Bab 15

Drama Series 5038

"PANG!"

suasana agak riuh serta bising dari sudu dan garfu berirama dan menari di atas pinggan terus terhenti kini menjadi sepi bagai di tengah perkuburan dan semua menoleh ke arah pada punca tersebut.

"apa ni you tiba - tiba lempang orang tanpa sebab?"

"awak tahu tak depan saya ni client tau! "

Nadanya dikeraskan cuba mahu menakut - nakutkan girlfriend nya padahal sikit pun tak rasa gentar perempuan itu sekarang ni siapa takut siapa lihat lelaki itu yang sudah terkebil - kebil sahaja sudah tahu yang permainannya yang akan makan dirinya sendiri apabila api kemarahan sudah naik kemuncak siapa lagi kalau bukan Tengku Nur Fasharina binti Tan Sri Tengku Hisham bola matanya yang sudah menyala api kemarahan nampak gaya tidak lama lagi meletuslah peperangan dunia ketiga antara mereka bertiga disitu jika berdua tidak mungkin lah berlaku peperangan kalau takda orang ketiga bukan?

"ouhh client.."

"betul lah client check in malam ini kan?"

"dah berapa ramai perempuan kau mainkan dan....."

"Kau tidur dengan perempuan?"

Farid terkedu, terkesima tidak tahu bagaimana dia berkata dan bagaima dia boleh tahu perbuatan yang dia sorokkan selama tiga tahun ini.

"apa yang you merepek ni?"

"check in? Main perempuan, tidur?"

"tak fahamlah?"

Hanya gelak ketawa disambut oleh Fasharina walaupun bunyi tidak kelakar tapi bagi dia cukup menghiburkan hatinya tanpa membuang masa sampul coklat cair dikeluarkan dari bag Louis Vuitton limited edition lalu melemparkan pada meja tersebut terbuntang si mata buaya tidak percaya apa yang dilihatnya kenapalah dia begitu bodoh sekali dia tidak ingat siapa Tengku Nur Fasharina yang dia tahu nafsu dan wang adalah segalanya dia alpa kerana perempuan dihadapannya mampu melakukan apa sahaja.

"tak cukup lagi ke bukti aku bagi nak aku tambahkan lagi?"

Semua orang di situ membisik antara satu sama lain, ada beberapa orang tidak mahu masuk campur melayan babak drama perselingkuhan itu dan ada juga yang sibuk mengeluarkan gajet menampilkan diri untuk menjadi wartawan tidak berbayar cukup famous pada media sosial sudah memadai pada abad viral ini.

Melihat suasana itu Fasharina sudah tersenyum sinis bukan benci melihat orang sekelilingnya yang tidak pernah habis jaga tepi kain orang tetapi muncul satu idea jahatnya yang mungkin akan membuatkan dirinya sangatlah berpuas hati.

"ATTENTION TO ALL LADY'S AND GENTLEMEN!"

Semua orang di dalam cafe itu terdiam semula apabila Fasharina tiba - tiba menyuara

"Fasha apa ni?"

Farid sudah melampirkan wajah cuaknya dia sudah dapat mengagak atau menduga apa yang cuba wanita cantik itu lakukan.

"IM TENGKU NUR FASHARINA BINTI TAN SRI TENGKU HISHAM YANG AKAN.. "

"Fasha please! Jangan malukan I depan semua orang please Fasha!"

Tangan Fasha digenggam erat dia betul - betul merayu agar wanita itu tidak mengeluarkan kuasa vetonya perempuan dihadapannya atau scandal sudah menjuling 80 darjah tidak sangka si playboy antarabangsa ini mudah tewas hanya seorang perempuan yang berlagak bagus itu, mudahnyaa...

Dia tahu zaman "Y" ni yang begitu pantas dengan isu semasa dalam erti kata lain 'zaman viral' lagi - lagi orang berpengaruh sepertinya jika orang tuanya tahu kemungkinan kedudukan pangkat pasti jatuh ketangan pihak lain ini tidak boleh jadi!

Fasha memberi senyuman bukan senyuman bahagia walaupun tangannya diraih, dijunjung, dicium sekalipun sikit hati dia tidak tersentuh tetapi senyuman sinis dan jijik melihat durjana di depannya itu.

"i like....aku suka orang merayu ni? "

Lagi sekali senyuman sinis meleretnya dilemparkan pada wajah kasanova itu.

"Please Fasha, I boleh buat apa sahaja yang you nak sayang.."

Dia menjeling ketempat lain "sayang" Huhhh!sudah muak lah panggilan itu terasa loya pula tiba - tiba dipanggil sebegitu.

"okay? "

Perkataan okay cukup membuatkan hati bernama Farid begitu lega tetapi....

"YANG AKAN MENDAKWA ATAU SAMAN JIKA SIAPA - SIAPA BERANI VIRAL ATAU UPLOAD PADA MEDIA SOSIAL!"

kata - kata itu cukup orang - orang disitu tidak berani bersuara mahupun membantah kerana dengar sahaja title Tan Sri Tengku Hisham orang yang sangat berpengaruh itu membuatkan semua orang terdiam bukan kerana takut tapi hormat kerana kebajikannya membuatkan semua orang hormat dan sayang pada Tan Sri Tengku Hisham itu walaupun anaknya tidak tahu apa yang dilakukan oleh papanya yang dia tahu orang yang berpangkat seperti papanya adalah disegani oleh orang ramai.

Masing - masing membuat hal sendiri tidak mahu lagi masuk campur serta gajet pintar ditangan wartawan yang tidak berbayar itu dimasukkan ke dalam kocek atau bag masing - masing.

Tangannya tiba - tiba ditarik dengan kasar terpaksa dia membontoti si buaya tak pasal - pasal tercabut tangan mulusnya pula.

"kau ni dah kenapa!"

"dah curang belakang aku lepastu nak cederakan anak orang pula kang tak pasal - pasal kau yang aku saman nanti!"

Farid pula melemparkan wajah sinisnya dia melihat sekelilingnya tiada sesiapa di situ scandal di dalam cafe ditinggalkan begitu sahaja membuatkan perempuan itu terpingga - pingga.

Tubuh Fasharina ditolak pada dinding batu belakang bangunan cafe itu memang patutlah tiada siapa orang lalu disitu tempat pun sunyi memang beranilah si buaya darat berseorangan bersama wanita jelita yang berlagak bagus itu kini dia sendiri yang akan mengajar siapa yang berkuasa sekarang ini dan siapa sebenarnya 'Farid Hazrel' hidung dan bibirnya mula rapat pada leher jinjang dan telinga mulus Fasharina nafsu berahi syaitannya kembali apabila wangian Enchanteur Paris EDT - Mon Amie di hidu dengan rakus serta sepuasnya dan menghembus dengan kuat terus wajah polos putih bersih itu menoleh ketempat lain dia benar - benar jijik apabila diperlakukan sebegitu.

"APA NI!"

Dia cuba menolak bidang sasa itu tetapi tidak berdaya kerana bahunya dicengkam dengan kuat dahinya sudah berlepuh - peluh jantungnya pula berdetak laju kini dia betul - betul takut ini bukan Farid Hazrel yang dikenali sebelum ini.

"kau dah tahu kan permainan kotor aku so lepasni takda lah aku penat nak sorokkan dan... "

Mata syaitan nakalnya mula melorot ke arah anak mata helang berwarna hazelnut , hidung tirus, bibir munggil itu dan mula terarah pada leher jinjang putih mulus itu hingga seterusnya bibir si kasanova menggigit bawah bibirnya sendiri dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat betul - betul menginginkan wanita dihadapannya itu lagipun dia tahu insan bernama Tengku Nur Fasharina ini pandai menjaga diri no wonderlah perempuan di hadapannya ini masih suci dan virgin lagi.

Pandangan jijik itu membuatkan seluruh darahnya berderau mengalir seluruh tubuhnya dia mengumpulkan segala tenaga terus bidang sasa itu ditolak dengan kasar.

"kau jangan biadap eh, sikit pun aku tak kan sesekali benarkan kau sentuh aku walaupun hujung rambut ni!"

"then dalam masa 3 minggu kalau kau masih tak bayar RM3 juta tu? jangan tanya kenapa kalau company bapak kau kena saman dengan Tan Sri Tengku Hisham!"

Farid hanya melemparkan pandangan ke arah lain jauh sudutnya sikit pun tidak getar dengan gelaran Tan Sri itu baginya dia tahu kuasa manapun orang di hadapannya itu lagi - lagi perempuan yang berinsan berlagak bagus lagi lah dia suka sebab kau belum cukup kenal lagi siapa Farid Hazrel sebenarnya.

"kau mesti ingat kan cek RM10, 000 yang kau nak sangat duit ni okay aku bagi yang ni kau tak perlulah nak bayar balik ke ganti ke sebab cek tu takda lah nilai sangat dengan harga diri kau tu kan? "

Satu persatu surat itu dileraikan lalu melemparkan ke muka itu begitulah perasaan dia apabila ditipu hidup - hidup bagaimana surat itu jatuh berguguran begitu jugalah hatinya yang sudah gugur dan mati untuk terima mana - mana lelaki.

Wajah jahat itu tidak terkedu mahupun terkejut beruk sekalipun apabila dilakukan sebegitu 'kau nak sangat aku mempermainkan okay aku tunaikan! ' kata - kata jahatnya dalam hati.

Baru sahaja dia beredar dari situ dia menoleh kebelakang ke arah lelaki tersebut tetapi wajahnya dipalingkan ketempat lain.

"no wonder lah kalau kau kutip perempuan tepi jalan sebab kau dengan perempuan - perempuan lain sama jer tidak bernilai langsung.."

"sebab dua - dua macam... "

Kini mata helangnya pula melihat bawah hingga atas pada lelaki itu bukan pandangan bermakna tetapi pandangan yang meluat dan jijik dengan sikap sebenar perangai playboy antarabangsa itu

"sampah!"

"aku bersyukur sangat - sangat sebab tuhan tunjukkan aku perangai kau yang sebenarnya kalau aku tak tahu mungkin seumur hidup aku ni kena tipu dengan kau mungkin sebelum ini aku bodoh tapi tidak akan lepasni!"

"one more thing, jangan sesekali berani tunjukkan diri sebab kau dengan aku dah tak de pape lagi kaitan and so buat hal masing - masing!"

Terus Fasharina beredar dari situ tinggal lah dia keseorangan disitu tangannya sudah dikepal - kepal urat otot di lengan sasanya timbul dengan jelasnya terpancar Amarahannya membara.

"kau tunggu jer Fasharina mungkin hari ini kau boleh menang tapi esok lusa tidak pada kau tapi menang dari aku!"

"sampai bila - bila kau tetap milik aku!"

"your only be mine! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience