Semalam mungkin adalah hari kemenangan tetapi sebenarnya tidak semalam adalah hari bersejarah dia boleh tumpas dengan si mamat poyo mungkin ia tidak akan berterusan tetapi dia silap kerana selagi si mamat poyo itu ada di sini selagi itulah dia terus dibuli macam kuli...kenapa staff lain tak di suruh buat kerja teruk - teruk, kerja OT sampai 2,3 pagi yang paling sadisnya tak dapat makan tengahari....
Omaigadd its not fare!
Pukul 8 pagi dia berhadapan dengan jem dapat panggilan dari si mamat poyo boleh pulak menyuruhnya menjemput sepupunya dari Senai International Airport erhhhh sepupunya tu tak boleh ke jemput sendiri and pulang sendiri, ingat Johor tu depan batang hidung ke? Mujurlah dia tidak lewat walaupun jalan penuh di sapu dengan jem sebelum turun dari perut Lexus RC merah mencuri hati pastikan muka tiada setitik pun berminyak, bibir merah menawan, rambut pula sentiasa berkepuk dan menyilau ouh ya! yang paling penting glasses Gucci mesti on point di kepala barulah Fasharina cantik bergaya diva sentiasa.
Hanya t-shirt jersi berseluar khakis rambut diraup tepi boleh tahan kacak juga muka mamat tu walaupun gayanya hanya simple handphone di handbag nyer dikeluarkan melihat foto diberikan oleh Tuan Daniel melalui whatsapps sah betul mamat kacak ni sepupunya sekali pandang mungkin dia tidak perasan tetapi 2, 3 kali pandang...
" Wait that?"
Baru dia perasan kejadian beberapa minggu yang lalu yaa! Dia kenal mamat itu "mamat parking!" ouhh tuhan why dia boleh ada disini tak tahu pulak dia ni sepupu si mamat poyo malunya bukan kemain lagi terpaksalah dia berhadapan lagi... Terlihat si mamat kacukan korea tersenyum kearahnya hingga terlihat kedua - dua lesung pipitnya di pipu dalamnyer macam lesung batu..... agaknya mereka keturunan lesung pipit kot? mamat kacak itu melambai - lambai kearahnya agak terpesona Fasharina melihat senyuman menawan itu cepat - cepat dia memakai glasess nya bagi mengelakkan mata gatalnya mencuri pandang mamat kacukan malay plus korea
"Hye... Cik Tengku Nur Fasharina kan?"
"Hurmmm.."
Haziem tersenyum kecil melihat Fasharina menjawab hanya sepatah tiada langsung perkataan di acap bibir munggilnya tahulah dia yang lelaki itu sengaja menyebut namanya kerana cuba melayarkan balik kisah babak "parking!"
Dalam perjalanan ke Immortal Holding Haziem meng 'offer' kan diri untuk memandu mata sepetnya asyiklah mencuri - curi pandang Fasharina yang lebih selesa menekur luar tingkap Lexus RC
"Fasha..."
" Cik Tengku Nur Fasharina"
Fasharina membetulkan namanya dengan muka berlagak bertambah bongkak bagi secukup rasa Haziem pula tersenyum - senyum dia lupa yang wanita disebelahnya bukan 14 tahun yang lalu dia pun sudah lali sikap divanya.
"kenal abang Haziem lagi tak?"
Fasharina menolehnya sambil kening menjongket sebelah kanan.
"who abang Haziem?"
"ni?"
Haziem menunding jarinya sendiri sambil tersengih - sengih bangga
"ha sejak bila you jadi abang I?"
"kita sibling ke?"
"parents you ade pertalian darah dengan family I ke?
" eh tak kita bukan adik beradik atau ada pertalian darah cuma masa kecil kita rapat."
Haziem memperbetulkan balik takut perselisihan faham kali kedua tak boleh secuit gurauan dengan wanita disebelahnya lagak sang raja rimba apabila mengaum alamat lah habis tali hayatnya nanti.
"ouhh, so kira bertiga lah kita rapat you, I and si mamat poyo tu"
"Errr, siapa mamat poyo tu?"
"nanti tahulah siapa yang paling poyo kat IH tu"
Fasharina menyilang kedua - dua tanganya sambil menjeling keluar tingkap tinterd hitam manakala Haziem menggaru - garu dahinya tidak gatal.
***
Pintu gah Immortal Holding dikuak gagah Haziem mendahului Fasharina hanya bermuka selamba berlagak diva langsung tiada ucapan terima kasih atau senyum seikhlas hati.
Semua staff disitu memandang mereka ada yang membisik antara sesama makcik bawang hollen dan bawang merah melihat Fasharina berjalan bersama jejaka kacak malaya campuran korea walaupun staff disitu mendapat jelingan maut dari mak tiri tetapi putera kacak tetap membalas senyuman semanis madu. Aduhh... hampir cair semua staff wanita disitu seperti vanilla aiskrim terkena pancaran matahari, ahhhh melting...
Terlihat pintu lift dibuka muncul dua sejoli merpati sedang gelak ketawa tahulah siapakah mereka Fasharina pula menjeling kearah lain, meluat? Entahlah akal kata lain hati pun kata lain tidak tahu yang mana betul Haziem hanya tersenyum kecil melihat mimik muka Fasharina.
"Amboi, sweetnya korang sampai tak nampak kiteorang kat sini yer?"
Haziem mencelah disitu melihat mereka sudah tersipu malu tidak pula Fasharina mempamirkan wajah yang bosan entah kenapa pula dia berdiri mengekori Haziem.
"Hai, abang Haziem dah lama ke sampai?"
Terus cuping telinganya menangkap sesuatu yang boleh membuat dia loyar tekak ditengahari ' amboi gatalnya kau, dengan laki kau aku tak kisahlah kau nak berabang sayang dengan sepupu si mamat poyo pon kau nak berabang jugak ke yang si mamat poyo tu takda rasa jealous ke selamba jer muka ke takda hati dan perasaan?' Fasharina mengumpat sendiri " harap bertudung litup tapi sayang gatal tahap miang pokok keladi tidak dapat ditutup" pantang nampak keburukan orang ada sahaja tidak kena pada matanya.
"Haah, saya baru jer sampai, Fasharina yang jemput saya kat airport tadi."
Aqilah mengangguk - anggukkan kepalanya sambil tersenyum kearah Fasharina hanya hadiah lirikan jelingan helang maut diberikan dari wanita persis top model berjiwa hantu memang sejak awal pertemuan tidak sudi sambut senyumannya dihujung senyuman wanita manis bertudung 'Fareha' kuning ada sedikit calit hambar disitu.
"Aqilah sihat?"
"alhamdulillah killah sihat, abang?"
"Dia kalau tak sihat tak kan jejak kat IH ni"
" Eh aku sakit pon sanggup datang tau"
"Dah terkenan ke kat staff Pak yah ke?"
Haziem hanya ketawa tetapi matanya sempat melirik memandang polos wanita sebelahnya.
"apa pula kite berdiri sini lama - lama jom lah ikut kiteorang keluar lunch dah masuk hour lunch ni?"
Daniel melihat jap dipergelangan tangan kanannya, Haziem mengangguk tanda mempersetujuinya.
"abaangg... Fasha nak ikut"
Lengan kekar kiri Haziem diseluk erat secara tiba - tiba hampir luruh jantung, kepala lutut pula terasa longgar hati pula jangan tanyalah tidak tahu beralih kemana
"Boleh tak?"
Fasharina menggoncang lengan kirinya terus Haziem mengangguk kepalanya tanda setuju tidak pula Daniel yang tidak senang melihat kemesraan mereka.
***
Kerusi hitam beroda empat berpusing kekiri kekanan masih teringat babak gilanya tadi, Arghhhh! Kau dah kenapa Fasharina mesti si mamat poyo tu berfikir kau menagih perhatian dengan sepupu sendiri. Eh! No! Bukan Fasharina bukan meminta perhatian tetapi cuma tunjukkan hati digelut dengan perasaan cemburu ehh apa ni cemburu?
3 jam lalu..
Cafe Hibiscus Block A
Dia duduk berhadapan Tuan Daniel Ariffin a.k.a mamat poyo wanita itu tahu tetapi hanya pura - pura tidak sedar sepasang mata hazel cair sedang menikam anak mata bundarnya tepat sedalam - dalamnya.
Corrut susu dimain - mainkan menggunakan straw mata helangnya meliar ke luar tingkap slide bersebelahan disebelahnya apabila wanita yang konon berlagak suci dimatanya datang duduk bersebelahan 'Tuan Daniel' dengan membawa kek marble chip.
" Fasharina nak makan apa?"
"order atau abang ambilkan desert yang kat sana?"
Haziem memperlawa dirinya menggelarkan title 'abang' kes tadi Fasharina memanggil dirinya abang bagaikan ditiup angin berterbangan di awang - awangan, sebaik keluar dari IH dan masuk kedalam perut kereta sehingga di Cafe Hibiscus senyumnya tidak lekang dan tidak putus sepanjang masa orang sekeliling tengok mesti dianggap sewel.
Fasharina disebelahnya mempamirkan riak tidak berminat perut pun bertindak sama pada tuannya masih belum ada selera
" Tak nak lah, kalau I rasa nak makan I boleh ambik sendiri masih cukup sifat and takda yang kurang lagi.."
"so you.. Tak boleh susah - susahkan diri..."
Zapp...sebegitu jawapannya kali ni bukan berterbangan diawangan tetapi jatuh dihimpap batu yang terlalu besar maka terhumban keatas tanah sedalam - dalamya tapi riak muka lelaki kacukan itu tetap tersenyum dan berlagak tenang dia faham kerana wanita sebelahnya susah nak dianggarkan kejap okay kejap tak okay yang pasti dia adalah wanita yang baik yang sukar ditonjolkan kalau orang lain sudah tak nampak lagi kebaikannya entah datang dari mana sikap baiknya yang hanyalah nampak berjiwa langsuir seiringi perangai mak lampir...
Seperti biasalah sepanjang masa dua sejoli tidak henti bergurau senda sakan gelak ketawa dia pula duduk membatu tak ubah macam tunggul kayu... Ha, sangat serupa! yang Haziem pula hilang entah ke mana.
"Abang Danie nak tart telur? killah boleh ambilkan.."
"Favourite abang kan?"
" Tak nak lah, abang nak yang tu.."
Bibirnya dimuncungkan manja persis anak kecil meminta sesuatu pada ibunya tanda dia mahu kek di pinggan Aqilah.
" Eh, kan sama kek kita abang Danie makan jer lah abang punyer tu?"
"Tak nak tak sedap yang killah punyer sedap kecur air liur abang tengok."
Fasharina menjuihkan bibir munggilnya sumpah nak muntah terkeluar anak tekak seumur hidup dia dibawah majikan sementara gantian papanya itu belum lagi pernah dengar suara lunak dibuat - buat manja dah macam orang tak betul.
Drama belum habis setakat itu Aqilah menghulurkan pinggannya kepada Daniel tetapi Daniel menolak kembali Aqilah mengerut dahi benak fikirannya 'hairan?'
"Tadi abang Danie nak kan ni kenapa tolak?"
Daniel tersengeh - sengeh ada maksud tersirat disitu tetapi Aqilah masih tak faham lagi disebelalik sengihan itu.
"kenapa?"
Tanya Aqilah lagi yang memang tak faham memang betul - betul terlalu lurus sangat haishh, budak kecik pun tahu apa yang kekasihnya mahukan.
"Suapkan lah abang...."
" ha??"
Aqilah gemuruh, hampir saja terloncat kebelakang dia betul - betul tidak percaya tapi dia sangat gembira tidak tahu berkata bagimana terasa mahu sujud syukur disekitar ini walaupun orang lain ingat dia anggap cafe hibiscus ini kota suci mekah 'kaabah'.
Kek marble chip tersua di mulut sang kekanda apalagi tersenyum lebar sang adinda walaupun tangan yang mulus terketar - ketar tak ubah seperti serangan 'parkinson'.
" Sedapnya air tangan bakal isteri abang ni kalau masak mesti lagi sedap ishhh, tak sabar nyer..."
Aqilah tersenyum tersipu malu ala - ala kucing siam terasa kejang diseluruh urat saraf muka, bahagianya sampai tak terkata...
'Haishhh diorang ni saja nak kenakan aku!' Fasharina mengetap bibir dengan berbaur perasaan. Haziem datang sambil membawa sepotong Red Velvet tersenyum lebar Fasharina melihatnya nampaknya angin gilanya sudah datang kembali.
"A....bangg..... kenapa lambat sangat ni Fasha tunggu dari tadi..."
Meleret - meleret bunyinya seiringi dengan seluruh badannya yang sudah meliuk - lentok persis ulat bulu gatal
"Errr, kenapa Fasha? Abang ambil desert tadi.."
"Fasha laparr.....lah"
"Ouhh, kalau lapar ambil lah kat sana"
"Ishhh"
Fasha berdecit geram 'ni tak boleh jadi, aku kena kawal emosi aku rilex Fasha kau boleh buat jangan malukan keturunan Tan Sri Tengku Hisham!' Fasha gelak jahat dalam hati memang manusia sepertinya memang tidak boleh nampak orang lain bahagia.
"Bukan tak nak ambil sendiri Fasha tak larat lah nak berjalan jauh sangat..."
Eleh tadi dia sendiri kata nak ambil sendiri sebab masih cukup sifat ini tiba - tiba sakit kaki pula.... Ceh mengada tahap dewa betul!
"ermm disebabkan Fasha pick up abang Haziem kat airport tadi Fasha nak mintak reward....."
"boleh?"
Haziem tersenyum sudut hatinya ada bunga - bunga sedang berterabur penuh dihatinya alahai bahagianya apabila wanita pujaannya sejak 14 tahun lalu kini betul - betul disampingnya kalau sepupunya bahagia kenapa tidak dia.
"mestilah boleh untuk Fasha semua boleh.."
" Abang Haziem ni sweetnya....."
Fasha tersenyum lebar dan bertepuk riang macam kanak - kanak dapat gula - gula.
"Abang suapkan Fasha yer?"
"bukan apa tangan pun tak larat mungkin lapar sangat ni.."
Terjengil si mata mamat poyo melihat kemesraan mereka terasa bulu - bulu terangkat kejung melihat setiap gelak ketawa mereka yang tidak ubah filem Romeo and Juliet, Rose and Jack (titanic), Puddin and Harley quin tangannya dikepal erat tegang urat - urat dipergelangan menjalar kekar tangannya cuba menahan sesuatu yang tidak dapat diluahkan cemburu kah dia? Melainkan pula Aqilah turut tersenyum bahagia melihat mereka ketawa.
Haziem dan Fasharina berebut kek yang terakhir masing - masing menarik tangan agar masing - masing tidak dapat kek terakhir itu.
"Abang mana boleh itu Fasha punyer"
"Eh mana ada nama Fasha kat sini"
"BAM!"
"Fasharina ikut aku pergi jumpa dengan Dato Mokhtar petang nanti tepat pukul 3 sharp kat lobi aku tak nak 1 minit pon lambat!"
Tersentak mereka di situ hanya pandangan membisu melihat Tuan Daniel keluar berlalu pergi meninggalkan mereka disitu.
"Tengku Nur Fasharina!"
Tersentak lamunannya tadi
"mamat poyo ni lagi"
Fasha berdecit bermimik tidak puas hati.
hii u olls im so appriciate and thankfull so much support sha dari awal sampai sekarng terima kasih sgt sudi baca BT(bahagia tercipta) sorry sgt ii bnyk kelemahan pd sha lagi ii lambat republish mm so sorry sha banyk kekangan mase dan x dpt nk dielakkan.. u olls semua blh comment tau mn tahu dpt meningktkn prestasi menulis novel. sha akan continue menulis BT sampai ke penghujungnya doakan sha yer tq sooo much & i love u olls #sayangkorang
Share this novel