Bab 33

Drama Series 5038

Topi , pelitup muka bersertakan jaket semuanya berpakaian serba serbi hitam, nampak gaya pemuda itu dalam lingkungan 27 atau 28 tahun, dia membongkokkan sedikit badannya sebagai tanda hormat kepada pelanggannya, bag luggage itu di angkat lalu dimasukkan dalam bonet kereta selepas itu barulah pintu kereta Persona biru gelap dibukanya untuk dua orang pelanggan terhormatnya

"Jemput masuk Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida.."

Muka masing - masing memandang antara satu sama lain sambil mengerut dahi tanda tanya mula timbul di kotak fikiran. Di dalam perjalanan suasana sepi lalu pemuda itu membuka radio bagi meriuhkan suasana.

"Encik ni kenal kami ke?"

"sebab encik panggil kami nama kan?

Tanya Puan Sri Aida dengan hairan..

"Apa pula tak kenal pula Tan Sri dan Puan Sri orang ternama satu Malaysia kenal dan hormat Tan Sri dengan Puan Sri."

Anak mata itu hanya memandang cermin di hadapannya untuk memandang sisi belakang melihat dua orang penumpangnya

"Bagaimana dengan syarikat Immortal Holding masih berjalan lancar?"

"Harap okay lah....nasib baik bukan Tengku Nur Fasharina ambil alih syarikat eh tapi kenapa yer Tan Sri tak percaya dekat anak sendiri takut empayar HI merundum mendadak atau musnah masa hadapan "

Sekali lagi Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida hanya memandang antara satu sama lain perasaan curiga mula menghurung mereka terasa sangsing dan was - was terhadap lelaki itu..

Ekoran anak matanya hanya memerhati reaksi penumpangnya di tempat belakang

"Saya minta maaf Tan Sri kalau saya tersibuk hal urusan kerja Tan Sri"

Tan Sri Tengku Hisham sudah tidak berasa enak di dalam hati dia betul - betul curiga dengan anak muda ini dengan perlahan - lahan dia mengeluarkan telefonnya tanpa pengetahuan siapa - siapa saat ini dia tidak boleh berasa cemas walaupun ketakutan hadir di sanubarinya...

Zaman sekarang boleh jadi dengan macam - macam seperti sindiket haram, scammer, penyamar dan penculik untuk meminta wang tebusan walaupun sebelum ini dia pernah menaiki teksi atau grab memang benar ada orang mengenali mereka tapi tidak lah sampai masuk campur urusan kerjanya lagi - lagi hingga ke anak tunggalnya bagaimana dia tahu tentang Fasharina sudah tentu ada udang sebalik batu...

"Tan Sri dan Puan Sri baru sahaja balik dari tanah haram kan?"

"Patutlah muka berseri - seri terpancar nur tu...."

Pemuda itu hanya mengekek ketawa cuba menahan geli hati bagaikan orang terkena sampuk dengan jembalang yang entah dari mana tidak tahulah apa yang kelakar sangat di matanya sehingga semput pula mendengar ketawanya.

Puan Sri Aida memeluk erat lengan tangan milik Tan Sri Tengku Hisham menunjukkan dia juga sedang terperangkap perasaan takut apabila menaiki kenderaan orang sakit jiwa mungkin bekas atau terlepas mana - mana hospital sakit jiwa... Pihak manalah yang membenarkan orang tiga suku ini memandu untuk pelanggannya

"Tan Sri bukan ke kalau pergi sana perlu selesaikan hutang - hutang dahulu sebab tuhan murka kalau hambanya berhutang lagi - lagi dengan sesama manusia.."

"Nanti bala sampai saya tidak bertanggungjawab?"

"Halahh saya ni mana lah reti sangat bab - bab agama dulu masa sekolah suka ponteng tapi bab pasal hutang ini mata saya jadi segar terus semangat nak belajar.."

"Hahahahaha....."

Dia ketawa sekali lagi betul - betul orang yang sudah kehilangan akal

"Encik ni siapa yer.....?"

Anak mata Tan Sri Tengku Hisham tajam menikam tepat anak bola mata milik pemuda itu pada pantulan cermin kereta hadapan

"Kita ada berurusan ke sebelum ini setahu saya..."

"Saya langsung tiada hutang mana - mana dengan orang kalau ada tolong bagitahu siapa?"

Brek dipijak mengejut membuatkan Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida hampir terdorong ke depan Persona biru gelap itu berhenti ditepi jalan raya persekitarannya luas langsung tiada kenderaan lalu lalang ketika ini hanyalah hutan dan bukit - bukau serta curam sahaja yang nampak, di dalam hati Tan Sri Tengku Hisham tidak putus - putus berdoa agar mereka selamat

"Tan Sri, Tan Sri jangan terlalu yakin sangat cakap tu....?"

"Tolong jangan main - main yer kalau tak saya telefon polis sekarang juga!"

Perlahan - lahan pemuda itu menoleh kebelakang sambil membuka topi dan pelitup mukanya sambil tersenyum menyeringai

"Apa khabar Tan Sri sudah lama kita tidak berjumpa?"

Mata Tan Sri Tengku Hisham terjengil dan menunding jarinya tepat pada arah sang pemilik itu apabila musuhnya berani muncul datang menghadapnya..

"KAUUUUU!"

***
*PRANKK!

"YA ALLAH!"

"Fasha kau okay tak...? Tangan kaki ada luka? Jangan pegang bahaya biar aku suruh bibik ambil penyodok dengan penyapu"

Reaksi kawan baiknya begitu cemas apabila pinggan kaca habis jatuh berderai di atas lantai tidak tahu bagaimana boleh terjatuh padahal dia bukan seorang cemerkap dan cuai.... Fasharina meletakkan tangan kananya pada dadanya, jantungnya berdegup kencang secara tiba - tiba perasaan tidak enak mula selubung menguasai diri

Dia hanya diam mempamirkan wajah muram tidak seperti tadi ceria dan membebel kerana terlalu geram dengan makcik dari neraka tadi sekarang jarum jam hampir pukul 3 petang makanan pula sudah lama terhidang suara mama dan papa tidak kedengaran apatah lagi bayang - bayang mereka lagilah buat hati dia semakin risau.

Sudah berkali - kali Fasharina mendail tetapi hanya deringan dan hanya box mail masuk kedengaran sahaja dari telefon mama dan papanya langsung tidak di angkat

"Zatt....aku risaulahh"

"Takda apa lah... Bateri telefon mama papa kau mati tu mungkin jalan sesak nanti sampai lah mama dan papa kau...okay?"

Fasharina mengangguk lemah dia mengiyakan kata - kata Izzati untuk menyedapkan hatinya mengharapkan kata - kata Izzati adalah benar.

*Ting Tong!

*Ting Tong!

Bulat mata helangnya apabila bunyi bell ditekan seseorang berkali - kali mungkin itu papa dan mama terpancar keterujaan Fasharina cepat - cepat dia mengambil kek untuk menyambut kepulangan mereka tidak ketinggalan Izzati mengambil sepanduk 'Selamat Pulang'

"Bik....! Tolong buka kan pintu untuk mama papa"

Laung Izzati yang dia pun turut teruja menyambut kepulangan papa dan mama Fasharina yang dirinya pun sudah menganggap mereka seperti orang tuanya.

"Baikk Nona tunggu sebentar yaa..!"

Bibik Mah melaung dalam loghat pekat indonesianya

" Nona Izzati kayaknya bukan Tan Sri dan Puan Sri?"

"Tetapi..."

"Habistu siapa?"

Izzati mengerut dahi manakala Fasharina naik atas sekejap untuk mengambil kamera digital Canon.

"Pak polisi..."

Izzati menelan air liur hadir perasaan tidak sedap hati yang tiba - tiba datang tanpa diundang

"Assalamualikum ini rumah Tan Sri Tengku Hisham Bin Zakri?"

Tanya seorang pegawai polis dalam lingkungan 40 an dengan suara garau serak basahnya.

Izzati hanya mengangguk perlahan

"Saya nak cari Tengku Nur Fasharina....waris kepada Tan Sri Tengku Hisham dia ada?"

"Saya...Tengku Nur Fasharina anak Tan Sri Tengku Hisham.."

Mereka menoleh kearah pemilik suara tersebut yang tiba - tiba muncul mungkin baru lepas turun tangga lalu menghampiri kepada mereka berada di pintu

"Ada apanya Encik datang ke sini?"

"kami ingin melaporkan tentang Tan Sri Tengku Hisham dan isterinya Puan Sri Aida kepada anda bahawa ahli keluarga Cik Tengku Fasharina terbabit dalam kemalangan"

*Zapp!

"Allahuakhbar!"

Bibik Mah menekup mulutnya melopong hampir tersembul biji matanya manakala sepanduk dipegang oleh Izzati terjatuh ke lantai kaget saat mendengar berita itu.

Terasa bagaikan ombak laut mengganas mahu memecahkan permukaan dinding berombak laju jantungnya berdegup kencang bagaikan hendak pecah gugur jantungnya setelah pegawai polis itu menyampaikan laporan itu terhadapnya tetapi Fasharina cuba mengawal mimik wajahnya hanya tersenyum senget langsung tiada reaksi bagi dia ini hanyalah satu gurauan kasar..

"Encik tolong jangan bergurau dan jangan cakap sembarangan tanpa asal usul periksa baru sahaja papa call saya mereka on the way pulang!"

"Cik Tengku Fasharina banyakkan bersabar dan tolong beri kerjasama... saya datang sini untuk dilaporkan atas kematian mereka bahawa mereka meninggal dunia ditempat kejadian dan diminta untuk cik datang ke hospital memastikan itu adalah mayat sang pewaris untuk dibedah siasat selanjutnya..."

"saya harap cik bersabar dan saya turut bersimpati atas ujian menimpa terhadap keluarga cik..."

"me...me..meni..meninggal...?"

"Maaf cik kami terpaksa beredar dahulu...assalamualaikum.."

"walaikumusalam...."

Izzati membalas salam hanya nada perlahan dia turut terkilan dengan apa dia dengar tadi sungguh dia tidak percaya apa sedang terjadi...

Bibirnya terketar - ketar, suaranya tersekat di tengah kerongkong susah hendak mengeluarkan kata - kata di bibirnya, mata helang yang bulat mula kendur perlahan - lahan menggigil - gigil lutut terasa longgar dia terduduk lemah di tepi bingkai pintu...bibik dan Izzati merapati untuk membantu Fasharina yang sudah hilang kata - kata terus berjujuran air mata deras laju..

"Zatt...cakap dengan aku yang aku halusinasi kan atau sekadar mimpi?"

"Zatt.....?"

Fasharina menggoncang bahu dengan kuat milik Izzati langsung tiada reaksi hanya merenungkan wajah kosong air matanya mula deras sambil mengetap bibirnya dan menggeleng - gelengkan kepalanya

"Tolong lahh cakap..!!"

"Jangan lahh diamm...tell me!"

"Fasha....."

Mereka menangis teresak - esak suasana yang ceria dengan gelak ketawa bertukar tragedi hitam..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience