punggungnya dihenyak hempas di atas sofa di sudut ruangan bilik tidurnya bagi mendapatkan ketenangan dan melepaskan ketegangan di benak kepalanya selepas urusan kerjanya selaku Manager Direktor Syarikat Megat Faisal, tangan kekar berurat itu mencapai remote tv disebelahnya yang terletak diatas meja kecil lalu membuka siaran tersebut.
Liputan mana - mana media penuh diruangan kaca televisyen pihak masing - masing berebut tempat dan masa untuk mengambil alih mahu menyebarkan berita sensasi dan tergempar kisah menyayat hati dan tragedis dan ramai diluar sana turut simpati dan berduka cita tidak terlepas juga pada liputan media sosial dari Instagram dan Fac turut menular dan membanjiri posting di mana - mana.
"Hari ini digemparkan berita menduka cita dan menyayat jiwa bahawa seorang usahawan terkemuka di seluruh Malaysia iaitu Tan Sri Tengku Hisham 50 tahun dan isterinya, Puan Sri Aida 48 tahun telah terkorban jiwa dalam kemalangan semasa perjalanan pulang dari tanah haram semoga arwah ditempatkan bersama orang - orang yang beriman marilah kita sama - sama membacakan al - fatihah keatasnya..."
"Saya Nur Rosalinda selaku pembaca wartawan berita dari tv3..."
Wartawan itu mengakhiri kata - katanya lalu punat butang remote dipicit siaran tv itu mati serta - merta, segaris senyuman jahat terlakar pada bibirnya yang kehitaman kesan menghisap bahan nikotin sambil menyandar kebelakang pada badan empuk sofa.
"Terlalu awal sangat kau mampus Hisham...."
"Hisham...Hisham..."
"Ruginya... Aku baru nak mulakan permainan tapi kau dah jalan dulu"
"takpa kau dah mudahkan urusan aku..."
Lelaki itu mencapai telefon canggihnya pula lalu di letakkan pada cuping telinga kananya.
"Hello Ben...minggu depan, Selasa, 9:00 pagi aku nak kau Volvo XC90 T8 dah terpacak depan rumah aku.."
"Aku ada job baru yang perlu di selesaikan"
"Jangan lewat walaupun 1 saat pun kau tahu kan akibat langgar arahan..?"
"Kalau tahu bagus.."
Panggilan itu terhenti disitu lalu dia mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakan api pada hujung puntung rokok itu bibirnya mengemam lalu menyedut asap sedalam - dalamnya dan menghembus sepuasnya ruangan bilik itu penuh dengan kepulan asap.
"nampak gaya aku perlu bertindak segera sebelum yang lain berebut takhta"
Dia tenggelam pada ketenangan lalu mengorak senyum dengan puas!
"Immortal Holding...come too the papa!"
***
Hari ini dia menggagahi dirinya pulang kerumahnya kerana sudah tiga hari dia menginap sekejap di rumah ibu bapa Izzati walaupun mereka menghalang dirinya pulang kerumahnya kerana tiada sesiapa disana tetapi mereka faham bahawa Fasharina butuhkan masa.
Fasharina membuka pintu utama, makanan diatas meja sudah tiada mungkin Bik Mah bibik import dari Indonesia sudah mengemaskannya terlihat sepanduk "selamat pulang" masih terlantar di tepi meja Fasharina membongkok tubuhnya lalu mengambilnya di bawa bersama naik ke atas sebelum dia mengorak langkah memijak anak tangga dia merenung segenap ruangan di dapur suasana sepi tiada lagi suara memekik memanggil namanya dari mamanya untuk turun makan anak matanya tertumpu pada meja makan tersebut membuatkan memori bersama papa dan mamanya di imbas semula..
"macam mana sedap tak?"
"ermm, kurang pasti.."
"apa yang kurang pasti?"
"tu kat pinggan dah nak habis papa kerjakan tak kan lah tak marvelous masakan Fasha."
Nadanya tidak berpuas hati dengan jawapan Tan Sri Tengku Hisham terus terhambur ketawa orang tuanya itu.
"Chill, papa kidding je.."
"everthing your cook so marvelous but not yet level king of chef in the house"
"one day lahh, masakan Fasha confirm setaraf mama."
Sekali lagi gelak ketawa mereka dengan serentak, Puan Sri Aida tersenyum manis sambil menatap anak mata puterinya.
Itulah kali terakhir nasi goreng paprik disajikan untuk papa dan mama dari air tangannya bibirnya diketap menahan sebak mencengkam di dada air matanya menitis di pipi jua perlahan - lahan diseka
'Papa...mama...Fasha dah pulang..'
Bisiknya lalu Fasharina terus melangkah di ruang tamu ingin melihat sekeliling di situ terlihat sekali lagi kenangan memorinya diciptakan bersama papa dan mama pada setiap hari sabtu malam ahad papa selalu berkata hari ahad adalah sunday is family day kerana hari itu adalah peluang mereka bersama dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh itu mereka akan menonton movie sehingga lewat malam sehinggakan dia dan papa berebut mahu memilih movie apa untuk di tonton tanpa sedar tubir air matanya sekali lagi menitik mengalir pada pipi gebu mulusnya lalu dia melangkah naik ke atas.
Kini dia berada hadapan bilik arwah papa dan mamanya, Fasharina menarik nafas sedalam - dalamnya lalu menghembus dengan perlahan lalu tombol pintu itu dipulas lalu membukanya dengan perlahan - lahan kakinya menapak memasuki ruangan bilik orang tuanya lalu dia memejamkan mata dengan serapat yang mungkin rembesan air matanya tertumpah jua dia menuju pada almari papa dan mama lalu mencapai baju milik arwah papa dan mamanya dibawa bersama menuju pada katil hak milik papa dan mamanya itu perlahan - lahan tubuh itu terlentok dan meringkuk sambil memeluk dan mencium berkali - kali kedua - dua baju tersebut aroma bau papa dan mama masih melekat pada baju itu seolah papa dan mamanya masih lagi bersama dengannya sukarnya hendak melepaskan rindu kepada yang sudah tiada hatinya mencengkam kuat apabila rindu semakin sesak di dada
"Papa..."
"Mama..."
"Fasha rindu sangat..."
Fasharina menangis sehingga dibuai mimpi mengharapkan semoga mimpinya lebih indah dari kehidupan sebenarnya..
***
Haziem merenung keluar jendela sudah tiga hari adiknya Fatin dibenarkan pulang ke rumah mungkin adiknya sedang berehat dalam kamarnya.
Bukan adiknya dikhuwatirkan tetapi ada seseorang yang begitu sangat penting dalam hidupnya yang sentiasa bermain diruangan kotak fikirannya membuatkan dirinya menjadi tidak tentu arah dan wajah itu juga selalu berlegar - legar di benak fikirannya membuatkannya dia semakin menjadi gila bayang, jika diikutkan perasaannya sekarang ini juga dia mahu terbang ke KL mahu melihat buah hati.
Siapalah tidak risau apabila orang kesayangannya baru sahaja kehilangan keluarga tercinta dia pula tidak dapat menemani Fasharina ketika dilanda kecewa... Sudah dua minggu Fasha tidak membalas dari whatsappnya lagilah membuatkan jiwanya kacau melanda.
Kotak baldu merah dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu membukanya cincin permata itu cantik ditatapnya lagi cantik empunya si jari manis memakainya dia mengorak tersenyum girang sudah dapat dibayangkan dia menyarungkan pada jari manis milik Fasharina.
Semoga Tengku Nur Fasharina adalah jodoh tepatnya.
Pintu jendela itu ditarik lalu kunci diselak atas dan bawah juga, hari semakin gelap kotak baldu merah dimasukkan ke dalam kocek semula Haziem berlalu pergi mahu menunaikan kewajipannya
Share this novel