" Hai mama, papa! how are you there everything alright?"
Sapa Fasha yang sudah tersenyum lebar melihat wajah papa dan mamanya di paparan skrin handphone nya (video call)
"Assalamualaikum Fasha...."
Fasha tersengih - sengih tidak sempat memberi salam mungkin teruja sangat apabila dapat panggilan dari mama papanya sebenarnya dia sudah terbiasa dengan budaya barat sehingga cara adat melayu dan islam ia semakin alpa.
"Walaikumusalam..."
" Dont worry were are here just okay and gonna be alright so how..... "
"Huk...Huk!
"Huk.....Huk!
"Huk.....Huk!
Kedengaran suara batuk di hujung suara mula - mula halus sahaja tetapi lama kelamaan menjadi parah sehingga kering mendengarnya.
"Papa are you alright?"
Terlihat papanya mengusap dadanya mama disampingnya turut membantu dengan menggosok lembut belakang papanya dan memberi sebotol air mineral, air mukanya betul - betul risau jelas kelihatan riak wajahnya gusar dan cemas hatinya mula tidak sedap semula..
"Papa okay je jangan risau batuk sikit je biasalah temperature di sini lain sikit mungkin papa tak biasa lagi esok lusa baik dah ni.."
"tengok lah tu Fasha dah banyak kali pesan berehat je kalau tak sihat tapi nak juga ikut mama pergi tawaf tapi sokay papa dah beransur pulih batuknya tidak teruk sangat sebelum ni."
Terang Puan Sri Aida tidak mahu puterinya risau keadaan mereka disana selebihnya mereka berbual kosong sahaja Tan Sri Tengku Hisham hanya mempamerkan segaris senyuman apabila mendengar anak tunggalnya berceloteh menceritakan hal di pejabat tentang dia kena buli dengan mamat poyo itu.
Panggilan video itu terpaksa dihentikan apabila malam semakin larut papa dan mamanya juga turut mengantuk mereka mengakhiri dengan ucapkan selamat malam dan flying kiss.
Handphone nya diletak atas meja lampu fasha terbaring terlentang mata helangnya merenung syiling tinggal 5 hari sahaja tinggal tidak sabar menanti kepulangan mama dan papanya.
***
Seperti biasalah longgokan fail diatas mejanya bukan dari staf, bukan dari pihak HR dan bukan dari pihak manager serta bukan turut juga dari Hidayah secretary atau P.A Tan Sri Tengku Hisham ini semua kerja bos sementara itu yang acah - acah berlagak macho 'Tuan Daniel' a.k.a mamat poyo siapa lagi kalau bukan dia yang tak habis - habis dia kena buli...bibir munggilnya dicebik - cebik mahu sahaja dihentak kakinya kuat - kuat di lantai mahu tunjuk dia sedang mogok dan protes yang sedang melanda dengan hebat.
Jari runcingnya menari - nari atas meja masih memikirkan idea cara mengenakan si mamat poyo hanya sepuluh fail sahaja diatas meja bukan berpuluh - puluh itu pun sudah mengeluh berat betul lah kata Tuan Daniel tiada langsung ciri - ciri CEO dalam dirinya tapi tetap masih berlagak yang dia tahu mensabotaj, menghina, mengherdik atau mengarahkan orang sesuka hatinya semua itu alahai... memang cukup handal lah baginya haihh, hatinya betul - betul seiringi dengan langsuir...
Anak matanya ralit memerhatikan gerak langkah seorang staf Immortal Holding iaitu Sydah keluar dari pejabat Tan Sri Tengku Hisham dan sedang menuju ke arah kitchen IH tiba - tiba timbul satu mentol menyala atas kepalanya lantas dia bangun juga turut menuju ke kitchen.
Sydah mencapai satu mug hitam mungkin si mamat poyo itu memintanya membuatkan air untuknya tahulah semua staff termasuk Fasharina bahawa Sydah salah satu tea lady dalam company ni.
"Sydah nak bancuh coffee untuk Tuan Daniel ke? "
"haah Cik Tengku Nur Fasharina, Tuan Daniel minta saya bancuh tadi.."
"kalau camtu biar I je yang buat.."
Fasharina merampas mug ditangannya terpingga - pingga dibuatnya...
"Tapi cik Fashari...."
Mata helangnya dijengil terus anak mata hitamnya menunduk jubin lantai dan bibirnya diketap kata - katanya hanya tergantung dibiarkan sahaja tidak berani bersuara lagi tapi tidak hatinya yang sedang mengutuk - ngutuk si empu berlagak diva dan berhati pontianak sempat lagi Sydah menjeling mujur si langsuir tu tidak perasan kalau tidak confirm Mug itu diketuk kepalanya berkali - kali
Coffee latte siap dibancuh
"Nah tolong hantar yer... "
"tapi kenapa tak Cik Fasharina yang hantar sendiri yang Cik Fasharina masukkan serbuk tu apa..poison eh? "
"Eh, eh dia ni banyak mulut pulak aku ni banyak kerja nak settle kan! kau ingat muka aku yang lawa setaraf artis international ni penjenayah bersiri - siri ke? tak kan? nak racun orang tikus kat rumah kau pun aku tak sudi eeuuww yerk, disgusting! tu yang aku masukkan tadi Tuan Daniel yang suruh dia cakap dia pening kepala."
Bibir Sydah mencebik langsung tidak mempersetujui kata - kata perlian dari si langsuir itu mana ada tikus dalam rumahnya pandai - pandai sahaja buat andaian tahulah rumahnya hanya kecil dan sekadar sewa langsung tidak menjaga hati perasaan orang lain.
"Sydah...pesan si mamat poyo tu ini Coffee Latte yang paling Kaw dengan seikhlas hati"
Fasharina mengenyit mata lain pula Sydah kepalanya tergaru - garu tidak gatal masih tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh si langsuir itu.
"ha mamat poyo?"
"dah - dah pi hantar sana nanti sejuk Tuan Daniel tak nak minum"
Pintu pejabat diketuk seperti biasalah Tuan Daniel mengarah untuk masuk kedalam Sydah menghulur Coffee Latte diatas meja.
"ini airnya Tuan Daniel...errr ada orang pesan Coffee Latte paling Kaw dengan seikhlas hati...."
"siapa? "
"err, takda papelah kalau tiada apa lagi saya minta diri dulu yer Tuan Daniel.."
Daniel mengerut dahi memandang sekilas wajah Syidah seperti menyorokkan sesuatu tapi dia tidak mengendahkan Mug itu direnung seperti musykil tiba - tiba muncul dalam jiwanya 'Haishh, tak kanlah Sydah nak letak apa - apa tapi...sebelum ni okay je?' Daniel tersenyum entah apa - apa yang difikirkan lantas coffee latte itu dihirup sehingga licin.
3 jam kemudian...
Dahinya berpeluh - peluh hampir setengah jam juga dia terperap dalam jamban mujur ada bilik air peribadi tiba - tiba teringat Coffee Latte pagi tadi dan pesanan dari 'seseorang' yang disampaikan oleh Sydah dia tidak rasa yang Sydah menganiaya tapi kalau betul lah Sydah yang melakukannya tanpa berfikir panjang lagi dia sendiri akan sumbat majikan Pak yah nya kedalam rumah sakit jiwa ....sedikit rasa lega dia keluar dari tandas butang interkom ditekan.
"Hidayah, suruh sydah masuk kedalam office saya"
"Now!"
Sydah mula tunjuk gelisah jelas tampak titik - titik peluh dahinya hairan bukan salah dia kenapa perlu rasa bersalah manakala Hidayah masih tertanya - tanya melihat Tuan Daniel seperti 'cacing kepanasan' sekejap masuk tandas sekejap keluar dari tandas.
" Hidayah please inform pada semua staf hari ni meeting suspended ganti hari lain saya tak sihat ada orang cuba menganiayai saya!"
Sempat Tuan Daniel mengerling ke arah Sydah lagilah dia berasa cuak dan bersalah sangat terhadap bos sementara itu.
"Tuan Daniel Coffee Latte tu bukan saya yang bancuh tapi...."
"Cik Tengku Nur Fasharina..."
"Hah, sapa yang pandai - pandai suruh dia yang buat!"
Sydah tertunduk ketakutan wajah Tuan Daniel yang tidak lokek dengan senyuman tiba - tiba mengaum bagai harimau apabila melihat mangsa di depan mata arghhh macam penjenayah berhadapan hukuman gantung sampai mati pun ada.. takut....
"Cik Fasharina yang sendiri offer lepastu ada serbuk putih dia masukkan Cik Fasharina kata Tuan Daniel minta serbuk tu dimasukkan sebab Tuan Daniel pening kepala"
Tiada lagi tipu sunat dari A hingga Z terpaksalah dia menceritakan perkara sebenar tapi terpaksalah dia berhadapan pula dengan si langsuir "keluar mulut harimau termasuk pula mulut naga" Aduhai....
Daniel meraup kasar pada mejanya mata hazel cair mengecilnya tekaannya tepat dia pasti wanita tu cuba membalas dendam, siap kau!
"FASHARINA!!"
bergegar seluruh Immortal Holding masing - masing tertinjau - tinjau dan tertanya - tanya suara halilintar dari bos sementara itu manakala Fasharina hanya segaris senyuman timbul dua tanduk merah dikepala.
"Ulala!...."
Share this novel