Bab 6

Drama Series 5038

Seorang pemuda berpakaian compang - camping seronok berkejaran itik - itik serati yang berada dalam kandangnya semua itik serati itu berlari ketakutan apabila disergah begitu.

Kelihatan jauh seorang lelaki berbadan tegap memakai baju t shirt coklat cair sedang memanggil - manggil namanya pemuda yang separuh tiga suku itu tadi terkocoh - kocoh mendapatkan lelaki berbadap tegap yang memanggilnya.

"Hoi... A.. Ajiem"

die menjerit kesukaan apabila melihat lelaki itu berada dihadapannya.

"Laaa kat sini Aman main?"

"puas abang haziem cari."

pemuda tegap itu yang digelarkan dirinya Haziem mengusap - usap rambut pemuda itu penuh dengan kasih seorang abang kepada adik kesian muda - muda lagi sudah begini.

Muhammad amran atau digelarkan aman seorang remaja berusia 19 tahun dilahirkan dalam kalangan orang - orang istimewa atau orang kurang upaya (OKU) yang hanya mempunyai seorang bapa tunggal ibunya pula sudah lama meninggal dunia kerana selepas bersalinkan Aman.

Ramai budak - budak suka mengejek dan membulinya kadang - kadang mereka berani membaling batu kepadanya tetapi Aman sedikit pun tidak pernah membalasnya walaupun keadaannya begitu dia tetap rajin menolong ayahnya pak Mad menguruskan kambing dan kerbau milik ladang ayah Haziem iaitu pak musawir atau dikenali paksu kadang - kadang surau kampung sungai burong itu turut dibersihkan juga 'mulianya hati kau aman'

Setiap orang ingin mempunyai kehidupan yang normal tetapi semangat aman tidak pernah luntuh sedikit pun.

"Tadi...aku...ma...in..ka..kat...situ."

dia menunding jarinya kearah tempat bermainnya tadi.

"patutlah semua baju aman kene lumpur."

Dari atas sampailah hujung kaki habis badannya terpalit dengan lumpur semasa dia bermain tadi.

"aman balik rumah lepastu pergi mandi."

"dah bersih dah wangi datang sini tau!"

"sebab mak ngah ada buat ayam goreng untuk aman."

dengar sahaja perkataan ayam goreng terloncat kegembiraan dek kesukaan makanan kegemarannya disebut.

"na...nan....ti..a..aku.....da...tang sini balik!"

"dah...be...bersih,...wa...wangi...aku...da..datang..sini...balik....se....sebab....a..a..de...ayam....go...goreng. "

segaris senyuman dilemparkan Haziem gembira rasanya melihat Aman yang seronok mendengar makanan kegemarannya.

Cepat - cepat Aman berlari balik kerumah tidak sabar nak makan - makanan kegemarannya tergeleng - tergeleng kepalanya melihat gelagat si aman itu.

Gelagat mereka berdua sudah lama diperhati jauh, tiba - tiba terasa bahunya ditepuk dek kerana terkejut kepalanya dipusing belakang kerana ingin tahu siapa yang menepuk dirinya.

"Abah? "

lingkungan dalam 60 -an lelaki tua yang digelarkan abah itu duduk bersebelahan Haziem melemparkan segaris senyuman kepada abahnya.

"kesian tengok dia selalu bermain dengan kambing, kerbau dengan itik - itik itulah jerlah kawan- kawan dia."

ayahnya melemparkan jauh pandangannya disudut sana teringatkan si aman budak tiga suku itu.

"Tulah abah haziem pun kesian tengok dirinya."

"nak buat macam mana itu separuh bahagian ujian dari dia lagipun dia tidak minta pun dilahirkan sebegitu."

kepala haziem diangguk - angguk mempersetujui kata - kata abahnya.

"orang yang macam itu besar syurga diperolehinya dan mulia di sisi allah s.w.t"

"Haziem kau ni takde niat nak bercinta ke atau ada kekasih hati ataupun orang mat saleh cakap fall in love?"

haishh, sudah lah tiba - tiba menukar topik boleh pula orang tua ini buat lawak jenaka di petang hari tersipu - sipu malu Haziem dibuatnya.

"Belum ada lagi yang sesuai bah errrrr insyaallah ada jodohnya untuk ziem.."

kalau soal jodoh ni memang dia lemah sungguh mana taknyer bila bekerja tidak pernah pula pandang kiri dan kanan ramai jer perempuan di luar sana tackle hatinya tapi sayang tiada siapa yang berjaya memenangi hati lelakinya.

Wajah figuranya persis korea bercampur melayu dan lesung pipitnya pada kedua - kedua pipinya membuat ramai pria - pria cair tergoda melihatnya apabila Haziem melemparkan senyuman yang menawan itu pasti semua merasakan jantungnya menjadi gugur terus pengsan terkulai layu melihat senyuman yang menggoda itu.

"Abah tahu soal jodoh ni memang urusan allah tapi tiada usaha tak kan nak datang bergolek begitu saja."

"Umur kamu meningkat dewasa abah pula semakin tua rumah kata pergi kubur kata mari nak tengoklah juga anak abah yang ini di alam rumah tangga takkanlah nak suruh si adik kamu tu fatin kahwin dulu kan orang kata langkah bendul pula?"

Haziem hanya tersenyum sahaja tidak mampu membahas kata - kata ayahnya kerana apa yang dikatakan oleh ayahnya ada benar juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience