Bab 38

Drama Series 5038

Ekoran matanya mencuri pandang kejap melihat wajah ayu itu rindu menebal di dadanya semakin berkurang apabila sudah melepaskan rindu mencengkam di dada si empunya badan

"Aqilah sihat?"

Pertanyaan itu memecahkan hening kesunyian mereka di dalam kereta tetapi wanita berada di sebelahnya hanya mengangguk dan tersenyum

"Suami Aqilah mana?"

"Ramzi minta maaf tak dapat hadir majlis pernikahan Aqilah dengan Daniel masa tu Ramzi outstation urusan kerja lagipun ibu jadi wakil dan tahniah untuk Aqilah dan suami."

Dihujung bicaraannya suaranya semakin perlahan dan kendur Aqilah hanya terdiam.

"By the way, saya baru pulang dari Langkawi dalam seminggu lepas saja pusing - pusing satu KL tengok ada orang duduk termenung kat bus stop tu berhenti tak sangka pula Aqilah.."

Sudah lama tidak bersua muka membuatkan suasana menjadi kekok Ramzi cuba mengambil mood bagi meriahkan suasana, baharu sahaja dia menyambung lagi pembicaraannya Aqilah memotongnya

"Aqilah belum nikah lagi dengan abang Daniel.."

"Majlis Killa terpaksa tunda..."

Mujur stereng tetap dipegang kemas hampir jatuh rahangnya kebawah cepat - cepat dia menutup mulutnya takut lalat masuk sahaja. Eh, dalam kereta pun ada lalat?

"Laa yer ke? Kenapa pula?"

Timbul tanda tanya dalam masa sama seperti ada sinaran peluang di situ dia tersenyum diam - diam disitu.

"Dalam masa sebulan sebelum hampir majlis pernikahan rakan baik ayah mertua Aqilah meninggal dunia itu sebab tangguh dulu sebab permintaan mertua Aqilah"

"innalillahhi wainna rajiun...."

Ramzi mengucap salam takziah tanda simpati dia juga tahu keluarga mertua Aqilah tentang Tan Sri Tengku Hisham rakan baik bakal mertua Aqilah telah meninggal dunia berita ini pernah heboh satu Malaysia tahu mengenainya.

"So bila berlangsungnya..."

" 2 minggu lagi..."

Dia hanya mengangguk sahaja matanya tetap fokus pada hadapan

"Encik Ramzi macam mana sekarang ini dah lama tak tanya khabar dan borak macam dulu...."

"Tak payah lah ber encik, encik, Ramzi pun dah memadai nak macam dulu - dulu tak boleh dah... orang sebelah nak jadi bini orang"

Ramzi sekadar berjenaka dalam hatinya siapa yang tahu di situ Aqilah hanya menunduk kepalanya, sejujurnya dia masih rindu hubungannya dengan lelaki di sebelahnya sejak zaman persekolahan menengah sehingga Universiti tetapi sekarang ini hanyalah menjadi bekas kekasihnya dan sekadar teman biasa alhamdulillah hubungan sebagai kawan seperti dulu walaupun tiada ikatan kasih gara - gara emaknya tidak menyukai Ramzi tahulah perangai emaknya tidak memandang golongan kelas bawah levelnya hanya tahap dewa - dewa terpaksa dia memutuskan ikatan tali tersebut dan tukar pindah ketempat belajar lain agar tidak berjumpa atau terserempak dengannya timbul rasa bersalah dan simpati atas nasib lelaki itu.

"Ramzi.... Killa minta maaf tempoh perkenalan kita sebelum ini..."

"Eh.... Aqilah tak salah pun yang lepas biar lah lepas kita buka buku baru then Aqilah tumpu sahaja pada bakal suami dan masa depan Killah...okay?"

Aqilah hanya mengangguk kepalanya ruangan kereta itu kembali sepi dan kekok tidaklah sebelum ini penuh dengan gelak tawa dan saling sakat - menyakat hanya siaran radio berbunyi meriahkan suasana.

Destinasi dituju telah tiba belum sempat dia membuka pintu Ramzi terlebih dahulu membuka pintu untuknya hatinya semakin kuat menebal rindu sifat Ramzi mengambil peduli masih seperti dulu membuatkan dia sebagai seorang puteri atau permaisuri lagipun semua itu sudah masuk dalam kotak memori.

"Terima Kasih Ramzi tumpangkan dan hantarkan Aqilah.."

Ramzi hanya mengorak senyuman tangannya melambai - lambai pada aqilah lalu tubuh itu masuk semula ke dalam perut kereta terus empat pancuan roda berdecit meninggalkan perkarangan.

Belum sempat dia melangkah masuk namanya di panggil seseorang amat dikenali.

"Aqilah..."

Lantas dia menoleh kebelakang gerangan siapa memanggilnya.

"Abang Danie?"

Jantungnya berdegup kencang apabila encik tunangnya tiba - tiba muncul entah dari mana maka bersedialah dia menunggu hukuman mati.

***

Di bawah pohon berangin yang rendang terdapat pangkin disitu Aqilah menundukkan wajahnya masih takut memandang wajah bakal suaminya apabila diketahui dia menaiki satu kereta bersama lelaki lain sudahlah bekas kekasihnya pula.

"Dah lama ke keluar dengan dia?"

Suara garau menerpa cuping telinganya air liurnya juga kehabisan hendak ditelannya.

"Abang tanya, dah lama keluar?"

Sumpah tidak berani dia memandang anak mata lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sudah memadai

"Pergi mana jer?"

Sekali lagi Daniel bertanya kali ini nadanya semakin keras tetapi Aqilah hanya bagaikan patung cendana yang telah disumpah menjadi bisu

"Abang tanya ni pergi mana!"

Suara Daniel semakin tinggi bagaikan singa kelaparan tunggu mangsa dihadapannya hendak diterkam membuatkan bahunya terhinjut, hati kecilnya tersentap sudahlah emaknya selalu berkata kasar dengannya ingatkan dapat putera mahkota ni indah belaka tetapi hanya indah sekadar rupa sahaja hatinya benar -benar terluka seumur hidup menjalinkan kasih sehingga ikatan pertunangan tidak pernah lagi Daniel meninggikan suaranya walaupun dia melakukan kesalahan masih berlembut dengannya tetapi kenapa sekarang ni dah lain!

"Saya masih ada telinga lagi tak perlu nak tinggikan suara"

Daniel tidak peduli kata - kata dari tunangnya anak mata hazel cairnya tetap merenung kedalam anak mata tunangnya

"Sebab saya nampak awak keluar dengan lelaki lain"

"siapa jantan tu?"

Ex awak....Ramzi?"

Reaksi wajah Aqilah tidak terkejut kerana dia sendiri nampak bahawa Daniel sudah melihat lelaki itu menghantarnya pulang.

"Dia bukan jantan tetapi lelaki"

Intonasinya mendatar sahaja wajahnya berpaling kearah lain cuba menahan sabar dari sifat amarahnya

"Kalau betul lah lelaki.....Dia tak akan kacau tunang orang tak akan angkut tunang orang lain sesuka hati?"

"lepastu awak layan? Terima pelawaannya?"

"Saya penat tahu tak! Saya tinggalkan kerja kat office yang bertimbun macam gunung, datang cari Aqilah sebab abang nak minta maaf , abang nak pujuk Aqilah tapi tak sangka pula Killah buat di belakang abang macam ni?"

Aqilah tersentak dengan kata - kata Daniel menuduh melulu tanpa asal - usul periksa ya allah pedihnya sehingga menusuk kalbu lantas Aqilah bangun dari pangkin air matanya bergenang hampir jatuh dari tubir matanya tidak mahu dirinya dipersalah kerana tiada bukti yang kukuh!

"Yer memang Killah terima pelawaan Ramzi mula - mula Killah tolak di sebabkan teksi takda Killah terpaksa terima sebab dia risau keselamatan Killah"

"Aqilah minta maaf buat abang kecewa dan Aqilah tahu batas - batas Killah dengan Ramzi dan dia pun tahu Aqilah tunang orang"

"Killah tahu abang kerja, Aqilah tahu abang sibuk sebab tu Aqilah tak nak kacau abang memang Aqilah ada kacau abang masa abang tengah kerja sebab....Killah rindu abang"

Perkatan rindu dihujung kata - katanya kedengaran halus dan perlahan sahaja membuatkan Daniel terus disumpah batu dan membisu rasa bersalah menguasai diri.

"Kalau abang cakap abang banyak kerja semua orang sibuk dengan kerja masing - masing.... Siang sampai ke petang assistant akauntan malam pula mengajar tuisyen... Memang penat kadang tak cukup rehat tapi Killah tetap cari masa untuk luang dengan abang tapi abang tak hirau pun... Sejak tarikh majlis pernikahan kita semakin dekat abang selalu elak berjumpa dengan Aqilah selalu bagi alasan, abang dah berubah tak macam dulu...?"

"Abang sebenarnya tak cintakan Aqilah kan?"

*ZAP!

Bagaikan panahan petir menusuk tepat pada jantungnya dia hilang kata - kata melihat Aqilah sudah berjujuran air matanya mengalir pada pipinya. Kini Aqilah pula menikam anak matanya membuatkan dia terkebil - kebil hendak menjawab pertanyaanya punggungnya pula tidak senang duduk lagi - lagi melihat air mata tunangnya semakin deras

"Kenapa abang senyap?"

"Betul lah tekaan Killah selama ini kan?"

"Abang tak cintakan Aqilah"

"Kenapa abang nak teruskan hubungan ni kalau abang takda hati dengan Aqilah"

Suaranya bergetar menahan sakit dihati apabila mengetahui rupanya dirinya tidak dicintai hanya bertepuk sebelah tangan.

Daniel bangun dari pangkin perlahan - lahan menghampiri tunangnya

"Aqilah.... Aaa..abang.... Abang...."

Suaranya bagaikan tersekat - sekat di tengah kerongkongnya sukar hendak dikeluarkan seperti ada emas di dalam kerongkongnya

"Kita ada masa 2 minggu lagi sebelum tarikh majlis kahwin, keputusan terletak pada abang mahupun Aqilah kalau abang sendiri takda jawapan lagi kita putus jer hubungan ini sebab...."

"Killah tak nak seksa hati abang..."

"Aqilah.... abang sayangkan Killah abang tak nak hilang Aqilah"

"Tolong Aqilah jangan buat abang macam ni?"

"Abang minta maaf? Memang salah abang pun hukum jer abang macam mana sekalipun tapi tolong jangan putuskan hubungan ni..."

Aqilah menyeka air matanya, dia sebenarnya tidak mahu memutuskan hubungan ini malah tarikh majlis pula semakin hampir tapi apakah daya jodoh itu rahsia tuhan

"Sayang..?"

"Semua orang boleh cakap benda yang sama... Itu kata - kata luaran abang hati abang siapa yang tahu?"

"Aqilah minta maaf lepasni Killah janji Killah tak akan kacau abang lagi"

Abang balik lah... Tak manis orang pandang takut timbul fitnah sini kampung bukan bandar"

"Aqilah minta maaf...Killah masuk dulu, assalamualaikum..."

Aqilah menundukan wajahnya hatinya pula tidak boleh dikata apalah sudah remuk dan hancur bagaikan dihempas beribuan batu bertubi selama ini dia beria rupanya bertepuk sebelah tangan

"Aqilah...."

Perlahan - lahan tubuh lampai kurus itu hilang dari pandangannya Daniel terduduk meraup seluruh wajah kesalnya hatinya benar - benar berselubung dengan rasa bersalah

'Susah sangat ke Daniel nak ada perasaan cinta kat hati tu!' Daniel kecewa dengan hatinya sendiri dalam masa yang sama dia tak nak hilang tunangnya

' Ya allah....'

Dia betul - betul buntu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience