Bab 25

Drama Series 5038

Perlahan - lahan kelopak matanya dibuka sekelilingnya hanya kelihatan samar - samar mungkin sudah semalamam hari dia tidak sedarkan diri membuatkan kepalanya menjadi pening dan pusing, kelihatan seseorang membawa dulang serta segelas air dan memanggil namanya

"Fasha....Fasha...."

Fasha mengerutkan dahinya kepalanya masih terasa pusing mungkin kesan dek tamparan dari lelaki durjana tidak guna tu.

"Aku kat mana ni?"

Izzati mendekatinya dulang berserta air dibawanya di letakkan di atas meja lampu lalu membantu dia bangun dan bersandar pada katil beralas bantal bagi menyelesakan kedudukannya.

"Masih di bumi belum lagi naik ke langit jumpa ayah pin"

Fasha menjengilkan biji matanya ke arah izzati yang sudah terkekek menahan geli hati

"kau kat rumah aku.... "

"how?"

"kau tak ingat ke?

Fasha menggelengkan kepala tetapi fikirannya masih cuba mengingati peristiwa malam tadi namun gagal untuk mengingat kembali yang dia ingat ialah Farid ditumbuk seseorang tapi dia tidak pasti siapa?

Izzati menarik nafas sedalam - dalamnya dan menghembus dengan perlahan lalu dia menceritakan bagaimana kawan baiknya boleh tiba - tiba ada disini.

"aku tak pasti betul ke tak nama dia yang pasti dia kenal kau dan kau kenal dia..."

Sekali lagi Fasha mengerutkan dahinya masih tidak faham apa yang Izzati cuba hendak sampaikan kepadanya

"Tak silap aku Da.. Daniel yup Daniel"

"Ha mamat poyo tu?"

Fasha berdecit dan tersenyum mengejek langsung tidak masuk akal jawapan dari rakan baiknya, hatinya berintonasi dengan dirinya 'takkan lah mamat poyo tu nak tolong aku kalau betul lah dia nak tolong dari awal - awal lagi tidak payah aku susah - susah turun bawah semata - mata ambik kunci dari dia huh, ni semua gara - gara mamat poyo tu lah kalau tak disebabkan kunci tu aku tak jadi camni dan terserempak dengan mamat psiko tu!

"No, no, no Izzati aku tak rasa dia yang tolong aku maybe pak guard nampak aku bergelut dengan mamat psiko tu then dia guna fon aku untuk call contact kenalan rapat and dia nampak nama kau pastu dia call pastu bagitahu yang aku dah tak sedarkan diri so ko pon pick up aku kan?"

"Bukan, semuanyer yang kau buat andaian tu salah! Aku tak dapat pun calling dari mana - mana someone yang aku tahu tiba - tiba rumah aku ada orang tekan bell bukak - bukak je Daniel tengah cempung kau pastu terus masuk dalam rumah"

Fasharina tersedak - sedak dadanya diurut - urut bagi melancarkan pernafasannya

"ha dia dukung aku?"

"ha... ah... Tapi kan masa dia hantar kau sini mukanya risau sangat wei aku nak cakap kat dia apa yang berlaku kat kau pun tak sempat sebab dia tengah menggelabah masa tu and riak muka dia tu seolah kau ni penting bagi dia..."

"yang paling pelik bin hairan macam mana dia tahu alamat aku dan aku ni kawan baik kau eh?"

Kesitu pula si Izzati fikirkan sudah tentulah Daniel tu tahu lagipun sudah banyak kali bertembung denganya bukannya dia tidak tahu itulah banyak sangat makan semut hitam lagi satu Danial kan anak majikan Tan Sri Tengku Hisham sudah tentu dia tahu Fasharina berkawan dengan siapa... Alahai izzati

"Alahhh depan orang lain memanglah dia buat muka macam tu aku pun boleh buat jugak tu semua berlakon je zatt kalau depan aku dia buat macam tu takdenyer, menyakitkan jiwa raga aku adalah"

Fasha mengeluh geram bayangan dia kena buli dengan bos sementara yang acah - acah berlagak macho masih terlayar dalam kotak fikirannya.

"suka hati kau lah Fasha nak percaya ke tak yang pasti dia betul - betul ikhlas tolong kau!"

Walaupun dibibir menangkis segala perbicaraan rakan baiknya tapi lain sudut hati dan akal fikirannya yang masih memikirkan soal semalam 'why aku rasa something ni?' Fasha mengeluh kalau yang bernama Tengku Nur Fasharina mana mungkin merendahkan egonya sama tinggi dengan gunung Everest.

"pasal ex kau tu macam mana pula tak nak pergi balai ke buat report?"

Fasha termenung bayangan semalam wajahnya tiba - tiba bertukar pucat lesi kejadian malam tadi menghantui dirinya sungguh ngeri dari cerita horror Indonesia dia pasti itu bukan Farid sebenar tetapi mengapa jadi begitu mungkin dia tertekan tak kan broken heart?

"aku rasa tak"

"aku tak boleh buat report kalau aku buat nama Tan Sri Tengku Hisham tercemar cukuplah apa yang aku buat selama ni jatuh maruah papa aku mana nak letak air muka keluarga aku tidak pasal - pasal aku kena buang keluarga and kalau aku buat report mesti si psiko tu balas dendam kat aku....aku rasa dia tu dah gila lahhh?"

Akal fikirannya sudah melayang otaknya ligat berputar terbayang satu desolasi yang dimana dia diculik dan dibunuh organ - organnya pula dijual di siam matanya dikatup rapat cepat - cepat dia mengusir anasir - anasir negatif dalam kotak fikirannya, seram..

****
*imbas kembali Bab 24*

Tanpa berfikir lagi tumbukkan padu ringan sahaja dilayang pada si hoodie dan bertopi hitam itu bukan setakat penumbuk sahaja diberikan malah kick combo triple kill ditujukan tidak sia - sia masuk takwaendo hingga peringkat kebangsaan cuma tidak menjuarai pertandingan tersebut kalau dia tidak melantak nasi lemak sambal sotong pedas dua kali ganda itu mesti dia tidak pegang naib johan.

Baharu sahaja dia mencengkam kolar jaket lelaki bertopi hitam itu dia menangkis mengguna pisau belati

"Aarghhh sial!"

Titik - titik merah menitis ke lantai dia menekup lengannya sekuat agar pendarahan dapat berhenti bola matanya hanya memerhatikan sahaja gerak langkah lelaki bertopi hitam sehingga hilang pandangan, sapu tangan yang sentiasa dibawa dari koceknya dikeluarkan lalu membalut dan mengikat lukannya dengan kain dan menariknya dengan ketat mengunakan gigi.

Fasha sudah terkulai layu disitu lantas dia menghampiri dengan perlahan - lahan wajah polos itu tampak kemerahan bagai udang dibakar jelas kelihatan dek tamparan tadi peristiwa 14 tahun lalu menghantui dirinya nadi dilengan dicari - cari mahu menghitung kiraan nadi dahinya berpeluh - peluh cemas menyelubung diri cuping telinganya menghampiri telinga antara jantung Fasharina, fuhh...masih berdegup dengan normal dia menghembus nafas lega tanpa ragu - ragu terus di cempung tubuh itu masuk ke dalam perut Audi A7 sportback....

Bahunya ditepuk tindakan refleks itu membuatkan dia menyentak terkejut dek ditepuk lantas menoleh ke belakang

"ada apa kat dinding tu?"

Haziem tersengih - sengih melihat sepupunya termenung sejak tadi pintu pejabat diketuk berkali - kali tetap tidak perasan entah apa dia fikirkan pun tidak tahu sehinggakan sepupu rapatnya boleh jauh melayang.

"Ouh, Haziem ada apa?"

Kening kanannya menjongket file hitam dari tangan Haziem dihulur padanya

"Dato Tuan Aryan call aku tadi minta kau dengan aku berjumpa dengan Dato Tarmizi discuss projek decorate Hotel Hibiscus hari ini"

"tapi kalau tengok kat file ni sepatutnya Tengku Nur Fasharina Binti Tan Sri Tengku Hisham sahaja yang pergi kenapa bukan dia by the way mana dia aku tak nampak pun?"

Matanya melilau mencari kelibat Fasha tapi sayang bayang - bayang hidung pun tidak kelihatan baharu sahaja hendak belanja makan tanda minta maaf tempoh hari tanpa sengaja mata sepetnya terpandang balutan bandage pada tangan kiri Daniel.

"tu tangan tu dah kenapa berbalut kau accident ke?"

"aku injerd masa kat gym lagipun takdelah teruk mana sikit jer luka"

Haziem sekadar mengangguk kepala terpaksa
Daniel membohongnya mana mungkin dia menceritakan perkara sebenar tapi tidak tahu kenapa dia perlu sorokkan perkara ni segala rahsia pasti dia berkongsi tapi kali ni biar semat di hati

"Dia takda, mc dia tak sihat tu yang tak
datang "

" pasal file tu memang nama dia tapi Pak yah sendiri yang suruh aku handle semua IH ni nak harapkan anaknya lamberrtt lagi.... tunggang terbalik dibuatnya"

"amboii mu mengutuk nombor satu kalau dia dengar ni kecil hati dia"

Daniel menjuling matanya apa yang dicakap tu betul lah kalau betul Fasharina tu boleh diharapkan dari awal lagi dia tunjuk commitment dan bersedia awal untuk menggalas tanggungjawab bukannya sambil lewa nak datang office pon lambat itu pon masih berlagak selamba yang bernama Tuan Daniel Ariffin Bin Dato Tuan Aryan Shah memang cukup pantang manusia jenis tidak dedicated and panctual!

Ringtone handphone milik Daniel berbunyi dia memberi isyarat tahulah Haziem sepupunya mendapat panggilan dari entah siapa mungkin tunangnya atau orang luar dia hanya mengangguk dan mengangkat kedua tangannya tanda menyerah lalu keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience