Pintu Jewel Star Holding Sdn. Bhd. (JS) dikuak gah, dirinya diperhatikan semua staf berada di situ membuatkan dirinya tiba - tiba rasa segan - silu lalu dia membongkokkan sedikit badannya tanda rasa hormat orang disekelilingnya itu tidak hairanlah jika ada yang ternganga, jantung mahu terloncat keluar, emosi tidak stabil pun bertukar menjadi stabil semula.
Terdengar celahan mulut gosip di situ ada yang tertanya - tanya siapakah jejaka korean malaya tu?
"Ya Allah hensemnya macam Park Seo Joon"
Kata seorang staf di situ sambil mencuit - cuit manja lengan rakan sebelahnya akibat geram melampau melihat kekacakkan mamat korea malaya itu. Haihh, anak sapolah tu helok..
"Eh tak lah muka dia tu betul - betul iras dengan Kim Soo Hyun"
"park seo joon!"
"Kim soo hyun!"
Pulak dah masing - masing bergaduh hendak menyamakan jejaka itu dengan selebriti oppa kesayangan mereka berdua itu tiba - tiba datang seorang selaku secretary atau P.A kepada pemilik JS Holding terlihat nama 'Farhana' tag baju seragamnya mungkin itu pakaian formal untuk hari yang tertentu saja yang boleh dipakai menghampiri kearah mereka berdua membuatkan mereka terus membisu masing - masing tidak berani mengeluarkan suara tetapi tangan masing - masing sempat mencuit antara satu sama lain.
"ni masing - masing buat apa kat sini?"
"kerja dah siap?"
Tanya Farhana hanya nada ditegaskan dengan kuasa veto dia memiliki membuatkan anak - anak buahnya akur segala arahannya auranya lain macam lebih dasyat dari raja rimba kalau bukan si sang singa!
"Be..belum Puan"
Kata seorang staf antara mereka berdua disitu masing - masing tidak berani hendak bertentang mata lama - lama tidak pasal - pasal kena telan hidup - hidup dengan Ceo of Singa JS Holding mata Farhana sudah melirik - lirik tahulah isyarat darinya cepat - cepat mereka berdua lalu dari situ.
Kini wajah figura korean malaya itu masih diam membatu hanya tersengih sengih pula diraih perhatian oleh Farhana.
"Hai encik selamat datang ke Jewel Star Holding"
"Boleh saya bantu?"
"Ke encik ada buat appoiment atau temu janji dengan sesiapa disini sebelum itu?"
Tata tertib yang sopan sedikit pun tidak kekok perbicaraannya dengan orang luar itu sudah kebiasaan dia terhadap bila berjumpa klien yang pasti keyakinan mesti ada dalam diri tapi tipulah lelaki hadapannya sedikit pun tidak tergugat keimanan dan nalurinya seorang wanita hampir meletop jantung ini setiap kali bertentang anak matanya nasib baik dia cuba bersikap profesional kalau tidak jatuh 'standard' dia sebagai CEO of Singa JS lagi satu dia perlu ingat yang dia sudah pun bersuami walaupun suaminya berada di 'outstation' cepat - cepat dia beristighfar dan bertafakur dalam hati 'Adoyaiii... '
"errr, saya seben.... "
Belum sempat dia menjawab pertanyaan wanita itu ada suara yang melaung namanya
"Haziem!"
"My Best Cousin Forever!"
Dia mendepangkan kedua - dua tangannya sambil berjalan ke arah jejaka korean malaya a.k.a Haziem
"Kau jangan malukan aku depan orang ramai sini erk?"
"Aku cuma mahu bermanja - manja jer dengan cousin kesayangan aku ni jer"
Haziem menyekeh kepala Daniel membuatkan diorang galak ketawa
"Jom lunch? "
" Before that, Madam Farhana nanti tolong jadi wakilkan untuk saya meeting dengan Dato Ruzaini sebab saya ada hal waktu itu"
"No problem Tuan Daniel"
"Alright thanks"
Farhana hanya senyum mengangguk lalu dua tubuh jejaka itu hilang dari ruangan lobi Jewel Star Holding.
****
"lama kau menghilang eh?"
"apa citer sekarang?"
Daniel menyedut teh 'o' ais nya sudah tinggal separuh dari gelasnya
"takda maknanya aku menghilangkan diri ada jer kat Kl ni takpun kat rumah kampung aku"
"engkau jer baru munculkan diri? "
Daniel sudah tersengih - sengih sudah lama tidak menyakat sepupu belah kiri uminya, sikap mentaliti mereka berdua sama cuma watak yang berbeza seperti adik - beradik kerana rapat sejak kecil lagi dan lagi satu apa yang menarik dan hairannya terhadap mereka ialah mamak atau warong adalah pilihan mereka untuk bersantai walaupun kalangan berada tetapi langsung tidak kekok makan nasi lemak menggunakan tangan.
"Engkau kata sampai JS Holding pukul 10.30 pagi ni tengahari baru sampai lama aku tunggu"
"Ouh, tadi masa aku parking kereta ada selisih faham sikit"
"Aku ingatkan takda orang aku terus lah rembat dia punya parking"
"apalagi mengamuklah perempuan tu"
"tu lah yang lambat"
"ouh, biasalah tu"
Kata Daniel acuh tidak acuh itu
"boleh tahan mulut dia tu langsung tak hirau kekacakkan aku ni?
"Ceh, tak guna punyer cousin!"
"tapi aku rasa betul lah tekaan aku sebab bila aku sebut nama dia terus dia toleh kat aku tapi takpalah mungkin bukan dia sebab entahlah"
Kotak fikirannya masih berputar mengingat kes kejadian tadi bukan kerana tempat parking tetapi wajah perempuan itu masih lagi berlegar - legar diruangan fikirannya hati berkata iya tetapi lain pula otak yang berkata tidak. Daniel pula mengerutkan dahi tidak faham apa yang disampaikan oleh Haziem pada akhir perbicaraan sepupunya itu.
"apa benda kau nak sampaikan ni aku tak faham lah yang last sekali tu aku kenal ke perempuan tu?"
"abaikan jer lah so..."
"kau macam mana dengan Aqilah bila nak berlangsung?"
Haziem mengumpannya terus diubah topik lain tidak mahu menyerabut lagi dalam otaknya
"Aku dengan dia okay jer tiada masalah apa - apa pun"
"lagi 3 bulan majlis kiteorang berlangsung aku nak kau jadi saksi dan pengapit aku bab - bab pakaian tu aku sponsor...bolehkan oppa Haziem?"
"ishh, kau ni geli lah aku tahulah yang aku ni masih single and unvailable nanti orang ingat aku ni gay boy lak?"
Terhambur ketawa Daniel nasib teh 'o'aisnya sudah ditelan habis kalau tidak mahu lencun Haziem dibuatnya inilah mereka jika sudah berjumpa bergegar satu mamak.
"engkau ni betul - betul ke nak dengan Aqilah?"
Kali ni serius wajah Daniel direnung rapat ke anak mata hazel cairnya itu seolah abang sedang berbicara dengan adiknya.
"aku bukannya tidak suka kau dengan Aqilah dan aku sendiri tahu yang aqilah ni baik orangnya tapi tulah cuma..."
"Mak aqilah yang kau maksudkan? "
Daniel menempelak disitu perlahan - lahan Haziem menganggukkan kepalanya.
"kau jangan risau lah yang penting aku nak hubungan aku dengan Aqilah halal kalau aku lepaskan dia belum tentu aku dapat wanita sebaik dia walaupun ada yang lebih baik darinya tapi tidak mungkin sama macam dia"
"kau kena ingat bukan Aqilah sahaja kau kahwin dengan keluarga dia sekali kau kahwin besar tanggungjawab kau nanti cuma aku ingat kau kena bersabar jer lah dengan sikap bakal mak mertua kau tu"
Daniel mempamirkan senyuman palsu hatinya pula masih tertanya - tanya "betul ke keputusan aku?" tidak tahu kenapa seperti ada seseorang yang sudah bertakhta sejak sekian lama kalau betul Aqilah bertakhta dalam hatinya kenapa dia tidak ucap 'aku sayang kau' sehingga kini dia betul - betul buntu
"Jom, ikut aku jumpa klien?"
Dia mengusir fikiran celarunya tadi malas hendak fikirkan lagi biarlah Tuhan yang mengatur segalanya dia cuma merancang tapi yang di atas telah menentukan segalanya. Selesai pembayaran terus mereka beredar dari situ.
Share this novel