Bab 13

Drama Series 5038

"Morning mama"

Kerusi ditarik terus punggungnya dilabuhkan ke atasnya di hadapannya ada mee goreng panas tetapi dia hanya menyambar dua keping roti disapu bersama jam strawberi ishh, tak boleh lah makan berat - berat waktu pagi ni nanti makin bambam elehh padahal air liur dah kecur lihat masakan dari air tangan mamanya.

"awal hari ni bangun ada pergi mana - mana ke?"

Puan Sri Aida mengerling ke arah anak tunggalnya yang sibuk menjamah rotinya

"Fasha nak keluar pergi jumpa dengan Izzati nak bincang pasal bisnes online"

"haihhh, sejak bila berminat dengan dunia bisnes ni?"

"sejak hari tu"

"okaylah fasha pergi dulu dah lewat ni nanti Izzati bising"

Cepat - cepat anak daranya meneguk se teh lalu mengangkat punggung dari kerusi dan tidak ketinggalan juga tas Prada di atas meja makan terus dia menyambarnya.

Tergeleng - geleng kepala Puan Sri Aida melihat tingkah laku anak tunggalnya ada sahaja yang dibuatnya dia bukan tidak kenal sikap kelam kabut si anak daranya lihat sahaja cantik tapi perangai semuanya kelaut mujur sayang ialah kan anak tunggal mereka siapa lagi kalau bukan Tengku Nur Fasharina.

****

"Hello u ada kat mana? "

"now this dia sekarang on the way ke tempat I so plan ikut yang kita rancang kan?"

"alright deal"

Talian terus ditamatkan oleh gadis bertubuh genit itu lalu beredar dari situ sebelum ada yang memerhatikan gerak gerinya meja nombor 24 dan seseorang lelaki bergaya ala - ala feminin dengan kod hitamnya kemas melekat pada badannya ya! Dia pasti itu lelaki tempoh hari itu.

"hai baby!"

Gadis genit atau sinonim gadis sexy extra clingy sekali lagi mereka bertemu terus lelaki itu membuka glasses hitam Rayban kesayangannya itu dibuka dan disangkutkan pada bajunya T - Nike nya barulah nampak playboy yang berkarisma.

Tanpa sedar gerak - geri mereka diperhatikan sahaja oleh seseorang di hujung meja dengan wajah yang bertutup dengan mask hitam, topi Adidas besertakan glasses Burberry terus kedua - dua tangannya berpeluk tubuh setiap babak bersentuhan secara automatik dia memandang ke arah ke tempat lain bukan elakkan dari zina mata tapi terasa macam nak termuntah berganda - ganda boleh tahan minah tu level clingy nyer tahap paras dewa memang tepat lah di gelarkan gadis sexy extra clingy terasa bahang seluruh muka melihat aksi filem Titanic mereka tanpa bicara lagi terus dia keluar dari restaurant tersebut sebelum dia naik angin dan tak pasal - pasal mereka dikenakan percuma sahaja lempangan maut darinya walaupun gadis genit itu adalah orang upahannya kalau dah nama boyfriend then kau melayan juga memang tak dikecualikan lah tapi hari ini belum tiba hari penentunya.

Tangan mulus itu mencapai pegangan kaca pintu sebelum dia sempat mencapainya seseorang terlebih dahulu mencapai dari arah bertentangan iaitu dari luar pintu terus pintu itu ditolak membuatkan dia terdorong kedepan dan..

"GEDEBUK!"

"Auchhh, buta ke tak nampak orang kat depan pintu ni!"

Seorang Lelaki bersutkan kemeja hitam dan lengan kemeja itu di lipatkan ke siku lagi bertambah segak baru dari segi penampilannya belum lagi dari segi wajahnya
yang masih sibuk dengan gajetnya mungkin orang - orang berkarisma seperit lelaki ini dari kalangan orang - orang berada dan sibuk dengan dunia kariernya sehinggakan orang yang dilanggarnya pun masih tidak perasan juga.

"Hello, jangan pura - pura bodoh atau tak nampak okay?"

"dah langgar say lah sorry ke apa ni tak menonong je ke pekak?"

"ha! Elok lah tu sudahlah buta berpackage kan pekak!"

Terus langkah lelaki itu mati apabila ada anasir - anasir tidak sedap mendengarnya dia mencari siapa gerangan yang sedap mulut sahaja mengeluarkan kata - kata kesat lagi berpuaka.

Gadis tubuh sederhana tidaklah tinggi atau rendah hanya sedang - sedang sahaja dan separas bawah dagunya mengomel sambil menepuk - nepuk lututnya dek tersungkur tadi nasib baik dia mengenakan t-shirt dan seluar adidas kalau pakai skirt mesti berparut oh my G.O.D hilang lah ratu cantik di malaysia ni lepastu rendah pula harga masuk meminang dia nanti errrr so poor lady...

Lelaki tadi menundukkan tubuhnya itu biar sama paras dengan gadis perasan bagus itu mata mereka bertentangan seolah sebelum ini pernah bertentang kedua - dua serentak berbicara

"U"

"Kau"

"U ni kenapa yer kerja asyik langgar orang je habbit ke?"

"mulut kau jaga sikit mata letak kat tapak kaki pastu tuduh macam - macam!"

"Whattt?"

Ternganga mulutnya bila diperkatan sebegitu sudahlah dilanggarnya sehingga dia terjatuh macam cempedak busuk nasib baik takda orang lalu lalang kalau tidak malu tujuh keturunan.

"hari tu kau langgar aku so hari ni aku bayar balik hutang kau so fairlah kan? "

Bersahaja nadanya sambil melampirkan muka bosannya melihat gadis belagak bagus itu sebelum dia beredar dari situ sempat gadis cantik itu berbait kasar sekali lagi.

" I bagitahu kat papa and saman U sebab buat anaknya menderita kesakitan!"

"hoi, Dengar tak! "

Sekali lagi langkahnya mati dan dia keluarkan beberapa keping not seringgit malaysia dan terus melempar pada gadis itu terkulat - kulat diperlakukan sebegitu seumur hidupnya belum pernah ada lagi manusia berbuat demikian kepadanya terus merah padam bagai udang terbakar

"cukup tak bayaran saman tu kalau tak cukup nah ni kad aku call lah tu pun kalau aku angkatlah sebab otak mereng macam kau ni payah sikit aku nak layan, okay?"

Sebelum dia beredar dari situ sempat dia berpesan bukan setakat dari kata - kata menyentuh hati bahkan menyentuh jiwa dan raga sekali gus membuatkan darahnya menyirap dan terbakar

"satu lagi aku nak pesan setakat papa kau apalah sangat apa kata kau panggil jer semua saman aku macam polis ke, bomba, doktor, lawyer tak pun tu ha...."

Dia menunding jari seseorang tukang cuci sedang sibuk mencuci lantai.

"cleaner?"

Bertambah maraklah apabila minyak petrol tertumpah pada api kemarahannya belum sempat dia menghambur kata - kata pedasnya berexstrakan puaka tiba - tiba seseorang telah menegurnya.

"Eh, Fa...fasha bu..buat apa kat sini?"

Terasa something yang menyekatkan dekat kerongkongnya mana tidaknya tengah sakan berskandal dengan orang lain boleh pula terserempak dengan girlfriend nya tangannya dirangkul oleh gadis sexy extra clingy cepat - cepat dia menarik tidak mahu Fasharina salah faham terhadapnya walaupun permainannya sudah ketahuan pun olehnya.

"Dah tau tu cepat lah tolong!"

"ha? "

Farid tercengang tidak tahu apa yang berlaku pada girlfriend nya

"cepatlah, tak payah lah nak blur sangat!"

Fasharina mendengus geram sangat dengan kekasih hatinya yang dibangga - banggakan 'ishhh, kalau betina lain boleh pulak kau nak menggedik tapi dengan aku buat tak tau dasar jantan tak diuntung!'

"tak ada apalah buang masa jer datang sini!"

Terus Tengku Nur Fasharina berpaling ketempat lain malas nak pandang lama - lama pada wajah itu yang dahulu membuatkan hatinya berbunga - bunga tapi itu dulu bukan sekarang yang sentiasa buat hatinya membuak - buak dan meluat - luat melihat lelaki tak berguna itu di depannya sebelum dia menapak ke arah lain dia memandang sinis pada gadis sexy extra clingy yang berlagak tenang tapi hakikat dalam jiwa ombak bergelora dan ketakutan melihat mimik Fasharina tidak ubah seperti singa betina kelaparan.

Dia menghampiri dekat pada wajah gadis itu dan mata helangnya betul - betul membuatkan gadis sexy extra clingy itu meneguk air liur walaupun perit menelannya

"your are fired!"

Bisiknya, terbuntang mata gadis itu RM5,000 yang diimpikan terbang begitu sahaja tidak sangka lain pula jadinya 'habistu sia - sia jer kerja aku selama ini? Aku yang keluarkan duit lebih semata - mata beri apa sahaja si buaya tak guna ni!' dia merengus kasar dalam hati.

Agak kasar Fasha berlaga dengan bahunya sehingga dia hampir terdorong kebelakang belum sempat si buaya menolongnya si gadis sexy extra clingy itu dia pula ditolak kasar oleh skandal yang entah keberapa itu tidak pasal - pasal dia pula yang terkena membuatkan dia terpingga - pingga keseorangan di situ yang masih belum faham apa - apa tentang situasi tadi.

"period mybe? "

Farid menggaru - garu kepalanya sungguh tidak faham dengan perangai perempuan hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience