6 Bulan Kemudian
"Grrrr...!"
"Grrrr...!"
"Grrrr...!"
Bunyi getaran pada telefon bimbit tanda panggilan masuk dibiarkan begitu sahaja Daniel meraup wajah sehingga rambutnya kebelakang, dia sengaja menukar pada vibration kerana telefonnya tidak habis - habis berdering mug berisi coklat panas di atas meja di ambil lalu menghirup perlahan.
"Grrrr...!"
"Grrrr...!"
Sekali lagi telefonnya bergetar di atas meja dia mengeluh kasar ekoran matanya menjeling pada paparan skrin bernama Aqilah, hampir 65 kali panggilan masuk belum termasuk notifikasi chat di whatsappnya dari tunangnya bukan tidak mahu mengangkat tetapi jiwanya semakin serabut apabila wanita itu selalu bertanya tentang pernikahan mereka walaupun sudah memberitahu dia sedang sibuk dan akan mencari masa sesuai berbincang dengannya setahunya semua sudah settle segala persiapan sudah diuruskan hanya tinggal tunggu tarikh perlangsungan sahaja apa lagi yang belum dibereskan.
Ketahuilah sebenarnya pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan atas permintaan umi dan ayahnya sendiri Dato Aryan Shah dan Datin Rozie bagi kehormatan sahabat baik ayahnya atau majikan Daniel Pak Yah dan Ma nyer telah meninggal dunia ketika itu.
Telefon itu diangkat macam orang malas hendak layan.
"yer walaikumusalam.."
"Abang baru habis meeting"
Daniel menipu sunat menutup kesalahannya bukan setiap hari cuma sekali sekala bukan apa dia malas hendak melayan bakal isterinya yang semakin mengada, pernah suatu hari itu dia terlupa mengambil Aqilah dari tempat tuisyen kerana dia mempunyai urusan hal penting apalagi dia telah diserang oleh Puan Zaiton bakal emak mertuanya ketika dia dan beberapa orang lain sedang berbincang bersama pentadbir projek Hibiscus Holding terpaksalah dia menebal muka temboknya.
"Mungkin abang balik lewat hari ini"
"Eh, bukan minggu lepas kita baru fitting baju ke?"
"Kenapa dengan baju tu...? Rasanya elok jer abang tengok killah pakai..?"
"Dah kenapa pula tak nak...? Hari itu Aqilah okay je mana - mana, abang suruh pilih Aqilah cakap tak kisah ini lain pula jadi."
"Bukan....abang tak marah cuma minggu lepas kita dah sama - sama setuju pilih baju warna baby blue tu.... abang tanya lagi kat Killah betul ke nak pilih warna ni lepastu Aqilah angguk je kalau tak suka tolong cakap takda lah abang buat keputusan sendiri...."
"Tolonglah faham abang...bukan abang elak berjumpa bakal isteri abang ni... Kerja makin berlambak dua syarikat abang terpaksa handle "
"Ya Allah...... Abang cuma cakap tak marah pun.."
"Aqi...."
"Tuttttt...........!"
Belum sempat dia memanggil nama tunangnya sudah dimatikan talian dari sana, sekali lagi dia mengeluh berat dahi pelipisnya berkerut tidak faham dengan perangai tunangnya serupa budak - budak semakin hampir majlis mereka semakin pelik perangainya setahu dia ini bukan sikap Aqilah yang berfikiran terbuka dan matang dia sentiasa mendahulukan orang lain sebelum dirinya sendiri mungkin kerana taksub ikut cakap emaknya atau dia belum cukup kenal siapa wanita itu arghhhhh tidak kisah lah mana - mana sekarang ini dia benar - benar serabut sudahlah kedua - dua empayar terletak pada tangannya hatinya semakin sebal fikirannya pula semakin hari semakin berkecamuk.
Pintu pejabatnya dikuak sebelum di ketuk tahulah siapa gerangan masuk bilik orang macam kambing gurun terjengul kepala sambil buat tanda 'peace' pada jarinya, pen ditangannya rasa nak lempar sahaja pada sepupunya sedang terjengat depan pintu
Daniel menjeling sekilas...
"Amboi, menjeling maut nampak tuhan tukar mata tu jadi juling tahulah nanti"
Haziem menghenyak punggungnya di atas kerusi hitam empuk tersedia ada sambil meletak dua folder fail hitam atas meja kerja Daniel.
"Makin lama makin hari aku serabut dengan tunang aku..."
Daniel mengadu nasib kepada Haziem membuatkan Haziem terus terduduk menegak dada tanda bersedia menadah telinga membantu menyelesaikan masalah.
"kenapa pula dengan Aqilah? Dia buat hal ke?"
"Aku tak tahu nak cakap macam mana? Hari - hari telefon aku.."
Luahnya dengan wajah sunggulnya
"Biasalah tu perempuan nak attention dari kekasihnya lagi - lagi korang dah nak kahwin ni tinggal berapa minggu sahaja apa nak diserabutnya sebelum ini dia telefon kau okay je aku tengok.."
"Memanglah kau nampak aku okay itu luaran dalaman aku? Mana kau nampak"
Daniel meraup rambutnya kebelakang yang agak serabut sejak kebelakangan ini dia sudah malas jaga keterampilannya rambutnya sudah mencecah kolar bajunya manakalah misai dan berapa helai bulu jambangnya sudah melingkari wajah kacaknya itu sekali pandang macam orang tua gatal dua atau tiga kali pandang baru perasan ini Tuan Daniel nantilah dia pergi ke kedai gunting rambut atau saloon mungkin dalam beberapa hari hendak menikah.
"Okay sekarang ini apa masalahnya kau cerita kat aku satu - persatu"
Daniel merenung sudut penjuru tidak pasti yang mana satu perlahan - lahan dia menarik nafas dan menghembus.
"Sebelum ini dia faham dengan kerja aku banyak dan sibuk sekali pun dia bagi aku ruang dan masa tapi sekarang ni aku sibuk macam mana pon dia tetap kacau aku dan paksa aku ikut kehendak dia kalau tak dia akan merajuk atau menangislah tak pun dia akan mengadu dekat emaknya itu yang buat aku makin kusut! tadi dia telefon aku, kau tengok ni dah nak masuk 65 kali panggilan masuk daripada dia bila aku angkat merajuk pula....."
Daniel meletakkan telefon dihadapan sepupunya sedang mengelus dagunya sambil meniliti di skrin telefon tersebut gayanya sama seperti pink painther dalam filem movie versi manusia seakan sedang menyiasat kes paling berat di dunia
"Aku tak faham dengan masalah perempuan ni"
Luah Daniel dengan keluhan berat, Haziem melihat sepupunya seperti mayat hidup macam gelandangan pun ada dengan rambut panjang bulu - bulu di muka juga tidak dicukur serupa 'orang utan masuk bandar' sepatutnya orang nak berkahwin ni perlu ceria dan senyum sentiasa ni monyok sepanjang masa.
"Aku tak sangka pula Aqilah macam tu jauh betul sifat dia yang aku kenal dulu sebab dia tu lemah lembut dan perfikiran terbuka mungkin kau selalu abaikan diri dia yer lah aku tengok kau ni macam tiada hala tuju asyik bekerja sahaja, Daniel semua orang sibuk dengan kerja masing - masing tapi bagilah peluang pada diri sendiri dengan bakal isteri kau kalau aku berada di tempat si tunang engkau pun aku buat perkara yang sama..."
Daniel mati kata - kata berdebat dengan sepupunya langsung tiada peluang untuk menang apa yang dikatakan oleh Haziem betul lah tu... timbul perasaan rasa bersalah terhadap Aqilah sekejap lagi dia perlu berjumpa bakal isterinya untuk meminta maaf dan memujuknya sejujurnya dia mahu mengelak berjumpa dengan tunangnya selalu bagi alasan sibuk, sibuk dan sibuk
"So... The solution kau bincang lah dengan Aqilah elok - elok yer.."
Haziem melangkah keluar hilang sudah tubuh tegap itu pada radar matanya
***
Hampir 1 jam dia menunggu di perhentian bas mujur ada tempat duduk dan berbumbung walaupun kelihatan uzur tapi masih boleh berteduh dari pancaran terik sinaran matahari.
Sekejap dia melihat skrin telefon sekejap dia melihat jam di pergelangan tangannya waktu semakin suntuk manalah pakcik teksi ni rasa menyesal pula tidak memandu kereta sendiri ingatkan ada orang sudi menghantar pergu dan pulang rupanya sibuk dengan kerjanya
sudahlah baru bertekak dengan encik tunangnya tengok kan dah makan diri sendiri... 'Wahai Aqilah kenapalah kau boleh nak mengada tahap dewa dekat dia ini perangai lama jangan dibawa - bawa alam rumah tangga nanti' Aqilah mencebik bibirnya sedang berintonasi sesama sendiri.
Honda Civic warna putih berhenti hadapanya mungkin menurunkan orang menumpang kereta itu tetapi macam tiada siapa orang di belakang tidak mungkinlah encik tunangnya setahunya Daniel tidak ada kereta jenama Honda satu tubuh kurus bidangnya agak sasa dan tinggi lampai keluar dari perut kereta ekoran anak matanya mengecil mahu melihat siapa gerangan tersebut semakin hampir dengan dia barulah tahu siapa empunya kereta tersebut.
"Encik Ramzi..?"
Pemuda itu tersenyum manis bertambah manis apabila ada tahi lalat pada dagunya.
"Hai Aqilah...."
"Jom Ramzi tolong hantarkan Killah..."
"Eh takpa Encik Ramzi kejap lagi teksi sampailah ni.."
Aqilah menolak secara baik
"petang macam ni takda teksi dah sebab jalan makin sesak orang ramai balik kerja lebih baik awak sudi terima pelawaan saya"
"Lagipun bahaya sorang - sorang dekat sini tiada orang pula tu nanti jadi apa - apa susah nanti.."
Melihat Aqilah teragak - agak Ramzi tergelak kecil melihat wajah ayu itu masih seperti dulu.
"Jangan risau saya tak makan orang saya makan nasi lagipun baharu sahaja lepas makan"
"hehehehe"
Aqilah mengangguk lalu mengikut pemuda tersebut tanda dia percaya kejujuran lelaki itu. Pintu kereta itu di bukakan untuknya sempat Aqilah mengucapkan terima kasih.
Sepasang mata di dalam perut Audi A7 sportback memerhatikan tajam mereka lalu berdesup laju meninggalkan Honda Civic tersebut.
Share this novel