Laju sahaja kaki itu menaiki anak tangga batu kalau jenis kayu tidak pasal - pasal roboh satu rumah badannya sedikit gempal dihenyak terus pada kerusi kayu tiga serangkai. Fuh! nasib masih bertahan lagi.. Handbag, kipas ditangan terus dilempar di atas meja ruang tamu dan tudung selendang hitamnya ditarik rakus dari kepalanya sekarang ini dia mahukan ketenangan diri jelas terpancar api kemarahan di wajahnya seolah - olah ada yang mencabarnya tadi.
"Mak.... Sudah - sudah lah tu.."
Terkerut - kerut dahi si gadis ayu berlitup ungu menghampiri emaknya yang sedang beremosi sambil mengusap - ngusap bahu orang tua itu bagi meredakan api kemarahannya
"kau tahu tak hati aku ni panas jer bila aku dengar dia cakap depan aku macam tu!"
Kipas tangan yang dilempar tadi diambil semula lalu dikipas - kipas dengan laju padahal kipas secara automatik sudah terpasang sejak tadi 'uishh, ini betul - betul panas!'
Dua minit dia mendiam diri untuk hirup udara kini dia menyambung semula segala tomahan yang terbuku di dada ' aishhh, sesak jer rasa!'
"kau ingat anak aku ni murah ke apa suka - suka hati label aku ni nak jual anak!"
"Mak jangan lah ikutkan hati perasaan sangat tu..sudahlahh"
Sekali lagi Aqilah meminta emaknya untuk menenangkan diri entah ke berapa dia merayu - rayu hampir penat dia memujuk emaknya dari rumah bakal mertuanya mahupun dalam kereta sekarang ni dalam rumah pula 'Aduhh, dia sudah tidak tahu macam mana?'
"Eh!! dia kena ingat anak terunanya yang syok dulu gila - gilakan anak aku setiap hujung minggu datang semata - mata nak jenguk kalau ikutkan hati aku nak jer tutup pintu tidak payah datang tapi nasib baiklah setiap bulan anak kau selalu bagi aku duit lagi - lagi kau dari kalangan berada!"
"Apa yang emak cakap ni?"
Dia betul - betul terkedu ingatkan emaknya restu hubungan dia dangan Daniel rupa - rupanya ada udang sebalik batu tambah satu lagi beban menimpanya masa dia mula - mula mahu mengenal hati budi tunangnya emaknya langsung tidak bersetuju terus direject oleh bakal mertuanya iaitu emaknya sekali bila dapat tahu bahawa Daniel dari kalangan orang berada lagi - lagi ayahnya berpangkat Dato dan memiliki sebuah empayar yang gah terus orang tua itu suruh cepat - cepat mengikat tali pertunangan katanya tidak baik lambat - lambatkan nanti disambar orang sebenarnya sudah ramai yang menghasrat hati untuk dijadikan Aqilah sebagai isteri tetapi hendak buat bagaimana kalau emaknya sudah berperangai tidak ubah seperti emak tiri.
"Kalau tak disebabkan korang berduit dan berpangkat aku tak pandang ini sebelah mata pun aku tak hingin!"
Amboi sedapnya mulut berbicara tidak ingin langsung pandang walau sebelah mata, tanah loan rumah kininya yang dulunya berhutang bertimbun - timbun tidak ingat pula nasib baiklah Daniel sanggup menolongnya dan kereta Honda Jazz yang dimiliki oleh Aqilah, Daniel juga yang membayarnya dengan harga cash bukan seribu dua tapi berpuluh ribu ini masih lagi nak menongkat langit inilah manusia asal - usul tanah tapi bersifat langit.
"Aqilah kau jangan nak memandai - mandai berbincang dengan laki kau tanpa pengetahuan aku!"
"Aku ni mak kau, syurga kau di bawah telapak kaki aku lepasni segala keputusan aku yang putuskan!"
"MUKTAMAD!"
Air matanya sudah berjujuran di pipi tidak lagi untuk berkata apa dan hanya mampu berdoa dalam hati "Demi Allah aku cintakan dia bukan kerana darjat tetapi hati yang dimiliki olehnya" sungguh dia pilu dan kecewa dengan sikap emaknya tamak haloba insan bernama Aqilah betul - betul tabah dan cekal untuk menghadapi dia pasti yakin yang suatu hari emaknya pasti akan berubah dan tuhan akan melembutkan hati emaknya, amin...
Share this novel