Gambar kanak - kanak perempuan berusia 10 tahun dan diantara kanak - kanak perempuan itu ada dua orang remaja lelaki berusia 14 tahun mereka begitu mesra sekali gambar dalam handphonenya ditatap dengan penuh bererti itulah gambar masa zaman kanak - kanaknya memori yang paling indah sekali yang tidak pernah dia lupakan sampai bila - bila.
Walaupun segala-segalanya sudah berubah tetapi ingatannya masih segar dalam fikirannya.
14 tahun yang lalu,
"Fasha, jangan ikut abang Danielah!"
"kat sini bahaya!"
Daniel memberi amaran kepada kanak - kanak berusia 10 tahun yang digelar Fasha.
Sudah bermacam -macam dia memberi amaran keras tetapi masih tetap dengan keras kepalanya yang degil tahap maksima.
"Alaaa... Fasha tak nak tinggal sorang - sorang kat sini."
"Takut..."
Mata kanak - kanak itu mula bergenang tunggu empangannya pecah yang tidak lama lagi.
"siapa suruh ikut abang kalau takut!"
kedengaran suara Daniel yang sudah mula berang seperti singa kelaparan menggigil - gigil Fasha ketakutan melihat abang Daniel nya yang seakan mahu menelannya hidup - hidup.
"kau ni dengan budak kecik pun nak tinggikan suara chill lah."
Haziem yang tiba - tiba mencelah di antara mereka berdua juga berusia 14 tahun sebaya dengan Daniel mereka bukan adik beradik tetapi sepupu bersebelahan ibunya.
Daniel dan Fasha tinggal ke kampung bersama dengan haziem, pakngah dan makngah kerana papa dan mama mereka mempunyai urusan penting diluar.
"Fasha boleh ikut kiteorang"
dari sudut tepi dia sudah nampak mata daniel terjengil jelas amarah pada riak wajahnya tetapi dia pura- pura buat tidak tahu sahaja mata fasha pula memancarkan bercahaya apabila dapat tahu yang dia boleh ikut sekali.
"tapi.... "
"ada banyak syarat?"
"apa syaratnya abang aziem?"
tak sabar budak perempuan comel itu hendak mengikut kedua - dua abangnya masuk kedalam hutan tak kisahlah apa syaratnya dia mesti ikut juga.
"pertama fasha jangan menangis, pastu jangan asyik mengadu banyak nyamuklah, panas, bosanlah nanti abang danie marah."
"nak ke?"
cepat - cepat budak perempuan comel itu menggeleng - gelengkan kepalanya dek takut dimarahnya sekali lagi.
sempat haziem menjeling Daniel yang sedang masam mencuka.
"yang kedua dengar cakap abang danie dengan abang haziem tau."
"okay abang aziem!"
pipi gebu milik fasha dicubit geram dengar setiap celotehnya.
Semangat sungguh kanak - kanak comel itu yang membuatkan hatinya semakin berkobar - kobar yang ingin sangat mengikut kedua - dua abangnya tidak tahulah apa yang sangat seronok dalam hutan tersebut.
Daniel Meluat melihat agenda kemesraan mereka berdua batu - batu kecil disepak bertalu - talu, marah nampak ke cemburu?
"yang terakhir jangan sesekali lepas dari tangan abang kalau fasha hilang macam mana?"
"jaga - jaga kat sana ada..... ponti...."
belum sempat dia menghabiskan kata - katanya Fasha terlebih dahulu menjerit dek ketakutan apabila disebut benda - benda entiti tersebut pinggang haziem terus dipeluk erat oleh Fasharina sekali lagi mata hazel cair milik Daniel terjengil melihat mereka berdua yang begitu mesra sekali lagi membuatkan jiwanya tersangatlah sakit hati.
Meluat rasanya kalau boleh semua muntah warna dia keluarkan.
"Dah cepat - cepat nanti lambat pula tak sempat nak mandi sungai!"
nadanya yang bercampur cemburu lantas sahaja tangan kecil mulus Fasha digenggam erat oleh Daniel lalu pergi dari situ.
Kepala haziem tergeleng - geleng dan ralit dengan senyuman, Cemburu ke tu? Detik hati nakalnya.
Dalam masa 20 minit mereka selamat sampai ke destinasi.
Fasharina menjerit kegirangan itu sebab dia mengikut kedua - dua abangnya yang begitu teruja melihat ciptaan Allah yang sungguh cantik tak terperi.
Bunyi kicauan burung - burung yang mengasyikkan , bunyi air deras yang membuatkan dirinya tenang tambah lagi, angin sepoi - sepoi membuatkan dia begitu nyaman.
Daniel dan Haziem memerhatikan sahaja gelagat comel Fasharina.
Haishhh kecik - kecik sudah cantik macam sang puteri besar nanti mungkin seperti bak bidadari , masing - masing terbayang - bayangkan wajah milik Fasharina apabila besar nanti.
"Abang!"
"Abang!"
"Abang!"
lamunan mereka terhenti kerana Fasha melaung dari tadi serentak mereka mendapatkan Fasha yang sedang sakan kegirangan melihat ikan berenang - renang.
"Fasha tunggu sini tau abang danie dengan abang haziem nak mandi kat sana tapi Fasha tak boleh ikut abang sebab air sungai kat sana dalam!"
haziem memberi peringatan kepada fasha risau kalau dia ikut sekali kalau terjadi apalah nak dikatakan kepada ibu ayahnya nanti.
Sedang syok bermain - main air tiba - tiba Fasharina terjerit - jerit meminta tolong air sungai semakin deras terus badan kecilnya dihanyut membawa arus terdapat batu besar yang disitu membuatkan kepalanya terhantuk pada batu yang agak besar dengan sekilas pantas Daniel bergegas mendapatkan fasha yang terkulai layu.
"FASHA!"
laung Daniel yang agak begitu kuat Haziem pula terus diam membatu seakan tidak percaya apa yang dilihat tadi.
Badan kecil Fasharina dicempung dan dipeluk seerat yang mungkin dahinya pula tidak berhenti - henti mengeluar cecair pekat merah baju hazeim yang ditanggalkan tadi terus ditekup pada dahi Fasha agar membantu proses darahnya berhenti.
Dia tak bersedia lagi untuk kehilangan orang yang sangat disayangi.
" Abang Danie nanti dah besar kahwin dengan fasha tau jangan orang lain!"
"Fasha tak nak kahwin dengan orang lain sebab abang Danie jer yang pandai jaga Fasha" celoteh si comel itu terngiang - ngiang di benak fikirannya itu .
Setitis demi setitis air mata jantannya mengalir pada muka kecil Fasharina.
Please Fasha jangan tinggalkan abang Fasha dah janjikan nak kahwin dengan abang."
hatinya meronta - ronta takut kehilangan orang yang sangat dia sayangkan.
Menyesal dia meninggikan suara tadi timbul kesalnya sekali lagi membuatkan dia berasa gagal menjadi seorang abang atau lelaki yang melindungi cinta hatinya.
Sekiranya berlaku apa - apa kepada Fasha dia sendiri tidak akan memaafkan diri sendirinya.
Tiba - tiba pintu officenya diketuk terus memori zaman kanak - kanaknya terhenti dalam benak fikirannya.
Cepat - cepat handphonenya diletakkan atas mejannya.
"yer silakan masukkan!"
Share this novel