"Fasha!
"Fasha!"
Puan Sri Aida menjerit nama anak tunggalnya seirama dengan tangannya mengetuk pintu bilik anak gadisnya kalau bab bangun pagi liat sungguh nak bangun tidak tahulah apa yang dibuatnya anak daranya malam tadi.
"Hei Tengku Nur Fasharina binti Tengku Tan Sri Hisyam dengar tak ni mama panggil suruh kamu bangun ada tetamu kat bawah tak elok anak dara bangun lewat sampai tengahari nanti dah siap turun bawah jangan sambung tidur pula!"
Ingat pesanan mama!"
pagi - pagi Puan Sri Aida sudah berleter macam mak tiri bantal empuknya dari Das Abdul yang ditekup kepalanya perlahan - lahan dibukanya dia berbuat begitu kerana takda lah telinganya bernanah mendengar bebelan dari mamanya.
Bermalas - malasan dia hendak bangkit dari katil kingnya kalau diikutkan hendak sahaja dia menyambung beradunya tetapi diingatkan balik wajah garang mamanya macam singa tengah kelaparan tambahan pula puteranya yang dimimpi tadi pun entah lari kemana hebat sungguh penangan ngauman mamanya tadi tidak jadi dia hendak tidur kembali.
Tangan mulusnya mencapai tuala yang sedia kala disangkut diruangan situ hampir setengah jam dia bersiap bukan kemana pun jumpa tetamu sahaja pun melaram bukan main lagi.
Hello! Tengku Nur Fasharina binti Tengku Tan Sri Hisham tidak sama dengan gadis biasa seperti gadis - gadis lain di luar sana sememangnya jauh bagai 'bumi dengan langit
' kenalah cantik sepanjang masa bak bidadari semua orang pasti jatuh hati hermmm perasan!
Berlenggang - lenggok sahaja dia berjalan gayanya lagak seperti permaisuri United Kingdom Elizabeth turun melihat rakyat jelatanya tapi lihat kali kedua seperti orang patah pinggang sahaja.
Mata mamanya sudah melirik - lirik kearahnya auto bibirnya dicebik terpaksalah dia menunduk dan cium tangan tetamu itu yang sebaya dengan papa dan mamanya.
"Amboi bukan kemain cantik anak kau ni sama macam ibunya."
kembang - kempis hidungnya dek termakan puji pantang dipuji pasti dirinya nak melayang tinggi.
"Takda lah untie biasa jer."
Sebelum ni berlagak diva sekarang ni berlagak ayu pula macam - macam lah si Fasharina ni pening dengan pelbagai karakternya.
"Kenalkan ni Uncle Aryan sebelah uncle, untie Rozie."
papanya memperkenalkan kepadanya
" masa kamu zaman kanak - kanak uncle dengan untie lah yang selalu datang bermain dengan kamu."
uncle Aryan tiba - tiba mencelah riang sungguh mukanya mungkin teringat zaman dia bermain dengan Fasha masa zaman kanak - kanak.
"ingat lagi tak?"
Bersungguh - sungguh papanya mengingatkan peristiwa zaman kanak - kanaknya kembali.
Ingat tak ingat dianggukkan sahaja kepalanya macam burung belatuk.
"Mestilah ingat uncle Aryan dan untie Rozie rajin bawak Fasha jalan - jalan kat taman."
Entah betul ke tidak main sapu sahaja demi hati kedua ibu bapanya perlulah dia menjaga agaknya bangun dari tidur terus dia bertaubat tidak mahu melukakan hati papa dan mamanya lagi, apa kenalah si Fasha ni?
"Mesti Fasha ingat lagi kan Daniel yang selalu bermain dengan Fasha masa dulu - dulu tapi sayang dia tak datang sebab ada hal mustahak tadi."
Kini untie Rozie pula menyambung mengingatkan anak tunggal lelakinya
"Oh Daniel...."
Fasha tersengih - sengih macam kerang segar di pasar tani sahaja sebenarnya nama Daniel yang disebut untie Rozie hanya samar - samar sahaja dalam ingatannya entah apa lah yang dia ingatkan sehingga memori kanak - kanaknya pun sudah dia lupakan begitu saja.
"Tidak apalah ada rezeki dan masa yang terluang kita bawak Fasha berjumpa dengan Daniel."
Kata Dato Tuan Aryan kepada Fasha
"Fasha ni dah berpunya ke? "
Tiada angin tiada ribut soalan cepumas ini juga hendak dimantulkan kepadanya dia cukup pantang soalan isu - isu yang boleh membuat dirinya sensitif mujurlah tetamu ini kawan baik mama dan papanya kalau tidak terhamburlah segala kata - kata puakanya 'wahai hati sabar sahaja lah....'
Belum sempat dia bersuara papanya menjawab bagi pihaknya, 'auuu! thanks papa!' belum sempat dia bersorak girang dihati...
"Ramai jer yang masuk meminang semua dia tolak mentah - mentah begitu katanya masih muda, tak bersedia lagi, tiada classlah Fasha ni memilih sangat kalau boleh semua mesti perfect selari dengan tuannya."
Ingatkan nak ditolong rupanya tambahkan lagi gasolin memarakkan api sama seperti hati yang sedang tahan membara.
"Macam tak percaya jer betul ke Fasha iishh umur macam ni lah sesuai kamu mendirikan masjid tak elok sangat perempuan ni memilih - milih takut nanti kamu yang tercari - cari bak orang tua - tua kata bagai timba mencari perigi takpun menyesal sampai ke anak dara tua nanti."
Amboi untie ni lagak seperti 'sudu melebihi kuah' nampak tidak mengapa ada ubi ada batas, lain hari Fasharina balas.
"Insyaallah ada jodoh saya nanti uncle dan untie tolong doakan Fasha yer semoga tahun ni Fasha dapat mendirikan rumah tangga dengan bahagia sehingga ke anak cucu dan cicit ya! "
Mata Fasha sempat mengerling papanya sedang pura - pura menghirup kopi kalaulah kata - katanya termakbul tadi agak - agaknya tergigit jari tak nanti?
"Amin amin ya rabball alamin."
untie Rozie mengaminkan doa fasha.
" Hisham, kiteorang kena balik ni sebab petang nanti kami ada temu janji dengan client."
Sebelum keadaan bertambah keruh lebih baik dia berundur diri bukan dia tidak tahu perangai isterinya mana - mana anak perempuan kawanya Datin Rozie mesti ditujukan soalan yang sama bukan apa tengah mencari bakal menantu untuk anak kesayangannya padahal anak sendiri sudah ada cita sendiri maklumlah ada sahaja yang tidak kena pada mata isterinya.
Tan Sri Hisham menepuk - nepuk bahu sahabat karibnya dan mereka bersalam - salaman walaupun bertahun lama sudah lama tidak bersua tetapi ukwah ikatan persahabatan mereka yang tidak pernah luntur tetap bersama.
Kereta Mercedez Benz putih sudah hilang dari pandangan.
"Daniel tu hensem tau, sudahlah baik berbudi bahasa pulak tu ramai perempuan mahu dengannya."
Mereka sudah pulang mama pula menyambung pula apalagi nak tak nak pekakkan sahaja telinga ni.
"untungnya dapat menantukan baik macam si Daniel."
" Apa - apapun mama dan papa doakan juga Fasharina berkahwin pada tahun ni."
"Aaminnn."
Papanya pula mengaminkan doa mamanya.
makin jauh anak gadisnya dari pandangan
makin kuat pujian dan perlian eeeee sakitnya hati, hempedu dan jantung sampai tertusuk di lubuk nurani, pintu biliknya ditutup kuat tanda protes melanda hebat.
" Fikirkan mama dan papa nak tolong Fasha perli adalah."
Bibir munggilnya dimuncungkan kalau tidak cukup gantung baju tentu Fasha sedia berkhidmat membantu.
Tiba - tiba dia teringat Daniel anak Datin Rozie yang sudah berzaman - zaman yang pernah bermain dengannya tiba - tiba dia teringat pula jejaka sasa yang dilanggar tempoh hari padahal dia tahu je semua itu salah dia tak nak malu punya pasal jejaka sasa itu juga jadi mangsanya.
Kepalanya ligat berputar menyamakan Daniel anak untie Datin Rozie dengan jejaka sasa tempoh hari "ehh tak mungkin kot orang lain agaknya tak kan lah anak Datin Rozie tampan sebegitu." dia bermonolog sendiri dan wajah tampan jejaka sasa itu masih berlayar dalam fikiran membuatkan dirinya masih berteka - teki.
Dia mengaku jejaka sasa tempoh hari itu membuatkan hatinya cukup tertawan cepat - cepat dia menghalau wajah jejaka sasa tempoh hari dari ilusinya.
Phone di atas katil berdering nama "Dear Farid" terpapar diskrin handphonenya siapa lagi kalau bukan kekasih hatinya cepat - cepat dia mengangkat deringan itu sebelum terlambat
Share this novel