Tuan Daniel Arifin Bin Dato Tuan Aryan Shah menongkat dagunya lama termenungkan sesuatu yang tidak pasti anak mata hazel cair miliknya hanya merenung luar nun jauh di luar kaca tingkap berdimensikan gelap yang menampakkan jelas walaupun keberadaan jauh dua menara kembar yang gah Kuala Lumpur City Center, KLCC.
Babak layar dimainkan semula...
kemeja biru besertakan tie gelap lengan baju panjang itu di lipat sedikit menampakkan jelas urat berselirat menjalar di tangan kekar cerah itu. Tangan kanannya memegang erat fail berwarna biru tangan kirinya pula menguak pintu pejabat sepupunya.
"Daniel.... Aku masuk eh?"
"Kau dah masuk pon"
Daniel memandang kejap wajah sepupunya yang sedang tersengih sehingga mempamirkan lesung pipit dalamnya yang dia sudah pun tercengat betul - betul berada hadapan mejanya.
Hari ini sepupunya Daniel kembali tempat kerjanya Jewel Star Holding kerana dia terpaksa mengambil cuti masa agak lama bahawa adiknya Fatin dikenakan warded kerana demam panas terpaksa lah dia menjadi abang mithali untuk menjaga adiknya terlalu faham benar adiknya tidak mahu ibu ayahnya menjaga tetapi mahukan alongnya menjaganya dia benar - benar masak perangai si Fatin adiknya itu walaupun umur sudah masuk alam tua bangka.
"Nah... projek ni start 2 minggu lagi anything else Encik Zayat contact kau untuk discuss balik pasal gabungan dengan dia dan satu lagi dia tertarik dengan proposal Immortal Holding theme decor "Wau Wau Minangkabau" then dia kata dia sanggup syer saham 50% separuh dari hasil projek syarikat dia untuk bekerjasama dengan kita semua."
Fail biru bertukar tangan, Daniel membelek satu persatu helai kertas itu diselak kepalanya pula mengangguk - angguk mendengar setiap perinci daripada Haziem.
"okay good... So brilliant aku pun tertarik juga theme decor "Wau Wau Minangkabau" ini baguslah idea kau ni Ziem tak sia - sia kau jadi partnership aku tak hairan lah kalau ramai yang berminat nak bekerjasama projek ni and aku yakin seratus peratus kau mampu handle projek ni, good job bro!"
"Aku tak terfikir pula gabungan klasik dengan moden bercampuran kuno menjadikan satu estatik pasal ini aku bincang balik dengan Pak yah sebab lagi 2 hari dia balik Malaysia and ini projek dari dia mesti dia gembira dengar berita ini"
Haziem mengerut dahi cuba memahami perbicaraan setiap butir dari bibir sepupunya.
"Bro, proposal tu bukan aku yang buat apatah lagi idea semua tu dari A sampailah Z staf lain yang handle projek ni masa tu aku outstation kat Bandar Permas, Johor."
"Kau tak ingat?"
Daniel membatu sekejap cuba mengingat semula di benak fikirannya.
"ouh yaa i see, sorry ter lost memory so siapa yang handle? Hidayah P.A Pak Yah ke? Kalau dia please, set kan untuk majlis penghargaan? kita jemput syarikat - syarikat ternama then aku nak ucap terima kasih nanti aku discuss dengan Pak Yah suruh naikkan pangkat dia."
Haziem menggeleng - geleng kepalanya ini bukan "ter lost memori" tetapi memang penyakit lupa ingatan kritikal tahap empat betul lah kata orang keburukkan orang sampai bila - bila ingat tapi kebaikan orang memang payah diingatkan.
"Tengku Nur Fasharina.."
"semua tu dia handle termasuk idea proposal sekali.."
"Kau tak ingat Immortal Holding and beberapa syarikat ternama berpeluang win get yet too the tender. After that, kau paksa Fasha buat dan presenting proposal ini, reka idea sendiri kalau boleh nak yang bombastik lain dari lain, jangan ada siapa - siapa pun boleh tolong dia dan satu lagi sabtu ahad pun kau paksa dia kerja sebab kalau boleh tender tu kau nak dia dapatkan dan menang see dia dah buktikan bro yang dia boleh buat pasti Pak Yah bangga dengan Fasha"
Daniel terkesima hanya diam menikus tidak tahu menunjukkan reaksi yang bagaimana dan bagaimana pula dia boleh lupa tentang hal ini? Dia betul - betul malu dengan diri sendiri di depan sepupunya jikalau Fasharina ada disini belum tentu malunya dapat disorokkan bawah meja dengan perlahan dia menutup fail biru itu diletakkan di atas mejanya.
Yang bernama Tuan Daniel memang keraplah dia membuli anak majikan sementaranya apatah lagi memperlekehkan setiap kerjanya malah mengejeknya bahawa wanita bongkak itu adalah harapan musnah Immortal Holding masa akan datang tetapi tidak pada hati dalam diam dia mengakui bahawa dia menyukai setiap kerja Tengku Nur Fasharina begitu sempurna sekali tetapi ada juga di sudut lain dia berbuat begitu kerana mahu melihat muka cemberut comel milik Fasharina setiap saat ketika sedang marah dan merajuk kerana terpaksa mengikut segala arahan gilanya.
"ouh yaa! Lusa Pak Yah balik kan?"
Bahunya terhinjut kerana suara sepupunya tiba - tiba mencelah kesunyian terus terhenti lamunannya wajah Fasharina melayar difikirannya cepat - cepat dia mengusir yang sentiasa bermain dalam fikirannya.
"Aku tak dapat nak sambut Pakyah, Ma dengan Uncle Aryan dan Untie Rozie balik dari sana. "
"Kau tahulah si Fatin tu pantang ditinggal sekejap nanti mulalah muncung itik Pak Mad tu..."
Haziem mengadu nasib sambil mengurut dahinya seoalah menghadapi masalah dunia ketika ini manakala Daniel hanya menggeleng - gelengkan kepala sahaja melihat reaksi sahabat baiknya yang tidak habis - habis mengadu nasib tentang adiknya
"Tapi selepas Fatin keluar wad aku dengan ibu ayah nak jumpa Pak Yah dengan Ma..."
Disitu kelihatan wajah Haziem terpancar keterujaan sambil tersengih - sengih macam lah tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa Fasharina sebelum ini tetapi Daniel mengerutkan dahi sambil tersenyum jongket tanda masih tidak dapat tangkap maksud tersirat Haziem apa yang nak disampaikan.
"Kalau Mak ngah dengan Pak ngah rindu nak jumpa Pak Yah dengan Ma aku boleh bawakan dorang berjumpa cakaplah dengan ibu ayah kau bila tu?"
"Eh bukan"
"Habistu?"
"Aku nak masuk minang Tengku Nur Fasharina...."
"APA???"
Jika dia sedang minum air nescaffe 2 in 1 sekarang ni tentu penuh pada muka sepupunya disemburnya, jantungnya pula terasa disentak kuat akibat dek terkejut hampir gugur dari tempatnya apabila ayat 'meminang' memasuki pekarangan mindanya biar betul sepupunya dah hilang akal ke tetapi kenapa Fasharina?
"iyer aku nak melamar dia jadi isteri aku?"
"bro, this is not joke okay?"
"Aku tak main - main.....aku betul - betul sayang dia... cintakan dia...and this the right time now i will apply to be her my wife"
Haziem tersenyum lebar sudah lama sangat dia memendam perasaan kali ini dia akan jujur pada dirinya serta sepupunya Daniel tentang perasaannya selepas itu tuan badanya pula.
Daniel ketawa sinis anggaplah ini satu gurauan dari sepupunya yang langsung tak masuk akal
"Tak mungkin bro..... Please cakap dengan aku kau nak prank aku atau sekadar berjenaka tak pun kau memang hasrat nak berumah tangga tapi bukan dengan dia kan?"
"Danie...aku dah cakap aku langsung tak main - main dengan perasaan aku sendiri dan aku nak kau orang pertama tahu yang aku cintakan dia."
" sejak bila bro?"
"sejak 14 tahun lalu"
PAM!
Dia terpapam tidak tahu berkata yang bagaimana hanya sesi soalan yang benak dalam fikirannya. Arghhhh tak mungkin! Bagaimana sepupunya turut ada simpan perasaan pada wanita itu tetapi kenapa? Kenapa? Perlu wanita bernama Tengku Nur Fasharina.
"Haziem, dia bukan perempuan baik.."
Haziem mempamirkan senyum sengetnya
"Apa maksud kau dia bukan perempuan baik?"
"Dia jatuhkan maruah keluarganya? Ya aku tahu yang itu tapi dia sedar kesilapannya dia tebus balik apa yang dia buat dia banyak kembangkan Immortal Holding semasa ketiadaan Pak Yah sehinggalah IH diberi kepercayaan dan banyak syarikat lain ingin bekerjasama dengan IH termasuk JS ini semua disebabkan Fasharina..."
"Bukan itu aku maksudkan?"
"Habistu yang bagaimana?"
"A.aa...aaaa....errr?"
Lidahnya bagaikan terbelit sesuatu susah hendak menyampaikan kepada sepupunya melihat renungan mata Haziem itu entah kenapa membuatkan dia berat mengatakan sesuatu tidak mungkin dia mempunyai perasaan yang sama seperti Haziem terhadap Fasharina tetapi bagaimana pula dengan Aqilah tunangnya, Arghhh dia betul - betul bercelaru!
"Apa kau cuba nak sampaikan?"
"Aku kenal kau ziem kau yang macam mana dan aku tahu kau bukan jenis memilih tapi kau kan nak perempuan yang boleh terima kau seadanya, susah senang dengan kau kalau boleh kau nak sama match macam kau kan? terang lagi bersuluh dia tak padan langsung dengan kau and ramai lagi bro kat luar sana lebih baik dari Fasharina.."
"Dia tu..."
"Bro, wait! Kau nak cakap yang Fasharina tak boleh terima aku tak boleh susah senang dengan aku kau silap bro aku memang sendiri tak nak dia hidup susah dengan aku sebab aku sendiri tahu yang dia tak pernah lalui hidup susah dan aku sesekali tidak akan benarkan dia susah dan tidak akan juga sesekali orang lain cuba sakiti dia walaupun darah daging aku sendiri."
Anak mata hitam itu menikam tepat pada mata hazel cair milik Daniel membuatkan dia gugup diruangan pejabatnya.
"Aku tahu maksud kau nak sampaikan yang dia bongkak, biadab, sombong, berpakaian seksi dan yang buruk - buruk tu semua kat dia lah... tapi bro tidak selamanya manusia buat kesilapan dan kejahatan tetapi mungkin pada penghujung hidupnya mesti menjadi jauh lebih baik dan tidak mustahil yang berpakaian sopan belum tentu dia seorang yang baik, kita sebagai manusia stop menilai dari luaran sebenarnya kita tidak tahu isi dalamnya and one more thing jangan di sebabkan dia macam itu kita menghukum dia jangan pula kita mengambil alih kerja tuhan."
"Dia pun manusia biasa juga.."
Daniel hilang kata - kata hanya pamerkan senyuman kendur bukan itu dia nak sampaikan tetapi dia tidak mahu mengguriskan hati seorang sahabat atau tali seseorang persaudaraanya.
"tetapi kenapa dia....?"
"Kenapa, aku tak berhak ke keatasnya untuk memperisterikannya?"
"Daniel aku perhati dari gerak geri kau and apa kau cuba nak sampaikan.."
"Kau cintakan dia?"
"Errrr...."
"jangan cakap kau ada perasaan dekat Fasharina."
*Glupp!
Biji halkumnya turun naik dia terjerat dengan sepupunya sendiri peluh di dahi sudah mengalir satu persatu, tangannya pula basah dengan peluh hanya tinggal ambil sapu tangan kecil di kocek seluarnya tetapi tidak akan dia lap peluhnya dihadapan Haziem nanti diketahui oleh sepupunya pula yang dia sedang nervous ketika ini tahulah sepupunya dia mempunyai penyakit gementar berlebihan secara tiba - tiba.
"Hahahhahahahaa"
Meletus gelodak ketawanya melihat perubahan wajah sepupunya pucat tidak berdarah
"Engkau ni janganlah cuak sangat... Muka tu dah pucat aku tengok? Aku gurau je bro memang tidak lah kawan aku ni ada perasaan perempuan diva, garang macam mak tiri itu aku tahu test kau macam mana Aqilah satu - satunya seorang wanita dapat menawan dan menundukkan hati setebal tembok cina sepupu aku ni"
Daniel hanya tersenyum pahit dalam masa yang sama perasaan dia lega kerana sepupunya masih tidak mengetahui lagi tentang perasaannya tetapi akan selama - lamanya ke dia menyimpan perasaan ini atau terbongkar?
Tidak mungkin lahh.... Lagipun dia akan berkahwin dengan Aqilah cara jalan itu dapat dia menghapuskan perasaannya. Ya! dia perlu fokus hanya pada Aqilah dan masa depan dia bukan orang lain tetapi sampai bila perasaan ini akan berakhir?
"Aku tahu bro kau nak yang terbaik untuk aku..."
Haziem menepuk - nepuk bahu Daniel sambil mengukir senyuman girangnya.
"Eh aku dah lambat ni....habislah si budak tu merajuk by the way Bakery House buka kan lepas lunch hour?"
"Aku gerak dulu bro.."
"sampaikan salam dekat mak ayah mertua aku tau kalau boleh tuan badannya sekali..."
Haziem mengenyitkan mata sepetnya Daniel hanya memerhatikan sahaja dan berpura - pura tersenyum lebar tidak dalam hatinya sedang berperang dengan perasaan sendiri tubuh itu hilang dari radar matanya, langsung meraup rambutnya kebelakang sapu tangan dikocek diseluk dan mengelap peluhnya pada dahi dengan kasar
Kini dia bergelut dengan kebingungan...
Share this novel