Semenjak itu sikapTengku Nur Fasharina mula berubah dari malasnya bertukar menjadi rajin, semua kerjanya siap dengan sempurnanya tiada lagi tangguhan, tertunda atau istilah lewat semuanya sudah pun dilupuskan pada kamus tebalnya.
Kadang - kadang persekitaran orang mula - mula tidak seakan mempercayai setiap perubahan dia lakukan kerana manusia berlagak diva dan perasan bagus sebegitu sampai bila - bila tidak akan pernah berubah kalau ego itu tidak dibuangnya tetapi ramai mula percayai dengan perubahan Tengku Nur Fasharina cuma sombong binti bongkaknya tidak dapat dipisahkan dari tuan punya badan.
Baru sahaja tangan mulusnya itu mencapai tombol pintu pejabat papanya dia terdengar dua orang terkekek ketawa dia mengintai sebalik cermin pintu di situ terlihat seorang lelaki kemeja putih dan papanya tapi sayang wajah lelaki itu hanya samar - samar sahaja mungkin biasan cahaya dari luar telah menghalang dia melihat wajah jejaka itu ketika itu air muka papanya begitu gembira dia tidak pernah melihat wajah segembira yang dipamerkan oleh papanya sebegitu terakhir dia memberikan hadiah yang paling terbaik yang setiap ibu bapa mengidamkan kejayaan anak - anaknya iaitu dia telah mencapai segulung ijazah itulah kali terakhir melihat papanya gembira atas kejayaan puteri kesayangannya di sudut hati dia benar - benar terasa papanya yang asyik menyebalahi pada orang luar sahaja.
"Fasharina kenapa tak masuk?"
Tegur seseorang disitu atau dikenal pasti hidayah P.A Tan Sri Tengku Hisham mata helangnya dikecilkan ke arah muka ayu ala - ala melayu terakhir itu.
" mana - mana mesti ada jer kau ni kan?"
Kata - kata yang tiada berlapik apatah lagi alas terus dilontarkan tanpa sikit pun rasa simpati atau belas kasihan.
"sibuk jer!"
Fasharina menjeling perempuan itu yang dianggap perempuan kampung dia pun hairan perempuan sebegitu pun papanya boleh jadikan P.A apa class? Terus tombol pintu itu dipulas dan masuk kedalamnya tergeleng - geleng Hidayah melihat sikap Fasharina dia amat mengharapkan suatu hari Fasharina akan berubah atau seseorang yang mampu mengubahnya tipulah kata - kata puaka si mak lampir itu sikit pun tidak menyentuh hati tetapi sikap mulia seorang wanita 30 an itu sedikit pun dia tidak ambil hati walaupun perit tapi dia tetap menelan jua kerana dia tahu setiap perangai anak - anak buahnya berlainan sebelum ini dia pernah difitnah oleh Tengku Nur Fasharina kerana dituduh menyimpan hasrat untuk menjadi isteri kedua kepada papanya kerana mahukan harta kemewahan yang dimiliki oleh papanya cepat - cepat Hidayah beristghirfar dia memejamkan matanya tidak mahu dia mengimbas kembali kini dia sudah pun bahagia disamping suami dan anak - anak tercinta serta keluarganya yang masih menyayanginya alhamdulillah walaupun tiada kemewahan cukuplah dengan kebahagiaan dia ada.
Pintu pejabat itu terkuak masing - masing meninjau kepalanya ingin melihat siapa gerangan mencelah ketika mereka merancak borak.
"I'm sorry, tidak tahu pula yang papa ada tetamu?"
Sempat mata hazelnutnya menjeling ke arah lelaki di hadapan Tan Sri Tengku Hisham
"proposal and report settle and letter ni pun siap dengan tandatangan so tinggal Fasharina discuss balik dengan client untuk projek decorate hotel di Putrajaya sahaja, that all clear."
Fasharina meletakkan file - file itu diatas meja kerja papanya matanya mula perasan ada sepasang matanya yang tidak lekang melihatnya membuatkan dia tidak berasa selesa langsung dilihat sebegitu 'pandang - pandang nak kena cucuk ke mata tu dengan pen ni!' dia menderegus tetapi cuma perlahan tidak mahu diketahuan oleh papanya lagi - lagi mempunyai tetamu. Huhh, pantang nampak perempuan berdahi licin!
"Okay pa, anything problem ask me okay?"
Baru sahaja dia menapak untuk keluar dari situ Tan Sri Tengku Hisham telah memanggilnya.
"Fasha!"
Terus dia menoleh pada papanya menjungkit keningnya.
"join me with coffee?"
"sinilah bukan senang papa nak spend time dengan kamu ni?"
Nak tak nak terpaksalah Tengku Nur Fasharina hendak kesitu bukannya tidak mahu meluangkan masa bersama papanya tetapi ada lelaki itu mata mereka bertentangan ada dendaman dan tidak berpuas hati di pihak hati Fasharina tetapi air muka lelaki itu lagak tenang sahaja dipamerkan.
Pertama kali masuk office papanya itu dia sudah dapat menduga bahawa benarlah tekaannya lelaki poyo ditempoh hari. Haishhhh, macam mana lah mamat ni ada dekat sini!
"Fasha kenalkan ini Tuan Daniel Arifin Bin Dato Tuan Aryan Shah selaku CEO company Jewel Star Holding (JSH)."
Pangkat CEO anak Dato pula itu tetapi sikit pun tidak tergugat mendengar nama itu jelas penampilannya yang segak bergaya Fasharina sudah dapat meneka mamat poyo itu bukan calang - calang orangnya tapi jangan haraplah dia hendak memandang wajah lelaki itu sebelah mata pun dia tetap tidak ingin lebih baik lihat dinding daripada pandang lelaki itu sudah lah berlagak, poyo, perasan bagus pulak tu ingat dia sorang jer kaya dekat bumi ni huhh, ada juga manusia sebegini kan? Fasharina mencebik dia tidak sedar sindiran dari hati - hatinya telah menyindirnya pada diri sendiri bukankah setiap perangai lelaki itu juga sikapnya juga. Alahai, Fasha...Fasha....
"ouhh, hi"
Sapanya dengan acuh tak acuh sahaja dikeluarkan terasa dikunci dengan rapat dan terpaksa dilontarkan jua pandangan hazel cair telah bertaut dengan mata helang hazelnut itu tiba - tiba membuatkan jantungnya berdegup kencang dia pun tidak pasti puncanya kenapa tidak mungkin dia mempunyai masalah jantung atau 'heart attact?'
Cepat - cepat dia mengalih pandangan kalau terus menerus pasti hatinya terpaut melihat mata hazel itu tambahan pula senyuman manis berpackage kan lesung pipit sebelah kiri tipulah tak kan sikit pun dia tidak terpegun melihat ketampanan mamat poyo itu? ini tak boleh jadi Tengku Nur Fasharina tidak akan sesekali jatuh cinta mana - mana jejaka lagi - lagi mamat poyo ini sebab kamus cintanya sudah pun tamat riwayat!
"hi! just call me Daniel."
"Fasha, Tengku Nur Fasharina binti TAN SRI Tengku Hisyam."
Diva dan lagakanya mula menguasai diri dia sengajakan nama Tan Sri itu ditekankan cuma mahu beringat dia bukanlah wanita yang sama atau biasa - biasa di luar sana.
Pandangan tajam kedua - dua itu dihentikan suara Tan Sri Tengku Hisyam masing - masing terus mengerling ketempat lain papanya tidak tahu apa yang sudah terjadi sebelum ini kepada mereka.
"pernah kenal ke atau serempak mana - mana?"
"NO!"
Serentak mereka berdua menjawab Fasharina mencebik bibirnya.
"ouhh tengok lagak korang berdua ni macam pernah jumpa?"
"Fasha ingat tak uncle Aryan dan Untie Rozie yang datang haritu inilah Daniel anak mereka kalau Fasha nak tahu masa kecik - kecik dulu Fasha rapat sangat dengan Daniel ni."
Hampir tersembur coffee dimulutnya pegangan cawan itu diletakkan kembali atas piring cawan itu walaupun nescaffe sudah tersembur tapi lagaknya masih tetap dikukuhkan tisu disitu diberikan mamat poyo itu ops silap 'Daniel' dengan kasar Fasha mengambil tisu tersebut dari tangan kekar milik Daniel "ouhh! so betulah tekaan aku?" Fasharina bermonolog dalam hati.
"ouhh yer ke, ingat kot may be?"
"apa pulak kot, kot, dengar jer nama Daniel masa tu kamu paling teruja sampai tak nak tidur sanggup tunggu sampai esok hari sebab nak jumpa Daniel."
kedua - dua orang itu ketawa teringat zaman Fasharina semasa kanak - kanak, dia pula diam membatu dan mukanya mula membahang mahu sahaja file di atas meja itu di ambil dan menutupi seluruh wajahnya yang semakin merah. Ishhhh, geram!
"tak silap papa kamu panggil Daniel ni.."
Papanya memejam mata tuanya cuba ingatkan balik peristiwa anak tunggalnya ketika kanak - kanak itu.
"Da... Dan... haaa abang Danie!"
Bibir munggilnya diketap tidak tahu mana lagi mukanya disorokkan macam manalah dia boleh berjumpa dengan mamat poyo ni lagi - lagi dapat tahu yang lelaki itu adalah teman rapatnya ketika dia masih kanak - kanak rebina. Aduhhh, malunya bukan kepalang lagi.
"entahlah pa.... Fasha tak ingat."
"Nak buat macam mana kan orang dah tak ingat buat apa nak paksa lagi kan?"
Ada sesuatu pilu disudut kata - kata itu cepat - cepat Daniel memotong percakapan ayah majikannya.
"Saya okay jer, lumrah Pak Yah setiap manusia tidak lari dalam alpa saya pun sebenarnya lupa siapa depan saya tidak sangka ini Fasharina."
Dia terpaksa berpura - pura tidak mengenali wanita dihadapannya hakikat dia cukup kenal sangat - sangat demi menjaga perasaan pak yah nya itu.
Pembicaraan itu cukup mendamaikan hati orang tua itu sangat sopan dan beradab sekali dengan kata tuturnya, dalam hati Daniel mengaku wanita di hadapannya benar - benar anggun wajah bujur sireh dan polos memiliki sepasang mata helang hazelnut, hidung sedikit tirus lagi - lagi bibir munggil menawannya yang membuatkan ramai jejaka terpaut melihatnya tapi sayang sikap bongkak dan sombongnya telah menutup kecantikannya itu.
"betul jugak tu?"
Tan Sri Tengku Hisham mengiyakan sahaja kata - kata anak majikannya mereka berdua rancak berborak masing - masing tidak kekok dia pula diam membisu seperti patung cendana atau menggantikan tempat dinding ruangan pejabat papanya.
Hari ini betul - betul cukup malang bagi seorang insan bernama Tengku Nur Fasharina berjumpa dengan mamat poyo itu "walaupun kau back up aku sekalipun sedikit pun aku tak nak berterima kasih!" Wajahnya mula mempamerkan tidak puas hati terhadap lelaki itu tetapi bagi Daniel tidak itu adalah hari kemenangannya hanya berlagak tenang seperti biasa sahaja.
'kecilkan dunia ni?'
Bisik Daniel dalam hati.
Share this novel