Bab 4

Drama Series 5038

Fasharina memakirkan mini cooper nya dihadapan cafe yang tersedia ada disitu.

Tepat pukul 4:00 petang dia sudah terpacak disini dia bukan orang yang melanggar janji tetapi memegang setiap pada janji.

Seorang pemuda memakai kolar t-Polo biru cair duduk di hujung bahagian tempat berdekatan tingkap yang berposisi belakang Fasha sudah dapat mengenal pasti.

"Sorry, sayang I'm late"

suara manjanya yang dibuat - buat persis kanak - kakak tidak mahu dihukum kerana mengakui melakukan kesalahan.

Fasha melabuhkan punggungnya diatas kerusi di hadapan lelaki tersebut kalau lelaki lain garangnya macam harimau macam mak tiri cinderella ada sahaja yang tidak kena pada matanya.

"Its okay lahh lambat lima minit je pun."

lelaki dihadapannya yang bernama Farid mencuit hidung mancung milik Fasha membuatkan gadis itu tergelak kecil.

"Takde angin takde ribut melanda kenapa tiba - tiba ajak berjumpa?"

Fasha memulakan berbicara terlebih dahulu sempat dia menambahkan lagi nada perli disitu hanya sebaris senyuman Farid menghadiahkan senyuman itulah membuat Fasharina tergila bayang, wahhh! fikirkan perempuan yang bernama Tengku Nur Fasharina binti Tengku Tan Sri Hisham hanya tahu berlagak diva dan mempunyai hati sekeras dinding konkrit rupa - rupanya ada hati dan perasaan juga.

"Takde lah sampai nak tunggu angin taufan, ribut datang melanda baru dapat jumpa kesayangan I ni kan... "

sekali lagi Farid mencuit hidung Fasha apalagi meleret - leret lah senyuman si diva ini.

"Yer lah, ada apa you nak jumpa I mesti ada something kalau takde apa - apa mesti you takda masa nak berjumpa dengan I kan and you kan sentiasa busy dengan kerja."

Sekali lagi ada sedikit nada perlian dihujung kata - katanya walaupun kelat tetapi ditelan jua mujurlah hatinya masih kental dek kata - kata Fasha yang amatlah berbisa bukan senang hendak memenagi jiwa wanita itu bukan mudah untuk menipu daripada gadis yang lain sebelum ni yang mudah terpedaya dengan kata - katanya.

Fasha mencebik bibir munggilnya
masakan tidak setiap kali ajak date, keluar dinner atau shopping pasti ada sahaja 10001 alasan kekasih hatinya diberikan.

"Ishh, mana ada you I'm just really so much miss u dear."

Kata - kata Farid cukup membuat hatinya sudah berbunga - bunga bahagia tambahnya lagi tangan kekasih hatinya mengusap - ngusap lembut tangan mulusnya.

Alahai, buat apa merajuk lama - lama kalau kekasih hati pandai memujuk sang puteri tambah pula Farid mengusap lembut pipi mulus gebunya.

"Sayang..... I nak mintak tolong kat you tapi I rasa segan lah."

"Mintak tolong ape tu sayang?"

lembut sahaja berbicaranya lagi lembut gigi daripada gusi. Cehh!

" I nak pinjam RM10,000 sebab I nak ganti balik kerugian syarikat papa dah banyak kali I buat papa kecewa tapi kalau sayang tak kasi pinjam tidak mengapa I tak paksa pun I boleh usaha diri untuk dapatkan balik duit RM10,000 tu.."

Amboi kalau minta wang ringgit lembut sahaja kalah gusi daripada gigi nadanya yang dibuat - buat sendu agar dapat meraih simpati dari Fasharina sekiranya berjaya tentulah Farid suka hati pun berbahagia.

Tangan lelaki itu diraih dan digenggam oleh Fasha agar semangat kekasih hatinya bangkit kembali.

"Sayang bukan besar manapun nilai RM10,000 tu mintaklah beberapa sekalipun Fasha sedia membantu and papa you bukan siapa - siapa pun bakal mertua I juga kan."

"Everthing for you sayang."
Amboi sedapnya mulut RM10,000 tidak besar nilainya duit yang selalu dia berikan kepada kekasih hati bukan poket dari papanya senang lenang sahaja berkata sedemikian.

"Thank you so much sayang I tak tahu nak mintak tolong kat siapa lagi dalam kepala I hanya You sahaja yang boleh tolong I.."

Farid menggenggam tangan Fasharina pula memanglah teringat sebab pasal duit cuba kalau bukan duit kiri kanan penuh sekeliling pinggang dengan perempuan!

"I janji I ganti balik duit RM10,000 tu lepas company papa I dah okay?"

Mata Farid meyakinkan pada mata helang Fasharina apa yang dikata - katanya begitu mudah sahaja mendapat sesuatu dari anak orang berada hanya kata - kata dan bakat lakonannya mampu mencairkan setiap hati wanita come on lah ini Farid Hazrel kot?

"Sayang bila you nak masuk minang I dah 3 tahun kita bercinta papa dan mama you pun you tak kenalkan dekat I lagi. "

"mama dan papa pula asyik sebut perkataan kahwin jer?"

Fasharina mengeluh berat sambil kedua - dua tangannya bersilang berpeluk tubuh sebenarnya pagi tadi dia cukup ambil berat kata - kata Untie Rozie pagi tadi.

Siapalah perempuan dalam dunia ini teringin menjadi andartu nanti eeeeee seram! mati hidup balik pun sesekali dia tidak akan menjadi anak dara tua walaupun hakikat umur nya sudah pun masuk alam berumah tangga, sekali lagi tangan Fasha pula diraih dengan kekasih hatinya.

"Sayang bagi I masa okay."

"WHAT?"

Mata Fasha sudah terjengil hampir tersembul biji mata hazel tajamnya sudah menyala - nyala api kemarahan terus merenung tepat ke biji bola mata Farid kecut perut melihat mata helangnya hanya tunggu mangsanya dijadikan korban, fuh! dasyat sungguh penangan aura dia sehinggakan kasanova ini terus menunduk hanya melihat meja.

"Tak habis - habis dengan masa, masa, masa tak cukup lagi ke I bagi masa tunggu orang rembat baru nak menyesal ke? "

Fasha sudah muak dengan perkataan masa dah 3 tahun pun masih alasan yang sama berapa masa yang dia perlu tunggu 5 tahun akan datang.

"you tahu kan company papa I ada problem pastu tambah lagi hutang yang masih belum diselesaikan kalau semua dah stable and settle I janji I cepat - cepat masuk meminang you yer sayang."

"please demi masa depan kita."

Wahh, mantap sungguh hebat lakonannya memang super duper tip top lah jika diberi berlakon tentu dianugerahkan lelaki bintang popular dasar lelaki mata duitan!

"Sorry sayang I tak patut cakap macam tu dekat you?"

nada Fasharina sudah berubah menjadi kendur dia tidak patut apa yang dikatakan tadi terhadap kekasihnya timbul perasaan belas kasihan terhadap sang pujangganya.

"kesian you sebab dapat girlfriend yang tak pernah fahamkan you?"

rasa kesal pula dia berkata sedemikian begitu mudah Fasharina terpedaya hanya kata - kata manis dari seorang lelaki mampu menundukkan egoisnya yang sama tinggi dengan langit.

"Its okay sayang dapat wanita baik macam you pun I dah bersyukur."

"lagipun bukan salah you pun kalau I kat tempat sayang pun I bagi soalan yang sama."

Wajah Fasha tadi bermuram durjana bertukar menjadi bunga kekwa mekar bibir munggilnya tersenyum lebar pantang dapat pujian semua menjadi kembang.

Farid memandang jamnya yang tepat pada pukul 5:30 sepertinya tergesa - gesa.

" sorry sangat - sangat sayang I tak dapat nak temankan you shopping lain kali yer sebab I lupa yang petang ni I ade jumpa client."

Tangan Fasha diusap - usap lagi.

"Lagi satu nanti air I tolong bayarkan yer sebab wallet I dalam kereta."

"thanks, I love u.."

Terus hilang dari pandangan Fasharina memeluk tubuh dan satu keluhan berat keluar dari mulutnya.

Lewat sebegini pun masih ada client nak berjumpa macam tak logik langsung?

"hello Zatt kau ada kat mana?"

"macam biasa ya?"

selesai sahaja bayar Fasha segera meniggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience