Bab 20

Drama Series 5038

Terlihat petak parking kosong terus Mini Cooper itu meluncur ke arah tersebut sebelum sempat dia memakir di situ Bezza biru melintas dan terus menyambar pada parking tersebut secara tindakan refleks gear di bahagian kaki terus di break secara mengejut membuatkan dia terdorong ke hadapan.

Gadis berkulit putih, debu, mulus hanya mengenakan blouss denim labuh peha itu keluar dari perut Mini Cooper dengan riak wajah langsung tidak berpuas hati terhadap pemilik Bezza biru itu terus dia meluru ke arah tingkap pemilik kereta itu lalu mengetuknya berkali - kali

"TUK!"

"TUK!"

"TUK!"

"TUK!"

Perlahan - lahan cermin gelap itu diturun belum sempat pemilik lelaki itu berkata gadis tadi sudah bersuara.

"Keluar sekarang!"

Terus pemilik itu keluar dan lihat apa yang terjadi sungguh dia terkejut tapi riak wajahnya hanya pamerkan mimik yang tenang sahaja mungkin dia tidak berperasan ada kereta yang terlebih dahulu sudah di cop tapi nak buat bagaimana lagi yang bawa Mini Cooper pun lembap seperti kura - kura.

"Saya betul - betul tidak perasan ada kereta Cik tadi ingatkan parking itu kosong itulah saya terus masuk."

Dia menundukkan kepalanya hatinya betul - betul rasa bersalah di hujung lubuk nuraninya "Aduyaii, macam mana lah aku boleh tak perasan!" hati pemilik Bezza itu bermonolog sendiri.

Bezza biru itu hampir sahaja terkena pada side mirror kiri Mini Cooper mana tidak anginnya jika terkena confirm confirm lah minah itu naik hantu!

"Aku tidak kisahlah kau perasan ke tidak nasib baik kereta kau hampir tak langgar kereta aku kalau terkena siapa nak ganti kau yang nak tanggung?"

"mampu ke?"

Kaca mata hitam Levis ditanggalkan gadis angkuh itu berpeluk tubuh terus wajahnya berpaling ke arah lain sedikit pun dia tidak terasa kata - kata yang dilontarkan oleh gadis angkuh itu cuma dia terkesima mungkin terpegun melihat kecantikan gadis itu setelah menanggalkan kaca mata hitam pada wajahnya tetapi membuatkan dia sebenarnya betul - betul terpaku adalah dia seperti pernah berjumpa wanita angkuh itu tiba - tiba terbit senyuman pada bibir lelaki itu terselah kedua - dia lesung pipit pada pipinya.

"Saya rasa kita pernah berjumpa sebelum ini tapi saya tidak pasti dekat mana?"

Kata lelaki itu, tidak tahu mengapa yang hatinya betul - betul kuat mengatakan dia memang pernah berjumpa dengan wanita itu cuma wajah wanita itu telah berubah dan hampir mirip - mirip sahaja wajah kanak - kanak riang pada 14 tahun lalu yang lepas yang masih segar dalam ingatannya.

"kalau betul lah kita pernah jumpa atau serempak di mana - mana sebelum ini?"

"percayalah aku antara manusia yang paling malang dapat berjumpa dengan manusia macam kau!"

Bagaikan berpuluh - puluh ribu lontaran peluru menusuk ke jantung memang betul - betul pedih sehingga boleh menebus pada hempedu tapi air muka lelaki itu masih berlagak tenang betul - betul cekal jiwanya sikit pun tidak termakan segala cacian dan tohmahan dilemparkan kepadanya.
Sebelum wanita angkuh itu berlalu pergi lelaki itu menyebut namanya.

"Tengku Nur Fasharina Binti Tan Sri Tengku Hisham"

Sekali lagi secara tindakan refleks langkahnya terhenti kini dia pula terkejut "bagaimana dia tahu nama aku?" hatinya berbicara sendiri entah kenapa wajah lelaki berfigura persis korea bercampur melayu itu membuatkan dia tiba - tiba sesak di dada dan dia hanya mampu diam membatu tidak berkata - kata 'sudah jumpa buku dengan ruas ke?'

"betulkan awak Fasharina?"

Tanya lelaki itu sekali lagi terus Fasha menempelak dan membantah pertanyaan jejaka itu.

"Maaf yer, aku rasa kau dah silap orang?"

"saya tidak rasa yang saya silap orang tapi kalau betul lah saya silap orang kenapa awak sendiri berhenti dan menoleh ke arah saya bila saya sebut nama Tengku Nur Fasharina Binti Tan Sri Tengku Hisham?"

Umpan sudah mengena! Fasharina terus diam terkedu tidak berkata matanya menoleh ketempat lain mahu lari dari pandangan anak mata hitam lelaki itu.

"Maafnya, aku takda masa nak berteka - teki dengan kau?"

Kali ni dia betul - betul meneruskan langkahnya lalu masuk kedalam perut Mini Cooper terus gear automatik itu ditekan lalu pergi dari situ.

Mini Cooper itu sudah hilang dari pandangan segaris senyuman diterbitkan terpancar sekali lagi lesung pipit itu.

"Finally...."

bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience